Sunday 18 June 2017

DIUJI HUJAN DI TENGAH SUNGAI

Image result for assalamualaikum image

Kali ni kita berbicara tentang ketaksuban dan pesona mistik. Pokcik ni dulu pun biasa muda dan mengejar mistik ni sampai kadang kala tak terfikir apa yang dilakukan itu bercanggah dengan syariat Islam atau tidak.

Dengan kata lain ketaksuban terhadap mistik sehingga tak dapat membezakan yang mana realiti, yang mana fantasi, yang mana mainan syaitan, yang mana betul. Tipu daya alam mistik ni tak terucap dengan kata-kata. Andai leka maka hanyutlah terus tanpa tepian. Pesona mistik ni mengundang ketagih jika kita mengejar kehebatan duniawi.

Apa pun tanya diri sendiri. Siapa yang aku tipu. Orang yang paling bodoh ialah orang yang menipu diri sendiri untuk mendapatkan kepuasan biarpun hanya khayalan sendiri. Macam selalu pokcik cakap, orang seperti pokcik susah nak popular sebab terlalu berterus terang. Xpaa laa. Hihihihihihihi.

Baiklah, kebetulan hari hujan maka pokcik nak bercerita tentang hujan. Alkisah, pada suatu hari pokcik diajak oleh jiran pokcik untuk pergi memancing. Sebut bab memancing ni memang lama dah tak ke laut. Baru ni sahabat ajak ke Balok untuk memancing ikan kolam tapi pokcik menolak. Huhuhu. Kurang rasa katanya berbanding terasa mabuk laut yang memeningkan sedikit kepala. Hihihihi.



Berbalik kepada cerita malam ni. Kali ni Abg Lah ajak pokcik memancing udang. Ni memang peberet pokcik laa. Kebetulan pulak cuaca agak baik. Air sungai pulak kebetulan surut. Perghh. Dah laa surut, air pulak panas suam-suam gitu. Memang laa udang tak sabar menunggu umpan. Silap-silap udang naik atas bot mintak umpan sikit. Kakakakakakkaakkaka.

Memang haritu menjadi sangat. Abg Lah baling pokcik tarik udang. Pokcik baling pokcik jugak bawak naik udang. Kiri pokcik baling kanan menyangkut udang. Kanan pokcik baling, Abg Lah menjeling sebab dah langgar sempadan. Kakakkakakkakakkakaka. Gurau saja noo. Nak tunjukkan kemeriahan tarik udang tu. Bergilir-gilir kami bawak naik udang. Lepas pokcik, pokcik lagi lepas tu baru pokcik lagi dan lagi dan lagi. Hahahahaha. Dah aih kami sama-sama laa dapat. Takkan macam tu. Hihihihi.

Sedang leka memancing, cuaca mula redup. Haih tak paa laa janji boleh mancing. Lama kelamaan angin mula bertiup sejuk. Kalau angin sejuk maiii tandanya hujan kat belah atas dan dah dekat dengan kami. Dari jauh nampak kilat dan sesekali dengar dentuman guruh. Nak hujan laa tu. Abg Lah ajak pokcik balik sebab katanya dia takut terdedah di kawasan tengah sungai.

Sungguh aih.. Nak dijadikan cerita, seorang sahabat pokcik nampak petir yang terkena pada sebatang pokok. Katanya nampak api bergerak dalam air berdekatan dengan botnya sebelum atau selepas terkena pokok tu pokcik tak ingat. Adoiii mintak Allah jauhkan laa. Gerun ngat aih. Nak balik memang tak sempat. Nampak dekat sangat dah hujan tu. Memutih saja maiiii.

Dalam dok kalut tu sempat lagi pokcik mintak doa sungguh-sungguh kat Allah agar tempat kami tidak terkena hujan. Pokcik diam dan tunggu sahaja sambil dalam hati dok merayu-rayu dan berdoa kepada Allah. Alhamdulillah hujan lalu depan kami tetapi kami tidak basah. Allahu akbar.

Apabila dilihat sekeliling kami, seperti kami duduk dalam bulatan. Hujan disekeliling kami dalam beberapa meter sahaja tetapi setitik pun tidak menimpa kami. Kami teruskan memancing laa. Nak start enjin, kat depan kami hujan. Jadi kami terkepung dalam hujan. Kami memancing seperti biasa. Dari mulut Abg Lah terpacul keluar perkataan. Cuba tengok. Keliling kita hujan tapi kita tak kena.

Pokcik diam sajalah. Bukan kuasa kita. Allah yang mengatur. Allah perkenankan doa biarpun pokcik bukanlah orang yang begitu baik. Rasa kedil diri pokcik dan rasa hina dan malu pokcik biarpun pokcik bukanlah alim ulamak tetapi Allah telah memberikan ehsan kepada kami.
Hinggalah kami balik dan hujan berhenti kami memancing. Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Kami bersyukur.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Perkongsian pokcik pada kali ni bukanlah nak menunjukkan pokcik ni alim, tetapi nak menunjukkan Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah memperkenakan doa hambaNya yang meminta kepadaNya tak kira segera atau pun lambat. Bersyukurlah jika kurniaan Allah segera kita dapat. Bersyukur juga sekiranya masih belum Allah berikan kerana Allah ingin memberikan yang terbaik buat kita. Sekian sahaja buat kali ni. Mohon maaf andai terkasar bahasa dan kurang manis tutur bicara. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.