Friday 9 June 2017

JIN TUA

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipertemukan kembali oleh Allah. Kali ni nak kongsikan pula perihal jin yang suka menumpang kasih.. Ye laa.. Apa tidaknya asyik nak menumpang atas belakang orang saja. Tak larat nak berjalan dah agaknya sebab terlalu tua.

                                                                                                   Alkisah ketika sedang bekerja pada waktu pagi tadi tiba-tiba mesej berbunyi. Menurut hamba Allahitu, dia terasa berat di belakang badannya. Dia mula terasa berat sejak balik dari kampungnya. Entahlah.. Nak ceritakan bahawa kampungnya banyak hantu macam tak logik pulak sebab hantu ni ada di mana-mana. Diorang tunggu masa saja untik ambil kesempatan.
Dah diminta untuk ikhtiarkan maka pokcik pun terus ambil sahaja apa yang ada pada hamba Allah ini. Nak cakap dan sembang panjang pun tak guna. Selepas pokcik meminta hamba Allah ni menghantar gambarnya pokcik terus ikhtiarkan dan bermohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.. Alhamdulillah usaha kali pertama kurang berkesan dan masih ada lagi yang bersisa. Alhamdulillah kali kedua barulah semua gangguan dapat diambil dengan izin Allah...

Kebiasaannya, jin ini tidak dapat terus meresap ke dalam badan hamba Allah ini kerana ada halangan atau pendinding dengan izin Allah. Namun begitu, apabila dibiarkan lama dikhuatiri tembus juga tembok yang telah dibina.. Bagi orang yang tidak pernah kena tumpang oleh benda halus ni diorang akan kata mengarut.... Lebih mengarut sekiranya membuat rawatan secara jarak jauh seperti yang kadang-kadang dilakukan oleh pokcik bagi kes kecemasan... 

Apa pun, moga kita semua terhindar daripada sebarang anasir yang tidak sihat. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik agar mudah beribadah kepada Allah. Moga berjumpa lagi pada lain kali. Wallahua'lam. Salam hormat.