Thursday 15 June 2017

TERJAGA DARI MIMPI

Image result for assalamualaikum image

Berjumpa lagi no. Ketika kisah ini ditulis pokcik sedang lepak di dalam kereta buruk pokcik sambil menunggu orang rumah pokcik membeli sedikit barangan. Sambil menunggu ini sempat lagi laa pokcik menaip. Biasalah orang perempuan ni, kalau nak beli buah lai saja dia pegang buah tembikai buat-buat pilih. Tu kalau nak beli buah lai. Kalau nak beli susu pekat manis, depa piii kat bahagian kasut pulak. Tak dak kena mengena langsung. Namapun perempuan.. Huhuhu..

Pokcik dok baca tadi perkongsian sahabat kita tentang cenuai laa, minyak dagu laa, mani gajah laa.. Boleh kata semua tu berkaitan dengan ilmu pengasih. Ada juga bab mani gajah ni yang dipuja di siam. Yang ni pokcik baca dalam suatu surat khabar. Tak ingat dah surat khabar mana. Jadi disebabkan banyak sangat berminat pasal minyak pengasih ni pokcik nak kongsikan pengalaman pokcik dengan salah seorang mangsa ilmu pengasih ni.

Alkisah pokcik pernah dihubungi oleh seorang hamba Allah. Katanya dia sering berasa panas, gelisah, takut dan mudah naik darah. Dia berpisah dengan suaminya tetapi adakala dia rasa sangat rindu. Dia marah tetapi ada masanya dalam marah tu keinginan melakukan seks sangat kuat. Dia tanya pokcik adakah dia terkena sesuatu yang tak elok.

Tiba masanya dia datang berjumpa pokcik untuk mengetahui keadaan sebenarnya. Sesampainya kat pokcik dia mula jadi nak marah. Merah padam mukanya. Hihihi petanda ada sesuatu yang tak elok dengannya. Risau juga pokcik takut dia meroyan tak tentu hala. Hihihihi. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Apa yang mengejutkan pokcik ialah kata-katanya pada pokcik.

Tahu tak apa katanya? Dia bagitau dia seolah-olah baru bangun daripada mimpi. Dia tak ingat apa yang berlaku selama dua tahun kebelakangan ni. Nampaknya dia dalam keadaan tidak sedar dan dalam pengaruh syaitan selama dia berumahtangga. Boleh gitu pulak no. Naya laa kat orang. Setahu pokcik perkara ini akan berlaku juga akhirnya sekiranya seseorang itu menggunakan minyak pengasih bagi tujuan memikat dan memiliki seseorang.

Habis cerita itu. Tak lama kemudian dia menghubungi pokcik lagi. Katanya kali ni lagi ketara perbuatan bekas suaminya. Mangga pintu diletakkan minyak. Sangat busuk baunya seperti tahi. Mungkin laa dia dah tak bau wangi sebab dia dalam keadaan sedar. Masuk ke dalam rumahnya dia bau minyak wangi disembur di seluruh bahagian rumah terutamanya di dalam bilik.

Baunya sangat wangi. Pokcik minta dia buang semua air minum kerana bimbang dimasukkan sesuatu yang tak elok. Memang pokcik tak kompromi dengan kerja syirik ni. Pokcik minta dia hantar gambar mangga kunci tu dan biliknya. Dia juga bagitau dia nampak susuk lelaki dalam biliknya. Elok laa jin tu tunggu di situ. Hihihi tak payah banyak kali kerja.

Habis sahaja proses mangga, serta diikhtiarkan rumahnya dia pun berjumpa suatu rajah di bawah tilamnya. Gambarnya rntah ke mana. Kalau tak, boleh juga pokcik kongsikan di sini. Rumahnya juga ditanam dengan benda tak elok. Katanya tanah sedikit yang dia angkat semasa bertanam pokok bunga beratnya seolah bertan-tan. Alang-alang buat, pokcik pagarkan sekali rumahnya.

Alhamdulillah sampai sekarang tiada lagi masalah gangguan. Bunyi-bunyi pelik juga dah tak kedengaran. Moga semua tu tak akan berulang lagi. Yaaa laa manusia ni memang tak akan puas selagi dia tak dapat apa yang dihajati. Moga Allah melindungi hamba Allah ini. Sekian sedikit perkongsian tentang minyak pengasih. Moga kita semua tidak terlibat dengan perkara seumpama ni. Sekali lagi.pokcik minta maaf andai ada terkasar bahasa dalam perkongsian ini. Wallahua'lam. Salam hormat.