

Kali ini kisah pokcik bawa dari Sabah. Alkisah, suatu hari seorang sahabat telah menghubungi pokcik dan meminta agar diusahakan ayahnya. Sebenarnya dia telah memberitahu secara umum dalam group dan memberitahu ahli group bahawa dia mengambil cuti dan berada di kampungnya di Sabah kerana menjaga neneknya dan ayahnya yang tidak sihat. Kebiasaannya ahli group akan berkongsi masalah mistik sahaja dalam group tetapi tidak dinyatakan secara terperinci.

Setelah memyepi daripada membalas mesej pokcik tetapi pada suatu malam dia menghubungi pokcik untuk memberitahu masalahnya dan keluarganya itu. Menurutnya, ayahnya baru sahaja dilantik sebagai ketua kampung. Semenjak dilantik ayahnya mula sakit. Dilantik sebagai ketua kampung je pun, bukannya CEO syarikat. Hahahahahhahahha. Itulah sikap manusia. Mereka yang mempunyai perasaan iri hati dan seumpamanya pasti akan mencari jalan untuk memastikan sesiapa yang diberikan pangkat atau sebagainya tidak selesa, sakit dan seterusnya melepaskan jawatan yang disandang.
Menurut sahabat ini lagi, dia telah membawa ayahnya untuk berikhtiar di beberapa buah pusat perubatan di sana tetapi masih tidak berjodoh. Satu sahaja yang kita perlu pegang kuat-kuat. Tiada daya upaya manusia. Semuanya milik Allah. Ketika dia menghubungi pokcik, tangannya berasa kebas dan bahunya terasa sakit. Biasalah... Kebiasaanya kes sihir memang seumpama ini. Kadang kala orang yang membawa pesakit itu pergi berubat pun akan diserang. Ada hamba Allah yang terus merasuk ketika mesej pokcik untuk meminta pokcik ikhtiarkan. Tak kurang juga yang memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat tanpa mereka sedari. Semua itu hanya permainan jin dan syaitan untuk melemahkan pesakit dan mengancam serta memberi amaran kepada orang yang ingin ikhtiarkan.
Katanya lagi, rumahnya sering dikunjungi oleh belalang yang berwarna hijau. Mungkin belalang daun dan mungkin juga pelesit. Namun begitu pokcik merasakan ia hanya belalang biasa dan bukannya pelesit yang dihantar oleh tuannya bagi merasuk di sakit. Pelesit hanya dihantar oleh tuannya untuk merasuk. Biasanya mangsa yang dipilih ialah perempuan yang sedang mengandung atau orang yang lemah semangat. Setelah berjaya merasuk, tuannya akan datang untuk ikhtiarkan orang yang dirasuk itu. Ini biasa berlaku di kampung-kampung pada suatu masa dahulu. Kebiasannya bidan kampung dahulu ada membelanya walaupun tidak semua.


Kalau si sakit boleh batuk semalaman sehingga kehitaman seluruh muka maka ia bukan sesuatu yang biasa. Sudah tentu ada puncanya. Pokcik cuba kesan apa puncanya daripada gambar yang dihantar. Ternyata segak orangnya sungguh pun sudah berusia. Ada ketokohan daripada penampilannya. Pokcik cuba mendapatkan gambaran sama ada ia saka, gangguan biasa atau sihir yang dihantar. Ternyata kesan-kesan gangguan pada tubuhnya menunjukkan ia disihir. Wallahua'lam. Sihir hanya tertumpu pada bahagian dada sahaja. Bahagian lain nampaknya tidak terjejas. Memandangkan ia hampir menjadi masalah fizikal maka pokcik hanya meminta dia menyediakan air mineral agar pokcik dapat doakan.



Moga berjumpa lagi pada lain masa sekiranya Allah masih memanjangkan usia kita. Akhir kata, ingatlah permainan jin, syaitan dan iblis ini tidak bawa kita ke mana. Apabila datang yang haq maka hapuslah yang bathil. In shaa Allah. Hanya kepada Allah tempat kita meohon perlindungan dan hanya kepadaNya kita memohon pertolongan dan keampunan. Bertaubatlah selagi Allah masih memberikan nikmat nafas untuk kita hidup. Wallahua'lam. Salam hormat semua.