Friday 16 June 2017

PESAKIT JADI MURID SEKOLAH

Image result for assalamualaikum image

Alkisah, pokcik dihubungi oleh seorang ahli group. Katanya dia akan berada di Kuantan selama empat hari kerana kapalnya berlabuh di Tanjung Gelang. Dia merupakan salah seorang anggota TLDM. Pada kesempatan ini dia ingin berjumpa dengan pokcik katanya. Tambahan pula dia tinggal di Perak jadinya kesempatan ini digunakan untuk berjumpa pokcik.

Apabila sahabat ingin berjumpa maka kita tentulah mengalu-alukan kedatangannya. Pokcik telah menelefon dua orang ahli group di Kuantan untuk menyambut kedatangan sahabat ini. Pada pukul 8.40 malam pokcik dan isteri serta dua orang sahabat yang juga membawa isteri masing-masing telah menunggu kedatangan sahabat tadi. Kami telah berkumpul di sebuah kedai makan di Taman Impian Kuantan.

Tidak lama kemudian, sahabat ini menelefon untuk bertanyakan lokasi. Ketika itulah sahabat pokcik yang juga seorang ustaz, telah mula sendawa dan ingin muntah. Pokcik tahu ada yang tak kena dengan sahabat tadi. Kemungkinan dia ada masalah sihir atau sebagainya. Bagi mengelakkan rasa kurang senang pengunjung kedai makan maka pokcik telah ikhtiar buang punca masalah yang hadir itu dan memagarnya di kawasan yang agak tersorok di hadapan kedai itu. Alhamdulillah ustaz mula tenang dan selesa. Kami masuk semula ke kedai makan itu..

Tak lama kemudian sahabat ini telah sampai bersama salah seorang rakannya. Setelah sesi perkenalan, dia menceritakan pengalamannya dahulu. Apabila mendengar cerita sahabat ini tentang sesebuah pusat perubatan yang dia piii kadang kala pokcik naik heran.. Bukan kata nak pertikai, tapinya cara depa tu kadang kala pelik. Tu pun penuh orang ooooo sebabnya menggunakan nama Pusat Perubatan Islam...

Katanya dia tunggu dari pukul 10 malam dan hanya dapat berjumpa perawat tu pukul 3 pagi. Tudia aih... Ramaiii orang no.. Laris laa.. Tapi tak tau laa tah-tah baru pertama kali masing-masing piii situ.... Katanya sampai depan perawat dia disuruh amalkan baca fatihah dan ayatul kursi seingat pokcik....

Tudia aih... Mudah naa nak jadi perawat.. Suruh baca itu jaa.. Dia tak dak buat apa pun katanya. Check kaa hemboiihh kaa apa kaa tak dak kata hamba Allah ni... Lepas suruh amal tu dia pun keluarkan papan putih... Pesakit kemudiannya disuruh tulis basmallah dalam tulisan jawi.. Dia tanya dulu pandai kaa tulis... Hihihi...

Pesakit pun diminta tulis sebanyak 1000 kali. Tudia, dah laa kawan tu sakit, disuruh tulis pulak 1000 kali depan dia.. Patutlah jenuh tunggu dari pukul 10 malam sampai pukul 3 pagi.. Macam-macam noo... Dah pesakit penat dan tak sanggup dia minta pesakit sambung tulis pulak kat rumah... Macam buat kerja rumah pulak laa...

Apabila penat, pesakit kata tak sanggup dah tulis maka pesakit ni tanya kat dia, ini saja kaa kena buat. Ini sajalah katanya... Hihihi.. Senang betoiii nak bukak pusat perubatan.. Kata hamba Allah ni, dah laa sakit makin sakit laa... Katanya dia begitu kecewa dengan keadaan tu.. Kalau perawat tu ikhtiarkan dan masih belum ada rezeki sembuh tu mungkin boleh diterima lagi. Macam-macam noo.

Gamaknya macam-macam lagi yang pesakit kena tapinya kita tak tahu... Hihihi.. Tak apa laa. Itu caranya yaa tak... Hahahahaha.. Macam-macam. Apa pun urusan masih belum selesai. Ada gangguan lagi pada hamba Allah ini. Dia memiliki pedang ghoib yang diperoleh semasa mimpi. Dia meminta pokcik ikhtiar untuk membuangnya kerana dia berasa tidak selesa. In shaa Allah apabila dia pulang ke Perak nanti pokcik akan usahakannya apabila ada kesempatan. In shaa Allah pokcik akan kongsikan pengalaman itu pula.Moga berjumpa lagi pada lain kali. Wallahua'lam.. Salam hormat..