Thursday 15 June 2017

KUNCI NAFSU

Assalamualaikum.

Alkisah, suatu hari pokcik ditemui oleh seorang lelaki. Lelaki ni pokcik kenal sebab orang rumahnya kawan tempat kerja pokcik dahulu. Biasalah naik pangkat maka pokcik bertukar ke tempat lain.

Dulu angkat simen, laa ni bawak forklift pulak.. Dia datang bersalaman dengan pokcik. Katanya dia benar-benar nak jumpa sebab ada hal mustahak katanya. Lain kali laa pokcik cakap sebab kebetulan tadi pokcik kalut. Menurut sumber yang pokcik dengar, hamba Allah ni terkena selepas kemalangan. Dia boleh nampak entiti yang datang. Menurut ceritanya, dia akan kebal apabila benda tu datang dan dia akan terawangan pergi ke tempat lain. Sebab itulah, dia kini tidak lagi berani memandu kereta kerana tidak tahu bila benda tu akan datang.

Jadi cerita tu pokcik akan kongsi apabila berjumpa dengannya kelak. In shaa Allah. Tadi mukadimah saja. Kakakakakakkaka. Apa yang pokcik nak kongsi malam ni adalah tentang kunci nafsu. Kisah petang ini juga. Kisah tentang seorang janda muda yang dikunci nafsu oleh seorang lelaki. Asal ceritanya lelaki itu nak jadikan dia emak angkat. Berangkat-angkat pulak.. Hihihihi..

Pokcik tanya, umur dia berapa.. Dia kata 31. Budak tu berapa umurnya pulak. Lapan tahun boleh laa nak buat anak angkat.. Katanya 26 tahun.. Haih mak angkat lagu mana tu. Dengar katanya habis dia ni bagi duit, belikan pakaian, dan sebagainya. Lama-kelamaan dia jadi sayang pulak. Tambahan pula lelaki tu nak balik ke Indonesia bulan 5 ini. Dia jadi sedih. Khabarnya juga, ayah si lelaki ini dikatakan bomoh besar di sana. Wallahua'lam. Berpakat dengan anak tu agak mustahil. Tetapi kalau diberikan barang seperti minyak pengasih dan sebagainya tu masuk akal juga.

Dipendekkan cerita pokcik tengok dia mohong-mohong. Adoiiii seperti dia diikat nafsunya kerana simptom masalah di bahagian kepala, dada dan ehem ehemnya.. Adoiiiii.. Parah ni pokcik cakap kat dia. Pokcik bagitau kemungkinan besar dia telah diikat nafsunya. Dia mengaku. Katanya dia tiada nafsu pada orang lain. Datanglah sesiapa pun, dia langsung tak terasa apa-apa.. Dia nak budak lelaki tu sahaja.

Dia mengadu pulak perihal sakit kepalanya tadi. Dia tak boleh lupakan budak tu. Kalau dia lupakan walaupun sekejap, dia akan sakit kepala. Macam nak pecah kepala katanya. Apabila dia teringat maka dia akan ok. Dia akan nampak seolah-olah budak lelaki tu bermain dan ada di depan matanya. Memang real katanya. Tadi dia berjumpa dengan pokcik atas nasihat beberapa orang rakannya. Dia cuba melupakan budak lelaki tu tetapi sakit kepalanya terus datang menyerang.


Dipendekkan cerita, pokcik menghampiri dia. Baru nak mula, dia dah menangis. Adoiiii. Dia tak boleh lupakan budak tu katanya. Pokcik buat tak layan dan menyuruh kawannya memujuk dia. Sasaran pokcik tujukan untuk membuka ikatan pada bahagian lututnya yang pokcik terlepas pandang, perutnya, bahagian sulitnya, kepalanya dan dadanya. Habis satu lapis, pokcik periksa lagi.
Rupanya ada lapisan kedua. Mungkin dia terkena calit minyak dan diberi minuman.

Pokcik tanya pulak kat dia sebelum sesi kedua. Katanya memang lelaki tu selalu buat air pada dia. Rajin pulak yaa.. Dia pulak terus minum tanpa syak apa-apa. Alhamdulillah ketika bercerita itu dia sudah berhenti menangis. Takpa pokcik kata, kita usahakan buang yang dalam pulak kalau Allah perkenankan doa.

Lepas rehat sebentar, pokcik sambung sesi kedua. Kali ini masuk lebih dalam lagi untuk mengeluarkan dengan izin Allah sisa kotor di dalam badannya pulak. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dia mula menjarakkan diri dengan pokcik. Tadi dekat juga laa, mungkin dia tak ada apa-apa perasaan pada orang lain selain budak lelaki tu. Ada perasaan malu tu kira alhamdulillah laa. Sakit kepalanya kini hilang bersama gangguan tadi. Alhamdulillah.


Selesai sahaja semua tu pokcik rehat sekejap. Majikannya meminta pokcik tengokkan perkembangannya dan kalau boleh selang tiga empat hari lagi dia mintak pokcik usahakan sehingga hilang dan tiada perasaan langsung pada lelaki tu. Pokcik tak janji laa nak usahakan bila-bila, cuma pokcik anggukkan kepala saja. Bahaya kalau terkena. Dah kawin esok pun dia akan jadi kayu. Suami pasti tak tahan dengan perangainya. Apa pun alhamdulillah buat masa ini. Moga dia lebih berhati-hati pada lain kali. Sekian sahaja buat kali ini. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam dan salam hormat semua.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.