Saturday, 19 August 2017

MAKAM TOK LONG

Image result for assalamualaikum image

Sebenarnya pokcik ingin kongsikan pengalaman sahabat-sahabat di Gunung Senyum lewat sikit tapi disebabkan ada hamba Allah nak datang sekejap lagi maka pokcik kongsikan dahulu..

Setelah melakukan aktiviti di Gua Silat pagi tadi, pokcik dah sahabat-sahabat lain balik ke chalet semula. Pokcik meminta izin untuk balik ke Kuantan dahulu atas beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan...

Setelah bersalaman, pokcik terus menuju ke kereta. Setelah itu pokcik terus menghidupkan enjin kereta. Tiba-tiba pintu belakang kereta terbuka sendiri beberapa kali. Pokcik keluar dan tutup pintu kereta. Ketika ini tuan Langit Ke Tujuh tiba. Haih ada nak ikut balik ke katanya. Pokcik senyum sahaja.. Hihihihihi..

Setelah itu pokcik masuk semula ke dalam kereta setelah menutup pintu belakang kereta pokcik. Berlaku lagi beberapa kali. Pintu belakang kereta dibuka. Kali ni pokcik malas nak layan dah. Hati pun mula panas.. Kali ni pintu tertutup sendiri.. Pokcik tunggu juga dibuka tetapi alhamdulillah terus pintu kereta tertutup rapat..

Pokcik memulakan perjalanan balik ke Kuantan. Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Ketika berehat pada waktu petang tadi, tn Langit ketujuh dan para sahabat yang lain naik lagi ke Gua Silat untuk meneruskan aktiviti. Mungkin pagi tadi kurang berpeluh gamaknya.. Hahahhahhaha..

Perjalanan ke Gua Silat akan melalui Makam Tok Long yang menjadi mitos setempat yang dikatakan dia berkahwin dengan puteri bunian. Menurut kisahnya dia berpisah dengan puteri bunian itu apabila dia balik ke Kampungnya di Kuala Krau kerana rindu akan keluarga di sana.

Dia berjanji balik satu purnama sahaja tetapi terlajak lebih tiga hari. Kononnya puteri bunian merajuk. Sejak itu dia menunggu dan sakit dan akhirnya meninggal di gua itu. Wallahua'lam..

Berbalik kepada cerita ini. Dalam perjalanan pergi tiada apa kepelikan pada makam tersebut. Setelah selesai aktiviti di Gua Silat sekali lagi para sahabat melalui makam tersebut. Kali ini pada batu nesan makam tersebut ada sebentuk cincin emas..

Pemberian siapa agaknya? Ada orang dah berkenan gamaknya.. Hahahhahhaha.  Apa pun para sahabat hanya mengambil gambar sebagai bukti sahaja. Mereka meninggalkan cincin emas itu di situ.  Sekian perkongsian pada kali ini. Moga berjumpa lagi. Salam hormat. Wassalam.





Friday, 18 August 2017

SAKA MEMAKAN BENIH ANAK

Image result for assalamualaikum image
Sementara menunggu sahabat-sahabat lain tiba dari KL pokcik sempat titipkan kisah malam tadi. Lebih kurang pukul 9.00 malam pokcik bertolak ke rumah hamba Allah ini.

Sesampainya di sana pokcik sempat berbual dengan suami si sakit. Macam-macam topik yang keluar termasuklah perihal si sakit..

Oleh sebab pokcik pun bekerja keesokan hari  ( hari ini ) maka pokcik meminta izin suaminya untuk ikhtiarkan isterinya itu. Kelihatan hamba Allah ini terbaring di atas katil di ruang tamu.

Keadaannya amat lemah. Namun begitu dia masih memahami apa yang pokcik katakan padanya. Oleh sebab sebelum ini pokcik sudah tahu dia alami masalah saka maka pokcik hanya bertanya kepadanya adakah dia inginkan saka itu.

Dia menjawab tidak dalam suara yang kedengaran antara dengar dan tidak. Pokcik berpuas hati setelah bertanya kepadanya dua tiga kali. Dia tak mahu tegasnya..

Tanpa berlengah lagi pokcik terus memagarnya agar saka itu tidak boleh lari. Saka ni ingatkan dia bijak. Dia bersembunyi di belakangnya. Mungkin dia ingat dia akan selamat kerana hamba Allah ini sedang berbaring.

Setelah berdoa kepada Allah agar memudahkan urusan kami, pokcik meminta hamba Allah ini beristighfar di dalam hati. Setelah itu pokcik terus mencari satu persatu tempat di badannya yang terjejas.

Ternyata banyak tempat yang menjadi sarang atau tumpuan jin-jin yang menumpang dan sakanya sendiri. Dengan izin dan memohon agar Allah menghapuskan semua gangguan itu maka pokcik terus menerus hemboihh mohong-mohong sana sini dan menarik keluar satu persatu gangguan-gangguan itu.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Katanya bahagian belakangnya terasa panas yang amat sangat. Biasalah tu. Setelah itu anaknya pula meminta pokcik tengokkan dia.

Pelik sikit perangai pokcik, hihihi kalau dah niatkan untuk ikhtiarkan emaknya maka pokcik tidak akan usahakan anaknya kecuali diberitahu awal sebelum kedatangan pokcik. Namun begitu bagi tidak menghampakan hadapan pokcik mendoakan air untuknya dan ibunya itu.

Setahu pokcik anaknya dahulu kasyaf namun setelah ditutup pandangan, dia menjadi seorang yang penakut. Dia hanya mahu pulihkan semangat sahaja. Biasanya bagi ikhtiar pulihkan semangat, pokcik akan doakan air dan mereka mandi sendiri..

Takkan pokcik nak mandikan pulak satgi jadi lain pulak. Bukan boleh harap sangat sungguh pun tua dan gigi pun tak ada sangat dah. Hihihihihi.


Pokcik balik ke rumah lebih kurang pukul 10.45 malam. Hari ini awal lagi pokcik meminta orang rumah  pokcik menelefonnnya. Alhamdulillah katanya. Semalam pun sudah ringan. Alhamdulillah hari ini anaknya bagitahu ringan sangat ketika mengangkat emaknya.

Gamaknya berat sangat saka tu. Tu yang berat apabila nak mengangkatnya. Petang tadi seorang sahabat menziarahinya. Dia juga memaklumkan hamba Allah ini sudah ceria dan boleh makan makanan yang disediakan.

Bersyukur kepada Allah yang memudahkan segala urusan semalam. Moga ketaatannya kepada Allah dan keimanan pokcik sendiri makin bertambah. Moga berjumpa lagi. Maaf andai ada tersalah kata dan kurang enak tutur bicara. Wallahua'lam. Salam hormat dan selamat malam.

Monday, 14 August 2017

DIUJI DI TENGAH MALAM

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipanjangkan usia sedetik lagi. Ada sahabat kita yang baru saja kita bersembang bersantai bersama dah pun pergi meninggalkan kita. Moga roh keluarga kita, sahabat kita dan saudara mara kita yang mendahului kita menemui Maha Pencipta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..

Kali ini pokcik nak kongsikan peristiwa malam tadi. Dalam bersantai bersama sahabat semua, pokcik sempat usahakan seorang hamba Allah yang menghubungi pokcik. Katanya sudah dua hari dia terlantar sakit. Kepalanya terasa teramat berat dan badannya panas seperti ada bara api di dalamnya.

Katanya kebetulan anaknya datang ke rumah. Gamaknya anaknya datang untuk menziarahinya yang sakit, anaknya itu terbau najis di dalam rumahnya. Setahu pokcik yang berbau najis ni hantu Jepun. Hantu pocong pun ada kemungkinan juga. Hihihihihi..

Usahakan jugalah dia dalam pukul 10 lebih gamaknya. Alhamdulillah dia semakin ringan katanya. Kepalanya juga tidak seperti awal tadi. Alhamdulillah. Oleh sebab hamba Allah ini pokcik pernah usahakan dulu maka ia lebih kepada sihir. Seperti kebiasaannya apabila berlaku kali kedua, pokcik akan memulangkan balik kepada tuannya.

Ye laa kita bukan nayakan dia. Kita kembalikan semula haknya. Siapa nak bela hantu free ye tak? Lagi satu kasihan pula pada tuannya. Maklumlah hilang tempat bermanja. Orang lain bermanja dengan anak bini dia bermanja dengan hantu. Apa jenis orang macam tu...

Dalam pukul dua belas tengah malam gamaknya pokcik mula merebahkan badan untuk tidur. Sambil tu berzikir juga serba sedikit dalam hati sementara nak lelapkan mata. Tiba-tiba uuhh aahhh terdengar suara orang rumah pokcik. Haih kena tindih gamaknya.

Pokcik pun mengejutkan orang rumah pokcik. Dalam hati pokcik, biasalah orang yang melawat Jepun ni, ada laa yang menyinggah. Rupa-rupanya, dia beritahu dia diserang. Rupa penyerang tu dia tak nampak. Yang dia tahu dia diserbu. Rupanya dia nak menyebut kalimah Allah tetapi tak keluar dari mulutnya.

Marah gamaknya tukang sihir tu sebab dikembalikan hantunya dengan kasih sayang. Hihihihihi. Kali ini pokcik berdoa memagar isteri pokcik pula. Sebelum berniat memagar rumah, pokcik memanggil balik hantu tu, haih hidung pokcik terbau tahi. Hihi.

Kali ini pokcik doakan agar dibakar hangus hantu tu. Setelah itu pokcik niatkan agar debu dan tanya tinggalan hantu tu dihantar balik kepada tuannya. Bukan apa benda kesayangan ye tak. Nanti cari tak jumpa kasihan juga.

Selepas itu barulah pokcik doakan dan pagar rumah pokcik pula. Haih pantang lalai dan cuai sikit, ada je nak menerpa masuk. Alhamdulillah tenang sehingga pagi. Alhamdulillah. Inilah antara risiko seorang perawat. Pokcik bukan perawat pun dicabar apatah lagi perawat tegar. Buat dan niat kerana Allah, in shaa Allah, Allah akan mempermudahkan segala kesulitan.

Moga berjumpa lagi. Tiada istilah risiko seseorang perawat membolehkan mereka mengenakan mahar yang tidak munasabah. In shaa Allah, kerja juga satu ibadah. Biar di dunia peroleh keberuntungan dan keberkatan manakala  di akhirat memperoleh ganjaran, kesenangan dan kesejahteraan. Walahua'lam. Salam hormat.


Saturday, 12 August 2017

SIMPTOM SAKA

Image result for assalamualaikum image

Perihal saka dan kesannya
Artikel ini pokcik ambil daripada sebuah blog tetapi snap shot tu daripada seorang hamba Allah yang menghubungi pokcik.


Saka dikaitkan dalam sejarah pembudayaan Melayu yang sering ditakuti dan digeruni oleh nenek dan moyang kita terdahulu.

Sejarah tentang saka ini boleh dikategorikan sebagai suatu sejarah tua berunsurkan mistik dan banyak menyimpan rahsia-rahsia tersendiri. Saka selalu disebut-sebut oleh Ulamak sebagai suatu peninggalan atau warisan ilmu yang terkeluar daripada hukum syarak Islam yang mengandungi unsur-unsur makhluk halus seperti jin Islam atau kafir yang diamalkan atau digunakan dengan ilmu tersebut untuk tujuan tertentu.

Mungkin saka ini terbentuk dari ribuan tahun hasil daripada kepercayaan animisme dan ilmu-ilmu tua  yang mempunyai unsur-unsur memuja jin-jin serta perjanjian antara manusia dan jin dan juga memberi sesajian kepada jin dalam tempoh ditetapkan berdasarkan perjanjian dahulu.

Saka ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu yang diwarisi secara langsung iaitu mengetahui ilmu itu diwarisinya. Yang satu lagi, ilmu dan saka itu diwarisi secara tidak langsung iaitu seseorang itu tidak sedar dia memiliki saka tersebut.

Pemindahan saka sering dikaitkan melalui guru ke anak murid, datuk ke cucu atau waris berdasarkan pemilihan oleh empunya saka, melalui proses ritual yang ditetapkan dan seperkara lagi perpindahan saka ini tidak melalui proses ritual sebaliknya diwarisi secara tidak ketahui seperti setelah salah seorang ahli keluarganya meninggal dunia, dengan automatiknya, jin-jin tersebut akan berpindah ke pewarisnya secara paksa dan tersembunyi.


Antara simptomnya, seseorang akan didatangi mimpi yang pelik, sedih, menakutkan, yang sentiasa berulang-ulang menyampaikan mesej dalam bentuk pembayang seperti dalam mimpi kita dikejar dan diancam oleh makhluk halus dan tiba-tiba diselamatkan oleh orang berjubah putih atau diselamatkan oleh panglima berpakaian hitam. Ada juga mimpi yang kedua, seseorang berjubah akan sering mengajar ilmu agama, dan beberapa potong ayat al-Quran yang tidak mengikut susunan dan protokol. Dan ada yang bermimpi pula kedatangan wanita yang cantik yang sering mendukung anak dan membantu kita di dalam kesusahan pada mimpi tersebut, dan anaknya nanti diserahkan kepada si pemimpi, lalu ia menyayangi anak itu dan mengasihinya tanda terima kasih. Ada juga bermimpi seperti makhluk separuh manusia dan binatang seperti harimau, ular, burung, gajah juga dikaitkan dengan saka animisme.

Banyak kes penderita saka mengalami pelbagai bentuk mimpi yang sukar untuk diceritakan. Antara tanda saka yang sering dialami oleh pesakit-pesakit seperti selalu panas baran, sering sedih keterlaluan, kerap merendah diri, acap kali bercakap seorang, sentiasa beremosi dan kerap melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan berakhir kegagalan. Kebanyakan mereka kecewa kerana perkara mudah dan seharusnya boleh dibuat akan gagal.

Bagi tanda-tanda pertengahan pula, berlaku kerunsingan yang melampau sehingga hilang ingatan dan menjadi tidak siuman. Tanda kemuncak pula, seseorang itu kemungkinan akan sakit seluruh badan dan tidak berdaya untuk bekerja, tidak mampu berfikir waras dan akhirnya sakit itu berlarutan dan membawa ajal atas kehendak Allah swt.

Perkara pelik bagi saka itu di mana jin-jin saka ini lazimnya sentiasa menawarkan kebaikan dahulu seperti kekayaan, daya penarik, dan kelebihan mengubati orang. Dalam fenomena hari ini, saka ini menjadi suatu bebanan kepada masyarakat moden seperti saka mempunyai perjanjian daripada keturunannya yang amat pelik seperti menawarkan keturunannya sekiranya saka itu berjaya menunaikan hajat si pemakai iaitu generasi ketujuh sebagai dalang mangsa, dianggarkan 300 tahun, yang pernah dilaporkan beberapa kes kehilangan bayi daripada perut ibu mengandungi walaupun doktor mengesahkan bayi itu menjangkau 6 bulan, tetapi jin saka itu datang dalam mimpi dalam bentuk manusia dan mengambil bayi itu dalam mimpi, akhirnya keesokan harinya, si ibu kehilangan anak kandungannya.

Ada juga kes saka yang begitu mistik apabila perjanjian itu menjangkau ratusan ke ribuan tahun, si ibu akan melahirkan anak yang berbentuk binatang seperti ular, anjing atau haiwan yang lain.

Maka itulah nasihat cikgu kepada pembaca budiman, kita haruslah sentiasa menginsafi akan peristiwa-peristiwa yang lalu dan sentiasa mengingati perintah Allah dan sunnahnya, dan mengelakkan segala perbuatan kufur.

Bentengilah diri dengan ayat-ayat suci, berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, bersihkan hati, sucikan diri, bersolat dan yakin kepada Allah yang sentiasa membantu kita. Segala sihir dan saka tidak akan berupaya melawan orang beriman. Mereka akan terus hilang dan lenyap dengan kekuasaan dan kerahmatan Allah.

Semoga segala catatan cikgu Ilham memberikan pengajaran dan pedoman dalam meniti kehidupan.


Sumber:
http://darulnursyifainsan.blogspot.my/2013/06/perihal-saka-dan-kesannya.html









KETUK LANTAI AMBIL TANAH

Image result for assalamualaikum image

Semalam pokcik ke sebuah rumah dalam pukul 10.45 malam.. Kalau lewat lagu tu takkan nak piii ajak menyembang noo atau ajak karaoke kat rumah dia.. Betoiii tak? Hihihihihi

Menurut hamba Allah ni yang menghubungi orang rumah pokcik, ada seorang kawannya yang tengok suaminya dari jauh, katanya suaminya sakit kerana ada gangguan makhluk halus..

Pelik jugalah boleh tengok saja tapi tak buat apa-apa.. Bersangka baik sajalah. Mungkin dia sakit perut tertelan julap. Katanya lagi kena ambil tanah bawah rumahnya sikit dan buang...



Gamaknya perawat tu scan dia rumah kampung dua tingkat kot.. Si isteri tanya pokcik nak kena ketuk simen kaa sebab rumahnya setingkat saja.  Pokcik kata tak payah laa, dah laa suami sakit takkan nak bagi tambah sakit lagi tengok lantai terlopong..

Macam-macam cara no.. Itu cara dia. Tak apa laa.. Sesampai pokcik ke rumahnya pokcik sembang laa dulu sambil dok mengesan kesan gangguan.. Tak ada pun padanya yang betul-betul kuat sehingga boleh membuatkannya sakit seizin Allah. Biasa-biasa saja kesan gangguannya.

Apabila pokcik tengok pada bahagian hati dan kepalanya pokcik dapat rasakan dia serabut dan fikirannya berkecamuk. Biasalah orang sakit fizikal iaitu stroke separuh badan, fikirannya kacau sebab selama ini dia bebas melakukan aktiviti.

Dia juga merasakan orang sekelilingnya tidak sayang padanya. Itu gangguan fikirannya sahaja. Pokcik kenal orang rumahnya sangat baik dan amat bertanggungjawab. Emaknya juga datang dari Selangor untuk menjaganya. Pelik juga apabila dia bagitahu pokcik dia tiada sokongan daripada keluarga.. Huhu.

Sejak awal pokcik terbau sireh yang amat kuat. Selama ini pokcik tidak pernah terbau apabila berkunjung ke rumahnya. Pokcik minta orang rumahnya mengejutkan ibu mertuanya iaitu ibu kepada si suami.

Sebaik sahaja dia tiba, barulah terasa amat kuat getaran gangguan. Haih niat nak usahakan si anak tetapi nampaknya si emak yang pokcik kena usahakan terlebih dahulu. Pokcik berkata dia ada SAKA. Dia tak terkejut. Huhuhu..

Kebanyakan orang Melayu bersaka katanya. Katanya dulu di pernah ikhtiar di Perak.. Di Slim River katanya kalau tak salah pokcik. Katanya ibunya bidan. Ketika berubat pakaiannya serba kuning. Ayam yang nak dipilih untuk berubat juga mestilah ada unsur kuning sehinggalah mencari ayam yang mana paruhnya dan bulunya kekuningan. Macam tu pulak..

Katanya setiap tahu mereka berjamu. Jamu jin laa tu.. Jamu dengan pulut kuning dan telur. Adoiii pokcik tahu dah kalau pokcik tanya lagi soheh keluar bab hanyutkan ke sungai dan letakkan di bawah pokok besar. Pokcik rasa umur hamba Allah ini dalam lingkungan 70 an dah kot..

Dipendekkan cerita, pokcik usahakannya dan anaknya. Alhamdulillah tiada apa perkara yang pelik berlaku. Cuma lepas usahakan anaknya, dia minta izin untuk masuk tidur. Tapinya sebelum masuk tidur dia bertanya, bolehkah kalau dia tidur di luar rumah.. Sejuk sikit gamaknya.. Macam-macam orang fikiran berkecamuk.. Patutlah syaitan mudah ambil kesempatan...

Sebelum mengakhiri cerita, setakat yang pokcik jumpa, kebanyakan anak atau cucu bidan bersaka. Kebanyakannya mereka boleh membidankan orang dan merawat tanpa belajar. Biasanya mereka dapat melalui mimpi. Gamaknya orang dahulu belajar sebagai pertahanan diri dan untuk mencari rezeki. Wallhaua'lam...

Ada sesiapa yang pernah jumpa anak atau cucu mereka yang tidak mewarisi saka? Mungkin ada. Sebabnya mungkin anak lelaki atau saka itu diwariskan kepada darah dagingnya yang lain. Anak saudaranya atau pun adiknya.. Wallhaua'lam.. Apa pun, amalan berjamu jin ini merupakan perbuatan yang syirik. Moga kita semua terhindar daripada perbuatan menyegutukan Allah ini.. Aamiin. Wassalam...

Bangun pagi ni org rumah pokcik bagitahu dia bermimpi banyak anjing hitam mati bergelimpangan. Tak kurang yang dah membusuk dan ada yang cedera parah.. Apa agaknya tu... Santaiiii...


Wednesday, 9 August 2017

DISIHIR MADU

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk pokcik menitipkan satu kisah lagi. Baru dua hari lepas kisah ini berlaku. Ketika sedang santai di rumah dalam pukul 5.40 petang lebih kurang tiba-tiba whatsapps pokcik berbunyi. Kebiasaannya pokcik hanya memberikan nombor telefon pokcik kepada sahabat yang dikenali sahaja. Namun kali ini, hanya nombor yang keluar tetapi bukannya nama hamba Allah ini. Faham-fahamlah ye...

Rupa-rupanya dia mendapat nombor pokcik daripada seorang hamba Allah. Kisah kali ini berkisar tentang bini muda dan bini tua. Menurut hamba Allah ini, ketika berubat sama ada di hospital atau berjumpa dengan perawat, wajah madunya sering terbayang. Pernah dia berlawan dengan madunya yang jelas kelihatan katanya ketika berubat..

Namun begitu, bab bayangan yang dia nampak itu tidaklah pokcik ambil kisah sangat. Syaitan boleh menyerupa pelbagai bentuk dan rupa manusia kecuali junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kekasih Allah. Katanya ke mana sahaja dia pergi dia akan nampak seperti kelibat madunya itu. Bagi pokcik apa yang dia nampak itu tidak semestinya benar tetapi eloklah dikongsikan sebagai perkongsian pengalaman pokcik ketika usahakan hamba Allah ini.

Katanya tiba-tiba kepalanya dan badannya sakit yang teramat sangat ketika tengah hari itu. Ketika dia sampai ke rumah hamba Allah yang memberikan nombor telefon pokcik, dia sedang menangis kesakitan. Apa pun, dia hanya menghubungi pokcik pada sebelah petang itu dan pokcik berjanji akan mengusahakannya setelah selesai solat Maghrib.

Seperti dijanjikan pokcik menghubunginya setelah selesai menunaikan solat maghrib. Pokcik tunggu dalam lima minit juga laa dan dia menjawab mesej pokcik sejurus selesai solat maghrib di rumahnya.  Pokcik terus meminta dia beristighfar sebanyak mungkin sebelum usahakannya. Dia akur. Setelah itu pokcik meminta dia berselawat sebanyak-banyaknya dan memohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Pokcik juga meminta dia berdoa kepada Allah agar menyembuhkannya..

Sebaik sahaja dia tenang, pokcik pun bermula dengan berdoa agar Allah memudahkan urusan pada hari ini. Setelah beristighfar, berselawat dan mengucapkan syahadah pokcik terus membacakan beberapa potong ayat suci AlQuran sambil berdoa agar Allah mengazabkan jin yang menghuni badan si sakit. Ketika ini, si sakit seolah-olah terawangan dan dibawa ke rumah madunya itu. Dia dapat melihat suasana di dalam rumah itu. Katanya dia melihat berlaku kekecohan di situ. Wallahua'lam.

Dia juga dapat melihat batu nesan. Entah batu nesan siapa atau suasana di kubur, pokcik tidak bertanya dengan lebih lanjut. Pokcik hanya mendengar sahaja kerana pokcik tahu apa yang dilihat tidak semestinya benar. Sekiranya ia benar sekali pun, pokcik tidak boleh mengiayakan kerana pokcik bimbang sekiranya suatu hari nanti syaitan memainkan peranan, maka akan berlakulah fitnah. Pokcik teruskan lagi usaha dengan berdoa agar Allah membakar kesemua jin sihir yang berada di dalam badannya.


Panas dadanya menurut hamba Allah ini. Pinggangnya yang terasa diikat dengan tali juga terungkai simpulnya dengan izin Allah. Dia juga memberitahu kepalanya semakin ringan dan tidak lagi berjalan seperti nenek kebayan. Alhamdulillah.. Setelah semuanya selesai seizin Allah, anaknya tiba di rumahnya. Dia kemudiannya meminta pokcik ikhtiarkan anaknya pula namun pokcik memintanya akan berubat secara berdepan. Kebiasaanya pokcik usahakan secara jarak jauh bagi kes kecemasan sahaja dengan niat menolong membantu meringankan penderitaan sesama insan dengan memohon pertolongan semata-mata daripada Allah tanpa melibatkan penggunaan jin.

Dia menerima keputusan pokcik dengan baik. Apa pun, pokcik juga mendengar rintihan dan keluhannya itu. Menurutnya dia menjadi hairan terhadap suaminya. Apabila isteri tua menelefon, dia akan segera balik ke rumah isteri tua biarpun itu gilirannya. Pokcik hanya mendengar sahaja dan tidak mahu mencampuri urusan peribadi si sakit. Menurutnya lagi, kemungkinan besar suaminya terkena penunduk. Wallahua'lam. Dia begitu yakin kerana ketika dia bermohon bersungguh-sungguh kepada Allah, dia ada melihat kepala labi-labi di rumahnya. Entah apa fungsi labi-labi itu pokcik pun tak tahu. Namun, pokcik pernah membaca satu petikan yang mengatakan labi-labi ini dikaitan dengan pengasihan. Bagaiman caranya? wallahua'lam. Pokcik bukannya bomoh.

Akhir kata, siapa pun kita, apa status kita, apa jawatan kita, semuanya milik Allah. Ujian dan dugaan sentiasa ada untuk menguji keimanan kita. Perawat hanya manuia tak kira lah gelaran ustaz apa apa pun. Sedangkan nabi disihir inikan pula kita yang bersifat bukan maksum. Moga sahabat semua memperoleh manfaat dengan perkongsian ini. Moga berjumpa lagi. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata yang kurang enak didengar. Kembali kita kepada Allah kerana kita bukannya sempurna. Wallahua'lam. Salam hormat.










Monday, 7 August 2017

DUGAAN

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipanjangkan usia sedetik lagi oleh Allah. Kali ini pokcik nak kongsikan bab dugaan. Sekiranya kita rasakan kita diuji oleh Allah maka kita kena renung juga ujian yang Allah berikan kepada orang lain. Adakah ujian yang Allah berikan itu terlalu berat untuk dipikul berbanding dengan ujian yang Allah berikan kepada orang lain. Setiap ujian yang Allah berikan itu beserta dengan hikmahNya dan setiap orang ujiannya berbeza..

Kali ini pokcik ingin kongsikan perihal ujian yang diberikan kepada sepasang suami isteri. Nak dijadikan cerita, si isteri menghidap masalah jantung. Setelah mengambil cuti sakit selama dua tahun, dia berulang-alik ke hospital. kalau tak silap pokcik, ketika dia datang ke rumah pokcik dia baru sahaja keluar dari hospital setelah ditahan wad selama tiga bulan. Pihak hospital sendiri mengesyorkan dia berubat kampung.

Nak dijadikan cerita, dia datang ke Kuantan dari Terengganu untuk menziarahi saudaranya yang baru lepas menjalani pembedahan. Si isteri kepada saudaranya itu yang membawanya ke rumah pokcik. Sesampainya di rumah si ibu kepada pesakit memberitahu anaknya bekerja di Darul Quran. Kalau setakat ruqyah dia dah biasa.. Alamak.... Lain macam pulak kenyataan si ibu.. Pokcik senyum saja. Dia pokcik baringkan dan pokcik selimutkan.. Maklumlah sakit jantung katanya..

Setelah baring dia tercungap-cungap, tidak lepas untuk bernafas.. Alamak, jangan jadi apa-apa kat rumah pokcik nanti jadi kes.. Huhuhuhu. kata si ibu, bantal terlalu rendah. Jadinya pokcik cari lagi sebiji bantal. Alhamdulillah dia mula bernafas dengan baik. Lega hati pokcik. Setelah itu, pokcik ikhtiarkan membuang apa yang tersekat di jantungnya sehingga menyukarkan dia bernafas. setelah selesai, dia memberitahu seperti ada seketul daging di kerongkongnya sehingga menyebabkan dia sukar bernafas. Proses pulak di situ.. Tarik, hembus, ludah sikit-sikit, alhamdulillah selesai dengan izin Allah..

Keesokannya pokcik menghubunginya dan dia memberitahu keadaannya yang semakin pulih dengan izin Allah. Selang dua tiga hari kemudian dia telah pun bekerja semula dan hanya sedikit mengah apabila melakukan kerja berat. macam pokcik jugalah. masalah kolesterol banyak. jalan sikit pun mengah juga. apa pun alhamdulillah atas ehsan Allah. Kini dia meminta pokcik ikhtiarkan suaminya pula. Katanya sejak dia sakit, mereka tinggal berasingan. Ye laa, dua-dua sakit nak buat macam mana ye... Si suami berada di Selangor manakala dia di Terengganu di rumah ibunya..

Suaminya dikatakan terputus urat selepas kemalangan. Luka kakinya tidak boleh bercantum. Mungkin juga dia pergi berjumpa dengan perawat di sana dan dia diberitahu dia juga disihir. Tak apa laa apa yang diberitahu oleh perawat itu.. Tak penting pun bagi pokcik.. Kita usahakan sahaja dan selebihnya kita berserah kepada Allah. Pokcik tengok, air bisanya memenuhi daging yang kelihatan kehitaman.. Air bisa itulah bagi pokcik yang menyebabkan kakinya bengkak. Jadinya pokcik pun usaha dari jauh untuk mengeluarkan air bisanya..

Keesokannya pokcik bertanya kepadanya tentang kaki suaminya itu. Katanya air bisa keluar dengan banyaknya. Bengkak pun semakin surut. Kakinya juga gatal yang teramat sangat. In shaa Allah, sekiranya kulit nak bercantum memang kita akan berasa gatal di sekitar kawasan tersebut.. Apa pun seingat pokcik, pokcik usahakan suaminya selama tiga malam. In shaa Allah. Moga dia sudah sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Inilah kisah ujian yang diberikan kepada sepasang suami isteri. Moga kita peroleh manfaat daripada kisah ini. Setiap penyakit diturunkan bersama penawarnya. Cepat atau lambat, sekiranya kita berusaha dan meminta bersungguh-sungguh, in shaa Allah, Allah akan mengabulkannya.. Moga berjumpa lagi.. Wallahua'lam.. salam hormat.




Saturday, 5 August 2017

TUNANG DISIHIR VS SAKA

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipertemukan sekali lagi.  Kali ini pokcik nak bawa kisah seorang hamba Allah yang menghubungi pokcik untuk ikhtiarkan tunangnya. Tunangnya dikatakan mempunyai saka. Lebih memeritkan lagi dia juga dikatakan disihir. Biasalah darah manis orang kata, ada saja yang mahu mendekat. Macam pokcik lainlah orang tua. Kita duduk rapat pun orang suruh bangun duduk jauh sikit. Busuk katanya.. Hihihihihi.

Pelik juga si saka ni, dah tahu tak larat masih juga nak berdamping dengan pewarisnya. Ye laa taat pada perjanjian katanya. Dengan Allah tak taat macam tu pulak. Macam-macam mainan jin syaitan ni. Ada saja jalan untuk memesongkan akidah kita. Kalau kata nak lindungi tuannya, sihir yang datang kenapa pulak tidak dihalangnya.. Macam-macam alasan laa yang keluar... Aku dah tua, tak larat... Jin yang datang tu lebih besar daripada aku katanya.. Habis tu, cukuplah Allah sebagai pelindung.. Tak sedar diri... Itu saja ayat yang sesuai untuk saka-saka ni...


Nak dijadikan cerita pokcik tanya jugalah sebelum ikhtiar tu,  macam mana pulak dia tahu tunangnya itu ada masalah saka dan sihir. Manalah tahu, dia merupakan perawat. Katanya dia dah pernah membawa tunangnya pergi berubat. Biasanya macam tu laa, apabila tak serasi atau Allah masih tidak perkenankan maka dia pun mencari ikhtiar lain. Mencari ikhtiar tu ok. Jangan jadi seperti tiga hari lepas. Selepas pokcik usahakan si suami, si isteri meminta suaminya menelefon pokcik dan bertanya.. Katanya, pokcik merawat gunakan jin ke?  Maklumlah masalah bermula dari awal perkahwinan dan Alhamdulillah  apabila pokcik usahakan pada umurnya 50an lebih kurang...

Tak apa laa, kadang kala kita kena muhasabah diri juga. Tak kira pesakit atau perawat. Kenapa agaknya Allah tidak izinkan?  Ujian atau teguran daripada Allah?  Berbalik kepada kes ini.. Sebenarnya pokcik lebih suka apabila si sakit itu berhubung terus dengan pokcik. Manalah tahu ketika kita usahakan tiba-tiba dia kerasukan.. Hihihihihi. Pernah berlalu sebenarnya. Ketika mesej pun merasuk, jangan kata ketika sedang ikhtiarkannya si sakit.

Ketika pokcik usahakannya pada malam itu si sakit tidak tahu pun sebenarnya. Gamaknya macam mana laa reaksinya ketika itu.. Hahahhahhaha. Kalau sedang masak dia terasa panas mungkin ok lagi.. Panas badan katanya sebab sedang memasak. Bayangkan sekiranya ketika itu dia sedang buang air besar.. Melompat-lompat pulak tu.. Habis bersepah najis dalam bilik air.. Hahahhahahhaha. Baik jangan bayangkan.. Hihihihihi..

Apa pun, diringkaskan cerita si lelaki ini berjumpa dengan tunangnya itu keesokannya seingat pokcik. Tunangnya cuma mengadu letih dan sedikit pening.. Biasalah. Nak berurusan dengan sihir lagi.. Nak berurusan dengan saka tak sedar diri lagi.. Kalau dia rasa letih, pokcik pulak rasa macam mana agaknya.. Hihihihihi.. Tak apa laa niat buat kerana Allah sahaja.. Alhamdulillah tidak dengar lagi cerita tunangnya selepas itu. Dia kini sudah mendirikan rumahtangga agaknya...

Alhamdulillah laa.. Moga dia dapat menjadi suami yang baik dan membimbing isterinya hingga ke jannah.. Sebelum pokcik mengundur diri, ingin sekali pokcik berpesan. Sekiranya ada dirasakan saka ingin mendekat maka cepat-cepatlah berikhtiar. Jangan sampai orang sekeliling pun dah tak kenal barulah berniat untuk membuangnya.. Tak ada manfaatnya semua jin saka ini.. Setakat mana laa hidup kita. Sampai masa ke tanah jua.. Wassalam...





MURUNG

Image result for assalamualaikum image

Boring dok saja maka pokcik pun taip laa no buat hilang puas. Alkisah suatu hari pada hari Jumaat  pokcik bersolat di Tanah Putih. Sesampainya di hadapan rumah emak mertua pokcik, tiba-tiba sebuah 4wd berhenti di sebelah pokcik. Assalamualaikum tuan GM katanya. Oohhh rupanya ahli group kita jugak laa. Alhamdulillah.

Sahabat kita ni perawat Darul Ansar. Dah dia parking kat tengah jalan pokcik mintak sahabat parking laa kat masjid dan sempat lagi laa bertanya khabar dan cerita. Sahabat pokcik ni sibuk jugak laa, maklumlah membuka pusat bekam dan sebagainya. Jarang-jarang jugak laa kot balik ke kampungnya.

Alkisah, lebih kurang tiga atau empat minggu lepas sahabat ni menghubungi pokcik. Ia perihal emaknya di kampung yang ada masalah saka. Nak kata jauh tu tak laa sebab kampungnya hanya di Neram sahaja. Mungkin kerana kekangan masa maka sahabat pokcik ni pun tak sempat nak ikhtiarkan emaknya sendiri. Tak tahu laa kalau sahabat sendiri segan nak ikhtiarkan emak sendiri. Memang ada macam tu.

Disebabkan sahabat ni di Kuantan juga maka suatu hari dia menghubungi pokcik. Kebetulan pulak pokcik sedang dok minum kat luar jadi pockik ajaklah dia minum sekali. Dia pun maii laaa seperti dijanjikan. Pada waktu ni laa dia menceritakan perihal ibunya yang mengalami masalah saka. Perawat-perawat sebelum tu dia kata hanya menghalau saja. Tak dak tindakan yang keras yang dikenakan. Tak larat katanya sebab asyik nak kena panggil berulang-ulang kali.

Haih, nak ikhtiar bakar dgn izin Allah, ada sahabat kata zalim. Akan dipertanggungjawabkan pulak. Nak potong kepala satgi ada pulak sahabat kata jadi jin takdak kepala. Lagi seram kalau orang jumpa. Kakakakkakakkakaka. Gurau-gurau saja tu jangan ambik serius. Tak paa laa pokcik kata, pokcik ajak dia piii ke rumah emaknya pada hari Sabtu esok lusanya. Dia setuju.

Elok sampai hari sabtu dia bagitau pokcik dia terpaksa ke KL pulak. Ada urusan penting katanya. Sibuk sungguh. Tak paa laa, jadi pockik bagitau dia pokcik hemboiihh piii laa mohong-mohong dari jauh. Dah hemboiihh tu pokcik bagitau laa kat dia. Tudia aih tiga minggu kemudian baru pokcik sempat ikhtiarkan. Tu laa yang pokcik segan kalau dok berjanji dengan orang. Yang awal pokcik ikhtiarkan biasanya kes emergency sahaja.

Hihihi baru hari Jumaat dua hari lepas pockik jumpa dia selepas membuat rawatan tu. Alhamdulillah dah katanya. Tak dak dah mimpi ngeri. Mak dia pun tak murung lagi dah. Kesian jugaklah orang tua ni. Selang sehari panggil orang berubat. Selang dua hari panggil orang berubat. Pasaiii apa jadi lagu tu? Pasaiii dok hambat saja piii jauh-jauh. Bukan nak pertikaikan mana-mana pihak sebab itulah cara depa.

Jadi nasihat pokcik pada semua, dah orang tak pertikaikan cara kita biarpun orang kena panggil kita selang dua hari maka janganlah dok kata cara orang lain salah, zalim dan sebagainya. Satgi keluar pulak kata kena berdakwah laa pulak. Sebabnya yang pokcik cerita ni banyak yang dakwah laa. Dakwah pastu jin angguk kata dah insaf dan piii tempat lain padahal jin tu masuk makin dalam lagi. Apa pun kesembuhan milik Allah.

Allah dah kata diutuskan Rasul dari kalangan jin dan manusia jadi tak perlulah kita nak berdakwah bagai sampai macam dok perikai cara kita saja betoiii.. Buatlah dengan cara kita tanpa dok paksa orang lain ikut cara kita. Kalau kita kena mohong pun biaq laa kita sorang-sorang yang kena. Jangan ajak orang lain pun kena macam kita jugak. Hahahhahahhahaa. Maaf laa andai terkena pada sesiapa. Bukan pokcik nak pertikaikan sesiapa tapi buatlah dengan cara kita tanpa berkata cara kita saja yang betul. Maaf sekali lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.



Friday, 4 August 2017

SAKA MAK LAMPIR VS PELESIT

Image result for assalamualaikum image

Alhaamdulillah dipanjangkan usia sedetik lagi oleh Allah. Kali ini pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah yang berada di Pahang. Asalnya dia meminta pokcik melihat dirinya sama ada sakit atau pun tidak. Kebiasaannya pokcik tidak akan melayan karenah sebegini. Ada juga hamba Allah yang sengaja ingin menguji untuk melihat kemampuan seseorang itu.

Namun apabila dia mula menyatakan apa masalahnya maka pokcik pun mula bersangka baik. Dia sebenarnya ingin tahu masalahnya kerana setiap kali berkawan ada sahaja yang tak kena dan hubungan terputus di tengah jalan. Apabila melibatkan jodoh ia merupakan ketetuan Allah namun kita juga haruslah berusaha sekiranya dirasakan ada sessuatu yang tak kena pada diri.

Menurutnya, dia rasa ada yang tak kena pada dirinya. Dia sering bermimpi tempat kotor, ular dan sebagainya. Lebih memeritkan lagi, pahanya sering lebam kerana digigit pelesit. Jarang kita dengan pelesit tidak bertuan. Katanya dia sudah pun berubat dengan seorang ustaz namun dia rasakan ada lagi masalah pada dirinya. Tambahan pula, ada seorang perawat dari Kedah yang memberitahu bahawa dia mempunyai saka.

Berbalik kepada cerita pelesit ini, pokcik pernah melihat seorang hamba Allah ingin menetak suaminya ketika kerasukan. Emak pokcik sendiri pernah dirasuk oleh pelesit ketika pokcik masih kecil lagi. Kebiasaannya pelesit sering dibela oleh bidan kampung. Mereka akan menghantar pelesit mereka dan akhirnya kita terpaksa memanggil mereka untuk memulihkan kerasukan itu. Mungkin ia dijadikan mata pencarian oleh si bidan dan cara ini merupakan salah satu kaedah untuk meraih kepercayaan orang terhadap kemampuannya.

Berbalik kepada kisah ini, apabila dia nampak bersungguh-sungguh untuk berikhtiar maka pokcik memintanya agar menunggu lebih kurang pukul 10.30 malam. Bukan syarat apa, pokcik dah pm dia pada awal malam namun tidak berjawab. Kebiasaannya sekiranya mesej lambat dijawab, pokcik akan usahakan kes yang lain dahulu. Ramai yang sakit sekarang ini. Ada sampai berpuluh tahun, berbelas tahun berikhtiar namun masih buntu dan tiada jalan penyelesaian.Kebiasaannya kes sebegini yang menjadi keutamaan pokcik. Bukan kata pokcik bagus, tetapi apa salahnya ikhtiarkan mana tahu Allah membuka jalan.

Apabila melihat gambarnya pokcik tiba-tiba terbayang akan seorang perempuan tua yang berambut putih. Mak lampir gamaknya. Tak apa lah. Bukan penting pun apa yang dilihat tetapi kesembuhan dengan izin Allah. Pokcik tengok dengan lebih dalam dan memberitahunya bahawa ada saka ingin mendekat. Kemungkinan saka yang dimaksudkan ialah saka bidan. Pokcik memberitahu bahawa keturunanya mungkin ada yang menjadikan bidan sebagai mata pencarian.

Jawapannya pokcik peroleh. Menurutnya ibu saudaranya merupakan seorang bidan. Dia memperoleh kelebihan berbidan melalui mimpi. Setelah itu dia boleh berurut, berbidan dan sebagainya. Apa pun soalannya kepada pokcik, kenapa dia tidak memilih anaknya sebagai pewaris? Jawapannya, dia juga mempunyai pertalian darah dengan saka tersebut dan saka bidan hanya akan mencari pewaris perempuan yang sesuai dengan dirinya..

Seperti biasa, sebelum berikhtiar pokcik memintanya untuk beristighfar. Bukan apa, moga titik hitam di hati kita sedikit berkurangan. Tambahan pula kita selalu menaruh syak wasangka terhadap orang lain. Setelah itu pokcik meminta doa kepada Allah untuk memagarnya. Ini biasa pokcik lakukan agar gangguan itu tidak dapat lari. Kebiasaannya gangguan yang lari akan mengganggu lagi si pesakit dan berlakulah gangguan berulang..

Setelah itu, pokcik dapat rasakan terdapat beberapa tempat yang telah pun menjadi sarang gangguan itu terutamanya pada bahagian bahu kirinya. Tanpa berlengah lagi, pokcik memohon kepada Allah untuk membunuh dan membakar gangguan yang ada dalam badannya. Setelah itu, pokcik iktiarkan mengeluarkan saki-baki cebisan yang ada di dalam badannya. Sekiranya ditinggalkan ia kemungkinan akan menjadi penyakit fizikal pula. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan.

Namun begitu, hamba Allah ini tidak berasa kepanasan dan pergerakan setiap gerakan pokcik. Hihihihi. Jarang berlaku perkara sebegitu kecuali kepada hamba Allah yang tidak yakin dengan usaha secara jarak jauh ini. Bagi pokcik, dekat atau jauh, kesembuhannya hak Allah. Ramai yang meminta pokcik uasahakan jarak jauh setelah puas berubat secara berdepan sehingga piluhan tahun namun menemui jalan buntu. Bukan pokcik nak bagitahu pokcik hebat sebabnya pokcik bukanlah orang yang berilmu. Hanya mengharapkan ehsan Allah semata-mata..

Setelah sekian lama, barulah petang ini hamba Allah ini memberitahu keadaannya, Mungkin dia ingin melihat keadaannya dahulu. Mungkin juga dia tak berapa pasti, betu ke pokcik usahakannya. Bersangka baik sahajalah. Mungkn dia pernah menaruh harapan yang tinggi pada seorang perawat namun kecewa. Memang kita akan kecewa kalau bergantung kepada manusia. Sebaik-baik tempat kita memohon pertolongan dan pengharapan ialah Allah, bukannya kepada sesama makhluk. Tiada daya upaya manusia.

Sekian buat kali ini. Dia juga memberitahu pokcik dia tak sempat lagi meletakkan wang di dalam tabung masjid. Mungkin dia sibuk atau mungkin juga dia kurang yakin pokcik usahakannya dari jauh, Apa pun, memang pokcik tidak mengenakan mahar. Pokcik hanya meminta mereka sedekahkan duit ke tabung surau atau masjid.Ingatlah, sekiranya kita berkira dengan Allah, jangan hairan sekiranya Allah berkira dengan kita dan doa kita tidak diperkenankan. Wassalam.




LEMAH SEMANGAT

Image result for assalamualaikum image

Santai-Santai saja sambil dok golek kentang ni. Alkisah suatu malam ada satu keluarga datang ke rumah pokcik. Sembang lebih kurang maka pokcik dapatlah tangkap tujuan kedatangannya itu. Menurut si ayahnya anaknya tu takut nak tidur dalam biliknya. Haih awat pulak takut nak tidur dalam bilik sendiri.

Menurut si ayah, anak perempuannya pun tidak boleh tidur di dalam bilik itu kalau mereka bertukar bilik. Apa sebabnya pulak kali ni. Pokcik pun scan laa cara mohong-mohong kat anaknya yang datang ni. Tak ada apa-apa tanda gangguan. Nampak hanya lemah semangat. Dah nampak punca maka pokcik pun hemboiihh pii laa pada puas dok saja. Kakakkakakkaa.

Alhamdulillah selesai satu bab. Tiba-tiba, proootttttt bunyi yang amat nyaring. Haih ayah dia kata. Terlebih semangat ni katanya sambil gelak. Hahahhahahhaha. Pokcik pun gelak sama laa tak mahu bagi anaknya malu. Selesai sahaja anaknya tu, pokcik pun cuba laa kononnya tengok bilik rumahnya pulak. Haih scan mohong-mohong lagi laa.

Sambil pejam mata, kepala geleng-gelengkan sikit bagi nampak real kot no. Hihihi. Dalam mohong-mohong tu pokcik dapat rasakan satu aura yang sangat kuat dalam bilik tu. Apa pulak gamaknya dok dalam tu. Si ayah mengajak pokcik ke rumahnya tetapi disebabkan dah malam sangat maka pokcik buatkan air doa sahaja.

Kalau masih berlaku pokcik akan ke rumahnya laa pulak untuk melihat apa yang tak kena. Alhamdulillah setelah menelefon hamba Allah ni alhamdulillah katanya anaknya dah boleh tidur di dalam bilik itu. Lega jugaklah pokcik tak kena piii sana, hahahhahahhaha. Pelik sungguh hantu setan ni. Pokok kaa busut kaa lubang tanah kaa ada banyak dah, dalam rumah orang jugak depa nak lepak. Hihihi. Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Moga berjumpa lagi pada lain kali. Wallahua'lam. Salam hormat.

SUKA MENYENDIRI

Image result for assalamualaikum image

Puas dok saja pokcik kongsikan laa satu cerita kot no.Kali ni pokcik dikunjungi oleh sebuah keluarga dari Terengganu. Kisah hamba Allah ni sebenarnya dah setahun lepas pokcik dengar tapi kali ni kebetulan keluarganya berjalan-jalan di Kuantan jadi depa sahaja laa nak maiii bawak anaknya berjumpa pokcik tua ni.

Pokcik sebenarnya pernah ditunjukkan gambarnya lama dahulu dan pokcik yang tak berapa reti ni nampak seperti ada mainan saka pada hamba Allah ini. Apa pun kali ni kami berjodoh berjumpa. Hamba Allah ni baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM. Kebetulan pulak ada majlis sambutan hari jadi sedikit dibuat di rumah emak mertua pokcik jadi pokcik jemputlah sekali sahabat sekeluarga.

Selepas menikmati sedikit juadah, pokcik mengajak hamba Allah ni dan ayahnya masuk ke dalam bilik. Yaa laaa takkan nak buat kat tengah majlis makan. Satgi pelik pulak tetamu yang datang. Hihihihi. Setelah bersoal jawab serba sedikit dengan ayahnya pokcik pun scan laa mohong-mohong untuk memastikan apa yang pokcik nampak kat gambar dulu masih sama ataupun bukan. Ternyata masalahnya masih masalah yang sama.

Kali ni berdepan dengan saka pendekar pulak dah. Yaa laa nak buat lagu mana, bukan kehendak kita pun depa nak maii. Tak dak rasa hina aih orang yang ada saka ni. Alhamdulillah keluarga hamba Allah ini pun menerima dengan tenang. Tambahan pula dah dimaklumkan oleh ustaz perawat sebelum itu. Mula ruqyah kepalanya berpusing ke belakang dan nak tengok pokcik. Haih lain macam pulak rasanya. Bimbang pulak kalau terkena siku 12. Hihihi.

Ayahnya meminta dia pandang semula ke depan. Dia ikut sekejap pastu berpaling semula. Ayahnya nak suruh dia pandang ke depan lagi tapi pokcik buat isyarat kata tak pa. Pokcik pun pagar laa cara tak tau tak mau bagi dia bangun. Kalau bangun jenuh pulak nak bersilat. Hihi. Pokcik mana reti. Semakin lama kepalanya goyang semakin kuat. Pokcik buat tak nampak.

Dia mula genggamkan tangannya macam geram. Kacau sungguh laa kali ni. Hihihi. Tak lama kemudian kakinya pula bergetar. Hadoiii. Habis bergegar kakinya tapi dia tak bangun. Pokcik tak tau laa dia tak mau bangun atau tak boleh nak bangun. Hihihi. Pokcik teruskan juga. Ketarnya mula beransur-ansur menjadi perlahan. Dia mula silangkan kakinya. Pokcik tanya, awal dok tindankan kaki lagu tu. Lenguh dia kata.. Hihihi sajalah pokcik tanya.. Memang bukan dalam kawalan dia.

Akhir sekali kaki dan pahanya mula berhenti bergetar. Dia pun lunjurkan kaki seperti asal. Hemboih tarik mohong-mohong saka tu. Biasa sangat tu. Alhamdulillah selesailah urusan malam tu. Selepas urusan pokcik pun berbual la sebentar dengan ayahnya di dalam bilik tu. Pokcik berpesan agar dia tak dibenarkan bersendirian. Bimbang juga habis yang ni maii pulak yang lain.

Ayahnya kata dia selalu bersilat sorang-sorang tetapi apabila ada yang melihat dia akan berhenti sendiri. Tu pokcik tanya dia pernah belajar bersilat kaa, dia kata tak pernah. Yaa laa nak kata apa dah kalau benda nak maii. Ikhtiarkan saja laa. Apa pun sebelum balik pokcik berpesan agar segera menghubungi pokcik kalau nampak ada tanda-tanda pelik yang berlaku. Alhamdulillah setakat ni Allah masih pelihara dia. Doakan yaa sahabat semoga dia pulih sepenuhnya dan kembali normal seperti remaja yang lain. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.

Wednesday, 2 August 2017

ISTERI PERAWAT DISIHIR

Image result for assalamualaikum image



Kejadian ini baru sahaja berlaku petang ini. Masa pokcik tengah melayan Transfomers yang dirakam tiga atau empat hari lepas tiba-tiba messenger pokcik berbunyi.. Rupa-rupanya seorang sahabat perawat sedang mengadap isterinya yang kerasukan..

















Biasalah jin banyak helahnya..  Datang dari laut laa apa laa semuanya keluar semasa perbualannya dengan isterinya itu. Apabila pokcik tengok,  ia lebih kepada masalah sihir. Gamaknya dialognya dengan perawat telah pun disusun skripnya..




















Kalau kita terpedaya maka berjayalah helahnya.  Apa pun kali pertama tindakan pokcik berjaya sekejap sahaja. Ahli sihir itu menghantar sekali lagi sihirnya. Nampak macam bersungguh sangat maka pokcik berdoa kepada Allah untuk memulangkan semula haknya..














Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.. Satu sahaja yang kita perlu pegang kemas-kemas. Apabila datang yang haq maka hancurkan yang bathil dengan izin Allah. Tiada daya upaya manusia. Allahu akbar..  Moga dia insaf dan kembali ke jalan yang lurus.. Aamiin.....








MENAMBAH ATAU MENGURANG JIN?

Image result for assalamualaikum image

Sunyi noo, perawat pun tak mau kongsi pengalaman. Maiii pokcik nak kongsikan.

Kongsikan buat cara bukan perawat laa noo.. Terbang ke langit kaa syurga kaa tak dak laa.. Semalam pokcik niat nak rehat sehari..

Nak hemboihh mohong-mohong kaa ludah mohong-mohong kaa tak mau semalam. Badan tua, nak juga rehat sekali sekali.. Jadinya pokcik piii laa menziarah sahabat pokcik.


Maklumlah dengar kata baru keluar hospital sebab operate kakinya sebab kencing manis. Sesampainya di rumah dia, orang rumahnya saja yang ada sebab sahabat pokcik tak balik lagi dari masjid..

Orang rumah pokcik saja masuk. Pokcik lepak hisap rokok kat luar rumahnya. Habis dua batang baru dia balik. Kami masuk ke dalam rumah dan sembang santai..

Dia mula menceritakan masalahnya. Haih laki bini sakit. Tak boleh kata apa laa ujian Allah. Selang lima minit gamaknya pokcik bosan. Pokcik ajak dia sembang di luar. Bagilah peluang orang perempuan sembang dengan perempuan....

Sambil lepak di luar rumah dia menyambung ceritanya perihal dirinya yang sudah lama sakit. Berbelas tahun juga gamaknya. Pokcik diam mendengar. Katanya dia berubat dengan seorang ustaz sebab kawannya yang bawa.

Katanya dia kena pergi selalu ke sana. Kalau tak pergi dia akan sakit. Hahahhahhaha macam tu pulak. Dia akhirnya berpindah mencari ustaz lain pula. Sampailah ustaz tu seperti melarikan diri atau katanya dah tak sanggup...

Dia mintak pokcik tengokkan dia. Alamak. Pokcik kata pokcik nak rehat sehari.. Hihihihihi tak sayang kawan laa tu katanya. Kakakkakakkakakka pokcik gelak besar. Nak tak nak kena ayat tu letih pokcik. Kena jugak laa...

Kat luar tu jugak pokcik imbas dia. Alamak banyaknya. Patutlah dia cakap pinggang selalu dicucuk. Selepas diimbas dia kata jarinya kelas. Belakang tumitnya terasa ditarik.

Nampak dia bersungguh pokcik pun kasihan. Pokcik cakap kalau betul-betul nak ikhtiar jom buat dalam biliknya. Pokcik tak mahu orang rumahnya yang sakit itu berada bersama. Dia setuju.

Masuklah kami ke dalam bilik belakangnya. Pokcik suruh dia baring sebab nampak banyak sangat masalah. Selepas pokcik ikhtiar pagarnya pokcik tanya apa yang dia rasa. Katanya dia terasa berdenyut di beberapa bahagian tubuh.

Pokcik bagitau, di situlah tempat depa bertapak. Pokcik pun baca laa sikit-sikit ayat yang tahu. Dia terlelap. Merdu gamaknya suara pokcik. Hihi. Gangguan lebih kepada bahagian hujung jari tangan, bahu, pinggang, paha, kepala dan tuttt dia..

Pendek kata, kalau melibatkan sihir sebahagian besar anggota tubuh terlibat. Buatlah pokcik ni satu demi satu. Slow and steady. Hihihihihi. Last sekali kasi belah  sikit pinggang hamba Allah tu. Akhirnya barulah tutup semua bahagian dengan berdoa kepada Allah.

Alhamdulillah selesai. Ringan katanya tubuh dia. Sebelum ni badannya rasa berat beratus kilo. Alhamdulillah dia. Dia juga kata pokcik seperti menggunting sesuatu. Gunting apa aih ludah mohong-mohong saja. Hihihihihi.

Setiap yang bergerak keluar boleh kata dia dapat rasa. Wallahua"lam. Pokcik cuma kongsikan katanya sahaja. Mungkin dia dapat rasa pergerakan terlalu kuat sebab makhluk-makhluk itu dah mendiami badannya terlalu lama.

Akhir sekali dia kata badannya perit seperti luka dibelah. Hahahhahhaha tak belah mana aih. Buat pun mohong-mohong saja. Apa pun Alhamdulillah Allah permudahkan. Sebelum balik dia minta pokcik usahakan orang rumahnya pulak.  Pokcik kata tak boleh laa sebab hari semalam niat pokcik memang nak rehatkan badan  .

Tak paaa katanya. Lain kali pulak dia minta pokcik maiii  rumahnya lagi dan usahakan orang rumahnya pula..  Erkkkkk.  In shaa Allah.  Sekiranya diberikan kesihatan yang baik dan ada kelapangan pokcik akan cuba usahakan orang rumahnya pula..  Doakan nooo sahahat. Moga segalanya berjalan dengan lancar. Moga berjumpa lagi. Wallahua"lam. Salam hormat.