Thursday, 2 April 2020

SELENDANG

Assalamualaikum.

Malam tadi pokcik menonton drama Melayu bertajuk SANTAU MAUT. Menarik juga kisah yang dipaparkan. Ia menceritakan perebutan harta yang membawa kepada perbuatan sihir...

Sihir dan gangguan biasa jauh bezanya. Sihir kebiasannya akan dilakukan secara berulang-ulang kali sehingga si pengupah itu berasa puas dengan hasilnya. Ada kalanya melibatkan kematian yang tragis seizin-Nya. Gangguan biasa biasanya lebih mudah dan cukup sekadar dihalau sahaja. Saka berbeza pula situasinya kerana melibatkan perjanjian. Sakit berbeza memerlukan pendekatan berbeza juga...

Kali ini pokcik akan kongsikan satu lagi kisah BENAR berkaitan sihir... Kisah ini sebenarnya berlaku dalam tahun ini juga.. Ada kes sebelum dan selepas itu, tapi pokcik nak kongsikan kisah ini sebab berkaitan SIHIR...

Kali ini pokcik dan orang rumah pergi ke sebuah rumah bagi memenuhi jemputan kenduri. Kali ini mereka mengadakan majlis kerana ibunya akan pergi menunaikan umrah.. Sebenarnya hamba Allah ini pokcik pernah usahakan suami isteri kerana sakit tidak lama dahulu..

Lebih kurang pukul sembilan malam pokcik pun bersiap-siap untuk ke sana.. Pokcik pergi juga sebab pokcik hanya berada di Kuantan pada hari minggu sahaja. Ketika ingin bertolak tiba-tiba pokcik berasa tidak sedap hati...

Pokcik: Rasa tidak sedap hati pula.
Orang Rumah: Kenapa?

Pokcik: Rasa macam ada akan berlaku malam ini.
Orang Rumah: Doa yang baik-baik sahaja..

Pokcik diam. Pokcik menjangkakan sesuatu akan berlaku kepada tuan rumah. Beliau akan dimalukan dan si penyihir akan turut hadir dalam majlis itu.. Setelah itu kami bertolak ke sana. Sesampainya di sana kelihatan ramai orang yang sedang makan dan berbual-bual. Pokcik disapa oleh beberapa orang sahabat yang mengenali pokcik. Tuan rumah datang ke arah pokcik dan mempersilakan kami makan...

Ketika sedang makan tiba-tiba perasaan tidak sedap hati timbul semula.. Pokcik memanggil tuan rumah dengan hanya melambaikan tangan... Sebaik sahaja beliau sampai terus pokcik memulakan bicara...

Pokcik: Awak apa khabar?
Ali: Baik alhamdulillah dah selepas pokcik usahakan dahulu. Tapi.....

Pokcik: Ada apa?
Ali: Ani berasa tidak sihat dua tiga hari ni... Baru ini dia pengsan...

Pokcik: Tak apalah. Nanti panggil Ani datang ke sini ye selepas pokcik makan..
Ali: Baiklah...

Selepas pokcik selesai menjamu selera, si suami terus memanggil isterinya.. Si isteri terus datang ke arah pokcik tanpa banyak bicara.. Sebaik sahaja dia sampai pokcik terus bertanya khabar...

Pokcik: Apa khabar?
Ani: Baik. Tapiiiiii.. Tadi ada orang bertanya khabar saya semasa mengambil makanan tidak lama selepas itu saya sakit pada bahagian belakang..

Pokcik: Pelik juga ya. Cuba buat macam biasa.. Pokcik nak cuba ambil sesuatu yang tak kena pada awak... Buat macam biasa sahaja.. Orang tak akan perasan..
Ani: Baiklah...

Tanpa berlengah lagi pokcik terus usahakan buang gangguan itu tanpa disedari oleh orang ramai di situ... Alhamdulillah hilang serta-merta sakitnya itu seizin-Nya. Kini dia mengadu mukanya pula rasa berkaca....

Apa pula kali ini... Pokcik mengajak seorang sahabat pokcik, suami si sakit serta Ani masuk ke bilik untuk melihat cermin. Mereka semua bersetuju. Kami terus masuk ke bilik tanpa menghiraukan tetamu yang berada di ruang tamu. Tetamu istimewa atau sahabat rapat sahaja agaknya di ruang tamu sebabnya tetamu lain berada di bawah khemah di luar perkarangan rumah..

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik pokcik terus meminta Ani melihat cermin.. Suaminya dan sahabat pokcik berbual tanpa melihat perlakuan si Ani. Dengan tidak semena-mena Ani terus pengsan. Kepalanya terhantuk pada bahagian meja solek itu. Ketika itu si suaminya masih leka berbual. Alhamdulillah pokcik sempat memegangnya sebelum jatuh.. Si suami yang terkejut terus menahan isterinya lalu dibaringkan dan kepalanya diletakkan bantal... Pokcik melihat sahaja perbuatan suaminya itu.. Kami semua terdiam...

Tiba-tiba Ani tersedar. Matanya merenung tajam. Dia menjerit dan mengilai.. Suaranya yang lemah lembut kini sudah bertukar kasar. Dia menjadi bengis. Dia meronta-ronta sambil memaki hamun.. Sahabat pokcik terkena penyepaknya. Pokcik sendiri telah diludah.. Amboiiiiii bukan main ganas lagi. Serentak dengan itu berlaku kekecohan di ruang tamu rumahnya.. Isteri kepada seorang tetamu turut disampuk...

Kedengaran pukul memukul di ruang tamu.. Rupa-rupanya suami kepada tetamu yang dirasuk sedang berkomunikasi dengan jin yang sedang merasuk isterinya. Lantaklah sebab suaminya sendiri yang melakukannya. Mungkin disebabkan sudah biasa dengan keadaan isterinya maka si suami tahu menguruskannya.
Biarkanlah mereka, bisik hati kecil pokcik. Pokcik hanya menumpukan perhatian kepada Ani yang masih tidak sedarkan diri di dalam bilik...

Aku nak dia! Aku nak dia! Aku sayang dia! Secara tiba-tiba Ani menjerit. Sesekali dia menangis. Melihat perlakuan si Ani pokcik dapat jangkakan bahawa oni mainan saka. Kemungkinan besar ini saka berkaitan dengan ilmu kecantikan.. Pernah dahulu pokcik kongsikan perihal seorang tua yang nazak beberapa kali namun apabila melihat cermin, dia sihat semula. Adakah kes kali ini pun begitu? Mungkin ya Dan mungkin tidak. Setelah ruqyah beberapa ketika, ia semakin lemah dan akhirnya pengsan semula. Suasana menjadi tenang seketika. Pokcik keluar dari bilik itu dan melihat ada seorang perawat yang sedang bertarung bersama dengan suami si sakit di ruang tamu.. Pokcik biarkan mereka....

Pokcik terus lepak di bawah khemah sambil minum air Di situ.. Tak lama kemudian perawat yang bernama En Lan (bukan nama sebenar) pun keluar dari rumah. Alhamdulillah selesai agaknya, kata pokcik di dalam hati. Dia duduk berhampiran pokcik. Rupa-rupanya En Lan merupakan seorang perawat dan beliau juga bekas abang ipar kepada Ani.

En Lan merupakan seorang anggota polis. Apabila pokcik bertanya kepadanya tentang beberapa orang anggota polis yang merupakan bapa saudara kepada orang rumah pokcik, dia amat rapat dan mengenali mereka. Kecil dunia ini, kata orang rumah pokcik kepadanya. Dia juga merupakan anggota polis yang kini memberi kursus dan perawatan mistik kepada anggota polis yang lain. Menurutnya lagi dia dapat kelebihan itu Di Mekah. Beliau juga menunjukkan gambar ketika beliau sedang mengadakan kursus atau seminar itu... Kalau tak salah pokcik, salah seorang yang menghadiri kursusnya ialah Raja Bomoh... Makin menarik perbualan kami...

Sedang leka berbual tiba-tiba terdengar suara memanggil dari dalam rumah... Kedua-dua orang pesakit kerasukan lagi... Kami bergegas masuk ke dalam rumah. En Lan uruskan pesakit di ruang tamu bersama suami so sakit. Pokcik terus masuk ke dalam bilik. Kali ini jin yang merasuk lebih agresif... Dia mula menggelupur sambil bercakap dengan nada menganjing. Oleh sebab pokcik malas menunggu lama, pokcik terus sembelih. Terus dia pengsan...

Tak lama kemudian pesakit di ruang tamu pula sedar. Mereka seperti ada pertalian. Selepas itu barulah pokcik diberitahu oleh suami si sakit di ruang tamu bahawa isterinya itu akan merasuk atau tidak sedarkan diri sekiranya ada gangguan berdekatan. Macam itu pulak.. Huhuhu... Menurut suaminya itu lagi, isterinya berkeadaan begitu setelah sekian lama disihir. Si suaminya pula dikatakan kasyaf.. Dengan kata lain, dia boleh nampak gangguan atau jin di sekitarnya. Wallahuaklam...

Berselang lima minit lebih kurang Ani merasuk lagi. Kali ini dia menyumpah suami si sakit di ruang tamu..
Celaka kau. Mampus kau. Kau nampak aku. Panggil budak baju melayu pink datang berjumpa aku. Dia memang celaka, kata si Ani.

Suami si sakit di ruang tamu masuk ke dalam bilik. Mungkin dia terdengar si Ani menjerit menyumpah namanya. Suami si sakit di ruang tamu pokcik namakan Azmi (bukan nama sebenar). Azmi terus masuk sambil menganjing.. Kau takut aku ye, katanya.... Sudah lama aku nampak sami dan patung di tepi rumah kau. Aku biarkan sahaja. Kini kau sudah melampau, kata Azmi lagi. Si Azmi terus meluru ke luar rumah. Dia mengamuk seperti sedang memusnahkan sesuatu. Bising sekali bunyinya seperti sedang mengetuk sesuatu. Entah dia gunakan kayu atau besi, pokcik tak tahu.. Pokcik teruskan macam biasa.. Akhirnya si Ani sedarkan diri..

Azmi masuk ke bilik tidak lama kemudian bersama En Lan lalu dibacakan jampi oleh En Lan. Pokcik biarkan sahaja si Ani yang sudah sedarkan diri itu. Biarlah dia berehat, kata Encik Lan. Pokcik akur dan keluar dari bilik lalu pergi semula ke khemah. Ketika sedang berehat Di khemah sekali lagi si Ani merasuk.. Pada mulanya pokcik ingin biarkan sahaja En Lan dan Azmi uruskan namun setelah sekian lama keadaan si Ani berterusan. Kasihan pula pokcik kepada si Ani... Pokcik terus masuk ke dalam rumah.

Pokcik lihat En Lan dan Azmi masih bertungkus-lumus. Serba salah pula pokcik. Pokcik terus berdiri di pintu depan bilik lalu menghalakan tapak tangan ke arah Ani. En Lan dan Azmi memandang ke arah pokcik. Alhamdulillah serentak dengan itu si Ani pengsan sekali lagi.. Mereka pun keluar dari bilik lalu mengikut pokcik pergi ke khemah sekali lagi.... Ketika itu waktu sudah pun melebihi pukul 12 tengah malam.

Bagi memudahkan pemahaman sahabat, pesakit Di ruang tamu pokcik namakan Liza. Kini Liza dan Ani tenang seketika.. Sempatlah pokcik berbual dengan En Lan dan Azmi, suami si Liza. Menurut Azmi, dia boleh nampak tetapi tidak boleh merawat.. Pokcik hanya mendengar sahaja apa yang diberitahu oleh Azmi.. Ketika sedang berbual rancak sekali lagi si Liza dan Ani merasuk.. En Lan usahakan Liza manakala pokcik menuju ke arah Ani...Ani menjerit-jerit memanggil nama bapa mertuanya dengan kata-kata yang kurang sopan.

Ani: Panggil orang tua tu.. Aku nak berjumpa dengannya.
Pokcik: Baiklah. Pokcik akan panggil dia...

Pokcik meminta suami si Ani memanggil ayahnya. Sebaik sahaja ayahnya masuk, Ani terus bertindak kasar. Dia yang pada mulanya nampak tenang terus mencekik ayah mertuanya. Habis pakaian bapa mertuanya koyak apabila dia sempat menarik bahagian leher baju mertuanya itu... Kasihan melihat keadaan itu pokcik terus sembelih. Terus dia pengsan. Pokcik tak tahu apa yang berlaku di ruang tamu.. Mungkin si Liza sudah pun sedar sebabnya Azmi meluru masuk ke dalam bilik sejurus itu.

Mati seekor lagi, kata Azmi. Tapinya ada lagi yang sedang menunggu nak masuk, kata Azmi lagi.. Berselang beberapa detik Ani merasuk lagi...

Ani: Hahaha hahaha.. Aku nak bunuh Ani sebab orang semua sukakan dia.. Dia bukannya baik sangat.. Kenapa semua orang suka dia.... Aku tak takut... Beribu-ribu lagi kawan aku sedang bersedia di luar.... Aku nak bunuh Ani.

Malas berbicara pokcik terus sembelih dia.. Serentak dengan itu lidahnya terjelir lalu pengsan...

Azmi: Mati lagi seekor.. Tapi ramai lagi di luar..

Sebaik sahaja Azmi selesai berkata begitu Ani merasuk lagi.. Agaknya sudah berpuluh-puluh jin dan bermacam jenis pokcik jumpa malam itu... Setelah sekian lama maka si Ani pun pengsan sekali lagi... Si Azmi sempat berbisik kepada pokcik, entah pukul berapa akan habis ni. Beribu lagi menunggu..

Anjing kini menyalak bersahut-sahutan.. Ketika itu sudah hampir pukul dua pagi....

Pokcik keluar rumah dan diikuti oleh Encik Lan. Tiba-tiba Encik Lan bersuara...

En Lan: Letih macam ni. Tak tahu pukul berapa nak selesai kalau macam ni. Kita cuba selesaikan malam ini juga, pokcik..
Pokcik: In shaa Allah..

En Lan: Macam mana kalau kita bergabung untuk menghantar semula sihir kepada tuannya.
Pokcik: Kasihan..

En Lan: Perbuatan dia dah salah. Dia mensyirikkan Allah. Sampai bila nak biarkan..
Pokcik: Baiklah kalau begitu.

Oleh sebab pokcik pun sudah berasa letih maka pokcik meminta orang rumah pokcik balik ke rumah untuk mengambil selendang pokcik. Pada mulanya orang rumah pokcik keberatan. Maklumlah dah hampir pukul tiga pagi.. Setelah dipujuk barulah orang rumah pokcik setuju.. Itu pun setelah ditemani oleh salah seorang anak sahabat pokcik... Orang rumah pokcik terus memandu kereta menuju ke rumah lalu mengambil selendang pokcik..

Tidak berapa lama kemudian sampailah orang rumah pokcik ke tempat kami membawa selendang Itu. Serentak dengan itu terdengar jeritan dari dalam rumah.

Suara: Kenapa dibawa selendang itu. Habis tentera aku lari..

Rupa-rupanya itu suara Liza. Si Ani masih pengsan dan tidak sedarkan diri. Bunyi salakan anjing mula menjauh dan akhirnya diam... Melihat keadaan itu pokcik berasa tidak perlu pokcik menggunakan selendang itu. Pokcik meminta orang rumah pokcik menyimpannya semula ke dalam kereta. Pokcik dan Encik Lan terus masuk ke dalam rumah... Bantu saya ye, kata Encik Lan ringkas..

Encik Lan memanggil Ali iaitu suami si Ani.. Ali menurut sahaja. Encik Lan membaca sesuatu lalu melukis rajah pada badan Ali.. Ada kemungkinan dia memakrifatkan Ali sebagai tukang sihir. Wallahuaklam.. Selesai kata Encik Lan... Ali mengadu sakit pinggang.. Melihat keadaan Ali, pokcik meminta izin daripada En Lan untuk membantu Ali.. Dia menggangguk...

Kali ini pokcik terus ikhtiar menarik sakit si Ali lalu dihantar kepada penyihir.. Alhamdulillah hilang sakit si Ali serta-merta seizin-Nya.. Encik tiba-tiba bersuara,

En Lan: Saya menggunakan kaedah syariat. Pokcik menggunakan kaedah batin, matlamat kami satu... Pokcik diam sahaja..

Sebaik sahaja pokcik menghantar semula sihir itu, tiba-tiba Liza bangun duduk. Dia kerasukan... Matanya menjeling tajam ke arah pokcik. Dia mula mengesot ke arah pokcik perlahan-lahan sambil menunjukkan muka yang marah dan sangat benci. Tangannya digenggam seperti ingin menumbuk pokcik...

Dia mula bercakap dalam bahasa Thailand.

Kali ini barulah sampai kepada penyihir.. Alhamdulillah. Encik Lan pun senyum ke arah pokcik.. Akhirnya, agaknya itulah yang bermain dalam fikirannya.. Hihihi...

Encik Lan bangun dan menuju ke arah Liza.. Rupa-rupanya Encik Lan pandai berbahasa Thailand. Hihihi.. Geli hati juga pokcik melihat mereka bertikam lidah dalam bahasa Thailand... Setelah jemu berbual pokcik memandang ke arah Encik Lan. Mungkin dia faham maksud pokcik yang tak suka sangat berkomunikasi... Encik Lan terus ikhtiarkan memancung si Liza.. Si Liza tumbang..

Pokcik check si Liza dari jauh dan memberitahu Encik Lan bahawa ada lagi sakit baki pada bahagian kepala.. Dua tiga kali Encik Lan ikhtiar buang. Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga, kata pokcik.. Liza bangun dan memberitahu bahawa kepalanya sudah ringan. Setelah itu Encik Lan membacakan doa selamat...

Sebelum balik Encik Lan berjumpa pokcik dan mengucapkan terima kasih... Setelah itu kami bersalaman dengan tuan rumah dan pulang ke rumah mazing-masing.. Alhamdulillah sehingga ke hari ini Ani dan suaminya selamat dan hidup dengan aman dengan bantuan dan ehsan daripada Allah. Semoga bertambah keimanan kita semua dengan kisah ini.. JANGAN MENSYIRIKKAN ALLAH. Sekian..

Tamat...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.