Assalamualaikum...
17.3.2020 saya berada di luar kawasan iaitu di Muadzam. Lebih kurang pukul 7.45 malam saya menerima panggilan telefon daripada seorang sahabat.
Amirul: Assalamualaikum sahabat. Ada di mana?
Omar: Waalaikumsalam. Kawan di Muadzam. Kenapa?
Amirul: Tak ada apa. Kawan rindu kat awak.. Bila balik KUANTAN? Pukul 12 malam ni ada PKP.
Omar: Sekejap lagi kawan balik. Ada apanya?
Amirul: Saja nak borak. Sampai Kuantan bagitahu.
Omar: Ya. Awak pergi ke PJ baru ni perjumpaan tabligh.
Amirul: Tak. Awak orang ke 80 tanya.
Omar: Bukan apa, kalau pergi eloklah buat ujian saringan. Kawan cakap sekadar mengingat kawan-kawan.
Amirul: Betul. Kawan tak pergi. Balik nanti kita jumpa.
Omar: Baiklah.
Setelah bersiap saya pun bergeraklah dari Muadzam ke Kuantan. Dalam hati masih tertanya-tanya adakah sahabat saya menyertai perjumpaan itu. Selain itu, apakah sebab sebenarnya sahabat saya ingin berjumpa. Perjalanan dari Muadzam ke Kuantan agak sesak pada malam itu. Semua berkejar supaya sampai ke rumah sebelum pukul 12 tengah malam.
Saya sampai lebih kurang pukul 9.45 malam. Baru sahaja ingin meregangkan kaki sambil berlunjur, sudah kedengaran suara memberi salam. Kelihatan Amirul yang berjubah putih sudah berada di luar pagar rumah saya. Senyumannya sampai ke telinga apabila melihat saya keluar dari rumah. Biasalah. Lama tak berjumpa. Amirul sedang menggulung daun rokok jadi saya pun sertailah dia. Mana boleh hisap sorang-sorang. Hihihi...
Bukan main lagi Amirul tarik sambil mengeluarkan asap. Ada dua tiga orang kanak-kanak sedang bermain bola dengan girang di hadapan kami. Rasa takut langsung tak ada dalam fikiran mereka. Ketika itu penguatkuasaan undang-undang dan perintah kawalan pergerakan belum dilaksanakan. Kalau dah dilaksanakan sekali pun, mereka bukannya tahu.. Ibu bapalah yang sepatutnya memainkan peranan mereka.
Selepas melihat saya selesai menggulung daun rokok, Amirul pun mula bersuara,
Amirul: Kawan sebenarnya nak minta tolong awak ni.
Omar: Tolong apa pulak..
Amirul: Belakang pelipat kawan sakit. Nak rukuk pun susah. Kawan jadi malas nak solat dan melengah-lengahkan solat. Solat wajib pun macam tu apa lagi solat sunat...
Omar: Sakit urat tu. Biasalah. Bukannya muda lagi.
Amirul: Tak. Kawan rasa sendiri ni. Ini bukannya perangai kawan.. Kawan bukannya tak nak berubat dengan ayah ******. Nanti kawan cerita kat awak.
Omar: Gitu pulak... Dah pergi tengah jalan tu. Tengok budak tu main. Awak tak payah buat apa-apa. Buat tak tahu je...
Amirul terus ke tengah jalan. Saya bukannya tahu sangat. Buat-buatlah baca sikit. Basmallah tu bacalah kuat sikit bagi nampak gempak.. Hahaha ha... Hembuslah ke arah si Amirul lebih kurang selepas baca seminit agaknya.
Omar: Haa macam mana?
Amirul: Sekejap kawan rasa...
Amirul tundukkan dan tegakkan badannya beberapa kali. Dia melipatkan kakinya beberapa kali. Dia melompat sekejap...
Amirul:Alhamdulillah tak ada dah. Alhamdulillah hilang dah sakit kawan. Kalau tak nak bengkokkan lutut pun susah. Sakit..
Omar: Alhamdulillah. Tiup tipu-tipu je tu.. Hahaha..
Teringat pula cerita salah seorang sahabat saya. Kisah dia dan beberapa orang pergi berkhemah di hutan. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berguling-guling mengerang kesakitan. Kena gigit tebuan atau penyengat agaknya... Tengok teruk sangat keadaan, salah seorang sahabat pun ambik sebotol air mineral lalu diludahkan ke dalam air itu... Air itu diserahkan kepada sahabatnya yang mengerang dan berguling-guling itu dan disuruhnya minum. Sebaik sahaja minum dia terus lega. Dia tidak lagi mengerang kesakitan..
Melihat keadaan itu sahabat saya pun pergi ke arah hamba Allah yang menjampi itu.
Abu: Ishhh. Hang baca apa? Aku bukan tak kenal hang.
Kamal: Aku tak baca apa. Aku ludah saja. Hahaha ha.
Mendengar penjelasan itu si sakit tadi berguling-guling semula dan mengaduh kesakitan.. Kali ini sahabat lain dah hilang rasa kasihan. Semua kejarnya.. Elok saja dia berlari dan tidak mengaduh kesakitan. Macam-macam peel.
Berbalik kepada kisah kali ini. Setelah hilang sakitnya seizin Allah, Amirul berjalan ke arah saya. Dia kemudiannya bersuara.
Amirul:Esok boleh tak kita pergi sekejap ke rumah sewa emak saudara kawan?
Omar: Awat pulak?
Amirul: Rumah sewanya berhantu. Ramai penyewa lari.
Omar: Bacalah Yaasin ke pasang surah Al Baqarah ke, larilah hantu tu...
Amirul: Degil. Baru ini kawan siap panggil ayah *****. Dia kata tak ada apa dah.. Bila balik, penyewa tu telefon kata mengusik lagi. Pasang tutup airlah dan macam-macam lagi... Kawan minta dia telefon sendiri ayah *****. Ayah ***** buat main-mainkan dia macam tak percaya. Last sekali disebabkan tak tahan,penyewa tu keluar cari rumah sewa lain. Maaf cakap. Kawan lebih percaya awak sebab kes gangguan di surau kita dulu awak juga yang selesaikan. Alhamdulillah sampai sekarang.
Omar: Tengoklah esok macam mana.
Amirul: Adik-beradik kawan siap ajak tidur Di situ beramai-ramai. Takut kawan. Karang tak pasal-pasal tak ada sakit cari penyakit..
Omar: Yalah... Kalau jadi kawan telefon awak kalau tak jadi pun kawan telefon..
Keesokannya saya menelefon Amirul menyatakan bahawa saya tak jadi nak pergi.. PKP dah berjalan. Takkan nak cari pasal. Lagi satu, saya bukannya tahu sangat. Eloklah nanti dia mencari perawat untuk selesaikan masalah rumah emak saudaranya yang berhantu itu... Sekian.... Selamat malam sahabat semua.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.