Wednesday, 29 April 2020

AYAT SUCI DITULIS TERBALIK

Assalamualaikum

Sahabat yang dihormati;

Alhamdulillah bersua lagi di ruangan ini. Terlebih dahulu Encik Omar  ingin merafakkan syukur kepada Allah yang telah memanjangkan usia saya sehingga masa kini, Selawat dan salam ke atas Nabi  Muhammad s.a.w., keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkah baginda hingga hari kesudahan.
Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Surah al-Ahzab (56)

Kisah ini berlaku pada suatu  pagi. Nak dijadikan cerita, kejadian berlaku di tempat kerja pokcik. Ketika pokcik sedang termenung di tandas, pokcik menerima panggilan telefon daripada sahabat pokcik. Katanya ada orang nak berjumpa dengan pokcik. Pokcik memang terfikir bahawa ia berkaitan dengan kerja. Maklumlah di tempat kerja. Mungkin juga datang nak minta pokcik tukarkan spot rim forklift.. Kan... Katanya lagi, orang itu sudah berada di pejabat.. Adehhhhh.. Apahal pulak kan. Tak apa laa.. Layannnnnnnnnn....

Setelah itu pokcik ke pejabat. Haih tak ada pula individu yang berkenaan. Akhirnya individu yang ditunggu tiba bersama sahabat pokcik. Ia seorang perempuan. Pokcik mengajaknya masuk ke bilik. Cewahhhh macam bilik pokcik pulak... Pinjam bilik dengan kata tepat. Hahahhaha. Sahabat pokcik dan perempuan itu duduk mengadap pokcik. Dia meminta sahabat pokcik menelefon suaminya supaya naik.. Akhirnya suaminya tiba dan masuk ke bilik.. Kini kami berempat di dalam bilik...

Ada sesuatu yang menghairankan pokcik. Dia langsung tidak memandang pokcik ketika bercakap. Haih... Tadi niat nak jumpa pokcik. Dah duduk depan pokcik dia bercakap tak pandang muka pokcik pulak.. Dia hanya berbual dengan sahabat pokcik. Sesekali kalau pokcik tanya, dia tanya memandang pokcik seketika dan cepat-cepat dia menoleh ke arah sahabat pokcik.. Banyak yang dia ceritakan perihal dirinya, rumahnya, bekas tempat kerjanya, anak cucunya dan sebagainya...

Mula-mula pokcik nak ceritakan perihal bekas tempat kerjanya.. Dia guru.. Dengan kata lain sekarang ini dah pencen. Katanya ketika dia sedang mengajar di dalam kelasnya di tingkat tiga  tiba-tiba dia terbau asap rokok.. Siapa pulak nak hisap rokok.. Dia pulak ajar tahun 1. Dia dah berasa lain macam... Dia terus menegur, kalau nak hisap tu pergilah ke tempat lain... Terus seperti ada orang lalu di tepinya dan berlalu pergi.. Begitu juga pengalamannya di sebuah sekolah lain di Kuantan. Katanya ada seorang budak yang ada pendamping. Suatu hari dia menegur budak itu.. Kalau tak salah, dia bercakap perlahan sahaja tanpa didengari oleh budak itu... Lebih kurang katanya, aku tak percaya kau ada pendamping...

Sebaik sahaja dia berkata begitu mulutnya sakit.. Lama juga keadaannya begitu.. Puas juga dia berubat.. Lebih kurang tiga bulan barulah baik seizinNya. Banyak lagi kepelikan yang berlaku ke mana sahaja dia pergi. Ada Ustaz yang menyatakan bahawa hijabnya terbuka.. Ustaz berkenaan meminta izin untuk menutup hijabnya.. Dia beri keizinan. Namun begitu, masalahnya tidak pernah berkurang. Dia masih nampak, bau dan sebagainya.. Berbalik pula cerita di rumahnya.. Dia dapat bau pelbagai bau.. Hanya dia sahaja bau.. Suatu hari, seorang jururawat datang ke rumahnya. Jururawat itu tak tahan dan memberitahunya bahawa dia bau sesuatu yang aneh di rumahnya.

Antara bau yang biasa ialah bau kapur barus, bangkai dan pelbagai lagi bau yang busuk. Kini anak cucunya juga boleh nampak sesuatu di dalam rumahnya.. Pernah suatu hari cucunya menegur sesuatu di dalam bilik air. Cucunya itu seolah-olah bergurau senda dengan makhluk itu. Anaknya juga ada ternampak makhluk di dalam rumahnya tetapi tidaklah sekerap dia. Pelbagai usaha dilakukan tetapi masalah tidak berkurang. Suatu hari dia terjumpa dengan suatu bunjut berkain kuning kalau tak salah pokcik. Alangkah terkejutnya dia apabila bunjut itu dibuka oleh salah seorang maid dia yang berbangsa Indonesia. Apabila dibuka, didapati dalam bunjut itu ada tali pinggang bergulung dan rantai anaknya yang sudah lama hilang..

Tali pinggang itu ada ditulis ayat AlQuran tetapi dalam keadaan terbalik. Rantai anaknya pula berpintal-pintal... Banyak kejadian aneh berlaku di dalam rumahnya dan boleh kata dia yang kerap mengalaminya... Macam-macam ustaz dan cara perawatan yang dibuat.. Dia mula menyebut nama-nama  ustaz yang ditemuinya.. Boleh kata nama yang disebutkan itu nama yang agak terkenal. Ada yang kata dia disantau. Ada yang kata disihir dan sebagainya.  Biasalah.. Pergi dua puluh tempat, dapatlah dua puluh jawapan yang berbeza..

Namun....
Keadaannya berterusan.. Dia macam dah kalis atau kebal dengan semua jenis rawatan. Suatu hari dia bersiang ikan. Jarinya terkena sengat. Dia tak berasa apa-apa. Banyak kali dah berlaku begitu. Dia seperti kebal seolah-olah ada yang berdamping dengannya. Pelik juga, berdamping tetapi kena juga mulutnya itu. Macam kena lempang dengan jin sahaja. Jadinya tak tahu laa apa tujuan jin tu.. Kan. Nak dijadikan cerita, suatu hari ada seorang hamba Allah datang dari arah belakangnya. Hamba Allah tu macam mencucukkan sesuatu pada jari tangannya..

Selalunya dia tidak berasa sakit. Namun kali ini jarinya mula membengkak. Dia terus ke hospital. Dia dikenakan tiga jarum untuk bius tetapi semuanya tak memberi kesan. Dia sangat sakit. Jururawat mula pening kepala. Berapa banyak nak kena bius agar dia berasa kebas? Hihihihihi.. Jadi kebal pulak dah katanya pada suntikan.. Dia tak ceritakan pula kepada pokcik, selepas itu banyak mana pula suntikan yang diberikan... Namun, apabila dibelah pada bengkak pada jarinya, nanah yang berbau busuk mula keluar... Bengkak itu mengandungi nanah yang banyak...

Setelah lama dia bercerita, barulah pokcik mencelah. Pokcik kata, masalah pada dirinya dan bukan rumahnya. Bunjut itu kemungkinan besar diletakkan agar jin sentiasa mengikutnya. Dia terdiam. Entah percaya entah tidak gamaknya. Maklumlah, dia biasa berjumpa dengan ustaz ternama. Pokcik pulak setat moto pun belum. Hahahhaha.. Pokcik meminta dia duduk di atas kerusi membelakangkan pokcik.. Dia akur.. Suami dan sahabat pokcik hanya memandang sahaja.. Sebaik sahaja dia duduk, pokcik terus ikhtiar pagar dia. Dia kelihatan gelisah... Pokcik menyuruhnya bertenang. Pokcik risau dia merasuk. Maklumlah, pokcik di tempat kerja.. Kan..

Tambahan pula, dia memberitahu dia pernah merasuk ketika berubat. Tujuh orang memegangnya tetapi dia masih boleh bergerak.  Tudia... Kali ni jin tu jinak kaa tak agaknya.. Hahahhaha. Dia terus menundukkan kepala. Sesekali dia seperti mengeluh. Tanpa banyak bicara, pokcik terus hemboihh mohong-mohong mana patut.. Dia mula batuk. Sempat pokcik mengambil bakul sampah.. Dia mula muntah dengan banyaknya. Entah berapa kali tak tahulah.. Dia akhirnya lemah. Pokcik mengalih tempat. Kali ini pokcik bergerak ke hadapannya.. Pokcik karate di hadapan pula.

Matanya merah menahan tangisan. Alhamdulillah selesai seizinNya. Apabila selesai, dia memberitahu bahawa tengkuknya berasa amat lenguh. Rupanya masih ada sedikit sisa atau cebisan jin di situ.. Wallahuaklam.. Alhamdulillah selesai itu dia mula rehat. Penat sangat katanya.. Hilang dah kesedihan. Pokcik nasihatkannya agar berehat secukupnya dan memberitahu sahabat pokcik sekiranya masih ada gangguan di rumahnya. Setakat sekarang, alhamdulillah sahabat pokcik masih belum menghubungi pokcik..

Sekiranya benar, ternyata gangguan itu memang ada padanya dan dia melihat dan merasa serta bau dan boleh mengagak sesuatu kejadian yang akan berlaku kerana ada jin padanya. Jarang kita dengar seseorang yang akan sakit sekiranya akan ada kematian ada sesuatu kejadian. Namun, hamba Allah ini mengalaminya. Jarang juga kita dengar orang kasyaf kerana kebanyakan daripada kita, selalu zina mata tiap-tiap hari walaupun hanya dengan melihat televisyen. Kan... In shaa Allah kalau ada ceritanya lagi selepas ini, pokcik akan kongsikan.. Namun, in shaa Allah kita gangguan itu padanya dan bukan rumahnya maka ia sudah selesai seizin-Nya.. Alhamdulillah sehingga posting ini pokcik buat, tiada lagi perkhabaran yang tak elok yang diterima.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Moga bermanfaat dan menjadi renungan buat kita bersama. Pada bulan yang penuh barakah ini marilah kita isi masa dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat serta mengelakkan diri daripada sesuatu yang menjadikan pahala kita kurus atau kita fakir pada hari akhirat kelak. Moga berjumpa lagi pada lain kesempatan.
Wallahua’lam. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua sahabat yang dihormati.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.