Sunday, 26 April 2020

BERCAKAP MYANMAR



Assalamualaikum

Sahabat yang dihormati;

Alhamdulillah dipertemukan lagi di ruangan ini. Kali ini Encik Omar akan kongsikan tentang jin Myanmar. Hamba Allah yang pokcik namakan Hana ini mesej pokcik pada 11.12.2017 namun pokcik hanya ada sedikit kelapangan pada 14.12.2017. Pada pukul 9.04 malam pokcik mesej kepadanya. Sebenarnya pokcik ingin usahakannya pada sebelah petang, namun katanya ibunya tiada kerana pergi ke majlis tahlil. Pada malam itu pokcik bertanya kepadanya adakah ibunya ada di rumah ketika itu. Ada, kataya. Alhamdulillah. Namun ketika pokcik mesej ibunya ingin makan dahulu. Teruskanlah, kata ibunya itu.. Entah percaya entah tidak emaknya itu kepada pokcik. Hihihihihi...

Sebenarnya banyak perkara yang pokcik ingin perkatakan tentang hamba Allah ini yang boleh dijadikan iktibar kepada kita semua. Pertama sekali bab saka. Bab saka ini memang tak boleh dipertikaikan kerana saka yang memilih pewaris dan bukannya pewaris yang memilih saka. Apa pun, kalau dah kita ketahui bahawa ada saka mendekat maka cepat-cepatlah berubat. Bab kedua ialah khadam atau pendamping. Walaupun dikatakan bahawa jin yang ingin berdamping dengan kita itu MENGAKU ISLAM, kita tetap harus mengelakkan diri. Sedangkan manusia yang nyata pada pandangan kitab oleh menipu, apatah lagi jin..

Bagi pokcik, lebih baik jin yang menyerupai orang tua, bersilat, harimau dan sebagainya yang menunjukkan diri daripada jin yang menggunakan cara yang licik untuk memperdayakan kita. Begitu  juga dengan jin yang bercakap Myanmar. Kita  jelas bahawa ia bukannya sesuatu yang elok.. Jin seumpama itu lebih mudah diakui oleh si sakit bahawa ia memang jahat berbanding dengan jin yang menyamar secara halus sebagai warak..


Baiklah, berbalik kepada kisah kali ini…Hana bertanya apakah persediaan yang harus dia lakukan. Adakah dia harus menyediakan air mineral, tambahnya lagi. Pokcik hanya meminta dia menyediakan besen sahaja. Manalah tahu termuntah. Takkan pula nak bangun ke sana sini sepanjang proses rawatan dilakukan. Itu pun kalau dia sedar. Sekiranya dia merasuk pula bagaimana. Elok bersedia lebih awal sebelum apa-apa proses dilakukan. Pokcik lebih selesa begitu.Setelah itu pokcik meminta dia duduk mengadap arah kiblat. Dia akur.

Pokcik meminta dia menadah tangan dan berdoa serta memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar segala urusan pada hari itu dipermudahkan olehNya. Setelah itu pokcik juga meminta dia berazam dan bertekad dengan sepenuh hati dan tak mahu lagi ada kena-mengena dengan khadam, saka dan sebagainya. Pokcik meminta dia menyerahkan telefon kepada ibunya. Manalah tahu tiba-tiba dia merasuk dan membaling telefon ke lantai. Pokcik juga sukar ingin memberitahu sekiranya proses sudah selesai dilakukan. Katanya ibunya tidak pandai menggunakan telefon. Adusss. Masalah kali ini. Hahahahahahaha. Tak apa laa. Moga tiada apa-apa yang buruk berlaku ke atas dirinya. In shaa Allah..

Setelah itu barulah pokcik bermula. Pokcik terus memagarnya seperti biasa. Apabila pokcik melihatdi belakangnya terdapat makhluk yang berwarna hitam ingin meluru masuk ke badannya. Risau pula pokcik. Lembaga itu kelihatan mundar-mandir berhampiran almari pakaiannya. Pokcik abaikan apa yang pokcik lihat. Entah betul entah mainan mata sahaja apa yang pokcik lihat itu. Boleh jadi juga permainan jin agar fokus pokcik terganggu. Apabila pokcik melihat wajahnya pula, entah berapa wajah yang pokcik lihat. Hana memberitahu pokcik, sudah lama nenek tua yang ada padanya mengganggu dan dia sering melihat kelibat nenek tua itu. Biarlah dia. Hihihihihihi....

Pokcik terus membacakan beberapa potong ayat agar makhluk yang mengganggunya kepanasan. Mungkin ketika ini Hana sudah mula muntah. Pokcik membacakan terus tanpa mengambil tahu apa yang sedang berlaku kepada Hana. Kalau berlaku kerasukan sekalipun, pokcik juga yang terpaksa usaha sampai dia sedar. Takkan pokcik nak harapkan ibunya itu. Tak kira jin apa sekali pun, pokcik berdoa agar mereka semua dibakar hingga menjadi abu. Selepas berpuas hati, pokcik cuba pula ikhtiar menarik jin yang mundar-mandir di belakangnya itu. Mungkin jin inilah yang menyebabkan Hana merasuk. Sekejap bercakap Indonesia, sekejap bercakap Myanmar, sekejap menjadi harimau dan pernah juga dia menari makyong dan bersilat. Sefaham pokcik semua sudah bercampur aduk. Khadam yang ada padanya, jin sihir dan jin yang berada di situ bergabung tenaga. Sebab itulah dia boleh berubah menjadi beberapa karekter.


Setelah semuanya selesai dengan izin Allah barulah pokcik memaklumkan kepadanya.Seperti dijangka Hana muntah dengan banyaknya beberapa kali. Muntahnya pula bercampur dengan darah. Kebiasaannya sekiranya bercampur darah, si sakit dan jin sudah sebati. Pernah juga pokcik usahakan seorang hamba Allah, darah keluar bersama ketulan seperti daging. Darah yang keluar sudah berketul-ketul dan menjadi seperti daging. Berat sangat dah kalau macam tu. Tangannya menjadi kebas katanya. Bermacam-macam reaksi yang terjadi kepada pesakit sepanjang rawatan dilakukan. Namun begitu pokcik bersyukur kerana dia tidak kerasukan. Alhamdulillah..

Tangan kanannya terangkat seperti disentap katanya. Begitu juga dengan bahagian belakangnya. Kebiasaannyakeadaan itu tejadi apabila jin ditarik keluar secara paksa. Jarang pokcik dengar jin yang menghuni pada pesakit keluar dengan rela. Kebanyakannya hanya keluar apabila diseksa dengan ayat-ayat suci Al Quran ataupun digunakan lada hitam dan sebagainya mengikut kaedah yang dilakukan oleh seseorang perawat. Dia rasa berbekas, takut dan gelisah katanyasepanjang rawatan dilakukan. Bukan dia yang takut dan gelisah pun. Biasalah tu berlaku kepada pesakit. Perkara normal sahaja symptom yang dia rasakan itu.Dia juga memberitahu pokcik bahawa dia berasa sedih dan ingin menangis ketika rawatan berlangsung. Pastinya kita sudah dapat mengagak bahawa khadam yang ada padanya rasa begitu apabila ingin berpisah.


Apa pun, Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pada kali ini. Pokcik memanjatkan rasa syukur kepadaNya. Hana juga amat terharu kerana sudah boleh berzikir dan sebagainya. Ke mana semua jin yang menggang
gunya itu? Biarlah ia menjadi rahsia Allah. Cukuplah sekadar hamba Allah ini sudah kembali seperti biasa dan dapat menjalani kehidupannya dengan lebih sempurna seperti insan lain.Akhir sekali Hana meminta maaf kepada pokcik kerana dia katanya pernah berasahati dengan pokcik.



Apa tidaknya, dia pernah memberitahu boleh berkawan dengan jin. Memang ada pendapat mengatakan hukumnya harus kalau berkawan dengan jin Islam. Pokcik tanyakan pula kepadanya, apa pula tujuan berkawan kalau bukan untuk meminta pertolongan mereka? Apa pula hokum meminta pertolongan dengan jin? Mungkin itu sebabnya Hana berasa hati dengan pokcik. Tak apa laa. Dia pun sudah mengakuinya. Moga apa yang terjadi kepadanya dapat dijadikan iktibar. Kepada Allah kita memohon pertolongan dan kepadaNya kita memohon perlindungan. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

IKUTI PERBUALAN KAMI SEPERTI DI BAWAH
Hana : Assalamualaikum Pokcix. Pokcix nampak apa Imbasan tu
Omar:  Waalaikumussalam. Saka ada. Dada serabut. Ada benda nak berdamping
Hana : Ya pokcik. Hana nak tanya. Hana ada seseorang nk kenal sblm ni. Elok je pada awalnya
Omar: Kat posting tu ke
Hana : Lepas dia ckp mak dia. Bukan
Omar: Ooo
Hana : Terus jd lain. Dia berdalih mcm mcm
Omar: Saka ni
Hana : Dia tipu hana. Sedih sgt. Dia juga Perawat Islam
Omar: Gangguan luar pun ada. Mmmm
Hana : Ada orang ckp dia pun kena sihir
Omar: Walau siapa pun xkira perawat islam ke apa ke jgn percaya sgt
Hana : Pokcik boleh tgk x Dia
Omar: Byk sgt pokcik jumpa kes
Hana : Kami ok pokcik. Cuma hana nak tahu
Omar: Kalau hana baca blog pokcik. Mcm2 jenis
Hana : Kenapa dia buat mcm tu
Omar: Biasalah lelaki
Hana : Dia ni mutawwif
Omar: Kalau jujur xde masalah. Xkira siapa
Hana : Dia ok pada mula nya. Lepas dia ckp hal kami pada mak dia. Terus jd mcm mcm. Hana terkilan Sbb dia yg memulakan
Omar: Dia kat tabung haji ke
Hana: X. Swasta
Omar: Ooo ok
Hana : Rasanya. Niat kami berkawan tu lebih kpd serius
Omar: Dia pun mcm ada gangguan je
Hana : Hana x nak couple2. Ohh. Sedih nya rasa. Apa lah nasib diri
Omar: Xpe
Hana : Mcm mana nak buat pokcik
Omar: Ada hikmahnya tu
Hana : Sedih
Omar: Buang habis masalah hana
Hana : Sgt
Omar: Saka dll. Baru boleh fikir waras
Hana : Hana x henti berubat. Nana dia m**** f*****
Omar: Sebab tu pokcik ckp, jin ni kalau dah engkar pada Allah bukannya cara halau. Derhaka pada Allah
Hana : Ya Pokcik. Satu lg
Omar: Bunuh je biarpun org kata kejam
Hana : Dgn hana Ada khadam
Omar: Yg tu dok ikut
Hana : Nama dia Hj mustaqim
Omar: Mcm pokcik ckp tadi
Hana : Ada dua
Omar: Nak berdamping
Hana : Yg bersilat. Hana x pernah seru Atau puja
Omar: Semua jin islam ni kalau dah ganggu manusia dah kira fasiq
Hana : Terlalu banyak ya berlaku pokcix. Khadam dia x ganggu. Dia kadang tolong hana
Omar: Xboleh
Hana : Entahlah. Bingung
Omar: Walau apa alasan
Hana : Jadinya. Penat pokcix.
Omar: Tahukan ayat surah jin ayat 6 tu. Bab jin sombong kalau kita mintak tolong. Jadinya xperlu laa semua tu
Hana : Ya pokcix. Hana mmg nak sihat. Nak buang Semua
Omar: Nak sihat kena buang semua
Hana : Ya
Omar: Xboleh was2
Hana : Buat masa ni
Omar: Xboleh ckp jin itu baik jin ini xbaik
Hana : Ada orang tolong hana. Nak rawat
Omar: Baguslah. Teruskan. Tadi pokcik pagar hana je Ngan imbas
Hana : Alhamdulillah
Omar: Jin tu dah gelabah
Hana : Pokcix. Pokcik
Omar: Menunjukkan jin tu yg rasa terancam
Hana : Biasa rawatan pokcik mcm mana
Omar: Bukannya hana. Pokcik pagar. Mohon kat Allah. Pancung
Hana : Hana nak hubungan baik semula dgn f*****
Omar: Atau bakar habis gangguan
Hana : Boleh ke Pokcix. Dia siap nak jumpa hana. Nak rawat hana
Omar: Masalah peribadi pokcik xcampur
Hana : Dblm ni. Maksudnya dari segi rawaran. Rawatan
Omar: F***** gbr tu ke
Hana : Ya. F***** la tu
Omar: Oooo
Hana : Hana nak sahkan
Omar: Dia pun mcm ada gangguan. Tapinya bab rawat tu pokcik no komen
Hana : Hubungan kami rosak Sbb gangguan Ke
Omar: Mungkin niat dia btl
Hana : Nak tahu tu Je
Omar: Gangguan mmg ganggu hubungan
Hana : Allahu. Sedih nya rasa pokcix. Ok pokcik
Omar: Dlm kes hana ni kalau.dia btl2 nak xde masalah. Jalan terus
Hana : Ohh Ok. X apa lah
Omar: Perawat xkan xboleh usahakan isterinya Kan
Hana : Mak dia. X suka kita. Kita kan janda
Omar: Buang gangguan
Hana : F***** tu teruna
Omar: Tengok mcm mana. Itu je caranya
Hana : Ya pokcik. Sembuhkan diri dulu
Omar: Ya. Itu maksud pokcik. Ok naa hana
Hana : Mcm mana nak dapat rawatan dari pokcik
Omar: Assalamualaikum
Hana : ?
Omar: Oooo nanti pokcik ada kelapangan pokcik bagitau
Hana : Doakan hana sihat ta pokcik. Alhamdulillah
Omar: Sebabnya ada lagi kes xbuat
Hana : Syuktan banyak banyak. Syukran
Omar: Pokcik buat xdak mahar apa
Hana : Semoga Allah beri keizinan
Omar: Cuma sedekahkan ke masjid Atau surau
Hana : Alhamdulillah Pokcik
Omar: Dlm tabung
Hana : Baik Pokcik
Omar: Itu saja
Hana : Hana mmg ajk masjid. Senanglah. Hihi
Omar: Elok laa
Hana : Terima kasih banyak. Pokcik
Omar: Niat nak sihat kerana Allah. Bukan kerana nak kawin Atau lain2
Hana : Semoga Allah beri pokcik kesihatan yg baik. Ya pokcik
Omar: Niat agar mudah utk beribadah. Aamiin
Hana : Mmg hana nak sihat Sbb nak ibadah, cari rezeki untuk anak, Nak bayar hutang... Nak bantu mak. Ok pokcik. Assalamualaikum
Omar: Waalaikumussalam

14/12/2017, 14:03
Omar: Assalamualaikum
Hana : Waalaikummussalam
Omar: Ingatkan ptg ni nak tengok kes hana
Hana : Tengok lah Pokcix
Omar: Hana free tak ptg atau mlm ni lepas maghrib
Hana : Hana alu alu kan sgt. Free Malam kot
Omar: Ok ada sapa ngan hana Mlm ni
Hana : Hana x pi masjid Malam ni
Omar: Lepas maghrib
Hana : Lepas Isyak mak balik. Dari masjid
Omar: Ooo ok. Lepas isyak saya pm In shaa Allah
Hana : Kena ada teman ya Pokcik?
Omar: Ye
Hana : Hana kalau ada orang nak merawat Mcm macam rasa Berdebar. Takut
Omar: Xpe
Hana : Sejuk kaki tangan
Omar: Biasa je tu. Janji hana mmg xnak dah apa2 Saka ke. Khadam ke. Nak buang Jgn ada was2
Hana : X nak pokcix. Sengsara hidup hana. Hana penat
Omar: In shaa Allah
Hana : Cuma tu laa
Omar: Apa
Hana : Kalau hana dirasuk Ke apa ke Hana x pernah x sedat. Sedar. Mesti hana tau semua. Hana sedar. Masuk lah apa pun Harimau ke
Omar: In shaa Allah, kalau kena rasuk pun xkemana
Hana : Makyung pub. Pun. Hana takut Pokcik
Omar: Pernah kena rasuk mcm2 ke
Hana : Ya. Indonesia
Omar: Setakat ni apa yg pernah rasuk
Hana : Myanmar. Harimau. Khadam. Paling kerap Myanmar. Cakap Myanmar
Omar: Makyong pun ada ke
Hana : Ya. Sblm ni Hana pernah cuba mandi garam
Omar: Mcm kilang jin... Sebenarnya laluan tu tak ditutup
Hana : Lepas mandi hana xleh cakap. Dok cakap Myanmar. Hana nak cakap dgn mak
Tulis atas kertas. Mak biz. Sihir Sbb dengki. Sedih pokcix. Orang buat aniaya
Omar: Xpe apa pun.. Kita usaha. Kena yakin. Lagi satu kena niat dan tekad btl2 dlm hati xnak dah semua tu
Hana : Ya. Hana nak sihat. Macam orang lain. Nak buat ibadat
Omar: Sebab tu kena ada org.. Sebabnya saya xnak hana sorang2
Hana : Ok Pokcik
Omar: In shaa Allah, Allah permudahkan niat yg baik dan btl
Hana : Nanti hana cakap mak. Baru baru ni
Omar: Mlm ni lepas saya solat isyak, saya pm semula
Hana : Ada orang rawat hana. Hana merasuk Cakap Myanmar. Pastu sembah mak Sambil cakap Myanmar. Sambil nangis. Allahu
Omar: Xpe... Lupakan semua tu
Hana : Ok Pokcix
Omar: Janji Allah izin, xde yg mustahil bagi Allah
Hana : Terima kasih Pokcik
Omar: Sama2
Hana : Ya Pokcix. Alhamdulillah
Omar: Assalamualaikum
Hana : Wassalam

14/12/2017, 19:43
Hana : Assalamualaikum Pokcik. Mak x balik lagu, dia pi majlis tahlil
Omar: Waalaikumussalam Xpe lewat sikit
Hana : Ok Pokcix. Nanti mak balik hana bgtau

14/12/2017, 21:04
Omar: Assalamualaikum mak tak balik lagi?
Hana : Wassalam. Dah
Omar: Ok.. Hana dah solat ke
Hana : Hana ABC
Omar: Ooo xpe
Hana : Jap. Mak nak minum. Jap
Omar: Ok
Hana : Sat pokcik
Omar: Dah ke
Hana : Jap. Maaf pokcik. Jap yah. Mak baru balik Tu Pokcik. Hana kena sediakan apa apa x. Air ke
Omar: Sedia dah ke
Hana : Belum
Omar: Kalau rasa bimbang muntah sediakan besen
Hana : Mak kat dapur. Ok. Air mineral?
Omar: Xperlu
Hana : Ok. Mak nak makan ti. Tp mak cakap buat je. Mcm mana Pokcik
Omar: Boleh je. Minta hana pakai tudung elok. Duduk. Sekarang tadah tangan doa minta Allah hapuskan semua gangguan. Putuskan semua hubungan dgn jin saka, khadam, jin sihir, gangguan dan semua jenis jin. Doa kat Allah. Dah?
Hana : Dah
Omar: Saya nak mula
Hana : Ya. Ok

14 DEC 2017 AT 9.48 PM
Omar: Ok dah
Hana : Allah. Pokcik
Omar: Apa rasa
Hana : Hana muntah
Omar: Xpe. Warna apa keluar
Hana : Darah
Omar: Allahu akbar
Hana : Bercampur darah. Hana xpasti Darah dari mana
Omar: Dah sebati jadi daging
Hana : Sbb gigi hana sakit. Tadi ada darah Sikit Pastu
Omar: Xpe
Hana : Tangan hama
Omar: Banyak ke muntah
Hana : Hana Terangkat
Omar: Ye
Hana : Belah kanan. Mcm disentap
Omar: Banyak sgt pada hana
Hana : Pada belakang Hana
Omar: Ooo tu pokcik sentap gangguan pada hana
Hana : Masa nak abis tadi. Ya
Omar: Tarik
Hana : Hana pun rasa mcm tu
Omar: Belakang rasa mcm mana
Hana : Dua 3 kali muntah
Omar: Panas ke. Alhamdulillah laa tu. Hana xboleh nak bangun kan. Masa buat tadi
Hana : Rasa berbekass. Masa buat tad. Tadi. Takut
Omar: Panas tu
Hana : Gelisah. Ya Allah
Omar: Mmg pokcik doakan agar Allah bakar habis gangguan pada hana
Hana : Rasa nak nangis pun ada Td
Omar: Minta dibunuh habis saka khadam dan semua sihir
Hana : Terima kasih pokcik
Omar: Yaa yg sedih tu saka
Hana : Mudah mudahan Hana sihat
Omar: Yg muntah tu sihir
Hana : Ni pun rasa sedih Pokcij
Omar: Yaa saka tu dah tingalkan hana. Alhamdulillah
Hana : Ya ke. Ya Allah
Omar: Aahh
Hana : Alhamdulillah. Dgr sgt Sgt Pokcik. Ya Allah
Omar: Pokcik mohon Allah bakar habis semua. Pancung habis semua
Hana : Allah. Alhamdulillah
Omar: Sebab mengganggu nak ibadah
Hana : Hana x tau nak ckp macam mana. Bersyukur sgt
Omar: Sihir tu pokcik mohon kat Allah pulangkan balik pada tuannya
Hana : Apa hana nak balas pada pokcik
Omar: Xde apa
Hana : Ya
Omar: Doakan pokcik
Hana : Alhamdulillah. baik pok Cik
Omar: Sedekah ke tabung masjid
Hana: Hana nak minta maaf. Kalau ada salah pada pokcik Omar:
Omar: Xde apa
Hana : Ok, hana sedekah. Hana kecil
Omar: Baiklah berehatlah
Hana : Hati hari tu Dgn pokcik. Tp hana sakiy
Omar: Xpe biasalah tu
Hana : Sbb tu jd sensitif
Omar: Minum air masak banyak ye
Hana : Pokcik din mana. Dok Mana Skrg
Omar: Rehat kan bdn. Kat rumah. Kuantan
Hana : Ohh Kuantan
Omar: Minum air masak ye
Hana : Hana belajar sana dulu Pokcij. Kypm
Omar: Baca fatihah dulu sebelum minum
Hana : Ok
Omar: Ye laa
Hana : Hana rehat ni. Penat Rasa
Omar: In shaa Allah, esok pagi segar dgn izin Allah. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan
Hana : Alhamdulillah. Syukur x terkata. Allahu
Omar: Yaa syukur pada Allah. Assalamualaikum
Hana : Mcm mana lah hana nak balas
Omar: Xperlu balas
Hana : Pokcik, Syukran banyak banyak. Allahu
Omar: Doakan pokcik saja ye. Assalamualaikum
Hana : Ok. Wassalam. Pokcik
Omar: Ya
Hana : Kirim salam semua sahabat, hana ucap terima kasih atas doa kawan kawan semua
Omar: Baik
Hana : Pokcix cakap lah. Segan hana. Hihi
Omar: Ok
Hana : Pokcik.. Alhamdulillah, ringan lidah ni untuk berzikir, beristighfar.. Allahurobbi.. Tak belas hana pada Pokcix, hanya Allah yg mampu balas budi baik Pokcix.
Omar: Biarlah Allah yg balas. Setakat mana saja kita manusia ni hana... Alhamdulillah
Hana : Alhamdulillah Pokcix. Sukar nya nak selawat, Nak zikir sblm ni. Allahuakbar
Omar: Allah mengetahui tersurat dan tersembunyi. Semua tu ada hikmahnya.. Allah permudahkan niat yang baik..
Hana : Allahuakbar. Alhamdulillah. Ya Allah
Omar: Allah dah lorong jalan kebaikan. Alhamdulillah Allah Maha Mengetahui
Hana : Ya Pokcix Semua atas izin Allah. Alhamdulillah. Hana syukur sgt
Omar: Yaa tiada kudrat dan upaya manusia. Selagi kita pegang di situ.. Ingatlah tidak bergerak satu zarah pun tanpa seizin Allah
Hana : Ya hana percaya
Omar: Assalamualaikum
Hana : Setiap yg jadi ada hikmah. Wassalam

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.