Assalamualaikum..
Kisah kali ni Encik Omar terbangkan sahabat ke Sarawak. Takkan pokcik nak piii sana kot noo. Jadi pokcik doakan dari jauh sahaja laa. Pokcik bukannya kaya pun nak piii ke sana. Kisah bermula apabila pokcik masuk ke dalam satu group Telegram. Tudia group tu hebat laa. Boleh kata ahli dalam tu sembang tak mau jatuh. Masing-masing menunjukkan kemahiran berbicara. Pokcik yang kurang ilmu ni sesekali jaa sampuk. Tu pun bagi salam tiga orang kot yang jawab. Kakakakakakakkaka. Ok laa pada takdak langsung.
Kalau sorang dalam group tu kata dia karate jin, sorang lagi kata dia pulak bom atom jin, maii pulak sorang lagi kata dia kentut pun jin pengsan dah. Tak payah nak buat apa jin dah terkencing dalam seluar. Kakakakakka.
Yang tu pokcik mohong. Tu nak cerita kehebatan laa. Kita yang tak berapa nak reti ni tumpang baca dan tumpang seronok laa baca. Mau kaa tak seronok baca, macam-macam kehebatan dipaparkan oleh seorang-seorang.
Suatu hari masuklah seorang hamba Allah ni. Dia tanya perawat di Sarawak.Haih tiba-tiba senyap group. Sunyi sepi. Macam lepas akaun pokcik kena hack laa. Kakakakkakaka. Lama jugaklah dia dok tunggu. Suasana pun makin slow. Yang dok sembang tadi mula cerita hal kucing. Hal anak itik pulang petang. Hal kambing kentut. Hal anak biawak terjun dalam longkang pun ada. Tu pokcik mohong. Tapi hakikatnya macam tu laa. Manusia manusia.
Pokcik pun pm dia senyap-senyap. Siap pokcik cakap kat dia jangan dok habaq kat dalam group tu pokcik yang usahakan. Tudia aih baru dia mengaku dia bukan Islam. Apa kena mengena dgn agama pulak. Agama Islam kan agama berkasih sayang. Tak kira agama apa pun kita jangan buat musuh. Tolong laa kot-kot terbuka hatinya melihat keikhlasan orang agama lain membantu depa. Mula-mula pokcik ingin usahakan rumahnya.. Apa sebenarnya yang ada di rumahnya?
Pokcik sambung kisah sebelum ini. Dia nak minta tolong pokcik melihat keadaan rumah ayah dan emaknya di kampung. Pokcik mudah saja. Pokcik mintak dia hantar gambar rumah ayah dan emaknya itu. Susah katanya sebab dia tinggal di bandar manakala keluarganya tinggal di rumah panjang di kawasan pedalaman.
Pokcik faham sangat kerana mungkin ada masalah liputan di sana. Apa pun dia akan berusaha juga untuk mendapatkan gambar rumah keluarganya di sana. Katanya, bukan sahaja rumah keluarganya di kampung bermasalah, rumahnya juga boleh tahan. Katanya sejak duduk di situ anaknya selalu sakit terutamanya pada waktu malam.
Tudia aih, pokcik pun tak tahu nak mula dari mana dulu. Nak usahakan anaknya atau nak usahakan rumahnya itu. Akhirnya pokcik membuat keputusan untuk melihat keadaan rumahnya terlebih dahulu kerana melibatkan satu keluarga. Pokcik pun memintanya menghantar sekeping gambar bahagian hadapan rumahnya.
Ketika itu hampir maghrib. Sama seperti masa pokcik menaip kisah ini. Ketika diambil gambar itu tiada apa-apa yang kelihatan. Namun apabila pokcik perhatikan dengan lebih teliti maka kelihatan seekor pontianak dan pocong berada dalam gambar itu. Kelihatan pontianak itu menutupi mukanya dengan rambut yang amat panjang.
Dia seolah-olah sedang menunggu di situ dan menanti masa yang sesuai untuk masuk ke dalam rumah dan mengganggu keluarga itu. Gambar ini pokcik hantar pulak kepada salah seorang sahabat pokcik di Negeri Sembilan. Katanya ketika scan gambar itu dia dapat merasakan kibasan rambut pontianak itu. Wallahua'lam.
Ketika inilah kedengaran bunyi anjing menyalak mendayu-dayu seolah-olah sedang melihat sesuatu. Hamba Allah ini memberitahu pokcik bahawa anjing tu dirasakan dekat sahaja. Kalau dah dekat sudah tentu dia menyalak pasangan pocong dan pontianak tadi. Pasangan bercinta gamaknya. Kalau dah berada di situ sudah tentulah ada tujuannya. Tujuannya sudah tentulah mengganggu keluarga itu. Sahut anjing makin menjadi-jadi.....
Pada asalnya pokcik ingin usahakan rumahnya terlebih dahulu tetapi atas permintaan hamba Allah ini maka pokcik usahakan dahulu dua orang anaknya. Memang terdapat gangguan yang nyata. Apa tidaknya, apabila malam menjelma sahaja mereka akan batuk. Belas jugalah apabila mengenangkan anak-anak kecil yang tidak berdosa ini.
Tambahan pula, perawat terdekat ingin mengambil kes ini tetapi hamba Allah ini tidak mampu. Apa tidaknya, katanya perawat berkenaan mengambil mahar RM300 bagi setiap orang. Ini bermaksud anaknya sahaja sudah RM600 jika diusahakan oleh perawat berkenaan. Tak apa laa, sekurang-kurangnya perawat itu berterus terang. Tak mampu, carilah ikhtiar lain.
Maksudnya perawat ini kira jujur lagi laa. Kata hamba Allah ini lagi, orang yang mendengar masalahnya hanya membisu apabila dia ingin memohon bantuan. Yaa laa, kadang kala apabila melihat kita bercakap seolah-olah arif dalam sesuatu bidang maka sudah tentu ada pengharapan diletakkan oleh pesakit bagi menyelesaikan masalah mereka. Namun ada kalanya bicara sekadar bicara. Kita boleh sahaja membicarakan hal bulan bintang kerana lidah tidak bertulang.
Setelah itu pokcik mula ikhtiarkan anak hamba Allah ini seorang demi seorang. Anjing di luar masih menyalak sayu. Setelah selesai membuang apa yang melekat pada mereka, pokcik pun memberitahu hamba Allah ini akan usahakan pula rumahnya pada keesokan harinya. Disebabkan takut dengan makhluk yang jadi jaga tak berbayar tu hamba Allah ini ingin memasang lampu tetapi pokcik meyakinkannya bahawa makhluk itu tidak dapat masuk ke dalam rumah seizin Allah.
Keesokan paginya dia memberitahu bahawa anaknya dah dapat tidur dengan nyenyak tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Maha Suci Allah. Tuhan sekelian alam. Pokcik berjanji pula untuk cuba ikhtiarkan makhluk yang menunggu di hadapan pintu rumahnya itu pada sebelah malam nanti. Seperti yang dijanjikan, pokcik pun menghubunginya semula pada malam itu.
Ketika ini sekali lagi anjing menangis sayu dan pilu. Tanpa membuang masa pokcik pun ikhtiar menangkap pontianak dan pocong itu dengan izin Allah. Alhamdulillah selesai juga urusan pada malam itu. Anjing yang tadi asyik menyalak kini diam terus. Sesekali kedengaran salakan anjing di kejauhan. Tak apa laa. Janji anjing tu tidak menyalak di hadapan rumahnya itu. Alhamdulillah selesai urusan pada malam itu namun itu hanya buat permulaan. Cabaran yang sebenar belum lagi bermula......
Asalnya pokcik ingat perihal pontianak dan pocong yang mengganggu rumah itu hanyalah gangguan biasa sehinggalah terbongkarnya satu persatu.
Asal perbualan pada hari berikutnya ialah hamba Allah ini memberitahu perkembangan anaknya yang sudah boleh tidur lena dan tidak batuk lagi pada waktu malam. Kemudian dia memberitahu, ketika sedang mesej pokcik ketika itu dia terasa panas dan kebas. Sudah tentulah ada sesuatu yang tak kena pada dirinya.
Dia kini menceritakan perihal dirinya dan suaminya pula. Katanya suaminya juga sakit. Maksudnya habis satu keturunan yang terkena gangguan atau sihir ini. Mungkinkah ini sumpah sihir keturunan? Wallahua'lam. Katanya suaminya sering timbul bisul. Hilang di sini tumbuh di sana katanya. Namun begitu pokcik hanya memberitahunya bahawa masalah bisul ini kadang kala tiada kaitan dengan mistik. Darah kotor juga mungkin salah satu punca. Apa pun pokcik lebih berminat untuk usahakannya berbanding dengan suaminya itu. Bukannya pokcik syok kat dia. Jangan salah faham noo. Kakaakkakka..
Pertama, sebabnya dia yang menghubungi pokcik untuk dapatkan usaha. Kedua, masalah bisul biasanya berlaku lagi sekiranya tidak dibuang ibu bisul itu hingga ke akar umbi. Kebiasaannya begitu. Wallahua'lam. Setelah pokcik beritahu demikian tentang suaminya barulah dia menceritakan perihal dirinya sendiri.
Memang pokcik sangat hormat hamba Allah ini biarpun dia bukan Islam. Dia mengutamakan keluarganya dan rumahnya berbanding dirinya sendiri yang sedang sakit. Menurutnya, sebelum ni dia selalu membuat medical check up di hospital. Katanya, keputusan hasil pemeriksaan adalah positif dan dia disahkan sihat secara fizikal.
Keputusan baik dan disahkan sihat, kenapa dia masih sakit, kata hamba Allah itu. Menurutnya, malam sebelum itu dia terasa seperti dirinya dicucuk dengan jarum. Mungkinkah masalah angin terlalu banyak di dalam badan? Adakah ini hanya mainan perasaan atau mainan apa pula yang akan pokcik jumpa kali ini. Pokcik mula menumpukan perhatian kepadanya pula kali ini....
Seperti biasa sebelum memulakan proses pokcik cubalah scan cara tak berapa tau tapi buat-buat tau. Kakakkakkaka. Nampak.seperti angkara sihir pulak kali ni. Pokcik dah tak anggap ia hanya gangguan biasa.
Apabila pokcik cakap ia berkaitan dengan sihir, mulalah dia bercerita perihal dirinya yang berniaga menjual makanan secara kecil-kecilan. Pendapatan tidak laa seberapa tapi sekurang-kurangnya dia dapat juga membantu meringankan beban suaminya. Pada awalnya perniagaannya agak baik dan mendapat sambutan.
Lama-kelamaan hasil pendapatannya semakin merosot. Dia redha dengan keadaan itu. Namun begitu tak lama kemudian dia mula sakit. Bukan setakat dia sahaja yang sakit tetapi ahli keluarganya juga menerima tempiasnya. Ini termasuklah kedua-dua orang anaknya yang pokcik usahakan sebelum itu. Rumah menjadi panas dan selalu berlaku pertengkaran yang tidak sepatutnya.
Tidak hairanlah dua ekor hantu diletakkan di rumahnya itu. Entahlah, mungkin selama ini kita beranggapan hanya orang kita sahaja yang mengamalkan sihir bagi menggagalkan pesaing tetapi bangsa lain pun memgalami nasib yang hampir serupa. Maksudnya sihir berlaku di mana-mana dan pada apa-apa sahaja bangsa. Tak tahu laa kalau hanya terkenal di Malaysia. Hihihihi. Entahlah.....
Setelah itu pokcik memintanya bertenang. Dia dah mula terasa bahangnya. Kepalanya mula berpusing. Ia berlaku kerana pokcik cuba mengeluarkan apa sahaja bahan sihir yang ada dalam badannya itu dengan mengharapkan dan bergantung pengharapan kepada Allah semata-mata. Tak lama kemudian dia mula merasa panas di seluruh badannya.
Pokcik memohon kepada Allah agar dibakarkan segala anasir yang tidak elok dalam badannya. Lama dia terdiam. Bimbang juga pokcik takut dia pengsan atau dirasuk sorang-sorang di rumah itu. Maklumlah anak-anaknya masih kecil. Apa yang boleh dilakukan oleh mereka. Alhamdulillah penantian pokcik berakhir. Tak lama kemudian dia mesej pokcik.
Katanya dia dah muntah berkali-kali. Lemah habis badannya dan dia berterusan muntah mengeluarkan bahan-bahan yang dihantar kepadanya. Alhamdulillah permintaan pokcik mendapat ehsan daripada Allah. Lega hati pokcik apabila mendengar dia memuntahkan bahan sihir itu. Pokcik faham, memang agak teruk apabila muntah berpanjangan tetapi itu merupakan pengorbanan yang tinggi dalam usaha untuk memulihkannya jika Allah mengizinkan.
Dia berasa lega selepas muntah yang lama. Alhamdulillah pokcik pun berasa agak tenang. Pokcik beranggapan deritanya akan berakhir dengan izin Allah. Namun begitu keadaan itu tidak kekal lama. Apa lagi? Mmmmmm...
Setelah bisa keluar dan hamba Allah ini muntah dengan teruk pokcik berasa amat lega. Pokcik ingat ia berhenti di situ sahaja. Selang lebih kurang 10 minit dia menghubungi pokcik lagi dan memberitahu bahawa seluruh badannya terasa dicucuk dengan jarum.
Rupa-rupanya si sihir dapat tahu dan terus melancarkan serangan kembali. Pokcik meminta dia bertenang sementara pokcik mengumpulkan tenaga kembali. Biasalah perubatan jarak jauh ini memerlukan zikir yang berterusan bagi memantapkan dalaman. Sekiranya banyak tertinggal dan alpha maka keberkesanannya akan berkurangan. Ini yang dapat pokcik rasa sendiri apabila melakukan rawatan secara jarak jauh. Wallahua'lam.
Setelah mengumpulkan baki tenaga yang ada pokcik mula memohon kepada Allah agar dibakarkan segala yang ada dalam badannya sekali lagi. Kali ini kesannya lebih dahsyat kerana ini kali kedua dalam masa yang sama pokcik ikhtiarkan. Mungkin pada kali pertama si sakit dapat bertahan lagi. Apa pun tindakan ini terpaksa dilakukan kerana keadaan pesakit yang mengadu sakit yang lain pula.
Kali ni bukan setakat bakar benda yang dihantar padanya.
Pokcik juga memohon kepada Allah agar membakar patung vodoo yang digunakan oleh bomoh itu untuk menyihir hamba Allah ini. Ketika inilah si sakit mula terasa kepanasan yang amat sangat. Tidak cukup dengan itu, bagi mengelakkan perkara ini berulang, pokcik memohon kepada Allah agar dipulangkan kembali sihirnya kepada bomoh itu.
Yaa laa, kali pertama boleh lagi nak berkompromi. Apabila kali kedua dilakukan dalam masa yang sama, si bomoh seolah-olah ingin menunjukkan bahawa dia hebat. Dia tak kira bahawa tiada manusia yang hebat melainkan Allah. Mungkin ini pengajaran yang berguna buatnya. Alhamdulillah Allah permudahkan dan agaknya lama juga sesi rawatan pada kali ni.
Merangkak juga laa si sakit ini ketika menuju ke katil di biliknya itu. Setelah semuanya Alhamdulillah Allah perkenankan maka pokcik memintanya agar berehat. Alhamdulillah sampai ke saat pokcik menulis kisah ini dia dah pun pulih sepenuhnya dengan izin Allah. Namun begitu dia yang meminta pokcik usahakan juga ayahnya tak dapat pokcik penuhi sampai sekarang.
Kebetulan pula, ketika itu pokcik menyambung pelajaran jadi masa yang agak lapang sahaja dapat pokcik gunakan untuk berikhtiar kepada sesiapa yang memerlukan pada waktu itu. Apa pun pokcik lebih suka sekiranya para pesakit ikhtiar berdepan kerana pemantauan dapat dilakukan. Selain itu, kita dapat mengenali si perawat. Gamaknya kalau sahabat tengok pokcik berdepan terus ajak balik tak jadi berubat. Lain macam saja pokcik tua ni. Berseluar jin bagai dan bukan berjubah seperti kebiasaan perawat. Hihihi.
Apa pun kini kisah ini sudah berlalu namun selepas itu hamba Allah ini menghubungi pokcik untuk mengucapkan selamat hari raya atau bertanya khabar. Cuma satu sahaja yang pokcik inginkan. Moga dia diberikan hidayah dan memeluk agama Islam. Bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Moga doa pokcik termakbul suatu hari nanti. Aamiin. Wallahua'lam. Salam hormat semua sahabat.
DI BAWAH IALAH PERBUALAN KAMI TANPA SEBARANG TOKOK TAMBAH
[23.02.15 18:37]
Omar: Salam puan..nanti cuba puan htr gambar umah puan tu. Saya cuba ikhtiarkan
Tapi diam2 jer laa..jgn bagitau dlm group
TNA: wslm tuan. yang gambar rumah kat kpg tu saya x dpt bg aekarang tuan sebab saya kat rumah saya sendiro macam mana tuan...
ok tuan terima kasih kerana membantu
Omar : Mintak sapa2 tangkapkan gbr. In shaa Allah saya cuba buang dan ikhtiarkan. Xde apa2 bayaran.
In shaa Allah..Moga dipermudahkan..
TNA: ok tuan gambar depan ker macam mana tuan..
Omar: Gbr depan pun boleh
TNA: terima kasih banyak2 tuan hanya allah yang dapat mbalas kebaikan tuan amen.. ok
Omar: Sama2
TNA: kalau rumah saya sekarang ni boleh juga tuan tengokan ker...
Omar: In shaa Allah
TNA: tuan ni gambar rumah saya yang saya tgl sekarang tuamn. Tuan. tuan saya bukan muslim boleh ker join group tu....
Omar: Xpe
TNA: ok 😀😀😀😀
Omar: Sorry tadi drive. Ni umah pn kat kampung ke kat sekarang
TNA: ni rumah tna sendiri yang rmh kat kpg nnt tna send tuan. xpe tuan
Omar : Ok
[23.02.15 19:51]
Omar: Ok..rumah ni saya dah ikhtiar buang semua entiti yg ada.. Dan pagarkan rumah ni sekali..in shaa Allah..
TNA: ada yang x baik ker tuan....
Omar: Ada. Takut benda tu mengikut puan. Nanti cuba bagi gbr rumah kampung pulak. Harap xde apa2 berlaku pelik2 selepas ni...
TNA: ok tuan...anak pun selalu sakit kalau malam jer sakit tuan...
Omar: Ada tak gbr anak.. Sekarang saya free.
Mlm2 karaNg sibuk sikit
TNA: ye ker tuan kacau tna saja ker...
Omar: Cuba bagi gbr anak.. Apa2 dlm umah tu tadi dah saya ambil buang. In shaa Allah
TNA: terima kasih banyak2 tuan...saya hanya berserah pada tuhan sahaja yang membalas budi baik tuan...
Omar: Aamiin
TNA : saya dah send gambar anak tuan. amiin. barang buatan org ker tuan
Omar: Itu xpenting..yg penting puan dan anak sihat. Xsampai lagi gambar anak puan tu.
Yg perempuan tu ada gangguan dari pinggang ke bawah
TNA: dulu saya berniaga runcit sikit2 tuan lama2 jadi sunyi pulak dan makin lama makin xda org datang beli
Omar : Yg lelaki tu pun ada masalah pada bahagian muka. Jap saya proses...Mudah2an
TNA: insyaallah. ni gambar tna ngan suami tuan...boleh tlg tengokan tuan... sebab kadang tna benci sangat2 tengok die
Omar: Anak2 puan tu dah selesai diproses. In shaa Allah..yg anak perempuan tu kuat sikit gangguannya
TNA: terima kasih banyak2 tuan....syukur sangat2....amin
Omar: Sama2
TNA: ye ker tuan syukur sangat2 saya jumpa tuan walaupun x jumpa muka tapi saya akan kenang seumur hidup saya tuan...kami sekeluarga memang ada masalah tuan....tp selama ni org nal bantubselesaikan mst bayar rm300 seorng tak mampu tuan nk bayar...
ni 👆👆👆👆adik saya tuan
Omar: Saya dah xfree puan. Nanti bila2 masa yer
TNA: ok tuan bila2 ye syukur anak2 dah x ape2 ...
Omar: Anak tna macam mana mlm ni..Ada sakit pelik2 lagi?
TNA: syukur tuan anak tna tdo awal dah...lena pulak tu....selalu nye masa ni belum tdo kalau tdo batuk x henti2
Omar: Alhamdulillah
TNA: gbar atas tu gmbr tna ngan suami tuan silap tulis td....gambar rmh kat kpg lom dapat lg tuan...
Omar: Xpe..nanti free2 saya cuba ikhtiarkan..
TNA: syukur sangat...terima kasih banyak2 tuan... ok tq tuan
Omar: Bersyukurlah pada Allah
TNA: ye syukur
[23.02.15 23:50]
Omar: Kat luar rumah puan ada pocong dan pontianak yg menunggu. Betul2 depan kereta tu. Xpe puan..mudah2an selamat...In shaa Allah
TNA: sekarang ker....patut bunyi anjing kuat. menyalak tuan
Omar : Xpe ,in shaa Allah dia xboleh masuk kedalam rumah
TNA: mcm mana ye kena hidupkan lampu ke tuan. seram nye
Omar : Xperlu. Biarkan sahaja..esok kalau free saya ambik..in shaa Allah
TNA : ye tuan...tadi tna pun terlelap awal tba2 terbangun pulak...
Omar: Gangguan diluar sahaja. Dia xlepas masuk..in shaa Allah
TNA: alhamdudilah....amen
Omar : Esok saya cuba proses..in shaa Allah.. Tidor ler
TNA: tuan lah utusan tuhan yang beharga untuk keluarga tna tuan....terima kasih banyak....
ok tuan....
[24.02.15 00:17]
Omar: Pontianak tu saya dah ambik.. In shaa Allah
TNA: so selama ni benda tu ke kacau anak2 saya tuan
Omar: Yap
TNA:alhamdudilah....
Omar: Alhamdulillah
TNA: syukur sangat2
Omar: Ada lagi anjing menyalak?
Omar: Hehehe
TNA:diam dah tuan. hehehe
Omar: Alhamdulillah
TNA: alhamdudilah.... selama ni org yg tengok cakap jer lps tu suruh tlg x nk dah...
Omar: Xpe puan..sabar
Dugaan allah..xpe saya ada kerja ni
TNA: ok tuan....terima kasih napa rasa panas semacam pulak hehehe
Omar: Xpe..benda tu terbakar
Termasuk yg dlm badan tna
TNA: ye ker msk tubuh tna ker tuan
Omar: Semua saya ambik..in shaa Allah
TNA: tu yang panas rasa kebas pulak ni hehehe
Omar: Ok laa kalau dah rasa mcm tu
Maksudnya semua benda tu dah terbakar
TNA: aaa tuan syukur sangat alhamdudilah
Omar: Alhamdulillah..saya ada kerja ni
Layan2,laa sahabat dlm group tu
Selamat mlm
TNA: ok tuan...slmt mlm. Ok. terima kasih hanya allah membalas jasa tuan amen.
anjing bunyi lagi tuan tapi jauh dh
Omar: Benda lain dah tu
Bukan dari rumah tna
Xnak laa tangkap benda lain
Biar laa dia bebas..kakakaka
TNA: okokoko. tq tuan...buatlah kerja tuan ye...
Gorgon Mystic, [24.02.15 00:31]
Baik
[24.02.15 07:49]
TNA: selamat pg tuan...syukur anak lena tdo langsung x bunyi pagi ni pun bangun awal pg tuan...
Omar: Selamat pagi..Syukurlah
TNA:alhamdudilah. slm tuan dam selamat ptg...tuan tna nak tanya boleh tak...
Omar: Salam..Yer boleh
TNA:sebelum ni saya selalu medical check up kat hospital tuan kptsan semua ok tapi masih sakit...adakah semua kena benda tu ker tuan ..mlm tadi macam kna cucuk jarum pulak
Omar: Yg tna saya xbuat lagi
Saya buat anak2 ngan rumah serta luar rumah jer
Kalau free kejap lagi saya ikhtiarkan suami dan tna
TNA: ok tuan xpe....gambar kampung tu tna belum dapat lagi tuan...xpelah kan..thanks you tuan...
Omar: Selagi tak masuk ke rumah tu xpe
TNA:itu yg lebih penting tuan...
Omar: Sebelum masuk cuba ambik gbr dulu
TNA:tapi mak ngan ayah tna yg ada kat sana sekarang tuan. ayah tna sakit
Omar: Saya kalau xde gambar saya xboleh buat
Takut pergi ke tempat lain
TNA:ok saya cuba cari gambar tuan...kalau gmbr mak ngan ayah tna adalah tuan
Omar: Dah baru sahaja ikhtiar utk tna...Apa yg tna rasa sekarang
TNA:belum juga rasa apa tuan...selalu rasa sakit malam masa nak tidur tuan. nnt saya inform kat tuan lagi yer tq tuan
Omar: Xpe..mlm ni tengok mcm mana
Beres
TNA:ok...suami ok kew tuan
Omar: Suami tna saya xcheck
Kalau dia sakit baru buat..saya xsuka scan org suka2
TNA:ada juga die bisul2 banyak tempat tuan...dah sembuh satu tempat pindah tempat lain pulak
Omar: Bisul mmg berjangkit
Kena buang ibunya
TNA: ok xper tuan.... ibunya yg dulu tumbuh ker
Omar: Yap...
Itu kena buat dari dekat..xboleh jauh sebab xde kaitan dgn sihir
TNA:ok 👌👌👌👌
tq tuan
Omar: Beres...
TNA:ok. napa ada pusing rasa kepala tuan...br lepas muntah.....
Omar: Buang yg ada dlm badan tadi
Sebab tu muntah
Biar semua keluar..sebab tu saya tanya tadi apa berlaku
Biar racun atau bisa santau atau apa org buat pada tna keluar
TNA: ye br ada kesan tuan...mcm rasa ada nak g tandas peluh juga.... badan pun begegar tuan biasa ke tu
Omar: Biasa..nak keluar semua bisa
Dia keluar ikut muntah dan najis
Biasanya najis hitam atau kuning berjelly
TNA:ye ni masih muntah juga...putih kuning tuan
Omar: Putih kuning tu santau
TNA:buatan org santau tu kan tuan
Omar: Yap..biasanya mcm tu laa
TNA:ya allah..... tna hanya beserah pada tuhan....
Omar: Allah suruh hambaNya berusaha,baru bertawakkal...
TNA:ye tuan....tq...sampai jiga hati manusia kan...adakah semua ni silap tna tuan......
nak tanya tuan adakah lepas ni tna boleh mulakan perniagaan tna selepas tuan selesaikan rumah tna ni....
Omar: In shaa Allah...
Silap siapa xtimbul..Ini ujian Allah...
Moga bersabar..Ada hikmahnya tu..
TNA:ye tuan...syukur sangat ditemukan dengan tuan2 semua......sangat besar ujian allah pada hamba nya kan tuan...semata2 mengajar kita erti kehidupan sebenar...
tetapi dalam ujian yang berat allah tunjukan dan berikan jalan dari tuan yang sangat mulia...hanya allah dapat membalas jasa tuan..
Omar: In shaa Allah..Banyakkan bersabar..Allah akan memberikan jalan..
TNA:rasa ada kena cucuk jarum juga badan sekarang ni tuan biasa juga ker macamtu
Omar: Mungkin ada lagi saki baki
Saya cuba buang jap..
Atau bomoh tu cuba masukkan semula
Jap...
Mainan ni sama macam kazen tna
Dia guna vodoo...
Dah habis buang tadi dia cuba cara lain pulak
In shaa Allah..Moga Allah permudahkan...jap
TNA:amin
Omar: Mcm mana sekarang
TNA:kat tempat yg rasa kena cucuk tadi ada rasa panas tuan
kepala ada berat rasanya
Omar: Yap..dah bakar..
Jap..sekarang ni saya dah cuba ambik ilmu bomoh tu
In shaa Allah
TNA:seluruh belakang sekarang ni tuan panas betul sampai ke pinggang
semoga allah permudahkan...
amin
Omar: Saya dah ambik..Mainan ni seperti mmg dia berniat nak bunuh tna perlahan2...Moga dilindungi Allah
Saya bakar semua ngan izin Allah
In shaa Allah dah xde apa2
Saya juga dah ambik dan bakar vodoo tu ngan izin Allah
Moga tna dilindungi Allah
Banyakkan berdoa kpd Allah...
TNA:ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Omar: Kejap lagi sejuk laa tu..In shaa Allah...
Rasa lagi tak cucuk2 tu
TNA:begitu besar dugaan yang allah berikan....
rasa cucuk dh xda tapi kepala berat jer
Omar: Xpe laa tu..
Mcm mana sekarang? Biasanya lepas mcm ni jadi letih
Pastu tidur sekejap dan rehat .Bangun nanti,in shaa Allah dah sihat
TNA:tetima kasih banyak2 tuan hanya tu yg tna mampu ucapkan...harap family tna yang lain x dpt ujian yg sangat besar mcm tna tuan....sedihnye......ampunkanlah dosa org yang buat benda macam tu kat tna ya alllah
aaa letih sangat...ada rasa nak pitam jer kebas tubuh tuan...dah kat bilik tuan kaki pun rasa x sentuh lantai dah
Omar: Tidur laa
TNA:ok tuan selamat malam...terima kasih banyak2 anak pun dh tdo...😴😴😴😴
[12.07.16 09:43]
TNA: Salam tuan. Selamat hari raya maaf zahir batin
Omar: Salam juga..terima kasih tna. Moga sukses selalu
TNA: Tq tuan 👌👌. Selamat malam tuan. Semoga sihat hendak nya
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.