Thursday, 23 April 2020

WANITA BERTUDUNG MERAH


Assalamualaikum
Sahabat yang dihormati ;
Alhamdulillah malam ini kita sudah memulakan solat tarawih yang menandakan permulaan bulan yang penuh rahmat. Ketika ini ditutup pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pinta syurga oleh Allah...
Bersykurlah kerana Allah masih memberikan nafas untuk meneruskan hidup dan menambah bekalan yang ada.. Moga kita semua sampai ke penghujungnya dan diberikan kesempatan untuk menemui malam Lailatul Qadar..
Baiklah, seperti biasa Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah dan seperti biasa juga nama bagi setiap watak akan diubah biarpun kisah ini adalah benar dan tiada sebarang tokok tambah...
Alkisah, seorang perempuan tua ( Mak Mah ) bukan nama sebenar menemui pokcik  pada suatu hari.. Menurut Mak Mah, dia sakit seluruh anggota. Dia juga dapat rasakan ada satu lembaga masuk ke tubuhnya dari ibu jari kakinya.
Bahagian belakangnya berasa teramat sakit terutama pada bahagian bahu kiri. Dia berasa sangat serabut. Disebabkan tidak tahan, dia meminta adiknya ( Kak Leha) bukan nama sebenar, urutkan dia. Tak pasal-pasal kelima-lima jari Kak Leha melengkung dan tidak dapat diluruskan. Kasihan pulak Kak Leha. Tak pasal-pasal jadi macam tu.
Pada suatu hari, datang pula sahabatnya Siha ( bukan nama sebenar ) bertandang ke rumahnya. Kali ini dia meminta Siha pula urutkannya. Tak pasal-pasal kebas dan sakit tangan si Siha. Pada malam itu, si Siha bermimpi didatangi seorang perempuan bertudung merah. Katanya dalam mimpi itu perempuan tersebut memalingkan mukanya. Malu agaknya sebab mukanya terlalu jelita. Apabila dia melihat, perempuan itu akan memusingkan muka ke arah lain.
Kalau bertudung kononnya jin Islam laa ye. Kalau jin jantan Islam pula kononnya berjubah bagai. Wajah pula berseri-seri atau berkilauan. Hihi..  Macam-macam cara jin nak perdayakan orang kita yang taksub pada jin ini.  Setelah bercerita, dia minta pokcik usahakannya. Biasalah, apabila berjumpa dengan pokcik sudah tentu akan bercerita itu ini dahulu bagi menarik perhatian pokcik Seman .
Ikuti perbualan di bawah:
Setelah Mak Mah bercerita, meminta pokcik usahakannya.
Mak Mah: Ada ke jin kat saya ni?
Omar: Ada. ( Pokcik  buat-buat mcm scan sesuatu. Biar nampak gempak sikit )
Mak Mah: Kalau ada, tolonglah pokcik.
Omar: Baiklah. In shaa Allah.
Mak Mah pun mengesot untuk pergi ke arah pokcik. Cepat-cepat pokcik tegah. Bukannya pokcik   tak ada selera kat perempuan. Tapi seeloknya ikhtiarkan biarlah agak jauh. Dengan kata lain tak perlulah nak sentuh dia bagai. Bukannya sentuhan itu yang membuatkan dia sembuh. Dengan prinsip inilah, pokcik turut mendoakan hamba Allah yang benar-benar memerlukan sehingga ke Sarawak dan Sabah kerana kalau sihir boleh dilakukan secara jauh atau tidak bersemuka, adakah ilmu Allah atau doa yang kita panjatkan kepada Allah perlu di hadapan orang yang sakit? Ada hadis soheh, sebaik-baik doa ialah doa yang dibuat oleh seorang saudara kepada saudaranya di belakang saudaranya itu(tanpa pengetahuan). Doa itu, in shaa Allah akan dikabulkan.
Omar: Tak paa. Duduk situ. Satgi dia lari. Biar jin tu syok dan kata pokcik takut kat dia. Biar dia gelak dulu sambil pekena rokok daun. Dia tengah khayal sedut asap tu baru kita kurung proses..
Mak Mah: Ooooo. Baru saya tahu.
Pokcik  pun kumat kamit membaca beberapa potong ayat-ayat suci alQuran.. Dari jauh pokcik membuat buat isyarat seperti mengurung sesuatu.
Omar: Haa ada lagi. Dia tak pii mana.
Mak Mah menggarukan kepalanya yang tak gatal. Setelah itu barulah pokcik  meminta Mak Mah duduk di tengah ruang tamu. Pokcik menghampiri Mak Mah.. Sambil membaca tu pokcik sesekali gelengkan kepala macam drama Melayu. Orang kata biarlah nampak susah.. Kebanyakan pesakit selalunya beritahu begitu sebenarnya kepada pokcik. Kebanyakan perawat yang mereka jumpai selalunya menggelengkan kepala, mengeluh atau akan beritahu bahawa gangguan itu sangat berat. Entahlah ye.. Jujur pokcik katakan, pokcik bukannya CARI MAKAN dengan merawat.
Lebih kurang lima belas minit, pokcik  menggosok tangan biar panas sikit dan bukannya nak keluarkan api.. Hahahhahahha. Tak ada pulak pokcik  picit Mak Mah sana sini. Tak ada juga pokcik urut bahu dan belakang Mak Mah yang sakit itu. Setelah itu pokcik  menunjukkan jari ke arah tubuh Mak Mah. Bahagian dada, kaki, belakang, bahu Mak Man menjadi tumpuan pokcik kali ini.
Omar: Alhamdulillah. Apa rasa sekarang?
Mak Mah: Lega. Tak ada dah serabut. Bahu pun dah selesa.( Katanya sambil menggoyangkan bahu )
Omar: Rasa macam mana tadi masa berubat.
Mak Mah: Terasa rangka dada terbuka perlahan-lahan. Terasa ada tangan yang memeluk rangka dan akhirnya. Dia lepaskan. Terbukalah perlahan-lahan dan boleh bernafas dengan baik.
Mak Mah: Bukan itu saja. Tulang kaki pun sama. Seperti ada orang genggam tulang kali dan akhirnya dia lepaskan juga. Tulang kaki rasa mengembang dan kembali seperti biasa. Selepas itu, ada gerakan yang menolak dan bergerak dari tulang rangka dan bergerak ke hujung kaki.
Omar: Tak dak apa laa. In shaa Allah. Nanti pokcik doakan air noo. Spray laa lagu-lagu mana dalam rumah tu. Bermula dari pintu berakhir ke pintu. Bacalah selawat kaa ayatul kursi kaa masa.spray tu.
Setelah semuanya selesai, Mak Mah mula cerita perihal orang berhampiran rumahnya sudah kena RM500 dari seorang anak murid perawat terkenal. Si tuan rumah pula berkata, pokcik tak meminta upah dan ganjaran. Pandai-pandailah awak bersedekah ke masjid sebagai tanda kesyukuran, katanya lagi mengajuk cakap pokcik kepada perawat itu..
Pokcik bukannya nak mempertikai bab mengambil upah rawatan. Kalau ambil pun, biarlah atas kemampuan si pesakit dan tidak membebankan mereka.. Bab ikhlas tu biarlah Allah sahaja yang menilaikannya.  Sekian sahaja kisah pokcik pada kali ini. Maaf andai ada salah silap dan tak sedap didengar.Hidup ini singkat sahaja. Gunalah ilmu yang dikurniakan oleh Allah dengan sebaik mungkin kerana semua itu akan dipersoal kelak.. 
Wassalam. Salam hormat..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.