Wednesday, 8 April 2020

DIJELING MERTUA

Assalamualaikum..

Baru sahaja semalam Encik Omar berkongsi tentang amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kebiasaannya amalan ini dilakukan oleh orang kita juga terutama orang terdahulu. Apakah tujuan mereka? Adakah disebabkan keperluan pada masa itu? Apa pun, kita harus ingat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

Perkongsian pokcik pada kali ini berdasarkan pengalaman yang berlaku pada malam tadi iaitu 7.4.2020. Pada sebelah petang, pokcik telah terlihat posting salah seorang daripada sahabat FB pokcik yang memuatkan status yang kurang elok sebagai orang Islam yang beriman. Pokcik menasihatinya secara lembut kerana setiap perkataan yang ditulis, setiap ucapan yang dituturkan dicatat oleh para malaikat. Paling dibimbangi kata-kata yang kita luahkan terhadap diri sendiri terutama kata-kata yang tidak elok, diaminkan oleh para malaikat..

Tepat pukul 8.50 malam, sahabat FB pokcik ini menghantar mesej secara peribadi kepada pokcik.. Untuk makluman semua sahabat, hamba Allah ini pokcik pernah usahakan secara jarak jauh kerana beliau berada di Kelantan. Setiap perbualan ini tiada sebarang tokok-tambah  cuma NAMA beliau sahaja yang pokcik tukar... Ini merupakan copy paste perbualan kami di messenger..

TUE AT 8.50 PM

Mira: Assalamualaikum...

Disini saya nak cerita mengenai status dalam Facebook tu...

Betul tu...saya hidup rasa bagaikan nak gila...
Hari- hari saya lalui sungguh mencabar diri..
Setiap hari hidup dalam tekanan...

Lagi mencabar bila diuji menjaga mertua sedang sakit...namun saya berserah...

Tapi apa yang membuatkan saya terus rasa nak gila bila hari - hari saya mendengar suara orang memanggil manggil nama saya..
Ada yang memberi salam 2 kali saya dengar orang bagi salam..tapi bila buka pintu tengok sekeliling rumah tak ada pula..

Setiap hari diselubungi dengan panggilan..ada yang bunyi jauh2...ada yg bunyi dekat dengan telinga...ada juga masa tengah tidur..bunyi suara yg sangat garang dan keras sehingga terkejut sampai terjaga dari tidur...

Salam tu pula kadangkala terdengar macam "Assekum..." Macam tu lah lebih kurang...

Bila nak solat pon terdengar juga suara tu...
Mula mula saya ingat saya depression sebab jaga mak mertua sakit..dan mak mertua PON banyak juga ragamnya..

Sehingga hari ini saya tak tenang dengan bunyi-bunyian tu...

Bila dalam bilik air saya terdengar suara orang menyanyi...suara tu bunyi sayup-sayup kedengaran...
Kadangkala nampak bayang hitam tu..bila saya beralih ke tempat lain...bayang tu masih disitu..

Itu membuatkan saya jadi begitu..
Tiap-tiap malam saya mengaji...pasang ruqyah dalam telefon..
Tp gangguan tu masih ada juga

Lagi satu belalang yang warna hijau kepala panjng tu..selalu masuk dlm rumah.. kebetulan tak tahu lah kan..

Kisah mak mertua saya pula saya pelik juga dgn dia..dia sakit strok tp boleh bagun pergi ke tandas sendiri...

Tp apa yang membuatkan saya rasa pelik dengan dia bila dia tengok dekat saya dengan pandangan yang tajam...dia tak mahu solat...malas nak mandi..bila kena air dia cakap sejuk sangat... sedangkan sekarang ni musim panas...

Bila saya cuci tandas bersih2 dia mula buat hal ...dia pengang najis dia campak rata rata..sedangkan dia tahu saya nak solat tapi dia tetap buat macam tu juga..

Dengan cucu cucu dia hari hari sumpah seranah...tapi bila suami saya balik (anak dia) dia buat tak berdaya..nak bagun kena angkat..
Ni musim pkp langsung la tak boleh nak bagun.. kencing berak kat situ...

Tapi bila saya masuk ke dapur dia perhatikan jer apa yang saya buat...

Kadang kadang saya ada juga mimpi pelik pelik..macam ada banyak darah...dan ada juga mimpi baby dan sebagainya..

Sekarang saya tak tahu nak buat apa...
Nak rujuk dimana...
Suami saya sah2 la tak ambil tahu benda2 macam ni...dia cakap mengarut ...saya yang selalu ikut perasaan...

Tapi sekarang saya nak rujuk mana saya pon xtahu...tak tahu nak buat apa...

Jadi saya nk minta bantuan dari pokcik
Untuk tengokkan saya dngn mak mertua says sekali
Kalau betul kami ada gangguam
Boleh tak pokcik bantu saya jika ada kelapangan..
Saya benar2 tak tahan
Dngn segala benda yang sedang saya alami sekarang ni..

Omar: Waalaikumussalam. Kalau mcm tu, lebih kpd mak mertua Mira.

Mira: Macam tu ke pok cik...boleh jadi juga..
Sbb saya pon ada mimpi mak mertua saya panggil saya dalam mimpi tu...saya terus terkejut pergi kat dia...saya tengok dia tengah tidur

Omar: Masalah tu nak tuduh xbaik. Tapi daripada cerita tu, ia dtg dari situ

Mira:Tu la kan..sy pon cuba positive kan diri...ingat nak jumpa doktor takut ada depressed...tp pkp  ni pulak tak boleh nak p mana2..

Omar: Mira tenang2 je... Bukan masalah Mira tu.. Kot mana pun, hantu jin bagai ni akan cari anak cucu juga. Bukannya menantu

Mira: Tp selepas saya buat rawatan dgn pok cik hari tu.
.saya tak de gangguan dah...sejak mak mertua ada kat sini saya jadi banyk gangguan mcm2

Omar: Gangguan dari dia bukannya dari diri Mira

Mira: Ok pok cik..
Kalau saya mengaji lagi lah..dia xhenti2 dok panggil saya xdan2 pulak tu...

Omar: Sabarlah... Kalau gangguan dari Mira mmg kena usahakan Mira. Kalau dari mak mertua, kena berurusan dgn dia pulak

Mira: Saya ni ada gangguan ke pok cik..

Omar: Masa mesej ni ada rasa lain tak

Mira: Ada jgak rasa berdebar

Omar: Mungkin ada tembus jugalah sikit2 pertahanan Mira sebab dok jaga atau berhubungan terus dgn mertua

Mira: Tu lah..tp tiap2 mlm dah saya mengaji..walaupun masih merangkak2...
Usaha sebagai benteng diri je

Omar: Xpe.. Karang sikit kalau nak ikhtiar pokcik usahakan

Mira: Ok pok cik... Alhamdulillah...boleh pokcik.

Seperti yang pokcik janjikan, selepas solat pokcik telah menghubunginya.

TUE AT 9.59 PM

Omar: Assalamualaikum
Mira: Waalaikumussalam

Omar: Ada wuduk tak? Elok ambik wuduk dulu.
Mira: Xde. Jap yer

Omar: Dah ambil wuduk bagitahu.
Mira: OK pok cik. Maaf lama. Air tangki tak naik pulak. Mcm2

Omar: Xpe. Pakai dah telekung
Mira: OK dah.

Omar: Sekarang berdoa dulu minta Allah permudahkan urusan dan sekiranya ada sakit, minta Allah sembuhkan.
Mira: OK. Dah

Omar: OK. Jangan bercakap. Berzikirlah dalam hati. Pegang sepenuhnya bahawa tiada apa yang boleh memudaratkan kita tanpa seizin Allah. Pokcik nak mula.

Setelah itu pokcik mula berdoa kepada Allah agar mempermudahkan urusan. Pokcik juga berdoa agar semua gangguan itu keluar dan terhapus seizin-Nya serta terbakar sekiranya masih tidak keluar dan berada dalam diri atau tubuh badan Mira. Setelah pokcik berdoa, sekali lagi pokcik menghubunginya untuk bertanyakan situasi semasa beliau.

TUE AT 10.26 PM

Omar: Assalamualaikum. Sekarang rasa macam mana.
Mira: Waalaikumussalam

Omar: Pokcik dapat rasakan ada masalah pada bahagian belakang bahu kanan, dada sebelah kiri, kepala dan kaki Mira.
Mira: Ada rasa macam sakit kepala. Kaki loni tgh sakit. nak jln xboleh

Omar: OK diam sekejap. Pokcik usahakan kepala dahulu.
Mira: Dada pon tiap mlm sakit. Ok

Omar:Mcm mana kepala
Mira: Kurang dah tadi berdengung

Omar: Ada rasa sakit lagi ke?
Mira: Dada jah loni rasa lgi

Omar: Baru kepala. Satu2 pokcik usahakan
Mira: OK in sha allah

Omar: Sekarang dada pulak
Mira: Tgh kat bahagian ulu hati. situ sokmo sakit nya

Omar: OK kejap.. Mcm mana dada
Mira: Kurang

Omar: OK. Kaki pulak.
Mira: Ok

Omar: Mcm mana kaki?
Mira: Masih sakit lgi

Omar: Belah mana kuat?
Mira: Kiri

Omar: OK. Kalau lepas ni kebas, maksudnya dah. In shaa Allah. Berasa lagi?
Mira: Kebas doh

Mira: Kalau dah kebas pokcik nak usahakan last buang seluruh badan. In shaa Allah. Zikir dalam hati..

Setelah selesai usaha membuang semua sisa atau saki baki gangguan dan masalah Mira, pokcik menghubunginya lagi..

Omar: OK dah. In shaa Allah. Mcm mana rasa kepala, belakang, dada dan kaki.
Mira: Kpala rasa lega dah. Belakang tu ada la sikit sakit lagi. kaki kebas2 lagi ni

Omar: Kebas tu dah xde masalah
Mira: Ok

Omar: Jap pokcik Cuba ikhtiar tarik. Rasa ya kesannya sahaja. Kejap
Mira: Ok

Omar: Dah. Mungkin rasa panas sikit tapi in shaa Allah
Mira: Ya pok cik

Omar: Panas berbahang ke?
Mira: Ya pok cik. Berpeluh dah ni

Omar: Kejap lagi sejuk la tu. Pokcik doakan kepada Allah agar dibakar semua. Alhamdulillah Allah permudahkan. Rehat ye
Mira: In sha Allah

Omar: Minum air. Itu saja
Mira: OK pokcik

Omar: Assalamualaikum
Mira: Terima kasih diatas bantuan pok cik. Semoga pok cik dikurniakan kesihatan yang baik. Dikurniakan rezeki yg melimpah ruah dan dilindungi Allah sentiasa

Omar: Aamiin. Sama2. Allah yang tolong kerana sayangkan Mira. Berbanyaklah doa dan rapatkan diri pada-Nya. In shaa Allah xde apa dah. Fikiran dah tentang. Kan?
Mira: Iya pok cik. Mak mertua saya xhenti2 dok panggil. biasa x gitu

Omar: Jgn fikir apa dah. Bab mertua tu anggaplah dugaan. Ingat pokcik cakap. Tak ada daya upaya makhluk nak apa2kan kita tanpa seizin Allah. Dia berasa panas sebab benda yang berdamping dengannya panas.
Mira: OK pok cik. terima kasih atas nasihat.

Omar: Sama2
Mira: Assalamualaikum dan terima kasih sekali lagi. Hanya Allah dapat membalas jasa baik pok cik.

Omar: Aamiin
Mira: Amiin

Begitulah kisah semalam. Sebenarnya Encik Omar dah tak berapa gagah juga nak usahakan secara jarak jauh ni tapi disebabkan ada sedikit ruang kerana PKP maka diusahakan juga. Tambahan pula, si Mira ini pernah Encik Omar usahakan lama dahulu... Bab mertuanya Encik Omar tak akan usahakan kerana tak mahu memandai-mandai. Lagi satu, sekiranya berlaku apa-apa, sudah tentu kita juga akan dipersalahkan..

Bab si suami Mira yang tak mempercayai dunia mistik dan alam ghaib tu Encik Omar tak nak komenlah sebab dalam AlQuran dah jelas menceritakan hal jin dan iblis ini. Nak jelas lagi, dalam surah Al-Jinn ayat 6. " Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

Sekian perkongsian pada kali ini..

Salam hormat..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.