Thursday 16 April 2020

SAKA IBU TUA

Assalamualaikum

Kisah kali ini sebenarnya baru sahaja pokcik  usahakan semalam.  Kisah ini sebenarnya bermula dari sebuah group yang lama dah TIDAK pokcik sertai.. Mungkin disebabkan faktor usia, pokcik sudah tidak begitu berminat untuk menyertai mana-mana Group Perubatan atau Mistik. Entah macam mana, apabila salah seorang sahabat FB pokcik iaitu Azma Zam invite maka pokcik pun terima. Apabila masuk tempat orang maka pokcik berilah salam sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Selain itu, ada jugalah pokcik like atau komen dalam beberapa status. Pokcik memang suka atau hormat kepada pesakit atau anak pesakit yang membuat stautus untuk ikhtiarkan mereka berbanding dengan pesakit yang pm di belakang meminta ikhtiarkan tetapi status kita buat-buat tak nampak. Apa pun, pokcik hanya berdiam dalam group selama lebih kurang tiga hari sahaja. Mungkin faktor usia agaknya.. Hihihihihi…..

Apabila melihat kesungguhan hamba Allah itu, pokcik terbuka hati untuk ADD dia sebagai friend FB dan manalah tahu terbuka hatinya untuk pm pokcik sebab pokcik memang tidak akan menawarkan diri terutama dalam group orang lain. Berbeza dengan group pokcik dahulu, memang pokcik akan terus tawarkan diri dalam komen pada status pesakit. Pokcik sebenarnya bukannya terlebih yakin tetapi pokcik bukannya hipokrit. Setiap pesakit yang pokcik tawarkan diri secara berdepan dalam group, pokcik akan kongsikan secara terbuka dalam group tetapi pokcik akan rahsiakan namanya.

Pokcik bukannya mencari makan atau menambah pendapatan sampingan dengan merawat jadi pokcik tak perlu nak menjaga reputasi sekiranya gagal ikhtiarkan pesakit… Satu yang pokcik pegang, perawat hanya IKHTIAR dan bukannya MENYEMBUHKAN penyakit. Kalau kita berpegang bahawa Allah yang menyembuhkan, buat apa kita risau sangat dan nak menjaga reputasi… Ada jenis yang menghantar TESTIMONI PESAKIT selepas rawatan tetapi pokcik lebih suka declare situasi pesakit sebelum, semasa dan selepas rawatan. Jangan pula apabila kita cakap kenapa TUNJUK TESTIMONI selepas rawatan dan bukannya sebelum.. Nanti dikatakan TAKUT RIAK, GURU MARAH dan sebagainya. Riak tak dapat ditengok dan hanya Allah mengetahui. TESTIMONI PESAKIT sekarang pun SILAP-SILAP ada yang MENIPU bagi mendapatkan keuntungan.. Bagi pokcik hukumnya HARAM.

Sama jugalah dengan kisah atau cerita yang pokcik selalu kongsikan. Tak sanggup pokcik nak meminta maaf kepada SEMUA ORANG sekiranya pokcik menipu. Kes ini juga pokcik kongsikan secara tidak langsung atau secara umum kepada sahabat dalam GROUP SANTAI pokcik. Sama seperti kebiasaannya, sudah tentu pokcik tidak berikan TESTIMONI SELEPAS tetapi sebelum, semasa, dan selepas pokcik usahakan. Tak gitu, Rio, Pak Long, Sanusi, Nazmi Pakndak, Mas Mat, Ustaz Anuar dan ahli yang lain?… Kita nak buat baik dan niat untuk memberikan pengajaran yang baik tak perlu nak risau.

Pada hari Isnin, 13.4.2020 hamba Allah ini menghubungi pokcik melalui messenger. Asalnya beliau meminta pokcik scan sahaja si ibu. Kita ini bukannya ahli tetapi adalah belajar sikit-sikit tentang tanda-tanda kehadiran saka. Nak ahli macam perawat lain memang taklah, tambahan pula pokcik bukannya BOMOH dan tidak layak digelar PERAWAT. Pokcik hanya suka-suka atau dengan kata lain, nak habiskan masa terluang atau mengisi masa lapang sahaja. Nanti selepas PKP jangan hairan sekiranya FB pokcik ini jarang dibuka. Hihihihi…. Apabila Nampak akan kehadiran SAKA maka pokcik agak berminat untuk usahakan kes ini. Tambahan pula ibunya sudah menderita selama berbelas-belas tahun. Bukan masalah WANG sebenarnya yang menjadi persoalan tetapi KESIHATAN yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Sebab itulah, diberikan KESIHATAN yang baik oleh Allah juga rezeki yang tidak ternilai.. Kita pun tak tahu apa yang akan berlaku sebentar nanti.. Kita pun tak tahu sama ada dapat menghirup lagi udara segar pada hari esok.

Ayat pertama sekali atau soalan utama yang pokcik akan tanya ialah adakah si sakit sedang berubat. Kalau sedang berubat, biarlah diteruskan sahaja sehingga habis. Kita bukannya nak berebut PELANGGAN. Oleh sebab dia memberitahu bahawa ibunya sedang dirawat oleh seorang perawat maka pokcik meminta dia teruskan. Namun, si anak yang menghubungi pokcik memberitahu bahawa ibunya tidak mahu melafazkan ikrar pemutus saka dan perawat itu telah pun tarik diri. Mendengarnya, pokcik telah mencadangkan agar dia cuba ikhtiar dengan sahabat pokcik Zetty sebab mereka tinggal berhampiran.

Setelah dia bersetuju maka pokcik telah menghubungi Zetty. Beliau dengan rela hati sudi membantu ibu Rina. Alhamdulillah. Namun, macam pokcik cakap pada awal posting, KESEMBUHAN bukan milik kita. Perawat hanya ikhtiar. Mana ada manusia hebat. Yang Maha Hebat hanyalah Allah.Namun, apa yang penting ialah amanah atau usaha dilakukan haruslah betul dan jujur. Jangan berebut kes semata-mata kerana WANG sebab macam pokcik cakap tadi WANG tidak dapat mengatasi nikmat KESIHATAN yang baik yang diberikan oleh Allah.

Agak-agak kenapa pokcik berkata Zetty JUJUR? Alasannya, beliau menghubungi pokcik dan memberitahu dengan jujur keadaan pesakit selepas rawatannya. Melihat keadaan itu, pokcik sendiri telah memberitahu Zetty bahawa pokcik sendiri akan usahakan ibu Rina. Apabila mendengar berita itu, Zetty menawarkan diri untuk turut membantu pokcik. Alhamdulillah. Buat sesuatu jangan mengejar nama kononnya kitalah hebat. Jadinya pokcik bersetuju dan berjanji akan memberitahu Zetty pukul berapa pokcik akan usahakan pada malam itu.. Pokcik berdoa di sini manakala Zetty berdoa di tempatnya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami..

Moga si ibu dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan dapat menambah bekalan di sana. Hidup kita tak panjang. Moga dengan masa yang ada dapatlah kita menampung di mana kurangnya amalan dan semoga amalan kita diterima oleh-Nya.. Aamin.. Moga berjumpa lagi pada lain kali sekiranya diberikan ruang dan peluang oleh Maha Pencipta.. Sekian

Salam hormat…

DI BAWAH MERUPAKAN PERBUALAN POKCIK DENGAN RINA ( Bukan nama sebenar)

13.4.2020 MON. 2248

Rina : Assalamualaikum. Untuk scan jarak jauh dikenakan mahar ke?
Omar : waalaikumussalam puan.. Maaf cakap, saya bukannya perawat yg mencari makan dgn cara berubat org.. Setakat ini semua kes yg saya usahakan sama ada dekat atau jauh tak pernah dikenakan cas walau pun seringgit

Rina : Alhamdulillah ada lagi perawat yg tidak mengira tentang jumlah mahar yg dikenakan.
Omar : Allah beri ilmu berserta amanah yg akan dipersoalkan di akhirat kelak, puan

Rina : Mungkin encik omar ada terbaca tentang post sy di satu page fb mengenai sy mencari perawat yg boleh sembuhkan ibu sy
Omar : Allah beri ilmu berserta amanah yg akan dipersoalkan di akhirat kelak, puan

Rina : Alhamdulillah
Omar : Ooo dlm group tu... Saya dah keluar puan.. Maaf puan

Rina : Yee. Sy masuk group tu sbb sy mmg betul2 nak cari perawat yg boleh sembuhkan ibu sy yg telah sakit berbelas tahun dahulu
Omar : Saya nampak ada beberapa org perawat yg saya kenali dlm komen pada posting puan
Mungkin diorang dah pm puan

Rina : Sy telah pun berubat dengan ramai perawat. Mahar yg dikenakan pun agaklah mahal. Tapi sy tidak fikirkan tentang jumlah mahar yg sy kena bayar. Sy hanya fikirkan untuk sembuhkan ibu sy. Tapi, sampai skrg xde sorang boleh sembuhkan ibu sy

Omar : OK.... Cuba cerita kan jujur, apa sebenarnya masalah emak puan

Rina : Skarang sy tengah berubat dgn seorang perawat. Dan perawat tersebut mengatakan ibu sy mempunyai saka. Perawat itu menyuruh sy paksa ibu sy membaca ikrar pemutus saka. Tpi ibu sy xnak.

Omar : OK.... Cuba cerita kan jujur, apa sebenarnya masalah emak puan

Rina : Dari dulu, ibu sy susah untuk tidur, sering marah2 tanpa sebab munasabah dan tiba2 menangis tanpa sebab. Kadang2 ibu sy meracau, sepahkan barang2, tarik2 rambut sendiri. Ada juga dia tidak mengaku kami sebagai anak dia. Dah sering marah2 kat ayah kami dan memanggil ayah kami dgn perkataan yg tidak menyenangkan. Contohnya, dgn panggilan babi, anjing, binatang

Omar : Puan habiskan rawatan dahulu dgn perawat berkenaan.. Kalau masih berlaku lagi selepas SELESAI semua sesi rawatan, Puan pm saya.. Kebetulan PKP ni saya ada masa sikit.. Kalau tak selalunya fb saya ini saya deactivate.. Sebab tu dlm perbualan saya dgn MAN (bukan nama sebenar) dlm posting saya tu, saya cakap saya jrg buka FB

Rina : Rawatan dgn perawat tersebut tidak akan selesai selagi ibu sy tidak lafazkn ikrar pemutus saka
Itu yg diberitahu oleh perawat tersebut
Omar : Berapa dibayar tu kalau sampai bertahun tak dilafaz?

Rina : Dia bagitahu, selesai rawatan baru sy kena bayar mahar.
Sy pun tidak tahu berapa mahar yg dikenakan oleh perawat tersebut
Omar : OK... Saya xnak ganggu cara perawat itu. Puan usahalah dahulu... Elok habiskan satu2
Nanti baru puan pm saya ye

Rina : Kalau sy ingin scan dahulu boleh x? Sebab sebelum ni sy ada buat rawatan dgn sorang perawat juga. Alhamdulillah ibu sy telah sihat sepenuhnya , cuma hanya untuk seminggu. Lepas seminggu, ibu sy sakit balik mcm sebelum ni. Bila sy suruh scan lagi, perawat itu memberitahu sy bahawa ibu sy sudah clear dari sebarang gangguan. Dengan perawat tu, dia hanya bagitahu ibu sy terkena sihir yg dihantar oleh seorang hamba Allah. Dia tidak memberitahu bahawa ibu sy juga mempunya saka
Omar : Oooo.... Ada tak gbr ibu

Rina : Ada. Sebentar ye
Omar : ok

Rina : Ini gambar semalam yg diambil
Omar : Ya.. Mmg saka dan masih ada.. Wallahua'lam

Rina : Allahuakbar
Omar : Moga Allah permudahkan segala urusan perawat berkenaan usahakan emak puan

Rina : Amin. Insyaallah dengan izin Allah. Mudah mudahan Allah permudahkan semuanya
Omar : aamiin

Rina : Encik omar ad nombor ws? Senang sy berurusan nanti jika perawat tersebut juga xdpt sembuhkan ibu sy
Omar : Maaf puan. Mmg saya xberi kepada sesiapa... Tapi, dlm friend fb saya ada perawat di sana.  . antara perawat atau sahabat yg saya percayai

Rina : Apa nama dia ye? Mcm mna sy nk contact dia
Omar : jap...

Rina : Baik
Omar : 017*******
Kejap saya beritahu dia puan akan hubungi

Rina : Okay baiklah. Terima kasih encik omar
Omar : Baik

Namanya Zetty...
Rina : Okay baik

15.4.2020 WED 16:32

Omar : Assalamualaikum puan
Rina : waalaikumusalam

Omar : Zetty ada bagitau saya. Xde jin masa dia buat kerana jin tu lari... Jadinya, in shaa Allah saya sendiri akan usahakan tanpa bayaran. Itu pun kalau xde org usahakan
Rina : Yee betul. Semalam baru Zetty buat rawatan untuk ibu sy. Tpi xde apa perubahan semasa dia buat rawatan tu

Omar : Xpe.. Tadi saya beritahu dia saya sendiri akan usahakan.. Dia nak join juga katanya..
Saya xde masalah.. In shaa Allah, puan tunggu mesej saya mlm ni
Rina : Okay baik encik omar
Cuma harini ibu sy mcm kemurungan pulak. Sy baru balik keje skrg ni. Bila disuruh makan, dia xnak makan

Omar : Xpe.. Mlm ni saya akan usahakan. In shaa Allah
Rina : Okay boleh2

Omar : Cuma saya xnak bertindan dgn org lain ye.. Bimbang cross aura
Rina : Yee. Perawat yg sblum ni dh bgitahu sy yg dia mmg xboleh sembuhkn ibu sy kalau ibu sy xlafazkn ikrar pemutus saka

Omar : Baiklah.. Tunggu mesej saya
Rina : Baiklah

WED 19:40

Omar : Assalamualaikum.....
Rina : Waalaikumusalam

Omar : Puan ada bersama emak sekarang?
Rina : Ye Ada

Omar : Alhamdulillah.. Puan dah solat
Rina : Sy tngah bagi dia mkn biskut. Sbb harini dia mmg xnk makan nasi

Omar : Kalau puan xsolat lagi elok puan solat dulu
Rina : Okay baiklah

Omar :Dah selesai bagi tahu ye
Rina : Sekejap lagi sy pm balik.

Omar : ok
Rina : Alhamdulillah selesai solay. Solat

Omar : Alhamdulillah. OK... Cuba bagi nama emak binti ibu
Rina : Z**** binti R******

Omar : OK.. sekarang pergi kat mak... Cakap saja kat mak, kata ada org nak pisahkan emak dgn gangguan atau jin yg berada dgn mak
Rina : Sy pernah cakap mcm tu time rawat dgn perawat sblum ni. Mmg ibu sy marah2 sy

Omar : xpe marah ke apa.. Cuma adab sahaja.. Saya xnak buang sesuka hati
kurang2 mak tahu
Rina : Okay baik

Omar : kalau dah beritahu ye
Rina : Sudah encik. Tpi dia diam je

Omar : Baik... Saya akan mula.. Saya akan beritahu Zetty juga... Lepas selesai saya mesej semula
Rina : Okay baiklah

Omar : Assalamualaikum
Rina : Waalaikumusalam

Omar : Mcm mana mak. ada tak mengadu sakit atau panas kat mana2
Rina : Xde

Omar : Kalau xde, in shaa Allah habis
saya takut ada tertinggal sisa
Rina : Ouh okay baiklah. Maksudnya mmg encik dh buang semua ke saka dia?

Omar : Ya.. Mmg ada saka. in shaa Allah, saya check ni xde dah
Rina : Ouh, senang pulak ye encik buang saka dia. Perawat lain susah nk buang

Omar : Esok tengok mcm mana.. Kalau mak mengadu letih.. Hantar gambar limau tujuh biji
Allah bagi bahagian masing2 Kita sendiri pun xtahu nanti mcm mana

Omar: Esok tengok mcm mana.. Kalau mak mengadu letih.. Hantar gambar limau tujuh biji
Rina : Sy kena sediakan ke?

Omar : kemungkinan mak tidur awal mlm ni Dan esok letih. jadi limau tu utk pulih semangat sahaja
sedekah ke tabung surau seikhlas hati puan kerana Allah. Kalau mak nampak letih.. Sediakan limau tujuh biji snap dan htr gbr kat saya utk pulih semangat. jgn yakin dgn saya sebab saya pun makhluk.. yakin dgn Allah Semua dariNya.
Rina : Okay baiklah

Omar : In shaa Allah
Rina : Insyaallah akan sembuh seperti sedia kala dengan izin Allah

Omar : Apa2 hal bagitau... in shaa Allah puan. kalau sampai janji Allah mak akan sembuh seperti sedia kala. kalau kata janji Allah, mak akan pergi, Puan kena redha. itu semua hakNya
Rina : Betul. Semua Allah telah tetapkan. Apa pun jadi, kita kena ikhlas dan redha

Omar : btl... Baiklah puan.. Saya halalkan semua.. Apa2 bagi tahu ye
assalamualaikum
Rina : Okay baik. Terima kasih kerana ikhlas dalam melakukan rawatan. Waalaikumusalam

16.4.2020 THU10:44
Omar : Assalamualaikum puan.. Mcm mana mak harini
16.4.2020 THU12:44
Rina : Waalaikumusalam. Alhamdulillah dia okay harini. Cuma kena tengk 3/4 hari lepas ni
Sbb kadang2 dia ok, kadang2 dia xok. Tapi sy rasa dia ok harini. Sbb pagi2 lagi sblum subuh dia mengaji

Omar : in in shaa puan.... Allah permudahkan.. Sebab tu saya dah kata, jgn letak pengharapan pada makhluk.. Allah yang beri ujian Allah yang sembuhkan. Bukannya makhluk biasa
Baiklah puan.. Assalamualaikum.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam

Rina : Ye betul. Alhamdulillah Allah permudahkan. Insyaallah moga ibu sy terus sihat mcm ni.
Kalau2 ada apa2 sy informkn pada encik omar. Waalaikumusalam

-POKCIK SEMAN

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.