Saturday, 25 April 2020

KALA JENGKING

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sudah masuk hari kedua kita berpuasa.. Alhamdulillah juga dan tahniah kepada para sahabat yang solat taraweh di rumah dan menjadi imam.. Ada Encik Omar tengok kartun, si bapa berpeluh-peluh nak baca niat ketika menjadi imam. Ada juga kartun yang memerli si bapa kononnya asyik baca, al Ikhlas.. Bacalah apa pun sebab Allah nampak niat dan keikhlasan kita. Moga ganjaran pahala  kita pada bulan Ramadan ini dilipatgandakan oleh Allah..

Berbalik pada kisah pada petang ini... Suatu hari pokcik ada kes. Kali ini pokcik telah ikhtiarkan secara berdepan. Macam biasalah pokcik akan ikhtiar di rumah sahabat yang minta pokcik ikhtiarkan tu.. Si suami pesakit tu rupa-rupanya anak saudara kepada sahabat yang meminta pokcik usahakan itu..

Dipendekkan cerita, sesampainya pokcik di rumah sahabat, mereka sudah sedia menunggu.. Takkan sanpai-sampai terus proses kan. Macam tak ada bahasa pokcik ni. Pokcik perkenalan diri terlebih dahulu. Selepas itu barulah suami si sakit perkenalkan diri.. Pokcik sajalah buat-buat tanya, si sakit tu sakit macam mana.. Hihihihihi.. Entahlah, kata si suami. Macam-macam dah perawat kata. Tapinya ramai perawat yang beritahu bahawa si isterinya ada pendamping...

Pokcik pun mencelah.. Sebenarnya tak ada pendamping baik. Jin baik tak akan duduk dengan manusia dan mengambil tahu hal manusia. Mereka dengan alam mereka dan hanya taat kepada manusia. Tak ada jin yang nak jadi hamba manusia. Lagi parah kalau manusia pula berharap dengan jin dan jadi hamba mereka... Dia diam sahaja...

Si isteri langsung tak mahu memandang muka pokcik. Hahahhahhahhaha. Dia hanya memandang hadapan tanpa menoleh sekali pun ketika pokcik bercakap. Biarkan. Pokcik pun bertanya si suaminya. Apa nama si isteri. Si suami pun beritahulah nama isterinya. Si isteri masih memandang ke hadapan. Jangan mengamuk. Tak buat apa lagi pun. Hahahhahhahaha.....

Pokcik dapat idea untuk berbual dengannya.  Pokcik pun melihatnya. Pokcik tanya, nak panggil apa ye? Dia berpaling. Dia pun beritahu umurnya. Pokcik kata, lebih kurang dengan pokcik je. Pokcik panggil kakak boleh kot, dia mengiyakannya. Adehhh. Dingin sungguh. Hahhahahhahhaha.. Tak boleh nak gurau lebih-lebih ni, soheh dia luku kepala pokcik... Huhu....

Pokcik yang mesra alam ni bertanya lagi. Bukan apa, tak nak bagi dia takut. Kak rasa macam mana sekarang ni? Dia menjeling tajam. Ntah, katanya sepatah. Nak cakap sakit nanti orang akan cakap, sikit-sikit sakit. Sekarang ni rasa sakit di belakang. Nafas tak lepas. Dada berdebar-debar. Pokcik senyum je. Biasalah tu, pokcik kata. Dia terus pandang ke hadapan tanpa menoleh ke arah pokcik.. Tudiaaaa.

Pokcik pun ajak semua yang berada di situ untuk ikhtiar di luar rumah. Maklumlah, rasa rimas pulak dalam rumah tu. Lagi satu, pokcik dah tengok si sakit tu dah lain macam. Nanti silap-silap melayang habis televisyen, pinggan mangkuk, pasu bunga dan sebagainya.. Dia pun dah tak tentu arah.   Memang gayanya tunggu masa nak meletop sahaja... Bahaya... Elok beringat sebelum terjadi.

Sesampainya di ruang rehat di luar rumah, pokcik terus memintanya duduk dan bersandar di sofa. Duduk di lantai laa maksudnya.. Dia ikut saja apa yang pokcik minta. Sahabat pokcik meletakkan bantal di kedua-dua belah pahanya. Langkah berjaga-jaga, sahabat pokcik cakap. Pokcik senyum sahaja. Memang banyak juga kes yang pokcik usahakan di rumahnya. Jadinya dia faham sangat dengan tingkah laku pesakit...

Sebelum mula, pokcik tanya lagi sekali. Saya akan ikhtiarkan pisahkan pendamping atau tidak saka atau sebagainya. Saya minta izin. Dia mengangguk. Kemudiannya dia bersuara. Sebenarnya dah puas saya ikhtiar. Jin tu datang balik. In shaa Allah, pokcik kata. Untuk yakinkan dirinya. Jin tidak kuat. Mereka tiada kudrat. Saya pun tak boleh nak angkat tangan ni kalau Allah tak izin. Yakin dengan Allah. Jangan yakin dengan saya... Dia diam selepas pokcik cakap macam tu...

Dia mula tenang apabila pokcik memintanya untuk bertenang. Dengan lafaz basmallah, pokcik pun bermula. Pokcik mula dengan bacaan AlFatihah. Dia mula tunduk. Makin lama makin tunduk. Dalam dua minit lebih kurang, dia mendengus. Huhhhhhhhhh katanya... Matanya mula memandang tajam ke arah pokcik.  Pokcik terus mendakap tubuh. Hihihihihi bersedia laa apa patut kan.. Hahhahahahhaa...

Berselang lebih kurang tiga minit, dia makin tunduk dan akhirnya rebah. Dia pengsan sekejap. Haih.... Berlakon laa tu kan. Nama pun jin.. Hahahhahhahha... Pokcik duduk di atas kerusi berhampirannya. Pokcik bacalah apa patut, nak lebih-lebih maklumlah kan. Baca jugaklah pokcik ni.. Tiba-tiba dia bangun duduk.. Hahahahhaha...

Pokcik pun mengalih kedudukan. Pokcik duduk di sisinya. Tengahnya mula bergerak-gerak seperti orang melakukan senaman. Dua-dua tangan pulak tu.. Argghhhhhhhh dia jerit.. Dia menutupkan telinganya. Kakinya di hempas-hempas sebagai tanda protest. Pokcik biarkan sahaja.... Kali ini dia betul-betul marah.. Matanya terus menjeling lagi sekali kepada pokcik. Kami bertentangan mata. Tak sampai 10 saat dia menundukkan kepalanya.

Dia kemudiannya mengurut-ngurut belakang tengkuknya. Nak lari laa tu kan. Sambil itu dia seperti sendawa. Pokcik teruskan juga. Nampak dia duduk urutkan belakang tengkuknya tu pokcik terus nampak kelemahannya. Terus pokcik halakan tangan di situ. Dia menjerit dan mengaduh sakit. Tangan pokcik terus dipegang. Pokcik terus menarik tangan pokcik menjauhinya. Biarkan, si suaminya bersuara. Pokcik terus mohon dengan Allah untuk membunuh jin itu..

Serentak dengan itu satu hayunan pokcik halakan ke bahagian tengkuknya. Terus dia pengsan. Setelah itu pokcik meminta si suaminya bacakan sepotong ayat. Dia menurut. Selepas itu disapukan air itu ke mukanya. Dia terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Lebih kurang 10 hingga 15 minit dia pengsan agaknya. Bukan apa,  ketika pokcik balik tadi pun, dia masih pengsan lagi. Biarlah dia berehat. Sudah lama jin itu berada dengannya..

Pokcik memberitahu si suami dan sahabat pokcik suami isteri, biarlah dia begitu. Jangan kejutkan kerana dia alami kelebihan yang amat sangat.. Suaminya mulalah bercerita, katanya dia dah pergi berubat hingga ke Kemaman tapi masih tak berjodoh.  Biasalah pokcik kata, tak serasi.. Si kawan pokcik mulalah up cerita macam-macam. Huhuhuhuhu.. Pokcik tak boleh kongsikan. Kemudiannya dia bercerita, dia juga pernah membawa si isteri berubat di Masjid Besar Kuantan.

Pokcik rasa pokcik tahu dengan siapa dia berikhtiar sebabnya pernah sahabat pokcik memberitahu dia selalu juga membuat rawatan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan.. Katanya di situ, si isterinya melawan. Bangun bersilat bagai laa tu maksudnya. Dengan pokcik, dia tak bangun pun. Hanya dia protes sahaja tetapi tak boleh nak bangun melawan. Biasalah pokcik kata, dengan orang tua, jin pun kasihan. Hihihihihi. Bab kasihan tu pokcik memang tambah. Hahahhahhahaha..

Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan urusan pada kali ini. In shaa Allah, dia pulih seizinnya. In shaa Allah, tak ada lagi dia nampak kelibat atau jin yang berupa kala jengking yang mengganggunya solat. Sesungguhnya syaitan itu musuh kita yang nyata (jelas). Terima kasih atas doa semua sahabat yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan si sakit walaupun sahabat sendiri tak kenal. Pokcik pun tak kenal juga.

Moga malaikat turut mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat sahabat-sahabat yang selalu mendoakan pokcik dan si sakit. Teringat pula semasa dalam group dahulu pokcik selalu BUKA TABLE kepada pesakit yang benar-benar memerlukan. In shaa Allah, kalau ada kesempatan dan diberikan kesihatan yang baik olehNya ada kemungkinan  pokcik akan buka table lagi. Usaha sahaja, bukannya CONFIRM sembuh pun. Usaha dan selebihnya kita berserah kepada Allah.. Moga berjumpa lagi.. Salam hormat.. Santaiiiiiii..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.