Ni kes busung yang Encik Omar usahakan bersama Nisa pada tahun 2018. Seperti biasa apabila ada kes viral maka ada ahli group pokcik yang akan masukkan ke dalam group. Biasanya kes yang viral ini dibuat apabila keadaan pesakit amat teruk dan memerlukan pertolongan.
Nak dijadikan cerita, si sakit ini merupakan kawan kepada salah seorang perawat wanita dalam group. Oleh sebab pesakit ini perempuan, pokcik lebih selesa sekiranya mereka berurusan dengan perawat perempuan juga. Tambahan pula mereka ada kaitan.
Oleh itu pokcik meminta sahabat pokcik iaitu Nisa Radzi untuk menghubungi si sakit. Pokcik mengajak beliau usahakan bersama. Ajakan pokcik diterima kerana dia turut bersama bertanggungjawab kerana sahabatnya mengenali hamba Allah itu..
Alhamdulillah setelah kami usahakan pada malam itu, perutnya kempis seperti sedia kala keesokannya seizin-Nya.. Setelah itu VIRAL pula kisahnya oleh seorang perawat yang membuat cerita kononnya si sakit telah meninggal dunia. Pelik pokcik sebabnya kami baru sahaja menghubungi hamba Allah ini.. Ada sahabat memberitahu si perawat berkenaan siap buat kisah bersiri kononnya dia usahakan hamba Allah itu.. Sempat lagi si sakit memegang tangannya dengan pilu sambil MEMBERIKAN WANG.. Hihihi.. Macam-macam..
Setelah itu Nisa tidak dapat menghubungi hamba Allah ini. Tak lama kemudian barulah Nisa mendapat berita. Kononnya selepas kami ikhtiarkan, si suami memegang telefonnya. Entahlah. Pelik juga pokcik. Mungkin setelah alhamdulillah perutnya, ada perawat berdekatan masuk campur. Sepatutnya tidak berlaku begitu. Kalau nak usahakan hamba Allah ini, kenapa tidak dilakukan semasa perutnya masih besar.
Inilah dunia. Mungkin mereka inginkan nama. Tak apa laa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Kami ikhtiar pun atas rasa ehsan dan bukannya inginkan nama. Namun begitu, apabila ada sakit lain pulak setelah berubat dengan perawat berkenaan barulah kami dicari semula. Pelik dengan perangai manusia. Bukannya kami nak minta upah setelah dia alhamdulillah. Cukuplah sekadar bersyukur kepadaNya dan jangan jadi seperti kacang lupakan kulit..
Ini mesej yang dihantar kepada Nisa..
Alhamdulillah kempis dah perutnya. Cuma dia keletihan yang amat sangat.. Dari malam tadi lepas kami ikhtiar pun, lama baru dia jawab mesej Nisa.. Letih sangat tu...
Apa pun..
Terima kasih juga buat doa semua sahabat yang turut mendoakan ketika pokcik ingin usahakan kes ini.
Dalam hidup ini cubalah jujur dalam percakapan dan perbuatan.. Tak ada manusia yang sempurna tetapi bab hidup mati orang lain bukanlah perkara yang boleh dibuat main... Macam yang pokcik selalu ingatkan diri pokcik, setiap patah perkataan atau ayat yang menipu yang ditaip akan diperhitungkan kelak.. Bukan senang kita nak merangkak dalam himpunan ramai di akhirat kelak tambah-tambah pula kita bukannya kenal mereka yang kita nak minta maaf itu..
Moga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat.. Sekian sahaja buat kali ini..
Salam hormat...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.