Assalamualaikum
Sahabat yang dihormati;
Suatu petang seorang hamba Allah tunjukkan rakaman seorang perawat sedang bertempur dengan jin Kononnya. Ada rolling sana sini tepuk tanah bagailah..
Bukan main lagi bersilat.. Silat pun tak ada seni langsung biar pun pokcik bukannya arif dalam bersilat. Kalau orang tak arif kata tak berseni, apatah lagi orang yang mahir... Kan.. Gamaknya seni silat dengan silat GOMOI jin berbeza agaknya seni tarinya... Huhu
Dahlah siap nampak lurah montot sebab dia pakai jeans.. Adehhhh... Susut pahala.... Seekor demi seekor diambil dan diletakkan dalam daun pisang untuk dibuang ke sungai.. Entah berapa ekor dikutip haritu.. Entahlah...
Dikatakan dia menangkap beberapa ekor jin di luar rumah si sakit.. Tak kisahlah bab tu.. Mungkin itu bidang kepakaran dia jadi tak perlulah kita nak pertikaikan...
Yang menjadi masalahnya, dia memberitahu bahawa si sakit dah meninggal dunia... Lepas dia ambil semua gangguan pada pesakit, maka faham-fahamlah...
Oleh sebab sahabat si sakit ini nakkan kepastian maka dia menunjukkan video itu kepada pokcik... Kata sahabat itu, bukan apa kawan tunjuk ni.. Nak tanya je, betul ke tidak gayanya ni?
Pokcik nak cakap lebih-lebih bimbang sangat susut pahala bulan puasa ni.. Jadinya faham-fahamlah sendiri... Hamba Allah itu masih hidup, kata pokcik ringkas...
Malam itu kalau tak salah pokcik, pokcik usahakan si sakit itu dari jauh yang kebetulannya sedang berada di wad di HTAA Kuantan. Berselang sehari kalau tak salah, dia ditukarkan ke Hospital Muadzam Shah berdekatan dengan rumahnya. Berita baru diterima tadi, dia berada di kampungnya di Maran. Alhamdulillah dah dia. In shaa Allah.
Kesimpulannya, walaupun pemahaman kita bab sakit atau gangguan mengikut apa yang kita pelajari. Namun, berhati-hati bab hidup mati seseorang bimbang berlaku fitnah... Sekejap sahaja fitnah berjalan.. Apa akan berlaku sekiranya berita itu disampaikan kepada anak isteri si sakit?
Renung-renungkanlah. Berhati-hati dalam membuat sebarang pernyataan bimbang apa yang kita kata itu merupakan pembohongan. Tambah-tambah lagi pembohongan dilakukan untuk MENGAUT KEUNTUNGAN. Sekian sahaja buat kali ini.. Moga berjumpa lagi..
Salam hormat...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.