Monday 26 June 2017

SAKA PESAKIT JANTUNG

Image result for assalamualaikum image
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia oleh Allah. Dapatlah kita melihat sedetik lagi keindahan alam maya ini. Kali ini pokcik ingin kongsikan satu lagi kisah. Suatu hari emak pokcik memberitahu sahabat pokcik di kampung telah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. Kejadian ini berlaku dalam bulan Ramadan juga.

Biasanya serangan jantung ini berlaku kepada orang-orang kaya sahaja. Maklumlah kurang melakukan senaman dan kandungan kolesterol dalam badan tinggi. Agaknya laa. Pokcik bukan doktor. Hihihihihi. Namun begitu, sahabat pokcik ini meupakan seorang peneroka dan mengambil upah menyabit buah kelapa sawit.

Menurut sahabat pokcik ini, yang pokcik temui setelah dia sudah sembuh dan dibenarkan pulang, dia terkena ketika berada di ladang kelapa sawit. Ketika serangan berlaku dia menjangkakan serangan angin sahaja kerana perut kosong. Maklumlah bulan puasa. Pokcik tak tanya pulak dia puasa ataupun tidak. Hahahahahahaha.

Menurutnya lagi, dia terus menghidupkan enjin motosikalnya dan pulang ke rumah. Beberapa kali juga katanya dia terpaksa memberhentikan motosikalnya kerana terlalu sakit dan tidak mampu untuk meneruskan perjalanan. Dia gagahi juga dan akhirnya sampai juga ke rumah. Sesampai di rumah, orang rumahnya ingin membawanya ke hospital namun dia berkeras kerana hanya menjangkakan serangan angin akibat perut kosong.

Namun begitu, akhirnya dia bersetuju juga untuk ke hospital kerana tidak tahan dengan kesakitan itu. Dia dikejarkan ke Hospital Besar Bandar Pusat Jengka sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Temerloh. Mungkin kurang kepakaran di sana, dia dikejarkan ke Hospital Besar Kuantan. Dia dimasukkan alat dan alhamdulillah jantungnya kembali stabil. Namun begitu, timbul pula masalah baru. Dia mula mengalami demam yang kuat.

Demamnya bermula dari waktu Asar hingga ke malam. Pada pagi esoknya demamnya kebah seperti tidak mengalami demam sebelumya. Setelah berehat selama dua hari di Hospital Besar Kuantan, dia dipindahkan pula ke Hospital Besar Temerloh. Ini bagi memudahkan orang rumahnya berulang-alik dari rumah mereka di Jengka ke situ. Walaupun sudah seminggu di hospital namun demamnya masih berlaku. Doktor pun naik hairan dan tidak membenarkan dia dibawa pulang.

Apa tidaknya, siang hari sihat seperti biasa dan suhu badannya normal. Menjelang Asar ke malam badannya mula kesejukan dan katanya dia terpaksa berkelumbung litup bagi menahan kesejukan, Memandangkan pokcik tidak sempat menziarahinya di Kuantan maka pokcik tela pun pergi ke Temerloh untuk melihat keadaannya. Kelihatan dia ceria menyambut kehadiran pokcik sekeluarga. Dia mengadu masalahnya kepada pokcik.

Ketika sedang berbua itulah, pokcik dalam diam cuba melihat apa yang ada pada dirinya. Ternyata masalah SAKA. Namun begitu pokcik tidak memberitahunya akan masalahnya itu. Tambahan pula ketika berbual di luang legar di Hospital Besar Temerloh itu kami dikelilingi oleh beberapa orang sahabatnya yang turut menziarahinya. Lebih kurang pukul 6.20 petang pokcik beredar pulang tanpa sepatah pun memberitahu dirinya akan masalahnya itu.

Namun begitu, lebih kurang pukul 9.30 malam orang rumahnya datang ke rumah emak pokcik. Katanya Keri ( suaminya ) demam dengan kuat ketika itu. Dia datang membawa sebotol air mineral dan meminta pokcik mendoakan air itu. Rupa-rupanya, ada dalam kalangan ahli keluarga pokcik yang memberitahunya agar meminta pokcik ikhtiarkan. Sememangnya pokcik tidak pernah mengaku boleh ikhtiarkan sebarang penyakit mistik di kampung. Sememangnya itu rahsia pokcik dan memang pokcik tak mahu dikenali. Oleh sebab pokcik telah pun melihat gambaran secara kasar tentang masalah suaminya itu maka pokcik pun meminta nama penuh suaminya.

Pada malam itu juga, pokcik usahakan masalah SAKA suaminya itu. Setelah semuanya selesai dengan izin Allah, pokcik pun mendoakan air yang dibawanya pula. Dia berjanji akan membawa air itu ke hospital keesokan harinya. Setelah selesai semua urusan, pada malam itu juga pokcik telah bertolak pulang ke Kuantan. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan oleh Allah. Keesokan harinya, isterinya telah membawa air yang didoakan itu ke hospital. Sehari selepas itu pokcik mendapat perkhabaran daripada kakaknya, adiknya itu telah dibenarkan keluar dari hospital.

Doktor telah berpuas hati kerana suhu badannya kembali normal pada sebelah siang dan malam. Dengan izin Allah dia tidak lagi demam. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dia kembali sembuh seperti sedia kala. Moga bertambah keimanan dan keyakinan kita semua kepada Allah dan kebesaran mukjizat AlQuran. Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Maaf andai ada tersilap kata dan sebagainya. Untuk makluman semua sahabat, kakak sahabat tadi juga memberitahu masalahnya dengan suaminya tetapi soal jodoh ini pokcik suka serahkan bulat-bulat kepada Allah. Sekian dan salam hormat. Wallahua'lam.

Saturday 24 June 2017

KETUA KAMPUNG

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulilllah dipertemukan sekali lagi oleh Allah kerana dipanjangkan usia sedetik lagi. Ini juga merupakan kes yang pokcik usahakan dalam bulan puasa ini. Selagi nafsu bersarang di hati maka akan berlaku lagi kes seumpama ini. Syaitan memang dibelenggu tetapi usaha syaitan dan iblis mendidik prilaku selama sebelas bulan susah dikikis dalam masa sebulan puasa sahaja kecuali sesiapa yang istiqomah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Kali ini kisah pokcik bawa dari Sabah. Alkisah, suatu hari seorang sahabat telah menghubungi pokcik dan meminta agar diusahakan ayahnya. Sebenarnya dia telah memberitahu secara umum dalam group dan memberitahu ahli group bahawa dia mengambil cuti dan berada di kampungnya di Sabah kerana menjaga neneknya dan ayahnya yang tidak sihat. Kebiasaannya ahli group akan berkongsi masalah mistik sahaja dalam group tetapi tidak dinyatakan secara terperinci.

Memandangkan sahabat ini salah seorang ahli group maka pokcik memintanya menghubungi pokcik agar memberitahu masalahnya. Lama juga dia menyepi tanpa memberitahu pokcik. Pokcik sudah menjangka, dia mencari perawat berdekatan di Sabah untuk ikhtiarkan ayahnya. Tambahan pula, mesejnya kepada pokcik selepas ini, dia memberitahu dirinya dan ahli keluarganya demam secara bergilir-gilir ketika menjaga ayahnya itu. Sama ada ia demam biasa atau ada kaitan dengan masalah yang dihadapi oleh ayahnya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Setelah memyepi daripada membalas mesej pokcik tetapi pada suatu malam dia menghubungi pokcik untuk memberitahu masalahnya dan keluarganya itu. Menurutnya, ayahnya baru sahaja dilantik sebagai ketua kampung. Semenjak dilantik ayahnya mula sakit. Dilantik sebagai ketua kampung je pun, bukannya CEO syarikat. Hahahahahhahahha. Itulah sikap manusia. Mereka yang mempunyai perasaan iri hati dan seumpamanya pasti akan mencari jalan untuk memastikan sesiapa yang diberikan pangkat atau sebagainya tidak selesa, sakit dan seterusnya melepaskan jawatan yang disandang.


Menurut sahabat ini lagi, dia telah membawa ayahnya untuk berikhtiar di beberapa buah pusat perubatan di sana tetapi masih tidak berjodoh. Satu sahaja yang kita perlu pegang kuat-kuat. Tiada daya upaya manusia. Semuanya milik Allah. Ketika dia menghubungi pokcik, tangannya berasa kebas dan bahunya terasa sakit. Biasalah... Kebiasaanya kes sihir memang seumpama ini. Kadang kala orang yang membawa pesakit itu pergi berubat pun akan diserang. Ada hamba Allah yang terus merasuk ketika mesej pokcik untuk meminta pokcik ikhtiarkan. Tak kurang juga yang memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat tanpa mereka sedari. Semua itu hanya permainan jin dan syaitan untuk melemahkan pesakit dan mengancam serta memberi amaran kepada orang yang ingin ikhtiarkan.

Katanya lagi, rumahnya sering dikunjungi oleh belalang yang berwarna hijau. Mungkin belalang daun dan mungkin juga pelesit. Namun begitu pokcik merasakan ia hanya belalang biasa dan bukannya pelesit yang dihantar oleh tuannya bagi merasuk di sakit. Pelesit hanya dihantar oleh tuannya untuk merasuk. Biasanya mangsa yang dipilih ialah perempuan yang sedang mengandung atau orang yang lemah semangat. Setelah berjaya merasuk, tuannya akan datang untuk ikhtiarkan orang yang dirasuk itu. Ini biasa berlaku di kampung-kampung pada suatu masa dahulu. Kebiasannya bidan kampung dahulu ada membelanya walaupun tidak semua.


Memandangkan ayah hamba Allah ini lelaki dan dia pula tidak dirasuk maka pokcik menolak kemungkinan ia angkara pelesit. Dia juga memberitahu bahawa ayahnya sering batuk pada waktu malam. Keadaan itu berlaku selepas Asar dalam lingkungan pukul enam petang sehinggalah keesokan harinya. Letih juga kalau batuk seumpama itu. Perit leher dan kemungkinan berlaku pendarahan dalaman. Tidak hairanlah dia juga batuk berdarah. Menurutnya lagi pihak hospital tidak dapat mengesan punca penyakit yang dihadapi oleh ayahnya. Kalau pihak hospital dapat kesan, kita tak panggil pula sebagai masalah mistik. Hahahahahahahhahaha.

Kalau si sakit boleh batuk semalaman sehingga kehitaman seluruh muka maka ia bukan sesuatu yang biasa. Sudah tentu ada puncanya. Pokcik cuba kesan apa puncanya daripada gambar yang dihantar. Ternyata segak orangnya sungguh pun sudah berusia. Ada ketokohan daripada penampilannya. Pokcik cuba mendapatkan gambaran sama ada ia saka, gangguan biasa atau sihir yang dihantar. Ternyata kesan-kesan gangguan pada tubuhnya menunjukkan ia disihir. Wallahua'lam. Sihir hanya tertumpu pada bahagian dada sahaja. Bahagian lain nampaknya tidak terjejas. Memandangkan ia hampir menjadi masalah fizikal maka pokcik hanya meminta dia menyediakan air mineral agar pokcik dapat doakan.

Sekiranya Allah masih tidak mengizinkan maka pokcik berniat untuk melakukan seperti biasa iaitu keluarkannya dengan paksa dan cara yang lebih kasar dengan memohon doa agar Allah membakar hangus gangguan itu. Syaitan, iblis dan jin yang mengganggu ini sehingga mengakibatkan seseorang susah untuk beribadah kepada Allah tidak harus dibiarkan. Bukankah iblis sudah bersumpah kepada Allah untuk menyesatkan umat manusia dan mengheret kita sama masuk ke neraka? Jadinya, mereka susah smestinya tidak harus dibiarkan. Begitu juga dengan mereka yang turut bersetongkol dengan iblis. Mereka harus dibawa kembali ke jalan yang benar.

Apa pun, alhamdulillah usaha pokcik pada kali ini sekali lagi diperkenankan oleh Allah. Pokcik dihubungi lagi oleh si anak untuk memberitahu perkembangan ayahnya itu. Alhamdulillah katanya. Perkembangan ayahnya beberapa hari selepas itu juga dimaklumkan kepada pokcik. Begitulah antara satu lagi kisah yang melibatkan sihir yang pokcik usahakan dalam bulan puasa ini. In shaa Allah pada lain masa pokcik akan kongsikan lagi kisah gangguan yang berlaku pada bulan puasa ini. Memandangkan esok umat Islam akan menyambut Hari Raya EidulFitri maka pada kesempatan ini pokcik ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang mengenali pokcik, sahabat ada terasa hati, terguris perasaan dan sebagainya. Sebagai manusia biasa, kita semua tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Hanya kepada Allah tempat kita memohon keampunan.


Moga berjumpa lagi pada lain masa sekiranya Allah masih memanjangkan usia kita. Akhir kata, ingatlah permainan jin, syaitan dan iblis ini tidak bawa kita ke mana. Apabila datang yang haq maka hapuslah yang bathil. In shaa Allah. Hanya kepada Allah tempat kita meohon perlindungan dan hanya kepadaNya kita memohon pertolongan dan keampunan. Bertaubatlah selagi Allah masih memberikan nikmat nafas untuk kita hidup. Wallahua'lam. Salam hormat semua.













Thursday 22 June 2017

JIN PADA BULAN PUASA

Image result for assalamualaikum image


Atas permintaan sahabat, Ameer Hook pokcik kongsikan sedikit perihal petang tadi. Siapa kata jin tak mengganas bulan puasa? Hihihi. Di bawah ialah dua perbualan antara pokcik dengan anak si sakit.. Satu lagi antara pokcik dengan anak menakan pokcik di Penang...

Biasanya kalau pokcik ikhtiar, pokcik akan mintak doa kepada Allah untuk membakar habis apa saja gangguan yang berada dalam si sakit.. Kesannya pesakit akan panas dan akhirnya sekiranya Allah permudahkan urusan pesakit akan letih yang amat sangat.. Itu kalau gangguan yang agak teruk... Kalau gangguan biasa, contohnya jin bertenggek saja atas bahu, pesakit akan berasa ringan...

Ini yang biasa pesakit pokcik akan rasa sekiranya Allah permudahkan urusan. Biasanya pokcik tak terang kat depa.. Tak perlu pun terangkan.. Janji elok dengan izin Allah sudah. Cerita itu ini, bakar dengan jurus gulungan halilintar membelah bumi dan jurus api neraka membakar lalang kering tak perlu lah kot no.. Hihihi.. Tu contoh saja... Bukan tau pun....

Dalam kes petang tadi si sakit dikatakan gelisah pada awalnya. Haih... Gelisah apanya. Pokcik di Kuantan dia di Penang. Jauh tu.. Tak paa laa nak gelisah kaa apaa kaa... Hemboihh pii laa mohong-mohong.. Panas kata anaknya. Pastu dia kata emaknya letih... Tak lama kemudian pokcik telefon bagitau anak menakan pokcik...

Kawannya kata ada sikit lagi.. Pokcik heran laa lagu mana dia tahu... Kaa dia bomoh.. Hihihi. Rupanya maknya mengadu panas kat bahagian matanya... Huhuhuhu... Tak lama lepas tu maknya tidur... Biasanya pesakit akan berasa panas di mana saja benda tu berada dalam badannya.. Bukannya kalau panas membahang maksudnya gangguan dok ada lagi.. Hihihi.. Dalam kes ini dikatakan panas pada bahagian bahu dan mata... Tapinya pokcik tengok gangguan utama adalah pada bahagian perut..

Apa pun alhamdulillah, berkat barokah bulan puasa ini Allah permudahkan sekali lagi urusan. In shaa Allah esok dia akan segar dan rasa seperti orang baru.. Moga bertambah keimanannya kepada Allah.. Wassalam...

Tuesday 20 June 2017

HELANG ATAU BURUNG HANTU

Image result for assalamualaikum image

Ketika pokcik menulis kisah ini, pokcik baru sahaja usahakan seorang seorang anak dara yang sedang merasuk di Hospital Besar Kuantan. Alkisah, tadi orang rumah pokcik call bagitau sahabatnya sedang menangis-nangis. Dia terkejut laa. Manalah tahu ada berita kematian atau sebagainya..

Rupa-rupanya, anak daranya tengah merasuk. Katanya kalau merasuk biasa tak apa lagi. Ini dia bercakap dalam bahasa yang tidak difahami. Bahasa Aliens kot. Kakakkakakkakakaka... Entahlah.. Pokcik pun tak tahu bahasa pelik-pelik ini.

Seperti biasalah apabila dah orang rumah mintak tolong ikhtiarkan jadi serba salah pulak. Tambahan pula pokcik tengah bekerja. Pinjamlah bilik kawan sebab nak hemboihh pii laa setakat termampu... Biasalah kuli.. Kalau bos besar ada bilik sendiri.

Alhamdulillah setelah selesai, pokcik bagitau orang rumah supaya memaklumkan kepada kawannya itu. Orang rumah pokcik bagi pulak nombor pokcik pada kawannya itu. Haih.. Tak paa laa nak buat lagu mana... Apapun pokcik usahakan juga atas ehsan sesama manusia..

Tak lama kemudian kawannya telefon pokcik. Alhamdulillah tenang dah katanya. Tapinya letih jugak dok sembang ngan orang yang baru lepas menangis niii.. Hihihi. Suara tak clear.. Menurutnya anaknya dah kerasukan dan jadi macam tu dah dua hari. Bercakap bahasa Aliens laa noo depa.. Hahaha.

Sebelum kejadian, anaknya telah diganggu oleh seekor burung. Mungkin dalam keadaan takut, dia tak dapat melihat dengan tepat burung apakah itu.. Tapinya dia memberitahu sama ada burung helang atau burung hantu.. Burung itu berlegar-legar di atas kepalanya...

Selepas bercerita itu anaknya terus tak sedarkan diri. Daripada cerita, mesti sahabat mengagak ini kes trauma atau badi.. Hihihi. Kalau pokcik pun, pokcik akan ingat lagu tu. Ternyata tidak sama sekali.. Semasa pokcik ikhtiarkan tadi, ia lebih kepada perbuatan sihir..

Sihir dihantar menggunakan burung gamaknya. Wallahua'lam. Setelah anaknya tak sedarkan diri semalaman, hari ini dia dikejarkan ke hospital. Gamaknya sebab dah tak tahu nak buat macam mana.. Apabila sampai di sana seperti biasa kes di bawah unit psikatri.. Nak hantar ke wad Dahlia laa tu.. Huhuhuhu..

Alhamdulillah dah tenang dah tu gamaknya tak jadi laa hantar.. Harap tak ada laa eksperimen yang dijalankan ke atas anak dara tu.. Kasihan emaknya.. Sekian saja perkongsian pada kali ini. Moga berjumpa lagi. Moga bulan yang penuh keberkatan ini dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. In shaa Allah.. Wallahua'lam. Salam hormat...

Monday 19 June 2017

KERA

Image result for assalamualaikum image

Kali ni nak bukak bab kera pulak. Macam-macam aih pokcik ni, bab kera laa pulak. Apa yang misteri sangat pasaiii kera ni? Banyak kes yang melibatkan kera. Ada kata kera tu jelmaan hantu raya.. Betoiii kaa? Hihihi.. Atau pun kera tu jelmaan hantu raya liar yang tak bertuan? Hihi.. Pulak dah pokcik ni.. Kalau bertuan barulah dia boleh menyerupa seperti tuannya kerana sudah ada perjanjian.. Hihihi. Macam tu pulak dah.. Kakakkakakakakaka.

Alkisah seorang perempuan yang mengambil anak kera. Seingat pokcik, ibu kera tu dilanggar oleh sebuah kereta. Kesian punya pasaiii dibawa balik laa ke rumah. Selepas dibawa balik macam-macam perkara yang menakutkan berlaku. Dia pun selalu sakit. Rumah pun bunyi macam-macam. Setelah pergi berubat, si perawat tanya apa yang dia bawa balik ke rumah. Kera katanya. Apa pun setelah besar sikit, dilepaskan kera tu semula ke hutan. Selesai masalah.

Tadi tu kisah pertama. Kisah kedua, melibatkan dia juga. Setelah berurut dengan seorang tukang urut, tukang urut tu meminta keranya mengiringi perempuan tu balik ke rumah. Tapinya dia tak nampak laa kera tu. Apa pun setelah sampai ke rumah, kera tu tak mau balik pada tuannya. Kelihatan dia dok bermain-main di tangga rumahnya. Biasalah rumah dua tingkat. Kadang kala dia nampak kera tu bersantai saja di tangga tu.

Kes ni dia jumpa pokcik. Pokcik pun bukannya percaya sangat laa. Kadang kala banyak ilusi. Kebetulan pokcik di rumah mertua pokcik dan dia pun maiii. Pokcik pun panggil laa kera tu maii. Hihihi. Kera kera maiii sat aku nak tengok. Lebih kurang gitu laa pokcik mohong. Kakakkakakkaka. Maiii sungguh kera tu. Hihihi. Cenge nak mampoihhh. Terus berunduk perempuan tu apabila nampak pintu dapur dikuak lembut dengan tangan kera tu. Sempat lagi dia panggil emak mertua pokcik untuk tengok kera tu tapi pokcik larang mak mertua daripada maiii.. Bimbang jugak laa tiba-tiba kera tu melompat dan terkam. Jenuh mengelak. Hihi.

Kisah ketiga kera juga dan melibatkan kera putih. Minat sungguh kera dengan dia. Yang ni dia bercakap tamil pulak. Masa pokcik suruh dia tengok apa yang mengganggu dia, kera putih katanya sambil berundur ke belakang sikit. Ni kera dari kuil India pulak. Hanuman laa konon-kononnya. Haaa habis bab perempuan tadi dengan keranya. Hihihihi.

Pernah pokcik pergi ke sebuah rumah. Kera juga. Enam ekor katanya. Masa pokcik sampai kelakuannya sebiji seiras kera. Dengan tergaru-garunya dan seolah-olah mencari kutu lalu disuapkan ke dalam mulut. Mulutnya juga menyeringai dan berdesis marah. Haaa kera apa pulak garang sangat. Katanya selalu ternampak kera bermain berhampiran dengan biliknya. Kera apa pulak tu.

Kalau nak taip pun banyak lagi laa melibatkan kera ni. Tapi pokcik tulis yang terakhir. Perihal pokcik diambil pada waktu tengah malam dan dibawa ke hospital. Apabila discan laa tipu-tipu, pokcik nampak kera. Apabila ditanya, rupanya kanak-kanak malang ni terkejut pada seekor kera pada sebelah siang tu. Kera lagi noo. Penat nak tulis bab kera ni..

Persoalannya, kera apa tu sampai memudaratkan orang?. Ada pokcik baca dalam buku bercakap dengan jin, kera digunakan untuk mengenakan orang. Orang dirasuk dengan jin kera. Tudia aih. Macam-macam no. Apakah kera yang sering dilihat dan dibela tu merupakan jelmaan hantu raya? Ataupun kera ni merupakan satu tunggangan jin? Mana laa pokcik tahu. Hihihi. Macam-macam... Santaiiiiiiiiii. Wallahua'lam. Salam hormat.

BERTENGGEK DI SOFA

Image result for assalamualaikum image

 Boring ni jadi pokcik taip laa mohong-mohong pada sunyi sepi jaa. Kisah ni berlaku tempoh harini selepas waktu maghrib. Pagi itu juga  seorang hamba Allah yang juga kenalan orang rumah call bagitau perihal anaknya. Anaknya dah beberapa hari demam katanya. Setakat demam ok lagi katanya tapi siap macam berbual dengan seseorang. Pastu sentiasa dalam ketakutan katanya.

Yang orang tuanya hairan ialah dia hairan ialah dia suka bertenggek kat tempat letak tangan sofa. Macam burung pulak suka bertenggek ye. Jadi pokcik piii laa dah orang panggil. Tak pii satgi kata sombong pulak. Sampai di sana pokcik tengok anaknya tu tengah berbaring atas tilam di tengah ruang tamu. Tak mau cakap banyak laa sebabnya pokcik janji ngan sahabat nak ngeteh. Tengah taip ni pun dok ngeteh laa.

Hemboih piii laa mohong-mohong sat kat budak tu. Mata dia merenung tajam kat pokcik. Sesekali dia pegang mata. Gatal mata katanya apabila pokcik tanya dia. Pokcik teruskan. Doa mula batuk-batuk kecil sambil pegang dadanya. Pokcik sambung hemboiihh tuih tuih sikit lagi dan akhirnya matanya mula layu. Pokcik pun berhenti. Tidurlah dia. Lega laa mak ayahnya sebab anaknya susah nak tidur dua tiga hari ni sebab demam. Alhamdulillah.


Selesai sahaja budak tu, maknya pula bersuara. Dia mintak tolong check suaminya pulak. Pokcik tengok piii laa cara xberapa reti ni. Tengoknya kaki kanannya bermasalah. Betul katanya. Keting kanannya kebas. Nak cepat kali ni pokcik tak hemboiihh dah laa. Pokcik mintak kat Allah tarik terus benda Allah tu. Alhamdulillah sekali tarik dia kata kakinya dah lega. Alhamdulillah.

Habis suaminya, anak perempuannya pulak. Katanya kaki kirinya sakit. Pokcik tengok pii laa mohong-mohong. Rupanya kesan belah kiri sahaja, tetapi sebenarnya kedua-dua kakinya yang bermasalah. Pokcik sekali lagi tak hemboiihh sebab nak cepat. Alhamdulillah sekali tarik anaknya kata kakinya dah tak sakit. Alhamdulillah.

Lepas anaknya barulah isterinya pulak. Pokcik tengok ada masalah pada bahagian bagi kanan. Tarik piiii laa mohong-mohong. Alhamdulillah selesai. Ingatkan habis di situ sahaja, dia mintak pokcik ikhtiarkan pagar rumahnya pulak. Kalut jugaklah sebab janji dengan kawan pada pukul sembilan. Pokcik check dan rupanya ada masalah pada bilik hujungnya.

Rupanya anaknya yang demam dan kakaknya baru saja pindah ke bilik belakang. Panas kata emaknya masa depa dok kat bilik tengah. Tak paa laa, tarik piii laa mohong-mohong. Akhirnya selesailah bersihkan rumah dan pagarkan sekali. Tak tahan depa kata sebab dok dengar macam-macam. Tak paa laa. Moga Allah beri kedamaian kepada mereka.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Moga berjumpa lagi. Bengang sahabat pokcik sebab pokcik dok taip cerita saja sambil ngeteh. Tak paa laa bukan ngeteh berdua saja. Moga berjumpa lagi. Maaf andai ada salah silap. Wallahua'lam. Salam hormat..

Sunday 18 June 2017

DIUJI HUJAN DI TENGAH SUNGAI

Image result for assalamualaikum image

Kali ni kita berbicara tentang ketaksuban dan pesona mistik. Pokcik ni dulu pun biasa muda dan mengejar mistik ni sampai kadang kala tak terfikir apa yang dilakukan itu bercanggah dengan syariat Islam atau tidak.

Dengan kata lain ketaksuban terhadap mistik sehingga tak dapat membezakan yang mana realiti, yang mana fantasi, yang mana mainan syaitan, yang mana betul. Tipu daya alam mistik ni tak terucap dengan kata-kata. Andai leka maka hanyutlah terus tanpa tepian. Pesona mistik ni mengundang ketagih jika kita mengejar kehebatan duniawi.

Apa pun tanya diri sendiri. Siapa yang aku tipu. Orang yang paling bodoh ialah orang yang menipu diri sendiri untuk mendapatkan kepuasan biarpun hanya khayalan sendiri. Macam selalu pokcik cakap, orang seperti pokcik susah nak popular sebab terlalu berterus terang. Xpaa laa. Hihihihihihihi.

Baiklah, kebetulan hari hujan maka pokcik nak bercerita tentang hujan. Alkisah, pada suatu hari pokcik diajak oleh jiran pokcik untuk pergi memancing. Sebut bab memancing ni memang lama dah tak ke laut. Baru ni sahabat ajak ke Balok untuk memancing ikan kolam tapi pokcik menolak. Huhuhu. Kurang rasa katanya berbanding terasa mabuk laut yang memeningkan sedikit kepala. Hihihihi.



Berbalik kepada cerita malam ni. Kali ni Abg Lah ajak pokcik memancing udang. Ni memang peberet pokcik laa. Kebetulan pulak cuaca agak baik. Air sungai pulak kebetulan surut. Perghh. Dah laa surut, air pulak panas suam-suam gitu. Memang laa udang tak sabar menunggu umpan. Silap-silap udang naik atas bot mintak umpan sikit. Kakakakakakkaakkaka.

Memang haritu menjadi sangat. Abg Lah baling pokcik tarik udang. Pokcik baling pokcik jugak bawak naik udang. Kiri pokcik baling kanan menyangkut udang. Kanan pokcik baling, Abg Lah menjeling sebab dah langgar sempadan. Kakakkakakkakakkakaka. Gurau saja noo. Nak tunjukkan kemeriahan tarik udang tu. Bergilir-gilir kami bawak naik udang. Lepas pokcik, pokcik lagi lepas tu baru pokcik lagi dan lagi dan lagi. Hahahahaha. Dah aih kami sama-sama laa dapat. Takkan macam tu. Hihihihi.

Sedang leka memancing, cuaca mula redup. Haih tak paa laa janji boleh mancing. Lama kelamaan angin mula bertiup sejuk. Kalau angin sejuk maiii tandanya hujan kat belah atas dan dah dekat dengan kami. Dari jauh nampak kilat dan sesekali dengar dentuman guruh. Nak hujan laa tu. Abg Lah ajak pokcik balik sebab katanya dia takut terdedah di kawasan tengah sungai.

Sungguh aih.. Nak dijadikan cerita, seorang sahabat pokcik nampak petir yang terkena pada sebatang pokok. Katanya nampak api bergerak dalam air berdekatan dengan botnya sebelum atau selepas terkena pokok tu pokcik tak ingat. Adoiii mintak Allah jauhkan laa. Gerun ngat aih. Nak balik memang tak sempat. Nampak dekat sangat dah hujan tu. Memutih saja maiiii.

Dalam dok kalut tu sempat lagi pokcik mintak doa sungguh-sungguh kat Allah agar tempat kami tidak terkena hujan. Pokcik diam dan tunggu sahaja sambil dalam hati dok merayu-rayu dan berdoa kepada Allah. Alhamdulillah hujan lalu depan kami tetapi kami tidak basah. Allahu akbar.

Apabila dilihat sekeliling kami, seperti kami duduk dalam bulatan. Hujan disekeliling kami dalam beberapa meter sahaja tetapi setitik pun tidak menimpa kami. Kami teruskan memancing laa. Nak start enjin, kat depan kami hujan. Jadi kami terkepung dalam hujan. Kami memancing seperti biasa. Dari mulut Abg Lah terpacul keluar perkataan. Cuba tengok. Keliling kita hujan tapi kita tak kena.

Pokcik diam sajalah. Bukan kuasa kita. Allah yang mengatur. Allah perkenankan doa biarpun pokcik bukanlah orang yang begitu baik. Rasa kedil diri pokcik dan rasa hina dan malu pokcik biarpun pokcik bukanlah alim ulamak tetapi Allah telah memberikan ehsan kepada kami.
Hinggalah kami balik dan hujan berhenti kami memancing. Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Kami bersyukur.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Perkongsian pokcik pada kali ni bukanlah nak menunjukkan pokcik ni alim, tetapi nak menunjukkan Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah memperkenakan doa hambaNya yang meminta kepadaNya tak kira segera atau pun lambat. Bersyukurlah jika kurniaan Allah segera kita dapat. Bersyukur juga sekiranya masih belum Allah berikan kerana Allah ingin memberikan yang terbaik buat kita. Sekian sahaja buat kali ni. Mohon maaf andai terkasar bahasa dan kurang manis tutur bicara. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

Friday 16 June 2017

SERANGAN BALAS AHLI SIHIR

Image result for assalamualaikum image

Sesekali boh gambar hitam putih ok kot noo. Mengimbau nostalgia zaman dulu. Masa tu pakat-pakat kumpul duit beli enjin. Pukul 6.00 petang baru piii start. Berat nak mampoihh anchor tu. Kalau pulas pastu tak Sempat nak tarik memang kena keting laa. Sapa pernah lalui zaman tu angkat tangan. Hihihi. Zaman tu popular dengan cerita combat, ninja dan the six million dollar man. Hihihihi.

Baiklah, kali ini kisah ni berkisar tentang pokcik dan perawat wanita dari Rompin. Asalnya orang rumah pokcik ni agak terganggu kerana jiran sebelah katilnya asyik demam hingga goyang habis katil. Hari ni bedah esok demam pulak. Begitulah seterusnya.

Entah apa yang diceritakan oleh orang rumah pokcik maka pada dia. Pada suatu hari anak dia maiii jumpa pokcik. Katanya mak dia nak berjumpa dengan pokcik. Awat pulak kali ni. Tak apa laa pokcik kata, satgi pokcik piii jumpa. Ketika itu suaminya tiada di situ. Dia dengan anaknya sahaja yang ada. Pokcik bagi salam dan dia menjawabnya. Dia seorang ustazah katanya memulakan bicara. Diam diam sekejap. Air mata mula menitis. Ni lemah pokcik ni. Adoiiiiiii.

Dia seorang perawat. Suatu hari dia merawat anak buahnya. Kalau tak salah juga seorang perawat yang diserang ahli sihir. Sejak itulah dia teruk dan terlantar. Keadaannya makin parah apabila dia juga menghidap kencing manis. Luka pada kalinya tak kering-kering biarpun baru lepas dicuci, diubat atau selepas pembedahan. Belas juga pokcik mendengar kisahnya. Dia kata sungguhpun dia perawat namun kali ni dia tak boleh lawan sendiri. Dia minta jasa baik pokcik untuk usahakannya.

Dah cakap lagu tu, pokcik pun ok saja. Pokcik minta anaknya tarik langsir. Kami bertiga dalam tu. Hemboiihh laa pokcik ni. Habis muka dia kena air like pokcik kot. Hihihi. Dah habis tu pokcik cari bekas air mineral kosong. Pokcik ikhtiar ambik semua bisa dan apa yang ada dalam badannya dan dimasukkan ke dalam botol mineral tu. Bekas botol mineral menjadi hitam. Entah bisa apa pun pokcik tak tahu. Alhamdulillah selesai. Sebaik sahaja pokcik piii ke arah orang rumah pokcik, dia ke bilik air dan muntah di situ. First class di hospital, bilik air dekat sebelah katil saja.

Selang dua tiga hari dia dah boleh balik ke Rompin. Alhamdulillah. Tak lama kemudian suaminya call pokcik. Katanya anaknya mimpi kucing gigit. Keesokannya sakit habis pada bahagian yang digigit tu. Malam tu juga pokcik hemboiihh mohong-mohong dari jauh. Alhamdulillah Allah permudahkan. Habis cerita bab tu. Kebiasaannya kalau mimpi kucing orang kata, ada yang sakit hati dengan kita. Wallahua'lam.

Lama depa menyepi diri. Pada suatu hari depa kata nak maiii Kuantan. Pokcik tanya sebab apa tapi depa tak bagitau. Lama tak jumpa katanya. Hihihi. Maiii laa depa sekeluarga ke Kuantan dengan membawa macam-macam buah tangan hasil kampung. Dalam dok borak tu baru suaminya bagitau dia berhajat minta pokcik ikhtiarkan dia. Sakit atas bahu dan belakang katanya. Piii urut pun tak jalan. Makin sakit katanya.

Tak paa laa, dah bahagian dia. Pokcik pun hemboiihh piii laa cara tak berapa nak reti ni. Alhamdulillah katanya. Hilang habis dah sakinya. Dia tanya apa dok atas belakang dia tu. Ntah pokcik kata. Apa pun duduk kita mintak Allah ambik. Kita karate mohong-mohong dan minta Allah izinkan dan permudahkan. Dia diam dan habis cerita bab tu. Selesai makan depa pun balik ke Rompin. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan depa.

Senyap lama juga kali ni depa telefon pulak. Katanya kali ni anaknya di UMP pulak kena. Haih badannya yang gempal semasa pokcik jumpa di hospital dah jadi kurus kering. Hilang berat dalam 30 kilogram kalau tak salah pokcik. Katanya dia sering ternampak lembaga di situ. Lembaga tu selalu mengacaunya. Macam-macam hantu ni noo. Orang nak belajar pun tak senang. Alhamdulillah Allah permudahkan juga usaha kali itu. Satu sahaja pokcik pesan pada depa. Kalau ada masalah mesej saja dan pokcik akan usahakan dari jauh. Tak perlulah sampai depa maiii ke Kuantan.

Alhamdulillah lama dah tak dengar khabar berita daripada depa. Moga semuanya dalam lindungan Allah. Ni antara cabaran dan dugaan yang Allah berikan kepada mereka. Alhamdulillah mereka tabah dan moga ketabahan mereka dinaikkan darjat oleh Allah. Apa pun pokcik sangat mengagumi mereka kerana sangat sabar dan tabah. Tak pernah terlepas dari mulut mereka agar sesiapa sahaja yang buat naya pada mereka dibalas. Alhamdulillah sungguh mulia depa pada pandangan pokcik. Sekian sahaja buat masa ni. Maaf andai ada salah dan silap. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

SAKA

Image result for assalamualaikum image

Perkongsian kali ini tentang saka pula. Menurut menantunya mertuanya ada masalah saka. Alkisah, suatu hari pokcik ditelefon oleh seorang hamba Allah. Katanya maknya ada masalah saka. Katanya mula-mula saka belah arwah suaminya. Hal tu ustaz perawat boleh handle katanya. Kali ni kes saka dirinya pulak. Gitu pulak. Perawat setempat katanya dah tak mau handle kes ni. Sampaikan hamba Allah ni tanya kat anaknya, ada lagi kaa perawat mana nak ikhtiarkan. Tak dak dah katanya.

Dah tak dak dan ramai tak sanggup maka dia dibawa ke Kelantan. Seorang bomoh ni tengok gambarnya gamaknya. Dia kata sanggup. Elok laa dia dibawak ke sana. Haih elok sampai rumah, dia disuruh balik. Laa tak dan apa lagi dah suruh balik. Piii pulak kat pak imam katanya. Kali ni pak imam tu rawat laa dalam beberapa hari kot. Sampai satu masa pak imam suruh cari orang lain. Tak tahan katanya.

Maiii bapak jin tu dok kat pokok berhampiran rumahnya kalau tak salah pokcik. Jenis raja setan katanya. Jadi, bawaklah balik semula ke Pahang. Kes ni antara kes terlama pokcik usahakan iaitu dua jam lebih. Dipendekkan cerita sesampainya pokcik di sana, pokcik lepak kat taman permainan kat rumahnya tu. Pekena rokok daun dulu laa. Hihihi.

Pokcik ditemani oleh menantunya dan anaknya yang turun dari Terengganu. Tengah sedap hisap rokok daun anak perempuan hamba Allah ni maiii. Dia tanya pada suaminya. Ni ke perawat tu? Lebih kurang laa macam tu soalannya. Tak paa laa. Silap pokcik juga sebab tak pakai jubah dan sebagainya. Hihihi.

Lepas puas hisap rokok daun, pokcik masuk ke rumahnya. Penuh aihhh rumahnya dengan anak beranak. Adooiii pokcik dah laa pemalu. Tunduk pokcik sambil jalan melalui depa. Anak perempuannya mula bercerita dan memberitahu perihal emaknya yang tidak tidur malam dan selalu berjalan di dalam rumah tatkala orang sedang tidur. Kelibat orang tua bongkok dan harimau juga sering dilihat sebelum itu.

Dah habis cerita pokcik pun mula ruqyahnya. Dia buat tak tau sahaja. Siap senyum lagi. Berpeluh-peluh pokcik, sebab boleh kata jenuh baca pun dia buat tak tau sahaja. Patutlah ramai perawat angkat tangan. Mmmm. Dah sejam maka pokcik pun minta izin untuk rehat dulu. Keluar pokcik dan sedut lagi rokok daun. Panas jugaklah main dengan saka degil ni.
Tambahan pula dia dah tak sedar apa yang dia cakapkan.

Dah siap pekena rokok daun tu maiii semangat pulak laa. Hihihi. Kali ni tak boleh cakap elok dan pujuk. Masuk saja pokcik tanya dia nak keluar atau tak. Saka masih tak mau tunjukkan diri. Dia dok kata tak dak saka tak dak saka. Padahal saka yang dah kuasainya. Pokcik pun hempaskan kain kaa lantai. Serentak dengan tu suara saka pun keluar.. Hihihihi. Baru nak memunculkan diri. Anak-anaknya mula terkejut.

Yaa laa depa tak pernah tengok mak depa macam tu sebelum ni. Mau tak terkejut. Hihihi. Tambah-tambah keluar pulak suara Ramli Sarip. Kakaakkakakkakkakaka. Dah keluar dah tu pokcik try psiko dia. Pokcik kata hang tua dah dok tunggu apa lagi. Piii berambus laa. Dah tua kutuk tak sedar diri. Kakakkakkaka. Haih dia tanya pokcik pulak, nak piii mana. Macam lagu pulak. Hang pii mana mana nak piii mana, hihihi. Pokcik kata ikut laa nak piii mana pokcik hantar.

Aih dia dok pemain pokcik pulak. Anak perempuannya pulak kerasukan. Panggil geng pulak dah. Hihihi. Maka dah tak dak jalan lain maka pokcik pun pisahkan laa saka tu. Barulah senyap depa anak beranak. Malas nak layan aih. Anak dia pun buat macam cerita seram jaa. Dengan tunduk kepala ke bawah, tangannya pulak dok tunjuk kat pokcik. Haih haih haih bunyinya. Malas laa nak layan.

Selesai tu, pokcik pun balik dan solat isyak. Selepas tu barulah proses ambik laa saka tu yang dah jadi gangguan. Bimbang juga satgi dok pujuk-pujuk, hamba Allah tu ambik balik dia semula. Tak jadi kerja kalau lagu tu. Alhamdulillah selesai urusan. Pokcik pesan juga kat anaknya supaya sentiasa mengaji atau pasang ayat Quran bimbang makhluk lain pulak maiii berdamping dengan dia sebab keadaannya yang lemah sebegitu.


Alhamdulillah esoknya dapat perkhabaran hamba Allah tu dah boleh tidur malam. Sekarang ni keadaannya dah kembali seperti budak-budak. Makan pun tak banyak seperti selalu. Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang kepadanya untuk menghirup udara segar. Ni laa antara kes pokcik yang lama sekali dalam proses hemboiihh mohong-mohong ni. Sampaiii habis kering air liur tak mahu keluar dia. Hahahahhahahhaha. Apa pun satu pengalaman menarik bagi pokcik.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Moga berjumpa lagi. Maaf andai ada terkasar bahasa dan kurang enak didengar. Maaf sekali lagi. Seperti perkongsian pokcik ni, ini ujian baginya. Kita tak tahu lagi macam mana nanti. Moga kita semua dalam lindungan Allah dan dibawah RahmatNya. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam.

PESAKIT JADI MURID SEKOLAH

Image result for assalamualaikum image

Alkisah, pokcik dihubungi oleh seorang ahli group. Katanya dia akan berada di Kuantan selama empat hari kerana kapalnya berlabuh di Tanjung Gelang. Dia merupakan salah seorang anggota TLDM. Pada kesempatan ini dia ingin berjumpa dengan pokcik katanya. Tambahan pula dia tinggal di Perak jadinya kesempatan ini digunakan untuk berjumpa pokcik.

Apabila sahabat ingin berjumpa maka kita tentulah mengalu-alukan kedatangannya. Pokcik telah menelefon dua orang ahli group di Kuantan untuk menyambut kedatangan sahabat ini. Pada pukul 8.40 malam pokcik dan isteri serta dua orang sahabat yang juga membawa isteri masing-masing telah menunggu kedatangan sahabat tadi. Kami telah berkumpul di sebuah kedai makan di Taman Impian Kuantan.

Tidak lama kemudian, sahabat ini menelefon untuk bertanyakan lokasi. Ketika itulah sahabat pokcik yang juga seorang ustaz, telah mula sendawa dan ingin muntah. Pokcik tahu ada yang tak kena dengan sahabat tadi. Kemungkinan dia ada masalah sihir atau sebagainya. Bagi mengelakkan rasa kurang senang pengunjung kedai makan maka pokcik telah ikhtiar buang punca masalah yang hadir itu dan memagarnya di kawasan yang agak tersorok di hadapan kedai itu. Alhamdulillah ustaz mula tenang dan selesa. Kami masuk semula ke kedai makan itu..

Tak lama kemudian sahabat ini telah sampai bersama salah seorang rakannya. Setelah sesi perkenalan, dia menceritakan pengalamannya dahulu. Apabila mendengar cerita sahabat ini tentang sesebuah pusat perubatan yang dia piii kadang kala pokcik naik heran.. Bukan kata nak pertikai, tapinya cara depa tu kadang kala pelik. Tu pun penuh orang ooooo sebabnya menggunakan nama Pusat Perubatan Islam...

Katanya dia tunggu dari pukul 10 malam dan hanya dapat berjumpa perawat tu pukul 3 pagi. Tudia aih... Ramaiii orang no.. Laris laa.. Tapi tak tau laa tah-tah baru pertama kali masing-masing piii situ.... Katanya sampai depan perawat dia disuruh amalkan baca fatihah dan ayatul kursi seingat pokcik....

Tudia aih... Mudah naa nak jadi perawat.. Suruh baca itu jaa.. Dia tak dak buat apa pun katanya. Check kaa hemboiihh kaa apa kaa tak dak kata hamba Allah ni... Lepas suruh amal tu dia pun keluarkan papan putih... Pesakit kemudiannya disuruh tulis basmallah dalam tulisan jawi.. Dia tanya dulu pandai kaa tulis... Hihihi...

Pesakit pun diminta tulis sebanyak 1000 kali. Tudia, dah laa kawan tu sakit, disuruh tulis pulak 1000 kali depan dia.. Patutlah jenuh tunggu dari pukul 10 malam sampai pukul 3 pagi.. Macam-macam noo... Dah pesakit penat dan tak sanggup dia minta pesakit sambung tulis pulak kat rumah... Macam buat kerja rumah pulak laa...

Apabila penat, pesakit kata tak sanggup dah tulis maka pesakit ni tanya kat dia, ini saja kaa kena buat. Ini sajalah katanya... Hihihi.. Senang betoiii nak bukak pusat perubatan.. Kata hamba Allah ni, dah laa sakit makin sakit laa... Katanya dia begitu kecewa dengan keadaan tu.. Kalau perawat tu ikhtiarkan dan masih belum ada rezeki sembuh tu mungkin boleh diterima lagi. Macam-macam noo.

Gamaknya macam-macam lagi yang pesakit kena tapinya kita tak tahu... Hihihi.. Tak apa laa. Itu caranya yaa tak... Hahahahaha.. Macam-macam. Apa pun urusan masih belum selesai. Ada gangguan lagi pada hamba Allah ini. Dia memiliki pedang ghoib yang diperoleh semasa mimpi. Dia meminta pokcik ikhtiar untuk membuangnya kerana dia berasa tidak selesa. In shaa Allah apabila dia pulang ke Perak nanti pokcik akan usahakannya apabila ada kesempatan. In shaa Allah pokcik akan kongsikan pengalaman itu pula.Moga berjumpa lagi pada lain kali. Wallahua'lam.. Salam hormat..

Thursday 15 June 2017

TERJAGA DARI MIMPI

Image result for assalamualaikum image

Berjumpa lagi no. Ketika kisah ini ditulis pokcik sedang lepak di dalam kereta buruk pokcik sambil menunggu orang rumah pokcik membeli sedikit barangan. Sambil menunggu ini sempat lagi laa pokcik menaip. Biasalah orang perempuan ni, kalau nak beli buah lai saja dia pegang buah tembikai buat-buat pilih. Tu kalau nak beli buah lai. Kalau nak beli susu pekat manis, depa piii kat bahagian kasut pulak. Tak dak kena mengena langsung. Namapun perempuan.. Huhuhu..

Pokcik dok baca tadi perkongsian sahabat kita tentang cenuai laa, minyak dagu laa, mani gajah laa.. Boleh kata semua tu berkaitan dengan ilmu pengasih. Ada juga bab mani gajah ni yang dipuja di siam. Yang ni pokcik baca dalam suatu surat khabar. Tak ingat dah surat khabar mana. Jadi disebabkan banyak sangat berminat pasal minyak pengasih ni pokcik nak kongsikan pengalaman pokcik dengan salah seorang mangsa ilmu pengasih ni.

Alkisah pokcik pernah dihubungi oleh seorang hamba Allah. Katanya dia sering berasa panas, gelisah, takut dan mudah naik darah. Dia berpisah dengan suaminya tetapi adakala dia rasa sangat rindu. Dia marah tetapi ada masanya dalam marah tu keinginan melakukan seks sangat kuat. Dia tanya pokcik adakah dia terkena sesuatu yang tak elok.

Tiba masanya dia datang berjumpa pokcik untuk mengetahui keadaan sebenarnya. Sesampainya kat pokcik dia mula jadi nak marah. Merah padam mukanya. Hihihi petanda ada sesuatu yang tak elok dengannya. Risau juga pokcik takut dia meroyan tak tentu hala. Hihihihi. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Apa yang mengejutkan pokcik ialah kata-katanya pada pokcik.

Tahu tak apa katanya? Dia bagitau dia seolah-olah baru bangun daripada mimpi. Dia tak ingat apa yang berlaku selama dua tahun kebelakangan ni. Nampaknya dia dalam keadaan tidak sedar dan dalam pengaruh syaitan selama dia berumahtangga. Boleh gitu pulak no. Naya laa kat orang. Setahu pokcik perkara ini akan berlaku juga akhirnya sekiranya seseorang itu menggunakan minyak pengasih bagi tujuan memikat dan memiliki seseorang.

Habis cerita itu. Tak lama kemudian dia menghubungi pokcik lagi. Katanya kali ni lagi ketara perbuatan bekas suaminya. Mangga pintu diletakkan minyak. Sangat busuk baunya seperti tahi. Mungkin laa dia dah tak bau wangi sebab dia dalam keadaan sedar. Masuk ke dalam rumahnya dia bau minyak wangi disembur di seluruh bahagian rumah terutamanya di dalam bilik.

Baunya sangat wangi. Pokcik minta dia buang semua air minum kerana bimbang dimasukkan sesuatu yang tak elok. Memang pokcik tak kompromi dengan kerja syirik ni. Pokcik minta dia hantar gambar mangga kunci tu dan biliknya. Dia juga bagitau dia nampak susuk lelaki dalam biliknya. Elok laa jin tu tunggu di situ. Hihihi tak payah banyak kali kerja.

Habis sahaja proses mangga, serta diikhtiarkan rumahnya dia pun berjumpa suatu rajah di bawah tilamnya. Gambarnya rntah ke mana. Kalau tak, boleh juga pokcik kongsikan di sini. Rumahnya juga ditanam dengan benda tak elok. Katanya tanah sedikit yang dia angkat semasa bertanam pokok bunga beratnya seolah bertan-tan. Alang-alang buat, pokcik pagarkan sekali rumahnya.

Alhamdulillah sampai sekarang tiada lagi masalah gangguan. Bunyi-bunyi pelik juga dah tak kedengaran. Moga semua tu tak akan berulang lagi. Yaaa laa manusia ni memang tak akan puas selagi dia tak dapat apa yang dihajati. Moga Allah melindungi hamba Allah ini. Sekian sedikit perkongsian tentang minyak pengasih. Moga kita semua tidak terlibat dengan perkara seumpama ni. Sekali lagi.pokcik minta maaf andai ada terkasar bahasa dalam perkongsian ini. Wallahua'lam. Salam hormat.

SAKA PONTIANAK

Image result for assalamualaikum image
Kebetulan ketika kisah ini ditulis di Kuantan tak dak elektrik. Katanya malam ni baru ada. Tudia aih. Jenuh berjimat laa handset pokcik satgi tak boleh nak charge. Dok saja ni tulis piii laa kot no mohong-mohong. Baiklah kali ni sementara ada saki baki hayat bateri pokcik maka pokcik nak kongsikan perihal tipu daya setan.

Bab tipu daya dan helah ni dah jadi makanan depa laa. Kalau tak tipu tak pulak kita panggil setan tapi al Amin sebagai mana gelaran yang diberikan oleh penduduk Mekah terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Nak dijadikan cerita, pokcik ada menubuhkan group telegram. Dalam tu hubungan kami begitu rapat biarpun ahlinya tidak laa seramai mana.

Nak dijadikan cerita, dalam tu ada seorang hamba Allah. Dia selalu berceritakan tentang kehebatan jin. Jin tu terer, jin ni terer. Mungkin pada masa tu dia masih di bawah pengaruh jin tanpa dia sedar. Suatu hari saya dan tuan Langit KeTujuh bercadang untuk menampilkan diri jin tu yang sebenar. Dok main sorok-sorok pastu dok gunakan hamba Allah ni sebagai tempat untuk mereka menunjukkan depa terer.

Setelah perancangan teliti dibuat, saya dan tn langit ketujuh mula provoke beliau. Mula-mula suasana nampak dalam kawalan. Kami teruskan dan akhirnya jin tu mula menampakkan diri yang sebenar. Haaa makan bodoh bangang laa kami dan sahabat yang lain yang tak tahu menahu tentang perancangan kami. Ayat yang memang tak boleh lupa ialah, Hoiiii manusia bodoh... Hihihi dia tak tahu dia yang bodoh sebab kami dah berjaya menampilkan diri dia yang sebenar.

Apa pun selepas itu hamba Allah ni pm saya selepas dia sedar dan dia sendiri terkejut dengan apa yang dia taip dalam group tu. Dia berjanji akan piii berubat. Alhamdulillah kurang-kurang usaha kami yang pertama dah berjaya. Setelah berubat dia katakan dia dah bersih sepenuhnya. Bagoihhh laa. Pokcik pun suka kalau semuanya dah selesai. Bukannya pokcik dok terkejar-kejar orang suruh maiii berubat dengan pokcik. Pokcik lebih suka orang lain yang ikhtiarkan.

Suatu hari, pokcik menyatakan hasrat nak ke KL. Piii sana pun nak berjumpa laa dengan ahli group yang lain. Santai-santai katanya. Hihihi. Pada hari yang ditetapkan pokcik pun bertolak ke KL bersama seorang sahabat yang juga seorang ustaz. Santailah kami dok borak sakan dengan tn langit ketujuh. Dalam pukul 10 lebih kot hamba Allah ni bagitau dia pun sampai. Dia datang bersama anaknya yang masih kecil.

Tn langit ketujuh turunlah membuka pintu. Depa naik ke tingkat atas bersama-sama. Sesampainya di muka pintu dia ternampak pokcik. Sungguhpun dia tak kenal pokcik tetapi jarinya terus menunjukkan ke arah pokcik sambil mengilai. Hilaian pontianak yang sangat menakutkan. Hihihi. Haritu kata dah ok. Awat pulak dia mengilai sebaik sahaja nampak pokcik. Kenaiii pun tak. Kakakkakakkaka.

Dia terus mengilai. Hilaian pontianak ni sangat merdu tapi menakutkan. Dia suruh pokcik balik kerana tak suka tengok muka pokcik. Macam tu pun ada. Dia kata pokcik ke situ untuk memisahkan dia dengan hamba Allah ni. Aih takdak niat pun. Dia maiii pun bukan nak berubat tapi nak bersembang dan kenaiii dengan pokcik. Hihihihi. Macam-macam jin ni.

Disebabkan bising, tn langit ketujuh pun karate dia. Terus senyap. Senyap laa buat sementara waktu. Tak lama kemudian sahabat yang lain pun tiba. Makin meriah laa suasana. Kami pun berpakat nak karate jin yang ada pada sahabat tadi. Elok saja dia duduk, dia mengilai pulak dah. Macam tau-tau saja. Hihihi. Tadi dia senyap sebab kena karate ngan tn langit ketujuh. Macam budak takut kena raging laa. Dok senyap tapi bukannya lari.

Kami pun proses ramai-ramai. Dia pun mula lemah. Dan akhirnya mula nak bercerita. Katanya dia kepunyaan jiran laa. Dia maiii daripada pak sedara laa, mak sedara laa, tok laa. Semua keluar. Semua yang keluar dari mulut tu semuanya bohong. Dia juga mengaku nak peluk Islam dan bertaubat. Siap mengucap bagai. Hihihi pastu dia kata, bagoihh no dia dah Islam. Dia nak piii dah katanya. Alhamdulillah. Sukalah kami sebab dia kata sukarela nak keluar.


Nak begitu, kami saja laa nak tengok dia. Sambil tu sempat laa kami minum-minum dulu. Penat dok bersembang ngan pembohong besar ni. Selesai pekena rokok daun dan minum sikit kami panggil pulak dia. Dia turutkan saja. Kali ni lapisan demi lapisan sahabat buka. Kalau tak salah, sampai lapisan kelima dia mengilai. Hahahahaha semua kena bodoh dengan aku katanya. Hihihi dia tak tahu bahawa kami nak minum dulu baru nak layan balik. Adoiii.


Kali ni saya minta izin kepada tn langit ketujuh untuk membakar makhluk tu dengan izin Allah. Alhamdulillah maka dalam video yang kawan saya ambik nampak jelas asap keluar dari kepalanya. Alhamdulillah selesai. Semua pun check lagi untuk memastikan semuanya dah clear. Alhamdulillah tiada kesannya lagi. Selesai laa ikhtiar yang dilakukan oleh pokcik, tn langit ketujuh dan dua orang sahabat yang lain. Alhamdulillah hamba Allah ni tidak bukan-bukan lagi. Dia tidak lagi bermimpi bukan-bukan dan tidak juga memuji kehebatan jin. Alhamdulillah...

KUNCI NAFSU

Assalamualaikum.

Alkisah, suatu hari pokcik ditemui oleh seorang lelaki. Lelaki ni pokcik kenal sebab orang rumahnya kawan tempat kerja pokcik dahulu. Biasalah naik pangkat maka pokcik bertukar ke tempat lain.

Dulu angkat simen, laa ni bawak forklift pulak.. Dia datang bersalaman dengan pokcik. Katanya dia benar-benar nak jumpa sebab ada hal mustahak katanya. Lain kali laa pokcik cakap sebab kebetulan tadi pokcik kalut. Menurut sumber yang pokcik dengar, hamba Allah ni terkena selepas kemalangan. Dia boleh nampak entiti yang datang. Menurut ceritanya, dia akan kebal apabila benda tu datang dan dia akan terawangan pergi ke tempat lain. Sebab itulah, dia kini tidak lagi berani memandu kereta kerana tidak tahu bila benda tu akan datang.

Jadi cerita tu pokcik akan kongsi apabila berjumpa dengannya kelak. In shaa Allah. Tadi mukadimah saja. Kakakakakakkaka. Apa yang pokcik nak kongsi malam ni adalah tentang kunci nafsu. Kisah petang ini juga. Kisah tentang seorang janda muda yang dikunci nafsu oleh seorang lelaki. Asal ceritanya lelaki itu nak jadikan dia emak angkat. Berangkat-angkat pulak.. Hihihihi..

Pokcik tanya, umur dia berapa.. Dia kata 31. Budak tu berapa umurnya pulak. Lapan tahun boleh laa nak buat anak angkat.. Katanya 26 tahun.. Haih mak angkat lagu mana tu. Dengar katanya habis dia ni bagi duit, belikan pakaian, dan sebagainya. Lama-kelamaan dia jadi sayang pulak. Tambahan pula lelaki tu nak balik ke Indonesia bulan 5 ini. Dia jadi sedih. Khabarnya juga, ayah si lelaki ini dikatakan bomoh besar di sana. Wallahua'lam. Berpakat dengan anak tu agak mustahil. Tetapi kalau diberikan barang seperti minyak pengasih dan sebagainya tu masuk akal juga.

Dipendekkan cerita pokcik tengok dia mohong-mohong. Adoiiii seperti dia diikat nafsunya kerana simptom masalah di bahagian kepala, dada dan ehem ehemnya.. Adoiiiii.. Parah ni pokcik cakap kat dia. Pokcik bagitau kemungkinan besar dia telah diikat nafsunya. Dia mengaku. Katanya dia tiada nafsu pada orang lain. Datanglah sesiapa pun, dia langsung tak terasa apa-apa.. Dia nak budak lelaki tu sahaja.

Dia mengadu pulak perihal sakit kepalanya tadi. Dia tak boleh lupakan budak tu. Kalau dia lupakan walaupun sekejap, dia akan sakit kepala. Macam nak pecah kepala katanya. Apabila dia teringat maka dia akan ok. Dia akan nampak seolah-olah budak lelaki tu bermain dan ada di depan matanya. Memang real katanya. Tadi dia berjumpa dengan pokcik atas nasihat beberapa orang rakannya. Dia cuba melupakan budak lelaki tu tetapi sakit kepalanya terus datang menyerang.


Dipendekkan cerita, pokcik menghampiri dia. Baru nak mula, dia dah menangis. Adoiiii. Dia tak boleh lupakan budak tu katanya. Pokcik buat tak layan dan menyuruh kawannya memujuk dia. Sasaran pokcik tujukan untuk membuka ikatan pada bahagian lututnya yang pokcik terlepas pandang, perutnya, bahagian sulitnya, kepalanya dan dadanya. Habis satu lapis, pokcik periksa lagi.
Rupanya ada lapisan kedua. Mungkin dia terkena calit minyak dan diberi minuman.

Pokcik tanya pulak kat dia sebelum sesi kedua. Katanya memang lelaki tu selalu buat air pada dia. Rajin pulak yaa.. Dia pulak terus minum tanpa syak apa-apa. Alhamdulillah ketika bercerita itu dia sudah berhenti menangis. Takpa pokcik kata, kita usahakan buang yang dalam pulak kalau Allah perkenankan doa.

Lepas rehat sebentar, pokcik sambung sesi kedua. Kali ini masuk lebih dalam lagi untuk mengeluarkan dengan izin Allah sisa kotor di dalam badannya pulak. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dia mula menjarakkan diri dengan pokcik. Tadi dekat juga laa, mungkin dia tak ada apa-apa perasaan pada orang lain selain budak lelaki tu. Ada perasaan malu tu kira alhamdulillah laa. Sakit kepalanya kini hilang bersama gangguan tadi. Alhamdulillah.


Selesai sahaja semua tu pokcik rehat sekejap. Majikannya meminta pokcik tengokkan perkembangannya dan kalau boleh selang tiga empat hari lagi dia mintak pokcik usahakan sehingga hilang dan tiada perasaan langsung pada lelaki tu. Pokcik tak janji laa nak usahakan bila-bila, cuma pokcik anggukkan kepala saja. Bahaya kalau terkena. Dah kawin esok pun dia akan jadi kayu. Suami pasti tak tahan dengan perangainya. Apa pun alhamdulillah buat masa ini. Moga dia lebih berhati-hati pada lain kali. Sekian sahaja buat kali ini. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam dan salam hormat semua.

Tuesday 13 June 2017

PELANGI BERKEPALA KERBAU

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu lagi buat sekian kalinya. Dua hari lepas, orang rumah pokcik dapat panggilan dari Johor. Rupanya mak saudaranya yang berikan nombor orang rumah pokcik kepadanya. Katanya dia ingin meminta pokcik berikhtiarkan emaknya. Dia memberitahu telah membawa emaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan tetapi doktor tidak dapat mengesan punca masalah. Dah tentu ada masalah. Kalau masalah fizikal tiada sudah tentu ia berkaitan dengan mistik..

Menurutnya, emaknya menggigil tiga atau empat jam sekali. Simptom itu sama dengan yang dialami oleh arwah neneknya dahulu. Neneknya dahulu penuh dengan misteri juga. Dia dikatakan melihat pelangi minum air ketika sedang membasuh kain di sungai. Selalunya kita hanya melihat pelangi di awan dan tidak nampak kepala dan ekornya...

Neneknya melihat kepala pelangi itu sedang menghirup air. Kepalanya seperti seekor kerbau dan bertanduk. Ini yang diceritakan dan kesohehan cerita itu hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Setelah berjumpa dengan kepala pelangi banyak lagi kepelikan yang berlaku. Kata satu sumber, pada akhir hayatnya dia nak mengerjakan solat pun susah. Sebab musababnya hanya Allah yang tahu.. Katanya nak angkat tangan untuk takbir pun susah. Wallahua'lam.

Baiklah, pokcik kembali kepada tajuk. Setelah dia menelefon dan bercakap sendiri dengan pokcik maka pokcik bersetuju untuk ikhtiarkan emaknya sekiranya masalah itu tidak selesai pada keesokan harinya. Dia pun setuju dengan syarat pokcik.. Pada pagi semalam sekali lagi dia mesej. Orang rumah pokcik memberitahu bahawa keadaan emaknya masih belum berubah. Disebabkan sudah berjanji, pokcik minta dia hantarkan gambar emaknya itu.

Apabila pokcik tengok ternyata ia masalah saka. Serba salah juga nak beritahunya emaknya mempunyai saka. Oleh itu, pokcik meminta mak mertua pokcik yang merupakan anak saudara si sakit agar memberitahu perihal itu. Setelah diberitahu, dia menerima hakikat. Katanya neneknya dahulu pun sama keadaannya.. Dia minta pokcik ikhtiarkan.

Pokcik meminta orang rumah pokcik meminta gambar dan nama si sakit. Dia pun menghantarnya. Pada malam itu sekali lagi pokcik meminta orang rumah pokcik menghubunginya. Dia bercakap sendiri dengan pokcik pada malam itu. Katanya dia agak sedih kerana emaknya orang yang menjaga solat. Pokcik memintanya bersabar. Pokcik juga menerangkan ibunya bukanlah membela hantu. Jadi dia tak perlu malu..

Ketika ini dia mula menangis. Pokcik menenangkannya dan memberitahu pokcik akan berikhtiar. Selebihnya kita serahkan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Dia juga bertanya adakah saka itu akan pergi kepada warisnya yang lain. In shaa Allah tidak kata pokcik. Ketika itu dia mengucapkan terima kasih kepada pokcik yang tidak terhingga.. Huhuhu. Usaha pun belum. Besar betul harapannya.

Setelah itu pokcik meminta si sakit bersedia. Seperti biasa, pokcik meminta dia istighfar sebanyak-banyaknya di dalam hati. Begitu juga pokcik memintanya agar berselawat sebanyak-banyaknya. Setelah itu barulah pokcik usahakannya. Pokcik pagar dia dari jauh agar saka itu tidak dapat lari. Setelah itu pokcik usaha untuk memutuskan hubungan mereka. Akhir sekali, pokcik ikhtiarkan menghapuskan segala jin yang mengganggunya. Alhamdulillah selesai segala urusan.

Setelah selesai, pokcik meminta orang rumah menelefon sekali lagi. Kali ini pokcik bercakap sendiri dengan si sakit. Alhamdulillah dah lega katanya. Badannya juga dah ringan. Alhamdulillah. Pokcik sekali lagi memujuknya. Katanya apa dosanya sehingga saka itu datang kepadanya. Pokcik memberitahu bahawa ada saka bukan sama dengan membela hantu. Bukan kehendak kita apabila saka datang bertandang. Apa yang kita perlu lakukan ialah ikhtiar buang dan putuskan segala hubungan agar saka ini tidak lagi pergi kepada pewaris yang lain apabila ketiadaannya kelak. Dia mula tenang dan mengucapkan terima kasih dengan suara yang agak lemah. Alhamdulillah selesai urusan pada malam itu.

Hari ini pokcik telah ke Tanah Putih Baru untuk bersolat Jumaat. Kebetulan rumah mak mertua pokcik di sana. Menurut emak mertua pokcik dia dihubungi oleh anak si sakit pagi tadi. Katanya emaknya sudah mula bangun sebelum subuh tanpa perlu digerakkan yang mana kelaziman bagi orang yang sakit. Dia juga telah mengutip kain baju yang kotor serta membasuhnya. Setelah itu diidaikan pula walaupun dah ditegah oleh anaknya. Dah sihat katanya. Alhamdulillah...

Pengajaran daripada kisah ni ialah kisah ini ialah kita tak perlu malu sekiranya kita mempunyai saka. Bukannya kita membela hantu. Kalau memelihara hantu dah tentu memang kita yang bersalah kerana meminta pertolongan selain Allah. Kita juga janganlah menyalahkan keturunan terdahulu. Mungkin pada masa itu mereka memerlukan pendamping seumpama itu bagi melindungi keluarga. Memang perbuatan itu salah dan kita sebagai pewaris haruslah mendoakan mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Sebagai pewaris tanpa rela, kita hanya perlu usaha menyelesaikan masalah itu. Sesungguhnya ujian ini makin mendekatkan diri kepada Allah. In shaa Allah..

Sekian perkongsian pada kali ini. Moga kita terpelihara daripada segala musibah. Sesungguhnya setiap ujian yang datang terkandung hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan memberikan ujian yang mampu dipikul oleh hambanya. In shaa Allah. Moga berjumpa lagi sekiranya dipanjangkan usia olehNya. Aamiin. Wallahua"lam. Salam hormat.

Monday 12 June 2017

DEMAM HANTU

Assalamualaikum.

Lama tak buat cerita jadi kebetulan ada free sikit ni pokcik taip laa mohong-mohong. Ingat tak kisah seorang budak demam haritu? Nak dijadikan cerita demamnya kebah dengan izin Allah keesokan harinya. Malam tu jugak pokcik ikhtiarkan pagar rumahnya.

Alhamdulillah juga tak ada lagi kedengaran bunyi di atas atap dan sebagainya. Bilik anaknya juga tidak lagi ditakuti oleh anak-anak hamba Allah ni. Depa dah berani tidur di bilik itu. Depa dua beradik juga dah boleh tidur dengan lena. Akan tetapi kedamaian dan ketenteraman depa tak lama. Berselang seminggu lebih kurang, pokcik dihubungi lagi.

Haih apa pulak tak kena. Adakah pagar bocor? Nak kata pagar bocor pun dah tak dak kedengaran bunyi pelik-pelik di luar rumah. Nak kata ada gangguan yang tak habis dalam rumah tu, pokcik dah check beberapa kali. Tak tahu laa kalau ada terlepas pandang. Kita kan manusia biasa sahaja.

Kata hamba Allah tu anaknya seorang tidak dapat tidur malam. Diganggu dan seakan-akan nampak penampakan dalam biliknya. Haih maii mana pulak kali ni. Suka-suka saja masuk. Bocor kaa pagar baru--baru ni? Akan tetapi hairan juga sebabnya anak perempuannya dulu juga pokcik ikhtiarkan. Depa tidur sebilik tapi tak dak pulak nampak apa-apa.

Pasaiii apa sorang saja dok nampak? Maiii dalam fikiran pokcik bahawa gangguan yang anak hamba Allah ni nampak sebabnya ada jin dalam badannya. Apabila pokcik check, jin ni duduk pada matanya. Wallahua'lam. Haih patut pun nampak bukan-bukan. Ada dalam diri budak tu rupa-rupanya. Dia dapat benda tu dari sekolahnya. Tak tahulah, sekolah banyak jadi tempat penternakan hantu pulak laa ni. Patut pun banyak kejadian histeria.

Dah ikhtiarkan buat kali kedua budak ni maka pokcik pun muhasabah diri. Melihat kembali dan merenung kembali apa yang tak kena. Yaa laa alhamdulillah budak tu selepas ikhtiarkan dia sehingga ke hari ini. Namun, kejadian ni setidak-tidaknya mengajar pokcik untuk menilai kembali apa yang tak kena. Setelah berpusing-pusing kepala otak, maka pokcik rasa pokcik dan jumpa jawapannya.

Rupa-rupanya pokcik terlepas pandang untuk ikhtiar tutup balik laluan yang pokcik buka semasa ikhtiarkan budak tu. Katanya laluan ghoib tu akan tertutup kembali selepas 40 hari rawatan atau tarikh dibuka ketika rawatan. Wallahua'lam. Apa pun, pada kali ni pokcik ikhtiarkan tutup kembali rongga ghoibnya yang terbuka. Selain itu, pokcik juga ikhtiarkan untuk pulih semula semangatnya. Sebabnya budak lemah semangat mudah didekati makhluk ghoib ni.

Pokcik juga dapat satu lagi pengajaran, seandainya makhluk tu berada dalam tubuh badan, depa boleh masuk juga ke rumah sekalipun kita dah ikhtiarkan pagar rumah tersebut. Wallahua'lam. Sehingga kini selepas ikhtiar kali terakhir haritu, rumah tersebut masih aman dan tiada lagi gangguan. Mudah-mudahan keadaan ini berkekalan. Bukan apa, haritu pun pokcik ikhtiarkan satu keluarga. Penat juga badan tua pokcik ni. In shaa Allah.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Maaf andai ada tersalah kata dan sebagainya kerana pokcik bukanlah seorang yang petah dan bijaksana dalam berkata-kata. Pokcik juga bukanlah yang terbaik kerana masih terlalu kerdil dan hanya mengharapkan ehsan Allah semata-mata. Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Moga kita semua dalam lindunganNya. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

Saturday 10 June 2017

KURUNG HANTU DALAM BOTOL

Assalamualaikum.

Alhamdulillah baru juga sampai di rumah. Petang ni ada dua kes saka. Banyak betul kes saka kebelakangan ni. Tapi kali ni istimewa sikit sebab melibatkan saka keturunan raja. Khabarnya dah tiga hari nenek dan anaknya tu berubat di Batu 11 Kuantan tapi menurutnya makin sakit.

Berbomo apa sakit tak hilang-hilang kata cucunya. Pokcik diam je laa sebabnya semua atas kehendak Allah. Berbotol-botol dah masukkan hantu dalam botol katanya. Adesss bab ni pun pokcik diam je laa. Cara masing-masing tak mahu laa pokcik pertikai.

Masuk dalam bilik pulak kali ni pokcik. Tiga orang sudah sedia menunggu. Yang sakitnya hanya dua orang. Scan lebih kurang pokcik tanya nak lagi ke saka ni? Hihihi tok se doh katanya. Nok wat gapo. Kakakakakkaka. Gitulah lebih kurang sebab dua orang hamba Allah ni datangnya dari Kelantan. Datang ke Pahang untuk ikhtiarkan sakanya.

Sebab itu katanya dia berubat di Batu 11 tu. Ramai orang kata cucunya kat situ. Biasalah ramai orang sakit misteri sekarang ni. Selesai sahaja dia pokcik pun scan lebih kurang anaknya pulak. Nampaklah di beberapa tempat duduknya. Di belakang bahu, kepala dan paha kanan. Banyak sangat rupanya. Terfikir jugaklah pokcik, berubat dah tiga hari katanya. Berbotol dah masuk dalam botol. Mmmmm.. Ternyata dia kata memang tengah sakit kat bahagian yang pokcik cakap tu.

Sakit laa kot sebabnya pokcik kurung awal-awal. Alhamdulillah kalau Allah tak bagi benda tu lari. Selesailah semua. Alhamdulillah hilanglah katanya sakit-sakit kat tempat tu. Selesai sahaja pokcik keluar bilik dia pun ikut. Haih agak dah.. Tengok kat tangannya segempal duit. Kaya gamaknya. Hihihi. Alhamdulillah laa pokcik tolak elok-elok. Kalau nak bagi jugak biarlah boleh buat bayar muka BMW kakakakkakakkaka.

Ye laa kan. Saka raja ni bukannya main-main. Tak mau dia pokcik nak ajak gurau. Main batu seremban ke dulu. Tau-tau dah rasa seperti dia nak menerkam naik atas tengkuk pokcik. Bukan main lagi. Hihihi. Apa pun alhamdulillah laa Allah permudahkan urusan pada petang ni. Tiba-tiba terlintas pulak fikiran jahat pokcik. Apa yang tok bomoh tu bubuh dalam botol tu. Entahlah. Wallahua'lam. Bersangka baik sahajalah. Entah-entah ada 20 ekor saka padanya...

Perkongsian pokcik bukan untuk menidakkan sesiapa. Bukannya mempertikaikan sesiapa tetapi sebagai satu perkongsian pengalaman. Jangan pulak kata pokcik nak memperkecilkan sesiapa. Pokcik pun bukannya reti sangat. Setakat hemboiihh mohong-mohong kucing pokcik pun selalu buat. Kalau kita jujur dan bertanggungjawab kita tak akan terasa sebab kesembuhan milik Allah semata-mata. Maaf andai ada terkasar bahasa. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

TAKSUB

Image result for assalamualaikum image

Kali ni pokcik buka bab TAKSUB. Ini merupakan sinambungan pembuka bicara tajuk sebelum ini tetapi lebih diperincikan. Taksub ni penyakit hati gamaknya.
Taksub kat perawat.
Taksub kat barang mistik.
Taksub kat pesona mistik.

Taksub yang melampau pada seseorang perawat sering mengundang padah. Pokcik buka bab ni apabila mendengar aduan seorang sahabat perihal adik iparnya yang terlalu taksub pada seorang bomoh. Sampaikan barang yang diberikannya pada anak adik iparnya tu dipulangkan kerana dikatakan berhantu.


Kalau kata batu kristal yang dibeli di Jepun dikatakan berhantu tu pokcik boleh terima lagi sungguhpun pokcik tengok kristal dan gelang batu mahal tu kosong je. Pedang mainan ultraman pun dikatakan berhantu. Parah.. Kesemua barangan tu dipulangkan kepada mereka suami isteri kerana terlalu taksub dengan bomoh berkenaan.

Boleh kata anak demam, ayahnya demam pun dihantar kat bomoh tu biarpun penyakit fizikal. Ketaksuban tu pernah ditegur oleh sahabat pokcik ni sehinggalah bermasam muka dengan adik iparnya itu. Nak dijadikan cerita, teguran dia tu membawa kepada penemuan penyakit anak saudaranya itu apabila dibawa anak itu ke hospital.

Kalau ikut kata bomoh tu sebelum tu dikerkah hantu laa, pocong dok kepit ngan kaki laa, toyol dok sondol kepala botaknya laa, jin Ahmad Albab marah sebab tak nak menari dengan anaknya laa dan sebagainya. Contoh tu pokcik mohong je, tapi itulah hakikatnya.

Penggemar barang mistik juga taksub. Memang kita akui batu atau permata ada keindahannya yang tersendiri. Namun ketaksuban penggemar batu permata ni berlaku apabila dimomokkan dengan punca batu tu diperoleh. Tambahan pula apabila dikatakan batu tu diperoleh daripada pemberian alam sebelah. Lagi laa ramai dok tunggu nak beli. Kena pulak diberi nama yang hebat-hebat. Ketar kepala nak beli biarpun batu tu batu sungai je.

Pernah sahabat jumpa seketul batu di tepi pasu rumahnya. Apabila ditunjukkan dan diberikan kepada penjual batu ni maka dia pun berminat nak beli dengan harga puluhan ringgit je. Dah masuk dalam blog jualannya maka terciptalah sebuah cerita yang hebat.

Batu perolehan daripada putera, raja, puteri sekian-sekian. Nama batu tepi pasu dah jadi Geliga Raja Perkasa anak Penguasa itu ini, adinda itu ini dan sebagainya.. Orang yang taksub gerenti beli dan dengan bangga dok cerita perihal geliga dia kononnya.. Kasihan juga.. Nak buat macam mana. Dah TAKSUB..

Orang kita ni suka akan sesuatu yang pelik dan misteri. Kesempatan ni akan diambil oleh orang yang tak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan. Bagaimana nak meyakinkan orang? Dari segi penampilan diri yang ditunjukkan. Menyebut nama Allah, in shaa Allah dan sebagainya. Kemurkaan Allah memang tak pernah difikirkan. Janji, wang masyukk, ada pengaruh dan sebagainya.

Ada.sesiapa yang nak kongsikan perihal taksub ni silakan. Manalah tahu ada kawan ke, saudara ke, jiran ke dan sebagainya yang terlalu taksub sehingga kesemua yang berlaku dikatakan berpunca daripada jin. Ketaksuban kepada bomoh hingga bergaduh adik beradik dan sebagainya. Maiii laa kongsikan bersama agar kita dapat sama-sama mengambil ikhtibar dan manfaat daripada kisah yang kita kongsikan bersama. Silakan.. Wallahua'lam. Salam hormat.

JIRAN

Image result for assalamualaikum image

Kali ni perihal jiran. Ingat tak haritu pokcik kongsikan perihal artritis? Haaa kali ni perihal anak dan cucunya pulak. Biasalah, ini hari dia. Hari pokcik tak tahu bila lagi. Apa pun semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah agar senang untuk beribadah dan memberi manfaat kepada orang lain. In shaa Allah. Aamiin.

Habis sahaja hamba Allah tadi dia pun mintak jasa baik pokcik untuk melihat keadaan anaknya pulak. Pokcik pun nak kata apa lagi dah. Jiran katakan. Takkan nak cakap tak boleh. Lagi satu takkan nak cakap buat menantu dulu baru boleh pokcik ikhtiarkan. Satgi dia kata pokcik gataiiii pulak. Mmmmmmm. Tapinya pokcik kata tunggu laa keadaan clear dan tak dak jiran dok depan rumah barulah maiii. Hihi.



Nak dijadikan cerita pada suatu hari cucunya menangis dan dok tunjuk-tunjuk dalam rumah. Adoiiii kiranya hantu raya ni bawak geng laa kot noo. Anak dia kata dok nampak hantu kat kipas berdiri laa, hantu depan bilik laa, budak berlari-lari laa dan macam-macam lagi. Pokcik ingat kes rumahnya mengusik dah settle. Dulu ada sekumpulan perawat maiii umah dia. Pokcik pun tak tanya laa dari mana. Satgi kata dok jaga tepi kain orang pulak. Tu tak paa lagi, kena lagi ganaih kalau depa kata pada dok jaga tepi kain, awat tak masuk dalam kain terus. Makan dalam kalau orang kata lagu tu kot no. Hihihi.

Nak tak nak dia bawak maiii cucunya yang menangis tu. Dia datang bersama tiga orang anaknya dan menantunya ke rumah pokcik. Pokcik pun check kat cucu dia. Haih tak dak pulak hantunya. Awat pulak dok nangis kalau tak dak hantu. Betoiii laa orang  tua-tua kata budak-budak boleh nampak hantu. Hihihi. Berasa muda pulak pokcik. Tu laa si abe ustaz puaka Fisal Fusaru Fisalit punya pasaiii laa ni. Dok kata pokcik muda 25 tahun. Kakakkakaa.

Dah check kat baby tu tak dak apa maka pokcik pun check kat mak su baby tu laa. Hamba Allah ni kata anak dia tu kalau piii sekolah tahfiz selalu kena usik hantu. Jadi pokcik pun check dia. Mmmmm.. Tak dak juga. Heran jugak no hantu tu dok mana. Kali ni check pulak mak baby tu. Tudia aih dok situ rupa-rupanya. Patutlah baby tu tak mau berdukung ngan mak dia.

Pokcik minta adik perempuan tu pegang baby yang menangis tu. Elok saja dia ambik baby, pokcik terus hemboiihh mak baby tu. Tudia. Dia mula ketar. Suara mula menderam dan mendengus. Lama-kelamaan ketarnya makin kuat. Bergegar habis badan. Kepalanya ditundukkan cecah ke lantai. Suara pun berubah. Cakap pun dah tak berbutir. Pokcik malas layan terus karate mohong-mohong.

Adussss dia pengsan pulak. Elok saja landing atas paha pokcik. Pandai pulak dia pilih port nak landing. Hihihi. Suami dia buat-buat tak nampak. Adessss. Pokcik tak usik dia. Pokcik minta suaminya turunkan kepalanya dan letakkan atas bantal yang isteri pokcik ambik setelah dia pengsan tadi. Berselang dua tiga minit dia bangun. Baby dah berhenti menangis.

Namun begitu masalah baru pulak timbul. Macam-macam laaa. Baby tu dah nak berdukung dgn maknya tapi menangis pulak apabila dok dalam rumah. Adoiiii. Jadi pokcik pakat ngan anak dia supaya ajak ayahnya pii mana-mana dulu sementara pokcik pulak pii ke rumah dia utk cuba ikhtiarkan rumahnya pulak. Hihihi ayahnya mengikut saja. Jadi baik pulak lepas hantu raya yang dok damping dia kena kutip. Hihihi.

Setelah depa keluar maka pokcik piii laa pulak kat rumahnya. Baby yang menangis tadi dok tunjuk jarinya kat sebuah almari. Hihi pokcik snap gambar di situ dengan hset. Memang ada muncul di skrin. Tapi sayangnya gambar tu dah hilang selepas pokcik beli hset baru. Selesai saja ikhtiarkan rumahnya baby tu tidur. Alhamdulillah selesai kerja pokcik mohong-mohong.

Alhamdulillah kini depa pun dah aman. Tak dak lagi dok dengar pelik-pelik atas atas. Anak perempuannya pun dah tak diganggu apabila pergi ke sekolah tahfiznya. Suaminya pulak dah tak baran katanya. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pokcik dan depa.sungguhpun buat semua tu secara rahsia. Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Maaf no kalau ada yang berasa hati. Moga berjumpa lagi pada lain kali. In shaa Allah. Wallahua'lam. Salam hormat dan salam sejahtera.

PERAWAT ATAU AHLI GUSTI

Image result for assalamualaikum image
Haih banyak cara sebenarnya yang digunakan oleh perawat. Kena laa cari yang serasi dengan kita. Kalau kita ahli gusti elok laa cari perawat yang guna kayu 2 4 kalau kena rasuk kaa kena sihir kaa. Kalau sikit-sikit tak berasa. Kakakkakkaka. Kalau hangpa juru selam kaa elok laa cari jenis selamkan muka dalam air. Kalau boleh teknik selaman muka tahan nafas 15 minit. Hihihi.

Ada tak sabar pulak dah nak dengar pasaiii selak kain tadi aih. Orang perempuan elok baca sambil tutup jari kat muka. Hihihi. Ni bukan cerita lucah. Kalau kita rasa jijik maka begitulah jijiknya perbuatan perawat tu. Tu setakat selak kain. Ada jugak pesakit yang sangat bodoh pada pandangan pokcik yang sanggup menyerahkan tubuh badan semata-mata nak hilangkan sial badan. Ni pokcik baca pengakuan dalam akhbar.

Bab selak kain tadi kita mulakan. Hihihi. Awat dok ternganga mulut tu. Hahahhaha. Alkisahnya adik ipar pernah mengikut kawannya pii berubat. Dengar kata banyak tempat dah dia piii tapi masih tak de jodoh. Suatu hari dia ajak adik ipar temankan dia. Piii laa adik ipar ni ke sebuah rumah perawat di Kuantan. Sesampainya sana perawat tu pun mulakan langkah. Tak tau laa langkah apa. Langkah sangap kaa langkah apa kaa.

Si hamba Allah ni pakai skirt gamaknya. Dia pun diminta hulurkan kaki. Dok berlunjur laa tu. Ingatkan nak buat apa. Rupanya dia masukkan tangan kat bawah kain. Pegang paha dan confirm katanya. Pegang lain tu no komen laa satgi jadi fitnah pulak. Boleh noo lagi tu. Kawan dia ni biarkan saja. Macam syok saja. Adess.

Kena gayalah perawat dan pesakit tu. Ngam. Ehhh boleh pulak lepas balik tu dia kata perawat ni bagoihhh merawat. Nampak macam serasi. Ada perubahan sikit katanya. Perubahan hormon kaa perubahan apa tak tau laa. Perawat lain tak dak pandai lagu tu katanya lebih kurang. Hahahahaha. Bab tu no komen laa satgi pepandai pulak pokcik buat cerita. Setakat cerita yang betoiii saja. Yang lain pokcik tak mau menambah.

Habis cerita bab selak kain tu. Ni cerita bab yang pernah pokcik cerita haritu. Perihal jin hanuman. Piii laa dia jumpa seorang Ustaz katanya. Yaa laa bimbang jugak gamaknya kalau orang tak mau mengaku dia ustaz satgi guna jin pulak. Mana ada jalan. Kakakkakakakaka. Panaih kaa. Ni cerita betoii bukan rekaan. Kalau nak bukti pokcik boleh bawak sendiri kepada si mangsa.

Sampai di sana perawat yang digelarkan ustaz tu kelubungkan kepalanya dengan kain batik. Tudia misteri bermula. Haih tak dak misteri aih tu cara dia. Jangan dok kata salah pulak. Pokcik tak kata salah noo. Selepas ditutup kepala dia mula meruqyah. Bagoihh laa cara tu. Gunakan ruqyah untuk kesan jin. Makin lama makin kuat laa kot noo bacaan sebabnya pesakit langsung tidak memberikan reaksi.

Haih mana duduk pulak jin kali ni. Dia tak puas hati. Kali ni ubah pulak teknik. Baca sambil picit bahu. Mula-mula pelan saja picitnya. Mmm pesakit buat tak tahu saja. Mana boleh jadi. Makin lama makin kuat. Dia tahan lagi laa. Tengok pesakit menahan suara picitannya main kuat. Macam Big Show ahli gusti tu laa dia buat. Haaaaaa tudia jin dah sakit katanya. Jadi syok pulak dengar orang mengaduh sakit. Picitan dikuatkan lagi sampai merayu pulak pesakit suruh berhenti. Haih jin merayu. Mana boleh berhenti. Makin kuat laa picitannya.

Habislah rawatan. Lepas tu sebab masalah tak selesai juga dia maiii jumpa pokcik pulak. Dia sendiri yang ceritakan pada pokcik. Ni pengakuan pesakit sendiri. Jadi pokcik no komen laa. Nak kata pun tak kena. Ikutlah. Itu cara depa. Siapa pokcik nak kata cara depa salah dan menyakitkan orang. Pesakit duit hilang sakit makin sakit. Haih. Pokcik tak boleh cakap banyak-banyak sebab pokcik ni sentuh pesakit pun tidak. Guna jin kot no. Kakakakka.

Habis cerita bab picit. Cerita pulak bab letakkan serai dan duri landak. Ni biasanya diletakkan di celah jari kaki pesakit pastu dirapatkan. Baru pokcik tahu ada juga gunakan pensel dan kayu. Nak buat lagu mana, tu cara depa. Islamik katanya. Ntahlah. Nak cakap lebih-lebih satgi ramai yang berasa hati sebab gunakan cara tu. Pendapat peribadi pokcik, kalau belajar cara tu, boleh cuba upgrade sikit dan belajar sama cara lain pulak untuk mengesan jin. Naya kat pesakit. Anak bini kita tak mau pulak kita buat lagu tu. Mau tidoq kat luar kot noo. Kakakkakakkaka.

Haaaiiihh  elok laa rasanya pokcik stop di sini. Maaf noo andai ada yang terasa dengan perkongsian pokcik kali ni. Ni pengalaman pesakit yang diceritakan sendiri, pengalaman pokcik melihat sendiri dan pengalaman adik ipar ketika menemani sahabatnya piii berubat. Sekian saja buat kali ni. Salah silap mohon dimaafi. Moga berjumpa lagi pada lain perkongsian. Wallahua'lam. Salam hormat.