17.7.2018
Assalamualaikum..
Menurun
Apabila kita cerita bab menurun kita boleh agak dah.. Mesti ada kaitan dengan jin.. Ada menurun untuk mendapatkan nombor ekor dan ada bomoh menurun kononnya dimasuki oleh wali, panglima dan sebagainya.. Yang sebetulnya tetapkan jin....
Teringat pokcik suatu masa dahulu kala.. Lama berzaman dah cerita ini. Masa itu pokcik menyewa di sebuah rumah di Panching Kuantan. Jiran pokcik bernama Mak Wan. Dia tinggal bersama cucunya. Ketika itu muda lagi cucunya. Kini dah kahwin dan dah beranak pinak... Selalu juga Mak Wan datang bertandang ke rumah. Maklumlah orang tua. Walaupun sudah tua dia masih bekerja.. Dia bekerja di sebuah estet...
Walaupun nampak tua, dia mampu berjalan kaki menuju ke estet tempat kerjanya... Suatu malam anak buah pokcik datang bermalam di rumah pokcik.. Elok maghrib tiba-tiba baby menangis.. Adoiiiiiiiiii laa. Apahal pulak kali ni. Mak Wan datang.. Katanya pii panggil Pak Leman (nama samaran). Elok pokcik nak panggil tiba-tiba terasa ada sesuatu di atas belakang pokcik seperti nak menghalang. Masa tu nak karate pun tak tahu sangat. Silap karate, makan diri... Hahahhahhahha..
Apabila Pak Leman sampai, baby masih menangis. Tiba-tiba, Pak Leman memanggil baby suruh datang kepadanya. Mari kat atok katanya.. Terkejut pokcik.. Baby merangkak dan pergi ke arah Pak Leman.. Mari duduk atas riba atok, katanya lagi.. Baby terus naik dan duduk di atas paha Pak Leman.. Dah jangan menangis, atok dah halau dia pergi.. Jahat tu, kata Pak Leman.. Terus baby berhenti menangis dan tidak lagi melihat ke atas syiling.
Biasalah. Maghrib katanya katanya lagi.. Setelah dihidangkan air, Pak Leman terus meminta diri. Dia tak nak duit yang dihulurkan. Setahu pokcik dan kalau tak salah pokcik, Pak Leman juga merupakan seorang guru silat. Setelah Pak Leman balik, alhamdulillah baby tidur dengan nyenyaknya sehinggalah ke pagi esok.. Hari-hari yang berikutnya tiada lagi berlaku kejadian yang tak diingini.. Semuanya berjalan seperti biasa...
Suatu hari, mak Wan datang bertandang lagi. Kali ini berkisar tentang anak cucunya. Katanya si anaknya Zali (bukan nama sebenar) suka sangat menurun nombor ekor. Tapinya nak dijadikan cerita, pada suatu malam di pergi ke suatu jirat cina.. Dia kali ni bertekad nak dapatkan nombor ekor baik punyaaaaa. Dengar kata ada satu jirat laa kononnya yang jadi tumpuan para kaki nombor ekor.. Lama dia di situ. Dia memuja dan menyeru di jirat cina itu. Tiba-tiba dia melihat satu lembaga duduk bercangkung di jirat itu.. Badannya busuk dan dipenuhi kudis buta...
Terkejut dia melihat hantu cina tu.. Kebetulan dia dengar sebelum itu cina itu mati dan badannya dipenuhi kudis buta.. Dia dapat jugalah nombor sebabnya hantu cina tu tanya.. Jawab jugaklah dalam terketar-ketar. Hihihihihi.. Dia balik dan demam selama beberapa hari.. Sempat jugalah rasanya dia membeli nombor.. Tapinya macam biasalah. Memang tak kena. Hahhahahhahha. Setelah itu badannya mula ditumbuhi dengan kudis buta seperti hantu cina itu.. Setelah puas berubat di beberapa tempat akhirnya perlahan-lahan kudis butanya hilang.. Entah insaf entah tidak sekarang ni pokcik tak tahu.. Tak nak buat sebarang spekulasi takut jadi fitnah..
Kini pokcik berpindah ke rumah sendiri. Lama tak dengar cerita tentang menurun ni tapinya pokcik banyak keluar ke Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Terengganu dan sebagainya.. Keluar jalan-jalan.. Bukannya buat apa pun.. Suatu hari kawan orang rumah pokcik ajak orang rumah pokcik menemaninya pergi berubat. Katanya dia ada masalah dengan suaminya. Pokcik mengizinkan orang rumah pokcik pergi bersamanya.. Kali ini mereka pergi ke Pantai Sepat Kuantan untuk berubat...
Pokcik tak nak ambil tahu perihal tempat kawannya pergi berubat itu. Pokcik pun tak nak tanya jenis perubatan yang dibuat. Biarlah. Namun, apabila orang rumah pokcik balik ke rumah, dia bercerita tentang rawatan yang dijalankan. Katanya perawat itu menggunakan perantaraan. Dengan kata lain orang itu menggunakan kaedah menurun. Hihihihihi. Macam menarik pulak pokcik dengar.. Pokcik pun mula pasang telinga....
Mulanya apabila mereka tiba, mereka disambut oleh seorang lelaki yang agak berusia. Katanya klinik belum buka lagi.. Lebih kurang macam tu laa perbualannya.. Kemudian si pesakit dipersilakan duduk di hadapannya.. Si sakit bercerita tentang masalah yang dihadapinya. Kemudiannya lelaki itu membacakan Fatihah dan beberapa ayat lagi.. Setelah itu dia membakar kemenyan.. Asap naik berkepul-kepul... Semerbak laa rumahnya berbau kemenyan, kan.....
Setelah perasap lebih kurang tiba-tiba suaranya berubah.... Dia kini menjadi budak lelaki. Namanya Awang. Tudia jadi Awang pulak. Suara Awang perlahan sahaja. Lembut. Cakap budak kecil, kan.. Takkan kasar pulak... Awang beritahu ada pakaiannya dah hilang diambil oleh emak mertuanya. Emak mertuanya kenakan dia sebab nak pisahkan anak lelakinya dengan si sakit. Tudia aih Awang pun. Ganaih sangat.. Kini dia meminta dibawakan pakaiannya sebagai syarat untuk memulihkan sihir yang dikenakan..
Setelah itu lelaki itu pun sedar apabila si Awang meminta mengundurkan diri. Macam biasalah.. Apabila dah sedar, barulah si bomoh tanya apa yang dikatakan oleh si Awang.. Pesakit pun berceritalah dari A to Z. Setelah salam kokot maka baliklah si sakit bersama orang rumah pokcik. Setelah beberapa hari, waktu yang dijanjikan oleh mereka telah tiba. Kali ini dia nak bawa pokcik pergi sekali. Hahahahhaha.. Pokcik memang nak tengok laa kan.. Maklumlah, orang rumah pokcik dah bagi gambaran tentang cara pengubatan si bomoh itu kepada pokcik sebelum ini...
Akhirnya kami pun pergilah ke rumah yang berkenaan.. Kami bertolak selepas Maghrib ke sana kalau tak salah pokcik. Pokcik tengok sendiri apa yang berlaku.. Semua kaedah yang dilakukan itu sama seperti yang diceritakan oleh orang rumah pokcik sebelum ini. Setelah baju, kain dan beberapa barangan lain berada di hadapan si bomoh barulah upacara memanggil si Awang dilakukan.. Sebaik sahaja si bomoh berubah menjadi Awang barulah dia menjampi, meludah dan sebagainya pakaian tersebut.. Si Awang berpesan agar baju itu dihanyutkan ke laut....
Setelah berpesan, si bomoh pun tersedarlah. Macam biasalah, apabila sedar si bomoh akan bertanya apa yang disuruh oleh si Awang. Si pesakit sekali lagi akan bercerita dari A to Z apa yang berlaku.. Selesailah upacara pada malam itu dan kami memohon diri untuk pulang. Sepatutnya si sakit sendiri yang perlu melontar baju itu tetapi dia berasa takut. Jadinya dia meminta pokcik tolong buangkan. Tak apa laa.. Pokcik bersetuju. Apalah sangat nak buang baju dan pakaian. Bukannya berat pun. Hahahhahhahha...
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di bawah jambatan Tanjung Lumpur.. Jambatan Tanjung Lumpur menjadi saksi laa kononnya, pokcik buang baju dan pakaian si sakit.. Hahahhaha. Tak ada apa berlaku sebaik sahaja pokcik buang ke laut.. Tapinya kalau nak buat video, pokcik akan letakkan kabait dalam plastik tu.. Barulah real nampak asap naik. Silap-silap berlaku letupan lagi. Kakakkakkakakka... Gurau-gurau... Hihihihihi. Jangan marah aaa...
Setelah itu kami pun pulang ke rumah masing-masing. Agak-agak, adakah hubungan mereka suami isteri menjadi semakin baik? Jawapannya tidak. Si pesakit semakin menderita. Kalau dahulu, hubungannya dan suaminya sahaja yang retak, kini dia sering sakit-sakit.. Banyak jugaklah tempat dia usaha tetapi masih tidak menemui jalan penyudah. Akhirnya disebabkan terlalu kasihan melihat keadaannya dan anak-anak semakin tidak terurus, orang rumah pokcik mencadangkan agar dia meminta pokcik tolong ikhtiarkan..
Seingat pokcik, ada dua kali dia datang ke rumah. Kedua-duanya berkaitan dengan sakit tubuhnya dan dia begitu tidak tenteram. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Sampai sekarang pokcik tak dengar lagi kisah dia disihir oleh ibu mertuanya sebagaimana yang diceritakan dahulu sehinggakan rumahtangga mereka menjadi seperti retak menunggu pecah.. Alhamdulillah, lama dah dia tak datang ke rumah selepas itu.. Pokcik doakan dia dan suaminya kembali baik dan tidak lagi menaruh syak kepada si ibu mertua. Sekian perkongsian pada kali ini. Moga peroleh manfaat. Maaf andai ada terkasar bahasa dan sebagainya...
Moga berjumpa lagi.. Wallahuaklam.. Salam hormat.. Santaiiiiiiiii.....
KESINAMBUNGAN DARIPADA BLOGKU YANG TERDAHULU YANG BERKISAR TENTANG KUCING KESAYANGAN POKCIK. NAMUN BERMULA PADA TAHUN 2017 PULA BERKISAR TENTANG DUNIA MISTIK DENGAN MENGGUNAKAN GELARAN ' POKCIK '. SEMUA CATATAN DAN PERKONGSIAN KEBANYAKANNYA PENGALAMAN SENDIRI SERTA TIADA TOKOK TAMBAH. KESEMUA KISAH ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. SALAM HORMAT PARA SAHABAT DAN PENGUNJUNG BLOG INI.
Wednesday, 18 July 2018
Tuesday, 17 July 2018
JULIANA
30.6.2018
Santai pagi..
Kes Juliana Watiey
Seperti yang telah pokcik janjikan maka pokcik akan kongsikan perihal kes malam tadi yang melibatkan seorang lagi ahli group kita.. Maaf kerana pada kali ini pokcik tidak crop kerana sahabat semua sudah tahu siapa yang telah pokcik usahakan berdasarkan perbualan kami dalam group...
Nampaknya kali ini juga berkaitan sihir sehinggakan melibatkan masalah fizikal. Sepertimana yang pokcik beritahu dalam posting-posting sebelum ini sekiranya masalah terlalu lama, dengan kata lain jin yang menghuni dengan kita terlalu lama maka sudah tentu akan mendatangkan kesan terhadap fizikal..
Akan tetapi, dalam kes ini si Juliana bukannya berdiam diri sahaja. Ribuan ringgit dan pelbagai perawat beliau usahakan namun masih tidak berjodoh. Ujian Allah sebenarnya itu bagi menguji keimanan kita dan mungkin juga ingin menaikkan maqam kita dan tidak lupa juga kifarah atas dosa-dosa kita agar kita kembali kepadaNya.
Apa pun, alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pada malam tadi. Kasihan juga pokcik padanya. Betul apa yang dikatakan oleh perawat sebelum-sebelum ini kepadanya. Tahap gangguannya sudah berada pada tahap yang terlalu teruk... Namun begitu, kita kena pegang bahawa Allah Berkuasa atas Segalanya. Tiada Mustahil bagiNya.. Jadinya pokcik memohon kepada Allah agar Allah menyembuhkannya. Memang si Juliana penat laa. Kalau gangguan biasa sahaja, kebiasaannya si pesakit akan berasa segar seizinNya sekiranya tiada gangguan. Namun, kalau dah lama bersarang maka kesan pada fizikal setelah ketiadaan mereka, memang akan dirasai..
Apa pun, pokcik nak ucapkan jutaan terima kasih atas doa semua sahabat yang tidak jemu untuk mendoakan sahabat kita sebelum setiap ikhtiar dilakukan. Moga sahabat semua juga mendapat doa daripada para malaikat atas doa yang diberikan. Alhamdulillah juga doa sahabat, in shaa Allah diangkat dan diaaminkan oleh para malaikat dan mempermudah urusan si sakit... Sekian buat kali ini. Moga berjumpa lagi..
Walllahuaklam.. Salam hormat..
Santaiiiii...
TAK MAHU MENGUCAP
25.6.2018
Tidak mahu mengucap
Kes baru sahaja dalam pukul 12.40 tadi. Kes dari mana pun pokcik tak tahu sebabnya lupa pulak pokcik nak tanya...
Ni kes jiwa kosong.. Selalu menyendiri dan akhirnya diambil kesempatan oleh jin yang mengaku Islam. Namanya Azmi kononnya.. Walaupun jin Islam tetapi kalau dah nak ambil tahu perihal manusia pokcik beranggapan jin itu jin fasiq...
Jadinya, ibu bapa haruslah tekankan bab rohani agar jiwa mereka tidak kosong.. Apabila ada sedikit benteng, in shaa Allah PAYAH SIKIT jin nak mencelah biarpun bukannya mustahil...
Tak apalah.. Sekadar ingatan bersama sebabnya pokcik pun bukannya orang yang alim nak nasihatkan orang lain bagai. Cuma ingatan untuk pokcik juga agar lebih istiqomah kerana tiada daya upaya kita melainkan hanya Allah yang Berkuasa dan memberikan rahmat dan ehsanNya atas usaha kita..
Baru nak terlelap tadi dalam stor forklift.. Tak apalah no.. Sesekali maiii kes kecemasan. Layannnnnnnnnn...
Santaiiiiii...
Sunday, 15 July 2018
HARIMAU
14.7.2018
Kisah ini pernah pokcik kongsikan semasa pokcik menggunakan nama lama iaitu Gorgon Mystic di sebuah group mistik dahulu.. Masa tu pokcik rajin jugalah kongsikan tapinya macam biasalah, kalau kita kongsikan kadang kala akan timbul macam-macam telahan.. Nak kata orang yang dok cakap macam-macam tu buat posting, tak juga.. Mungkin depa ada tauliah mengondem orang saja kot.. Hahhahahahhaa. Jangan marah..
Kali ini destinasi pokcik adalah di Gunung Dato, Negeri Sembilan. Pokcik diberitahu bahawa di situ merupakan perkampungan bunian terbesar yang meliputi segitiga seperti Bermuda.. Salah satunya ialah Pulau Besar. Jadinya kunjungan kali ini semata-mata nak pastikan kesohehan cerita itu.. Pokcik membawa orang rumah pokcik kali ini. Ada sahabat dari KL, Melaka, dan Negeri Sembilan turut serta.. Kali ini kami pergi ke situ berlapan.. Orang rumah pokcik, pokcik tinggalkan di rumah sahabat di Negeri Sembilan...
Setelah berkumpul di sebuah kedai yang dijanjikan pokcik menghantar orang rumah pokcik ke rumah sahabat.. Sahabat inilah yang arrange aktiviti pada kali ini... Setelah semuanya sesudah selesai kami terus bertolak ke Gunung Dato.. Setibanya di sana, ada satu kumpulan lain sedang mengadakan kem. Entah kem apa, pokcik dan para sahabat tak bertanya laa pulak.. Tak ada kepentingan...
Kami terus mengumpulkan semua barangan yang telah dibawa di sebuah gazebo.. Antara peralatan yang dibawa ialah lilin, minyak wangi, bunga pelbagai jenis, kain kuning dan setanggi. Kami bahagikan beberapa orang di beberapa tempat.. Tak ada laa duduk ramai-ramai dalam satu-satu kawasan. Dok ramai-ramai pastu cari hantu mana hantu.. Pastu suluh sana sini.. Kami tak buat lagu tu.. Hihihihihi.. Jangan marah....
Ada yang diletakkan di atas sebuah batu besar, ada diletakkan di sebuah tempat air mengalir dan ada ditempatkan di bawah pokok besar.. Dalam banyak-banyak tempat tu, di bawah pokok besar memang ngeri sikit.. Hihihihi.. Dahulu, seorang sahabat dari Melaka pernah ditempatkan di bawah pokok besar di Hutan Lipur Panti.. Badannya disapu dengan minyak epal jin.. Memang sekejap je turun rambut panjang dari atas pokok tu... Kemudiannya lembaga tu mula menjilat epal jin yang disapunya dengan berselera sekali... Hihihihihi..
Sahabat yang ditempatkan di atas sebuah batu yang besar, mula menghamparkan kain kuning. Kemudiannya dia meratakan bunga yang terkumpul. Kalau tak salah pokcik, tujuh jenis bunga... Setelah itu, dibukanya minyak wangi.. Kalau tak salah, minyak attar.. Setelah semuanya tersedia maka dia mula membakar setanggi di empat penjuru kawasan yang dia duduk itu.. Kesemua yang dilakukan itu bagi menarik lembaga agar datang kepada mereka. Depa nak panggil bunian katanya tapinya entahlah apa yang akan muncul.. Kan.. Hihihihihi.....
Setelah itu pokcik dan dua orang sahabat lagi menghantar seorang lagi sahabat ke bawah sebatang pokok besar.. Kalau suluh ke atas, akar pokok yang terjuntai dah macam rambut pontianak dah.. Hahahhahahha... Dia pun melakukan perkara yang sama seperti sahabat tadi... Setelah selesai, barulah kami menghantar seorang lagi sahabat ke sebuah anak air berhampiran dengan gazebo tempat kami mula berkumpul tadi.. Pokcik dan tiga orang sahabat lagi, bahagian meronda.. Kami akan meronda selang sejam atau dua jam.. Bukan apa, bimbang juga sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti kerasukan, lari jauh ke dalam hutan dan sebagainya....
Setelah semuanya berjalan dengan lancar, tinggallah kami berempat di gazebo.. Boring pulak rasanya... Menurut sahabat pokcik, dia telah kautim dengan penghulu bunian di situ. Wallahuaklam.. Tipu dia maka tipulah pokcik.. Tiba-tiba pokcik dapat idea... Pokcik tanya kepada depa, nak tak tengok orang bunian kalau diizinkan... Depa bertiga setuju.. Pokcik pun buatlah mulut kumat-kamit kononnya membacakan sesuatu.. Hihihihihi, tiba-tiba terlihat cahaya lampu suluh..
Tudia aih.. Lampu suluh siapa pulak.. Takkan orang dari kem datang maiii.. Rasa macam tak logik pulak... Pokcik perhatikan bersama-sama tiga orang sahabat yang lain di gazebo itu.. Di Kiri kanan lembaga itu kelihatan sepasang mata yang bersinar seperti mata harimau. Mungkin ada dua ekor harimau yang mengekori lembaga itu.. Dalam kegelapan dan sesekali cahaya lampu suluh yang dibawa oleh lembaga itu, kelihatan pakaiannya berwarna hijau.. Susuknya lebih tinggi sedikit daripada kita.. Dengan kata lain macam badan Tok Arab gitu.. Hihihihihi... Pokcik tunjukkan dengan jari ke arah lembaga itu.. Sahabat yang lain turut menganggukkan kepala.. Bukan halusinasi pokcik laa kan.. Hahahhahhahaha..
Susuk itu membelok sebaik sahaja nak sampai ke arah sahabat pokcik yang berada berhampiran dengan anak air.. Lama-kelamaan hilanglah daripada penglihatan kami. Entah kemana susuk itu pergi.. Sahabat pokcik berkata, itulah penghulu bunian yang dia jumpa dan kautim.. Dia memintanya menjaga keseluruhan kawasan empat penjuru yang dipagar.. Wallahuaklam.. Tipu dia maka tipulah pokcik.. Setelah itu timbul pula idea untuk mengenakan sahabat pokcik yang berada berhampiran dengan anak air itu.. Pokcik tengok dia pun dah lelap.. Entah terawangan, entah apa agaknya yaa..
Pokcik pun terus mengambil setanggi. Disebabkan makhluk tadi hilang berhampiran dengan sahabat yang tidur tadi maka pokcik mengambil beberapa batang setanggi untuk dipacakkan disekeliling sahabat pokcik tadi.. Pokcik pun turun dari atas bukit dan meluru ke arah sahabat pokcik itu.. Dia sedang tidur dengan nyenyaknya.. Pokcik terus membakar setanggi di empat penjuru sahabat itu.. Setelah itu, pokcik naik semula ke atas. Kami mengintai dari jauh apa yang akan berlaku.. Tidak lama Kemudian kami melihat bara nyalaan api setanggi menjadi marak.. Seperti ada sesuatu yang menghirup asap setanggi dengan rakus sekali.. Setanggi seperti menyala dan apinya seolah-olah naik menari-nari ke atas udara..
Kami perhatikan sahaja namun tak nampak lembaga yang sedang menghirup asap setanggi itu.. Tak lama kemudian habislah setanggi dibakar.. Pokcik tak puas hati sebab tak dapat melihat lembaga itu.. Kali ini pokcik mengambil keputusan untuk berada di tempat sahabat pokcik yang sedang tidur itu.. Pokcik membawa beberapa batang setanggi bersama. Memang pokcik nekad nak berdepan dengan lembaga itu.. Suasana menjadi hening.. Mungkin ketika itu, waktu sudahpun menjangkau pukul tiga pagi... Pokcik terus mencacakkan sebanyak mungkin setanggi di sekeliling pokcik... Sahabat pokcik masih tidur dan tidak tahu apa yang berlaku..
Tiba-tiba sahabat pokcik mengomel dalam bahasa yang tidak berbutir.. Entah kena rasuk atau kena sampuk masa tu.. Matanya masih terpejam.. Pokcik tak mahu layan sangat. Kecualilah dia bingkas bangun dan duduk. Masa tu barulah gamaknya fikirkan apa yang seharusnya pokcik lakukan... Dalam keadaan hening tu, mulutnya tak berhenti mengomel sahaja.. Hahahhaha.. Dia sebenarnya tak tahu pun apa yang dia cakapkan tu.. Tiba-tiba pokcik melihat sepasang mata yang merah menyala datang dari arah air mengalir... Lembaga itu tidak kelihatan. Hanya matanya sahaja yang merah menyala...
Pokcik tak dapat meneka dengan tepat bentuk lembaga itu.. Kalau binatang, sudah tentu paras ketinggiannya seperti seekor harimau. Kalau lembaga lain atau jin lain, sudah tentu kedatangannya secara merangkak, meniarap atau mengesot.. Pokcik perhatikan sahaja. Mata itu terus mundar-mandir tidak jauh dari pokcik. Dia tidak mahu datang dekat.. Pokcik tahu bahawa kedatangannya adalah kerana nak sedut asap setanggi tu tapinya pokcik ada di situ.. Dia mundar-mandir sahaja tak mahu rapat..
Dalam keadaan hening tu tiba-tiba, kawan pokcik bingkas duduk. Adehhhh potong stim betul... Katanya dia terasa seperti hampir ditindih.. Ketika tidur tu rupa-rupanya dia terawangan.. Dia melihat bangunan kaca yang indah.. Tiada hutan yang kelihatan.. Rupa-rupanya dia tidur di tengah-tengah bandar.. Datanglah orang mereka macam menegur laa perbuatannya tidur di tengah bandar... Dia bercakap dalam keadaan tak sedar itu kemungkinan besar ketika dia sedang bercakap dengan orang di sebelah sana.. Wallahuaklam..
Setelah itu sahabat pokcik sambung tidur. Dia nak sambung terawangan lagi gamaknya. Mata tadi entah hilang ke mana. Pokcik pun bergerak ke arah sahabat-sahabat yang lain. Pokcik nak tengok keadaan mereka. Manalah tahu, ada yang kerasukan.. Hihihihi.. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku.. Kental juga sahabat-sahabat pokcik.. Setelah melihat semuanya terkawal, pokcik kembali ke gazebo.. Tunggu di situ agak lama dan apabila pokcik tengok masing-masing mata dah layu maka pokcik pun ajak laa depa balik. Gamaknya dah hampir pukul empat setengah pagi...
Depa kata, selepas pukul 4.30 pagi pintu atau gerbang ghoib ditutup.. Memang malam tu pokcik tak tidur pun.. Huhuhuhuhu... Mula-mula pokcik dan dua orang sahabat lain seingat pokcik laa, piii kejutkan sahabat yang lena tu. Tengok dia dok mamai dan duduk maka pokcik pun pergilah ke arah sahabat-sahabat yang lain. Setelah semuanya berkumpul, masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing pada malam itu..
Yang berada di atas batu, katanya dia didatangi oleh seseorang. Pokcik lupa dah jin mana yang datang tu, nanti kalau pokcik mereka cerita dah jadi BOHONG dan nak menyedapkan cerita. Katanya dia diberi bebola api. Wallahuaklam. BOHONG dia maka BOHONG laa pokcik. Gamaknya sejenis jurus laa kan.. Sebabnya dia dan seorang sahabat pokcik ni dok main gerak rasa pulak selepas itu di gazebo... Seorang lagi sahabat di bawah pokok itu, dia dapat penat sahaja dengan ditemani gigitan nyamuk.. Hahahhahhahhaa...
Tapinya dia diusik oleh lembaga yang menghuni di pokok besar itu beberapa kali. Sahabat pokcik yang terawangan itu turut menceritakan pengalamannya. Alhamdulillah pelbagai pengalaman yang tak dapat dijual beli diperoleh oleh para sahabat. Pengalaman ini ditempuh sendiri dan bukannya mendengar cerita yang belum tentu kesohehan dan kebenaran ceritanya. Setelah itu kami pun bergerak pulang. Sempat lagi kami singgah di kedai mamak sambil pekena roti canai.. Sempat jugalah kami bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Entah hilang ke mana gambar itu. Kalau tak salah, pokcik pernah hantar gambar itu dalam group sebelum ini sebelum akaun fb pokcik kena hacked..
Sebelum masing-masing tiba ke destinasi yang dituju, kami singgah ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh. Gamaknya terkejut pak imam melihat kami. Dengan sorang-sorang memakai jeans atau seluar sukan. Hahahhaha.. Itulah secebis kisah, pengalaman pokcik dahulu bersama-sama dengan para sahabat dari KL, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. In shaa Allah, kalau ada masa pokcik kongsikan lagi... In shaa Allah..
Wallahuaklam.. Salam hormat...
Santaiiii.
Friday, 6 July 2018
DISAPA MAKHLUK BERBULU
16.4.2018
Dua hari lepas pokcik pergi memancing di Balok bersama sahabat pokcik.. Kami balik dalam lingkungan pukul 1.40 pagi...
Sahabat pokcik ini dahulunya peronda di LPT dan berhenti kerja selepas membuka sebuah kedai... Nak dijadikan cerita, masa dia kerja dahulu, banyak berlaku kemalangan akibat daripada kemasukan lembu di atas lebuh raya..
Lembu akan tidur di atas jalan yang panas dan ada ketikanya kereta bertembung dengan lembu-lembu ini.. Dia dan beberapa orang sahabat yang lain ditugaskan untuk mengambil tindakan terhadap lembu yang berkeliaran di atas lebuh raya itu....
Berbalik pada cerita pokcik..
Dalam perjalanan pulang pada pagi itu, kami sampai ke suatu bukit di bahagian tepi lebuh raya itu.. Kata sahabat pokcik, di situlah dia dan dua orang rakannya yang lain mengintai lembu-lembu itu.. Dia dan rakannya akan berpecah dan masing-masing meniarap untuk menembak lembu yang berkeliaran....
Pada suatu malam, ketika sedang meniarap dia disergah dari belakang...
Woiii buat gapo tu, sergah satu suara dari belakangnya..
Sahabat pokcik tak melayan... Dia tahu itu bukan suara kawannya..
Apabila dia tak mengendahkan sergahan itu, suara itu bertambah kuat kerana marah tidak dipedulikan..
Hooiii buat gapo tu? Kata suara itu sambil tangannya menampar belakang sahabat pokcik..
Perit rasa tamparan yang kuat itu...
Jangan kacau laa, kata sahabat pokcik.
Boleh aku meniarap sama, kata suara itu..
Sahabat pokcik buat tak tahu.. Tiba-tiba sebuah kereta berwarna putih lalu di situ... Kereta itu memasang lampu tinggi.. Ketika itu sahabat pokcik dapat lihat dengan jelas makhluk itu..
Tangannya berbulu lebat.. Dia kini berada seperti di bawah perut lembaga itu. Lembaga itu berdiri di belakangnya dan sahabat pokcik meniarap di bawah....
Sahabat pokcik tidak dapat berbuat apa-apa.. Nak lari macam mana, kata sahabat pokcik sambil ketawa... Hahhahahhahha...
Akhirnya terdengar tembakan.. Sahabatnya yang lain melepaskan satu tembakan.. Tembak apa tak tahu laa kan.. Hihihi.. Lembaga itu masih tidak lari.. Tiba-tiba sahabatnya melepaskan sedas lagi tembakan.. Ketika itu barulah lembaga itu menghilangkan diri..Sahabat pokcik mengambil peluang itu untuk lari ke arah keretanya dan tidur di situ sementata menunggu dua orang lagi sahabatnya...
Itulah secebis pengalaman sahabat pokcik. Biasanya peronda atau polis yang bertugas di lebuh raya akan berjumpa dengan kejadian aneh dan misteri.. Ada ke polis lebuh raya dalam ni?
Kalau ada bolehlah kongsikan pengalaman.. Sahabat lain yang nak kongsi juga dialu-alukan.. Silakan semua.. Salam hormat
EKOR ULAR
5.7.2018
Tadi
pokcik ada sesi bersama DMFK pagi tadi bersama-sama dengan pemandu forklift professional semalaysia.Lama jugak laa, dari pukul 8.30 sampai lebih kurang pukul 2.30 petang.. Pokcik takkan nak kongsikan bab dia bagi motivasi kat semua pemandu supaya jangan tidur sangat dalam stor.. Kan.. Kita kan group mistik.. Hihihihihi...
Antara yang dikongsikan bersama ialah tentang paranormal.. Menurut beliau, antara punca berlaku kes paranormal/sihir:
1. Angkara bomoh atau ahli sihir
2. Gangguan jin liar
3. Kita seru
- Amalan
4. Sihir makhluk
- Termasuklah binatang yg dianiaya
5. Saka
Apabila berlaku kes paranormal ini sudah tentu kita akan mencari perawat dan sebagainya.. Ada yang alhamdulillah sembuh seizinNya. Ada juga dah berjumpa dengan pelbagai perawat namun keadaannya macam itu juga. Bukan sahaja keadaan sakit tidak berubah malahan ada juga yang bertambah sakit..
Kita kenalah berusaha kerana:
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam shahihnya, dari shahabat Abu Hurairah bahwasanya Nabi bersabda,
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شَفَاءً
“Tidaklah Allah turunkan penyakit kecuali Allah turunkan pula ubatnya”
Dari riwayat Imam Muslim dari Jabir bin Abdillah dia berkata bahwa Nabi bersabda,
لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ، فَإِذَا أَصَابَ الدَّوَاءُ الدَّاءَ، بَرَأَ بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Setiap penyakit pasti memiliki obat. Bila sebuah ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (HR. Muslim)
Beliau berkata selalunya ubat kepada sakit atau penyakit kita itu ada berhampiran dengan diri kita atau puncanya..
Sebagai contoh, bagi menghilangkan pedas lada. Penawarnya ialah tangkai lada itu sendiri.. Tangkai itu ditumbuk bersama lada itu..
Ubat bagi patukan ular.. Cari ular berkenan dan bunuh. Kemudiannya potong sedikit ekor ular itu lalu ditelan. In shaa Allah.. Begitu juga dengan kolesterol.. Katanya antara punca atau makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi ialah udang.. Kajian menunjukkan ubat yang berkesan ialah kulit udang itu sendiri.. Kini kulit udang diproses menjadi ubat melawan kolesterol...
Memurutnya lagi, suatu hari Ustaz Hassan Basri dikunjungi oleh beberapa orang bagi meminta nasihatnya..
Antara yang datang ialah pemuda yang mempunyai masalah rumahtangga.. Dia meminta nasihat ustaz..
Jawapannya :
Balik rumah buat solat taubat dan istighfar sebanyak 100 kali sebelum tidur serta memaafkan orang lain...
Apabila datang lagi yang mempunyai masalah tentang kebun dan ternakan.. Jawapannya tetap sama.. Begitulah nasihat yang sama diberikan oleh ustaz terhadap beberapa orang lain yang datang berjumpa beliau...
Jadinya, kita berbalik kepada perkongsian pokcik di atas. Semua masalah sama ada fizikal atau mistik ada ubatnya. Ubat itu selalunya berkaitan dengan punca masalah.. Akan tetapi, sekiranya semua usaha dah dijalankan dan dibuat namun masih belum temui penyelesaiannya maka kita kembali kepadaNya dan memuhasabah diri..
Mulakan dengan solat taubat dan istighfar 100 kali sebelum tidur serta memaafkan semua orang.. Jadikan amalan tiap-tiap malam.. In shaa Allah, Allah akan memberikan rahmat dan ehsanNya..
Akhir sekali, sekiranya kita rasa ada orang membuat khianat, benci, iri hati, memandang serong dan sebagainya dan kita tahu orang yang berkenaan maka berdoalah selama 40 hari atau sedekahlah AlFatihah selama 40 hari kepadanya, in shaa Allah, benci dia kepada kita akan jadi biasa, sekiranya biasa sahaja, dia akan menjadi sayang dan sekiranya sayang, kasihnya akan bertaup dan bersemi kepada kita.. In shaa Allah..
Sekian perkongsian pada kali ini. Moga memperoleh manfaat. Wallahuaklam.
Salam hormat..
Santaiiiiiiiiii....
Thursday, 5 July 2018
VOODOO
21.6.2018
Selamat petang semua. Semalam pokcik beraya di rumah sahabat. Dia balik ke sini beraya kali ini. Maklumlah lama tak jumpa dengan sahabat pokcik ni sebabnya dia tinggal dan bekerja di Pulau Pinang. Cerita kami berkisar perihal memancing sebabnya dia pun kaki memancing juga terutama mancing laut dalam.
Trip baru-baru ini dia ke Rompin bersama seorang sahabat dari KL yang pokcik kenali. Kenal pun sebabnya kami pernah pergi memancing bersama-sama trip memancing di Pekan Pahang. Lama juga pokcik tak dengar kisah sahabat pokcik tu sejak dia dikatakan berkahwin ramai.. Kena IKAT dengan bini agaknya. Hahahhahha..
Nak dijadikan cerita, ketika dia memancing bersama sahabat pokcik yang pokcik pi beraya semalam ada suatu kejadian aneh berlaku. Ketika sedang memegang jorannya tiba-tiba tangan dia sakit dan tak boleh di angkat. Dia mengaduh kesakitan. Dia buat lagi, katanya sambil memegang tangannya. Sahabat pokcik ni terkejut melihat keadaannya itu. Kenapa, soal sahabat pokcik itu..
Dia pun menceritakan perihal dirinya. Kerjanya kini terumbang-ambing. Dia dibenci oleh majikannya sehingga ditukarkan dari DEPARTMENTnya. Orang rumahnya semua dia benci secara tiba-tiba. Dua orang, orang rumahnya diceraikan. Kini dia kahwin seorang lagi. Sejak itu, dia dan keluarga sering diserang. Maksudnya dia, isteri dan anaknya sering kena VODOO. Setiap perawat yang dia pergi menyatakan dia kena VODOO oleh salah seorang bekas isterinya..
Kini mereka sekeluarga seperti dah tahu apabila kena VOODOO itu. Tak kira, si isteri ataupun si anak. Bila-bila masa free si penghantar vodoo itu, pasti dia akan hantar. Maksudnya ikut suka hati saja tanpa mengira masa. Hihihihihi.. Tak kiralah siapa pun yang buat, yang pastinya dia melakukan satu dosa besar dengan melakukan perkara syirik.
Tadi baru sahaja pokcik menerima panggilan daripadanya. Mungkin ini kes yang pokcik akan beri keutamaan.. In shaa Allah.. Lama juga pokcik tak dapat kes VOODOO. Ingatkan nak panaskan badan sikit. Maklumlah orang tua kalau lama tak bersenam, badannya lemau dan sakit-sakit. Moga Allah permudahkan urusan kami nanti..Salam hormat.
Santaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
MIMPI LIPAN BESAR
2.5.2018
Ni kes semalam... 1.5.2018
Sy bru join group rawatan tu. Ramai yg panggil encik ni pokcik jd sy pn pnggil pokcik lah ye.. Sy ada masalah brkaitan saka. Yang sy memang takpernah tahu dari kecil shingga lah bulan lepas.. Ad seorang akak ni. Isteri kawan suami sy.. Dia blh ngubat tp dia ad damping. Sebab bila ngubat orang dia cakap loghat indonesia. Dia bgitahu yg sy ada saka. Dia bgthu suami sy. Sy ada lah jumpa dia..
Sebab haid sy sebulan tnpa henti.. Dia kata saka tu makan rahim sy. Dia bg sy mandi air limau dan garam.
Lepas dah tahu hidup sy jadi tak tentu hala. Tak tenang. Stress bnyak fikir. Sampai sy fikir nak mati.. Macam dah tak boleh kawal diri.. Suami sy risau bwa sy jumpa ustaz di perak jugak. Sy org perak pokcik. Tp mlam sebelum jumpa ustaz tu sy mimpi anjing dan anjing tu mengawan.. Ap maksud nya tu pokcik?
Esoknya sy pn jmpa ustaz, ustaz tu rawatan dia, macam mana ya sy nk cakap.
Banyak cakap bahasa melayu, berselawat.. Mungkin kaedah rawatan macam2 cara kot kan. Tp memang terasa sesuatu kluar dri badan.. Rasa kosong. Tenang lpstu. Cumanya untuk buang saka ustaz tu suh bawak air kolah 7 masjid. N bayaran 170rm untk dia sedekah kpada masjid. Untk panjangkn doa supaya saya makin sihat.
Tapi yang sy tahu la orang2 kata kena buang/musnahkan barang saka tu bru btul.. Ke macam mana pokcik? Tadi pulak ad org scan jarak jauh.. Bgthu ada barang kt rumah mak sy.. Mak sy pun tak tahu dia ada saka apa semua ni pokcik.. Macam mana nak cari apa benda tu ye.. Sy taknak saka apa benda ni. Sy nak hidup dengan tenang beribadah kepada allah.. Sekarang haid sy jadi balik.. Lebih dri hari yg biasa. Pinggang pun mengilu2 sakit..
Lepas sy jumpa ustaz lg macam2 mimpi sy alami. Lipan besar tp ad org bunuhkn.. Ular pandang sy tapi mak sy ambil ular tu. Mimpi kekubur tapi ad pmpuan bg makan burger 😅 pokcik. N mak sy menyusukan sy lepas dia tahu sy makan burger kt kubur tu.. Ap maksud mimpi2 tu pokcik.. Bru 2,3 hri lepas mmpi kakak sy kena rasuk.. Dan org tua pegang ibu jari sy n bgthu sy ad benda..
JADINYA.......................................
Malam tadi dalam pukul 10.03 malam pokcik menghubunginya.. Bukan apa, sekadar ehsan sesama insan. Tambahan pula, dia ahli group kita.. Kan... Setelah bertanya pendapat ahli group kita maka pokcik terus mesej hamba Allah ini..Haih, lambat juga berbalas mesej pokcik. Talian kot. Hihihihi... Setelah menunggu sekian lama akhirnya mesej berbalas. Alhamdulillah. Sebab tu kena sabar.. Hahahhahhahha.. Apabila mesej berbalas, pokcik menyatakan bahawa pokcik akan usahakannya secara jarak jauh. Terkejut juga sahabat kita ni.. Hihihihi..
Biarlah tu kan.. Dah mesej pokcik minta gambarnya. Adussss handsetnya buat masalah pulak. Mesej lepas. Gambar tak lepas setelah diusahakan berkali-kali. Dugaan. Handset suaminya pun sama.. Dia dah seram sejuk. Kalau merasuk jenuhlah pokcik.. Hihihihi..
Biasa sahaja kejadian ni. Sahabat kita, Norman Malik rosak handsetnya ketika menghubungi pokcik atas satu urusan. Rosak sampai sekarang katanya.. Sabar je laa permainan jin. Goyang gamaknya.. Goyang buat apa jin tu pun. Pokcik bukannya pak lebai atau alim ulamak. Manusia biasa yang banyak dosa sahaja. Namun, in shaa Allah sentiasa mengingati dosa dan berusaha menjadi insan yang lebih baik..Baiklah.. Pokcik akan teruskan.. Sebaik sahaja pokcik nak mulakan ikhtiar, kelihatan dari ekor mata satu lintasan bayang hitam di belakang pokcik... Nak survey laa tu kan.. Hahhahahhahha. Ikutlah.. Tiada apa yang boleh memudaratkan kita tanpa seizin Allah.. Pokcik teruskan juga.. Alhamdulillah Allah permudahkan..
Pagi ni sekali lagi pokcik mesej untuk bertanyakan khabar. Biasalah kan. Dah usahakan tu, kenalah bertanggungjawab. Jangan pulak, ikut suka hang laa ok kaa tak ok. Duit hang aku sapu dah.. Kakakkakkakakka. Bukan perawat di Malaysia, di Mongolia nu. Kat Malaysia semuanya ok.. Hihi...Alhamdulillah Allah permudahkan niat yang baik.. Terima kasih atas sokongan, dorongan dan doa sahabat semua.. Anda terbaikkkk.. Wassalam...
Santai
SAKIT
2.7.2018
Santai malam....
Kali ini kita cerita perihal teknik dan keberkesanan.. Teknik mempengaruhi keberkesanan seizinNya. Memang laa semuanya seizin Allah, tetapi Allah suruh letakkan sesuatu pada tempatnya... Macam pokcik cakap sebelum-sebelum ini, kalau dah sakit kepala, kita makan julab, apa berlaku.. Dah tentu kesannya berbeza daripada keadaan sakit kita.. Sama juga kalau kita luka pada bahagian kaki, kita sapukan ubat luka pada dahi lalu membalut dahi kita... Adakah kesannya sama dengan kita basuh luka, menyapu ubat pada bahagian kaki tadi dan membalutnya?
Satgi ada pulak yang dok kata ILMU ALLAH LUAS biarpun lutut kurang gris dicucuk gris di belakang tengkuk. Apabila kita bicara hal ini secara telus, jujur dan terbuka, ada pulak kata kita nak pertikaikan cara orang. Kononnya cara kita sahaja yang betul dan bagus. Kan. Bukan cerita bagus tak bagus sebabnya kita semua faham bahawa sembuh tak sembuh itu hak Allah dan kita hanya ikhtiar.. NAMUN, macam pokcik cakap di atas, nak ikhtiar biarlah kena dengan gaya...
Apa pun, rasanya orang tidak akan mempertikaikan kaedah dan cara kita selagi tidak MENYUSAHKAN, tidak MENYAKITKAN, tidak MENYALAHI SYARIAT, tidak MEMBEBANKAN, tidak KAYANGAN dan tidak BANYAK TEORI DARIPADA PRAKTIKAL. Bukan apa, pokcik rasa pesakit boleh terima walaupun mereka tidak sembuh tetapi janganlah ada apa yang pokcik tulis di atas ini...
Oleh sebab pokcik cerita bab teknik dan keberkesanan maka pokcik hanya akan tumpukan bab itu sahaja.. Kalau sekadar cerita kosong maka tak kenalah kan.. Orang kata TEORI sahaja.. Padahal hakikat sebenar, TEORI kadang kala terpaksa diletakkan di tepi kerana PELAKSANAAN biasanya bergantung kepada SITUASI SEBENAR SEMASA KEJADIAN..
Pokcik pernah ke Terengganu. Pokcik tak ingat apa tujuan.. Mungkin nak makan SATA atau keropok lekor di sana agaknya sambil beralih angin. Sesampai di suatu tempat, pokcik pun nampaklah papan tanda... PUSAT PERUBATAN ISLAM **************.Ok cantik sangatlah. Pokcik pun mengajak adik ipar pokcik ke situ. Sesampainya kami, dah tentulah mengikut giliran dahulu.. Setelah tiba giliran, kami pun dipersilakan masuk.. Ada laa cerita perawat tentang pesakit yang datang dari Brunei, Singapore dan seluruh Malaysia ke situ..
OK laa tu kan.. Bab cerita tu pokcik tak kisah sangat selagi CAKAP SERUPA BIKIN. Mula-mula adik ipar pokcik ceritakan perihal dia ada rasa diekori. Selepas habis cerita, kakinya dipegang oleh PERAWAT ISLAM BERJUBAH tu. Darurat AGAKNYA BAGI DIA. Tambahan pula adik ipar perempuan pokcik ni putih melepak. Dia pun terus picit tapak kaki. Apabila kena titiknya sakit le... Dia pun cakap setan tu sakit. Selepas itu pokcik pun kata, saya rasa ada saka laa.. Dia kata baiklah.. Tapak kaki pokcik pun dipulas. Mula-mula slow. Pokcik buat tak tahu. Lama-lama makin kuat sehinggakan keluar urat dahinya menekan.. Haaa barulah rasa sikit.. Macam biasalah.. Dah rasa sakit tu setannya laa yang sakit...
Setelah itu kami diberikan dua botol air telaga. Dapatlah duit salam kokot. Pokcik pun terfikir-fikir. Saka dipicit kaki, dampingan dipicit kaki, sakit pinggang dipicit kaki, mata bermasalah kononnya gangguan, dipicit kaki, ada masalah dalam rahim akibat gangguan, dipicit kaki. Pendek kata kalau pesakit datang dengan dua puluh jenis sakit yang berbeza pun.. Caranya picit kaki hingga si sakit cakap.. Aduhhhh.. Haa setan atau jin laa tu yang sakit... Jadinya pokcik balik semula tentang tajuk... TEKNIK DAN KEBERKESANAN. Bukannya nak perikaikan CARA. Macam pokcik cakap tadi, kalau orang tak SAKIT rasanya perkara ini tidak akan timbul. Orang faham bab kesembuhan tetapi tak boleh terima bab KESAKITAN tetapi keadaan macam tu juga...
Kali ini pokcik pergi ke Alor Akar. Katanya perubatan menggunakan serai. Menarik tu. Kebetulan ada pesakit dikatakan kena dengan pontianak... Diletakkan serai sekali dengan akar yang keras lalu dikepitkan di celah dua jari kaki. Pesakit menjerit maka jin itu sakit. Pesakit pontianak dikepit, sakit gila dikepit, saka dikepit, sakit pinggang mungkin ada hantu di situ, dikepit, sakit bahu mungkin ada hantu bertenggek dikepit. Pendek kata semuanya dikepit sebab kebetulan, sebelum pokcik ada lebih kurang 5 atau enam orang agaknya.. Semuanya dikepit hingga pesakit jerit. Pokcik tengok tak ada seorang pun tak jerit sebab sakit. Agaknya letak Ustaz Don di situ pun menjerit melolong sebab kaki dikepit.. Bukan nak perikaikan kalau TAK SAKIT dan sembuh seizinNya.
Pesakit di Kampung Padang cerita di pergi ke Pekan Pahang.. Kali ini kakinya di kepit dengan diletakkan kayu atau ranting di celah jari kaki. Sama juga. Semua sakit dibuat dengan cara yang sama.. Sahabat boleh faham sendiri bagaimana rasanya agaknya. Cubalah suruh adik, abang, kakak, atau ayah kita buat di kaki kita.. Rasanya macam mana agaknya. Jangan menjerit.. Kalau menjerit ada hantu pada sahabat... Sama jugaklah. Semua sakit kaedahnya kepit sampai menjerit... Begitu jugaklah kaedah letakkan duri landak di celah jari kaki yang pokcik pernah tengok. Kepit dan lalukan di celah jari tu.. Kalau menjerit maksudnya adalah jin jembalang bagai pada sahabat..
Satgi ada pulak kata pokcik dok pertikaikan cara orang. Itu cara depa.. Sejujurnya, pendapat pokcik, kalau kaedah itu MENYAKITKAN atau mengakibatkan kecederaan fizikal pada pesakit maka mereka langsung TIDAK LAYAK digelar perawat.. Kalau rasa dok lakukan kaedah tunggu orang jerit dan kata ada hantu, elok berhentilah merawat.. Bolehlah tukar profession jadi AHLI GUSTI atau ceburkan diri dalam sukan tinju atau tomoi... Macam pokcik cakap beberapa kali di atas, orang mungkin faham bab kesembuhan tetapi kalau dengan cara MENYAKITKAN tetapi sakit masih macam tu, maka masa itulah baru timbul cerita...
Betul ke agaknya?
Hihihihihi... Entahlah kan. Buka fikiran dan fikir secara terbuka dan matang... Barulah berikan jawapan...
Jangan marah.. Rasanya perawat kini OK dan sempoiii.. Kan... Hihihihihi..
Wallahuaklam.. Salam hormat...
Santaiiiiiiiii.....
Saturday, 24 March 2018
MENGAKU DIRI HAIWAN
Kali ini pokcik nak kongsikan perihal kes empat hari lepas. Ketika itu pokcik sedang minum dan berbual santai dengan pemilik kedai makan itu. Sedang bersembang tiba-tiba salah seorang pekerja barunya pengsan. Pekerja barunya itu dahulunya bekerja di Johor dan tinggal dengan kakak dan abang angkatnya.
Salah satu kepelikan abang angkatnya ialah boleh berkomunikasi dengan binatang. Yang tu ok lagi. Sebabnya pokcik pun boleh panggil ayam datang. Kruuu kkruu sambil tabur beras. Soheh ayam datang. Hihihihi... Yang tak boleh diterima akal ialah abang angkatnya itu mengaku dia binatang dan ingin menjadi manusia. Hahaha.. Macam-macam.
Berbalik kepada kisah ini. Apabila dia pengsan maka pokcik, tuan kedai dan salah seorang pekerjanya terus mengangkatnya masuk ke dalam bilik. Takkan nak biarkan dia terbaring atas lantai macam tu saja. Muda pulak tu dan agak cantik. Umur baru 25. Kiranya pangkat cucu laa dengan pokcik. Hihihihi...
Kami letakkan dia di atas tilam. Bibirnya kelihatan pucat. Kini tinggal kami berempat di dalam bilik iaitu pokcik, tuan kedai dan isterinya serta pekerjanya yang pengsan itu. Darah rendah ni, kata tuan kedai. Dia bercadang membawa pekerjanya itu ke klinik. Namun pokcik dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena pada diri hamba Allah itu..
Tak lama kemudian dia pun sedar dan nak bangun untuk bekerja semula. Tuan kedai memintanya berehat dulu. Apa yang pokcik rasakan itu pokcik nyatakan kepada tuan kedai. Tuan kedai terus bertanya kepada hamba Allah itu adakah dia selalu pengsan ketika bekerja di Johor. Ya, kata hamba Allah itu. Kemudian isteri tuan kedai bersuara. Pak Ustaz nak tengok apa yang ada pada awak. Adehhh sejak bila pokcik jadi ustaz tak tahu laa. Hahahaahahha.
Dia membenarkan. Pokcik dapat mengesan kehadiran saka. Adusss jadi kerja pulak kali ini. Dia akhirnya mengaku. Ayahnya telah meletakkan sesuatu di belakangnya dengan menggunakan minyak wangi.. Katanya dia akan menjadi kebal dan tidak terkesan walaupun dipukul. Tudiaaa.. Hahahahahhaha. Katanya dia juga ada kebolehan untuk merasa batu cincin yang berkhadam atau pun tidak.
Kemudian isteri tuan kedai bersuara. Pak Ustaz nak buang jin jahat pada awak. Jin baik pak ustaz akan biarkan. Huhuhuhu. Pokcik pun tak faham pemikiran depa. Ada jin baik jin jahat pulak dok berdamping dengan manusia. Kali ini cepat-cepat pokcik potong cakapnya. Jin yang berdamping dengan manusia tak ada jin baik. Mana ada, pokcik akan rembat semua kalau Allah izin. Dia setuju. Tambahan pula jin tu dah mula hisap darahnya. Habis lebam badannya.
Badan kebal dengan serangan fizikal tetapi ada upahnya. Setelah mengheningkan diri sebentar pokcik terus ikhtiar pagarkannya. Dia mula memejamkan mata. Matanya tertutup rapat seperti sedang tidur. Setelah membacakan beberapa potong ayat, dia mula dapat rasakan badannya terangkat dan terapung di udara. Makin lama makin jauh dia rasa dirinya dibawa. Suara pokcik semakin lama semakin jauh dia dengari. Mungkin apa yang dia rasai itu sebenarnya apa yang dialami oleh saka itu..
Tidak lama kemudian barulah dia membuka matanya. Pokcik meminta dia duduk membelakangi pokcik. Kali ini pokcik ingin usahakan membuang sisa amalan yang disapu dengan minyak wangi oleh ayahnya itu. Kali ini pokcik makrifatkan membuka pakaian dirinya itu, membakar dan mencabutnya seizin Allah. Percubaan kali pertama naik sampai ke belakang tengkuk sahaja. Tak lepas kata si sakit. Naik sekerat dan lekat di belakang tengkuk, tambahnya lagi...
Percubaan kali kedua juga gagal. Melekat seketul di dalam kepalanya. Dia memegang kepalanya yang mula sakit. Alhamdulillah tak merasuk. Hihihi.. Kali ketiga pokcik iktiarkan. Alhamdulillah, ketulan itu naik dan berjaya dicabut keluar seizin Allah. Alhamdulillah. Ringan katanya. Sehingga posting ini ditulis alhamdulillah dia tidak lagi pengsan. Tiada lagi darahnya dihisap. Kemahirannya merasa keberadaan khadam dalam batu cincin juga turut hilang.
Sekian perkongsian pada kali ini. Moga beroleh manfaat. Nak pendinding agar anak jaga diri, berikan pengetahuan agama yang secukupnya dan bukannya letakkan jin untuk menjaga anak. Sesungguhnya kepada Allah sajalah kita memohon perlindungan dan pertolongan. Moga berjumpa lagi. Salam hormat. Wallahuaklam..
Tamat....
Friday, 23 March 2018
DIPANCUNG BANGUN KEMBALI
Dua hari pokcik sengaja pokcik diam untuk bagi peluang peluang ahli group untuk buat posting. Lepas ni mungkin lagi lama kot pokcik mendiamkan diri.
Dua hari lepas ada juga pokcik usahakan tiga kes. Satu dari jarak dekat dan dua dari jarak jauh. Kalau ada masa, mungkin pokcik kongsikan. Itupun kita tengok dulu minat ahli kita. Hi hi hi..
Pokcik nak kongsikan kisah petang ini. Kali ini pokcik usahakan berdepan. Seorang lelaki menelefon pokcik. Katanya dapat nombor daripada anak kepada jiran emak mertua pokcik. Dia tinggal di Gambang katanya. Kerja sekali dengan anak jiran kepada emak mertua pokcik.
Menurutnya boleh kata si isterinya selalu kerasukan. Hampir setiap hari katanya sampaikan dia dah tahu apabila si isteri nak kerasukan. Nampak nak kerasukan, si suami akan memakai kupiah. Jadi Tok Gomol katanya. Hahaha. Cerita bab Tok Gomol, dia pernah berubat di Indera Mahkota katanya. Pelik sangat permintaan si Bomoh. Nak dua bungkus rokok Dunhill, duit dan kuih kapit kalau tak salah pokcik.
Dah tu, habis dia pegang merata isterinya. Mentang-mentang muda, suka hati saja dia pegang merata. Tok Gomol sungguh kalau macam tu. Hahaha.. Macam-macam perangai yang dia jumpa ketika membawa isterinya berubat sama ada perawat persendirian atau Pusat Perubatan Islam di Kuantan. Jadinya nak dipendekkan cerita, pokcik nak berjumpanya di rumah emak sahabatnya itu.. Dia setuju.
Sesampainya di sana, dia dan isterinya solat terlebih dahulu di masjid. Setelah itu barulah kami menuju ke rumah itu. Setelah dia menceritakan serba sedikit pengalamannya berubat barulah pokcik mulakan usaha. Pokcik dapat mengesan unsur saka. Selepas mohon dengan Allah untuk pagarkan saka itu, terus pokcik membaca ayat-ayat suci AlQuran. Dia pada mulanya tenang. Lama-kelamaan dia mula gelisah. Jarinya mula menguis lantai. Matanya mula menjeling pokcik seperti sedang marah. Dia akhirnya ketawa dan apabila ketawa berhenti, dia mula bercakap siam...
Terkejut juga pokcik. Bukan terkejut sebab dia merasuk tetapi sebab dia mula bercakap siam dan seperti sembah. Tambahan si perempuan ni berniqob. Takkan sihir pulak? Pokcik terus bacakan dan dia makin agresif. Jelingan dia menjadi-jadi. Kononnya kuat laa tu. Tengah dia dok bercakap siam dengan lancar kononnya power tu terus pokcik doakan kat Allah dan terus pancung. Kelepap dia jatuh dan pengsan. Tuan rumah mengambil bantal untuk alas dia tidur. Alhamdulillah. Dia mula sedar seminit dua kemudian.
Ketika dia pengsan tu sempat pokcik berbual dengan suaminya. Katanya si isterinya tu memang orang Siam. Patutlah. Ingatkan tok sami siam mana pulak. Rupa-rupanya dia dah tahu isterinya ada saka. Tapinya pergi ke pusat perubatan Islam dan tok bomoh, diorang minta semua adik-beradik berkumpul dahulu. Sebab itulah, dia usahakan sihir dahulu. Pokcik diam saja. Setelah bangun, si isteri duduk. Dia kelihatan tenang. Keadaanya sekejap sahaja sihat, berselang dua tiga minit dia mula sakit di beberapa bahagian. Belakang, kepala, hampir dengan bontot, belakang bahu tiba-tiba rasa seperti dicucuk dengan jarum.
Keadaannya lain pula kali ini. Tidak seperti seperti tadi, kali ini dia mengadu sakit. Pokcik cuba ikhtiarkan buang bisa seperti dicucuk dengan jarum di seluruh badannya itu. Sekali lagi dia mula merasuk. Kali ini dia mula menunjukkam keadaan seperti seseorang yang sedang memuja anak patung dan mencucuk di beberapa bahagian anak patung itu. Kali ini pokcik berdepan dengan sihir pula. Tengok dia mula cucukkan jari ke lengan dan sebagainya pokcik terus niat dan pancung. Sekali dia dia jatuh dan pengsan..
Alhamdulillah. Ketika dia pengsan itu pokcik sempat berbual dengan suaminya. Katanya dah banyak kali dia dia berubat. Puas dah katanya. Tok Bomoh bagitau, ini perbuatan kakak si isterinya sendiri. Pokcik diam sebab tak mahu timbulkan fitnah. Disebabkan dah banyak kali berubat dan si pelaku masih tidak insaf, pokcik meminta kebenaran untuk doakan dan pulangkan sihir kepada si pelaku. Si suami mengizinkan dan katanya kalau boleh pulangkan sahaja tanpa mencederakannya. Pokcik tak dapat bagi jaminan sebab itu haq Allah. Kali ini pokcik doakan dikembalikan saki-baki sihir pada si pelaku.
Serentak dengan itu, si isteri bangun dan duduk. Kakinya digedikkan seperti menyerupai orang yang dikenali oleh mereka. Kakaknya kata si suami. Dia mula ketawa, mengilai, menjerit dan menangis. Matanya ditujukan pada pokcik. Hahaha. Dia cuba bangun tetapi kakinya kakinya terpaku. Dia mula bersilat. Cantik juga bunga silatnya. Sekali lagi dia nak tunjukkan kekuatannya. Kononnya dia kuat laa tu. Pokcik terus cakap, aku nak tengok, Tuhan yang kau sembah atau Allah yang yang berkuasa. Tengah dia susun bunga dan macam nak tumbuk pokcik, terus pokcik pancung. Kelepap jatuh. Pengsan lagi..
Berselang tiga minit lebih kurang, dihantar lagi. Kali ini digunakan cara godaan pula. Si suami yang berada di sebelahnya digodanya. Gamaknya dia nak goda pokcik sebab macam-macam cara kasar dia hantar untuk menyerang tetapi tak berkesan. Habis si suami diraba olehnya. Hahhaha. Suaminya menepis dengan tangan. Gamaknya perbuatan itu menimbulkan kemarahan si penyihir. Kali ini tapak tangannya mula dikembangkan. Dia mencakar lantai sambil mukanya bergerak ke kiri kanan seperti harimau. Malas pokik nak layan. Dalam hati pokcik cakap lebih kurang, tak ada kehebatan jin dan syaitan. Yang hebat hanya Allah. Serentak dengan itu pokcik makrifatkan butakan matanya. Sekali lagi dia pengsan.
Berselang tiga empat minit, dia mula sedar. Kasihan juga pokcik tengok sebab seperti mana diberitahu oleh si suami, memang si penyihir akan terus top up sihirnya apabila mana-mana jin yang dihantar olehnya dihapuskan atau dihalau oleh mana-mana perawat. Sebab itulah boleh kata si isterinya kerasukan hampir tiap-tiap hari. Cuma sebelum ini si saka tidak pernah bercakap dan memunculkan diri. Serangan kali ini lebih ganas gamaknya kerana tiada lagi campur tangan saka. Wallahuaklam.
Gamaknya tiap-tiap kali dihantar maka seizin Allah serangan dipatahkan maka akhir sekali si bomoh menunjukkan diri. Berselang tiga minit si sakit kemudiannya bangun bersila. Kali ini pokcik seolah-olah berhadapan terus dengan si bomoh. Mulutnya terkumat kamit membaca mantera. Tangan kanannya seolah-olah sedang memegang satu mangkuk. Dia memasukkan sesuatu seperti patung ke dalam mangkuk itu. Patung itu kemudiannya diikat dan dicucuk dengan jarum. Masing-masing yang berada di situ seolah-olah terpaku kali ini kerana kini pokcik berhadapan sendiri dengan bomoh itu..
Lega hati pokcik, akhirnya si bomoh munculkan diri. Kini dia memasukkan berbagai benda ke ke dalam mangkuk itu. Entah apa yang dimasukkan pokcik tak tahu. Mulutnya kumat kamit membaca mantera. Pokcik sengaja melihat dahulu perlakuannya. Semua memerhatikan pokcik sebab pokcik tidak berbuat apa-apa. Biarkan, pokcik kata pada semua yang melihat pokcik. Semua kembali memandang si sakit. Tangannya tak berhenti-henti mengambil sesuatu di lantai seolah-olah ingin dijadikan ramuan dan dicampurkan ke dalam mangkuk itu.Dia akhirnya ketawa sambil menjeling pokcik. Aku tak takut dengan kau, kata pokcik. Suaminya tutut menyampuk. Tak ada siapa takut dengan kaum..
Si bomoh menjadi marah. Dia menepuk-nempuk dadanya dengan kuat. Aku gagah . Gamaknya itulah yang ingin disampaikan. Cepat-cepat si suami memegang tangan isterinya yang menumbuk-numbuk dadanya. Pokcik mula bersuara. Entah nak apa dengan budak ni? Dia berhentikan tepukan ke dada. Matanya bulat memandang pokcik. Dia menggengam tangan dan menaikkan ibu jari tangannya. Dia kemudian membawa jarinya itu ke tengkuk perempuan itu seolah-olah ingin memberitahu, aku ingin membunuhnya. Dua kali dia buat isyarat begitu. Dalam hati pokcik berbicara, nak nyawanya pergi minta dengan Allah..
Melihat angkuhnya ahli sihir itu, pokcik terus memohon dengan Allah. Kali ini serangan terus pokcik niatkan pada ahli sihir itu. Dia terus tumbang seizin Allah. Kali ini pokcik pergi ke kepala perempuan itu yang masih terbaring dan niatkan untuk menutup semua ruang ghoib dan laluan di tubuhnya. Setelah itu pokcik niatkan untuk memagarnya. Alhamdulillah, apabila dia sedar, tiada lagi serangan yang dihantar kembali oleh ahli sihir itu. Si sakit kembali sedar dan kepalanya disandarkan kepada sang suami sebaik sahaja dia bangun duduk. Kelihatan keletihan yang amat sangat. Tambahan pula, si sakit sedang berpuasa.
Pokcik berpesan agar dia menghubugi pokcik lagi malam tadi sekiranya masih ada lagi gangguan.Alhamdulillah tiada apa-apa lagi yang berlaku sehinggalah ke hari ini. Mudah-mudahan ahli sihir itu kembali insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Sekian secebis pengalaman pada petang semalam. Semoga memperoleh manfaat daripada perkongsian pada kali ini. Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Kuat. Tiada daya upaya dan kudrat makhluk tanpa seizin Allah. Moga berjumpa lagi. Wallahuaklam. Salam hormat..
Tamat.....
Saturday, 17 March 2018
URAT MELETUP
Kisah malam tadi.
Semalam kebetulan saudara dari Johor datang ke Kuantan. Jadinya pokcik ke Tanah Putih Baru untuk meraikan mereka. Nak dijadikan cerita, anak kepada salah seorang jiran di situ dah lama mesej orang rumah pokcik untuk ikhtibar kakinya yang sakit.
Banyak sakit seperti masalah fizikal sekarang ini. Jadinya, alang-alang pokcik nak ke sana, maka orang rumah pokcik memberitahu hamba Allah itu agar datang ke rumah emaknya itu. Sesampainya pokcik di sana, orang rumah pokcik masuk ke rumah ibunya manakala pokcik terus ke rumah ibu kepada si sakit itu. Kebetulan pula, kami sampai serentak....
Pokcik berehat sebentar di luar rumah ibunya itu sambil berbual dengan suami si sakit. Kami pekena rokok dulu sementara nak masuk ke rumah. Katanya selain daripada sakit kaki orang rumahnya, makanan di rumahnya selalu basi. Pagi masak, tengah hari lauk dah basi. Harini, seperiuk sayur dibuang, tambahnya lagi.
Sebagai ikhtiar awal, dia selalu juga bacakan ayat untuk dibuat pagar rumahnya. Ayat-ayat itu diambil dari internet, katanya lagi. Selalunya dia akan ambil ayat- ayat yang dikongsikan oleh Ustaz Sharhan. Pokcik diam sajalah. Tak nak komen apa-apa sebabnya niat pokcik hanya untuk ikhtiarkan orang rumahnya.
Setelah itu kami masuk ke rumah. Orang rumahnya tenang sahaja. Sakit kaki, katanya memulakan bicara. Dia sakit kaki setelah balik dari rumah emaknya pada malam pokcik usahakan emaknya dahulu. Ketika itu emaknya tidak sedarkan diri setelah berasa usus perutnya disentap ketika masuk ke bilik air. Hihihihihi. Pandai jin ni. Dia mengambil kesempatan atas keadaan. Rumahnya memang ada jin sebab dia selalu nampak kelibat di dalam rumahnya. Jadinya jin mengambil kesempatan seolah-olah jin di rumah emaknya yang buat. Jin di rumahnya baik. Hahhahahha. Boleh gitu?
Pokcik pun tak makan lagi ketika sampai ke situ. Jadinya pokcik terus meminta dia datang dan melunjurkan kakinya. Terus pokcik doa pada Allah untuk pagarkarnya. Ketika ini si sakit dah merasa gerakan di bawah kulitnya seperti sesuatu yang gelisah nak berlari tak tentu arah.. Pokcik check dan dapati ada tanda gangguan di dahi dan paha kanannya. Walaupun paha dan lutut kanannya yang sakit namun gerakan itu berada di paha kiri. Melompat ke situ pulak gamaknya..
Pokcik seperti biasa terus berdoa dan melancarkan serangan. Ketika ini ada bisikan di telinga si sakit. Tidur, tidur, katanya. Ini diberitahu oleh si sakit selepas selesai ikhtiar. Lebih kurang 20 minit pokcik berhenti. Berpeluh habis hamba Allah ini. Panas, katanya perlahan. Pokcik diam sahaja sambil tersenyum. Dia menggerakkan kakinya. Alhamdulillah dah boleh lipat dan bersila, katanya.. Tak sakit dah, tambahnya lagi..
Setelah itu pokcik minum air teh o yang disediakan. Kelihatan si sakit menggerak-gerakkan kakinya dengan selesa. Ketika dia mengangkatkan lututnya, dia rasakan sakit di bawah pelipat lututnya. Pokcik kata biarkan sekejap. Pokcik nak habiskan air teh o itu. Selang tiga minit pokcik meminta dia datang dan melunjurkan kakinya sambil mendirikan lutut sedikit. Tanpa melengahkan masa, pokcik terus berdoa dan tarik jin yang bersembunyi di situ seizin Allah..
Keletup urat meletup. Padahal pokcik langsung tidak menyentuhnya. Serentak dengan itu dia menjatuhkan lututnya sambil menangis. Sakit, katanya. Pokcik meminta dia menggerakkan kakinya dan merasa di bawah pelipatnya. Alhamdulillah dah tak ada. Tak sakit dah, katanya lagi. Alhamdulillah. Setelah itu dia terus bercerita kepada ibunya apa yang dia rasakan sepanjang sesi rawatan berlaku.Setelah itu si suami mengambil air kosong di dalam keretanya. Katanya,I alang-alang pokcik datang, dia nak minta pokcik doakan air itu untuk dia spray di rumahnya. Tanpa berlengah lagi, pokcik doakan juga bagi memenuhi hajatnya itu. Selesai sahaja, pokcik meminta diri untuk pulang. Maklumlah nak layan saudara dari Johor pula. Setelah bersembang sebentar dengan suaminya di luar rumah, pokcik terus balik. Sekian.. Wallahuaklam...
Monday, 5 March 2018
ANGIN

Salam sejahtera..
Suatu malam, pokcik keluar makan Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, sempat lagi pokcik menulis..
Nak dijadikan cerita, pokcik keluar agak lewat untuk solat Jumaat sebabnya pokcik hantar orang rumah pokcik ke kedai dobi dulu. Sesampainya di masjid, khutbah sedang berkumandang.
Baru nak masuk ke dalam masjid, pokcik tengok sahabat pokcik duduk di atas sebuah motosikal di situ.. Pokcik bersalaman dengannya..
Pokcik tengok dia sedang menundukkan kepalanya sambil memegang perut. Sakit katanya.. Takkan sahabat pokcik tu buat-buat cerita kot.. Sahabat pokcik yang pokcik panggil Angah, merupakan antara imam dan bilal di surau tempat pokcik tinggal.. Hihi..
Khutbah sedang dibacakan, sahabat pokcik pulak sakit.. Huhuhuhu. Nak bercakap, hilang pulak pahala mendengar khutbah, nak dibiarkan kasihan pula. Takkan nak biarkan dia solat Jumaat sambil pegang perut dan kepalanya menunduk je kot.. Pokcik mengambil keputusan untuk ikhtiarkannya..
Pokcik : Angin kot
Angah : Agaknya. Dari pagi tak makan..
Pokcik : Nak aku ikhtiarkan buang tak?
Angah : Boleh juga. Sakit ni.( Sambil pegang perut )
Pokcik : Macam ni, kalau nak aku usahakan, mahal laa sikit sebab kawan-kawan. Kalau bukan kawan free saja..
Angah : Hahhahahha. Aku bawak rm5 nak sedekah ke masjid..( Sambil tunjukkan poket baju melayunya)..
Pokcik : Hihihihihi. Tak apa laa aku cuba usahakan noo..
Angah diam. Pokcik duduk di atas motosikal berdepan dengannya. Kami mengadap. Pokcik pening juga nak buat macam mana. Nak doa untuk pagarkan diri pokcik, nanti orang yang lalu lalang di situ pelik pulak. Nanti depa ingat pokcik dok amal ajaran sesat. Orang berdoa dalam masjid, pokcik doa atas motosikal di luar masjid. Pelik tu...
Nak ke tak nak ke, pokcik doa dalam curi-curi menadah tangan. Tak nak bagi orang lalu lalang perasan sangat.. Hihihihihi..
Pokcik terus ikhtiarkan, mohon pada Allah untuk mengeluarkan angin sahabat pokcik tu. Alhamdulillah, selang tiga minit selesai dengan izin Allah..
Pokcik : Cuba angan muka. Tarik nafas. Ada lagi tak?
Angah : Alhamdulillah tak dak dah. Boleh dah tegakkan kepala..
Pokcik : Alhamdulillah..
Angah : Sat. Macam lari ke tepi perut.. Eh, tak dak dah.. Alhamdulillah... Boleh noo tarik bawak keluar macam tu..
Pokcik : Bukan aku yang bagi lega. Allah bagi lega..
Angah : Alhamdulillah...
Balik pada tu, pokcik pulak yang angin. Asyik sendawa dan kentut. Maklumlah tak ikhtiar pagar diri sebelum usahakan sahabat pokcik tu. Huhuhuhu..
Siapa tukang urut, kalau urut pesakit yang alami masalah angin mesti biasa kena macam tu..
Betul ke? Hihihihihi..
Wassalam
TANGISAN BUDAK

Alhamdulillah bertemu lagi buat sekian kalinya. Banyak kisah yang pokcik tak sempat posting sebab terlalu sibuk. Kisah tersebut in shaa Allah akan pokcik kongsikan apabila ada kelapangan nanti. Kali ini pokcik dihubungi oleh mak saudara orang rumah pokcik di Johor. Kebiasaannya mereka akan usahakan berhadapan dahulu. Mungkin sebab dah terdesak maka dia pun menghubungi pokcik..
Menurut mak Lin, dia mengasuh beberapa orang budak. Budak-budak yang diasuhnya tiada masalah sebelum ini. Tiba-tiba, ada seorang budak yang tidak mahu masuk ke dalam rumahnya. Kejadian itu berlarutan selama lebih kurang seminggu. Pelik juga kan. Nak kata bergaduh dengan rakan-rakan tak ada pula. Nak kata takut dengan pengasuh pun, dia tak ada masalah dengan pengasuh...
Mak Lin memberitahu pokcik, ibu bapa budak ini terpaksa bercuti untuk menjaga anak mereka itu. Kasihan pula pokcik mendengarkannya. Menurut Mak Lin, mata budak itu akan melilau melihat syiling rumahnya terutama di penjuru rumah itu. Kebiasaannya, memang ada gangguan sekiranya si anak kecil melihat dan menangis seumpama itu...
Bagaimana dia boleh nampak? Kenapa kanak-kanak lain tidak dapat melihat apa yang dia nampak? Sudah semestinya dia melihat dari sudut pandang mata jin yang ada dalam dirinya... Maksudnya dalam rumah itu ada gangguan dan dalam diri budak itu pun ada juga gangguan. Mula- mula sekali pokcik usahakan budak itu. Alhamdulillah dia sudah berhenti menangis. Akan tetapi dia berasa fobia untuk masuk ke dalam rumah. Jadinya pokcik usahakan juga membuang gangguan dalam rumah Mak LIn..
Tak cukup dengan itu, si bapa kepada anak kecil itu juga meminta pokcik usahakan rumahnya pula. Hahahahahahhaha. Melarat dah gayanya. Tapinya pokcik usahakan juga kerana ehsan sesama manusia. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Anak itu kini selesa dan boleh menyertai anak-anak lain bermain dan tinggal di situ. Biasalah budak-budak. Mereka lebih mudah melihat makhluk ini. Kita sebagtai ibu bapa, sekiranya nampak kelainan pada si anak kecil maka usahalah untuk mencari jalan penyelesaian. Sekian kisah pada kali ini. Moga berjumpa lagi. Salam hormat semua...
Friday, 16 February 2018
SI IBU TUA

Kisah petang semalam..
Lama juga pokcik tak update blog atas kekangan waktu..
Dalam perjalanan pulang ke rumah petang semalam, pokcik singgah cari domino pizza sekejap. Kebetulan keluar dari situ, terjumpa pula dengan mokcik manis Kasih Umie. Disebabkan lama tak jumpa, kami berkelah sekejap di kawasan lapang di situ sambil pekena pizza. Pokcik, orang rumah pokcik dan mokcik kasih Umie berkelah laa sekejap..
Katanya dia baru balik dari rumah kawannya. Sudah lama tidak mengunjungi sahabatnya itu katanya. Sesampai di sana, dia terkejut melihat keadaan emak sahabatnya itu. Katanya merangkak keluar dari bilik air tanpa mengenakan sebarang pakaian. Allahu akbar.
Mungkin dia sendiri tak mahu dipakaikan dengan sebarang alas diri. Kita tak tahu keadaan sebenar. Menurut kawannya itu, lama sudah berubat dan boleh kata keadaannya masih tidak berubah. Mungkin juga ada kena mengena dengan pakaian diri yang digunakan olehnya semasa muda dahulu. Apa pun, kita sebagai insan waras, tak perlulah kita mencari apa kesalahan mereka. Cukuplah sekiranya kita ikhtiar sebagai insan. Lebih-lebih lagi, insan itu ibu kita sendiri.
Lebih menyayat hati katanya, adik sahabatnya itu juga sedang menderita sakit. Pahanya besar. Mungkin sebesar pemeluk gamaknya. Pihak hospital seperti biasa tidak dapat mengenal pasti puncanya. Kasihan juga pokcik dengar. Kita sembelit pun kadang kala mengeluh dan merungut. Ini ujian yang lebih besar terhadap hamba Allah itu. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu. Namun, kita sekurang-kurangnya sebagai insan perlu juga ada perasaan belas dan bersyukur kerana kita dikurnai kesihatan yang lebih baik daripadanya.
Apabila mendengar kisah yang diceritakan oleh mokcik manis Kasih Umie pokcik rasa amat simpati. Entahlah, mungkin pokcik tua sangat dah, jadinya terharu mendengar kisah tersebut. Sesampai di rumah pun pokcik masih terasa lagi pilu dan sebak...
Jadinya pokcik tunggu sahaja kedatangan mokcik kasih Umie datang menjemput pokcik. Bermacam-macam perasaan sementara menunggu kedatangan beliau. Jarang pokcik rasakan perasaan sebegitu sebelum pergi ke mana-mana atau usahakan sesiapa pun dari jarak jauh...
Sebaik sahaja mokcik kasih Umie sampai, kami terus menuju ke rumahnya dengan menaiki kereta beliau. Akhirnya kami tiba di rumah itu. Alhamdulillah kedatangan kami disambut oleh anak perempuan si sakit. Keadaan rumah tidak terurus mungkin disebabkan kesibukan kerja seharian dan sebagainya. Wallahuaklam...
Mokcik kasih Umie masuk terlebih dahulu ke dalam rumah untuk melihat keadaan sementara pokcik berada di luar rumah sambil pekena rokok sebatang.. Hahhahahha jangan marah.. Dalam lima minit kemudian pokcik dijemput masuk. Pokcik memberitahu mereka pokcik ingin menghabiskan rokok terlebih dahulu.
Selesai sahaja, pokcik terus memberikan salam untuk masuk ke rumahnya.. Salam bersambut dan pokcik dipelawa masuk. Kelihatan seorang wanita tua yang sangat tidak berdaya terbaring di atas lantai simen dan kepalanya beralaskan bantal yang agak lusuh warnanya. Istighfar panjang pokcik. Kedengaran cd ruqyah dipasang di hujung kepala si sakit...
Si sakit tidur dengan nyenyaknya. Mengerekot kakinya itu. Si anak datang ke arah pokcik dan mokcik kasih Umie. Katanya emaknya itu, siang memang tidur tetapi malam dia akan cergas seperti orang sihat. Menyelongkar itu ini yang ada berhampiran dengannya. Menurut si anak, mungkin ada gangguan di dalam rumahnya juga. Katanya anaknya yang tidur di dalam bilik, selalu disenjah kakinya...
Kelibat emaknya sering dilihat di dalam bilik air dan sebagainya. Jiran tetangga juga sering melihat emaknya duduk di luar rumah di bawah pokok jambu air. Mungkin nak petik buah gamaknya. Kalau tak pun, jin itu nak tolong petik buah jambu untuk jiran yang lalu lalang di situ. Agaknya laa kan. Dinding rumahnya juga sering diketuk dari luar. Begitu juga di atas atap. Memang selalu kedengaran bunyi dan pergerakan di situ. Apa agaknya ye?
Menurut si anak, emaknya juga tidak mahu melafazkan kalimah syahadah. Aku kafir, aku kafir, aku kafir katanya. Allahu akbar... Besar sungguh dugaan... Setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya, bukan dari kemahuan diri. Sedih juga apabila melihat keadaan seorang ibu tua sebegitu. Allah Maha Mengetahui. Kita sebagai insan, tak perlu menjatuhkan hukuman ke atasnya. Cukuplah kita ikhtiar sahaja dan selebihnya kita berserah padaNya yang Maha Esa...
Sebaik sahaja pokcik duduk di depannya, pokcik meminta si anak menutup cd ruqyah itu. Si anak akur. Suasana menjadi sunyi. Si anak mengejutkan emaknya. Dia terjaga dan membuka matanya. Pokcik memanggil dia dan meminta persetujuan daripadanya untuk membuang segala amalan atau jin yang berada dengannya. Dia bersetuju dan bercakap dengan nada yang amat lemah sekali. Alhamdulillah satu kerja pokcik dipermudahkan oleh Allah biarpun pokcik masih belum melakukan apa-apa ke atasnya. Alhamdulillah...
Setelah persetujuan dicapai, pokcik terus memohon kepada Allah untuk pagarkan dia. Sebaik sahaja dipagar, dia terus menangis teresak-esak. Macam mana orang tua menangis. Bayangkan keadaan semasa itu ketika pokcik berada di sana.. Ketika itu barulah pokcik dapat rasakan satu aura atau tenaga yang amat besar seolah-olah ingin menyerbu ke arah pokcik dan mokcik kasih Umie. Tanpa melengahkan masa, pokcik terus ikhtiar dan berdoa untuk memagar mokcik kasih Umie pula. Kena pagar roboh dan dia menyerbu ke arah mokcik kasih Umie, jenuh pulak pokcik nak tepis. Hihihihihi..
Pokcik biarkan dia menangis dengan sayunya. Pokcik keluar rumah mengambil kayu 2 4. Hahahaha gurau-gurau. Pokcik keluar rumah mengambil selendang pokcik kali ini. Lama dah pokcik tak bawa selendang ke mana-mana. Entah macam mana hari ini tiba-tiba teringat nak bawa. Agak-agak degil pokcik nak libas dengan selendang saja. Hahahaha. Mokcik kasih Umie dan anak perempuannya pokcik tinggalkan sekejap bagi memudahkan mereka memujuk perempuan tua itu. Alhamdulillah sebaik sahaja pokcik masuk, dia sudah berhenti menangis... Pandai depa pujuk. Hahhahahha....
Sebaik sahaja masuk ke rumah pokcik meletakkan selendang itu di bahu. Hihihihihi saja laa kan. Baru nampak macam pak dukun mandraguna sakti dari Gunung Kalimanjaro. Kakkakakaka... Gurau-gurau. Pokcik duduk sambil membacakan zikir dan mengurut selendang itu. Ekor matanya menjeling tajam ke arah pokcik seperti nak menelan pokcik. Garang sungguh nampaknya. Hihihihihi. Dia ingat pokcik ni ayam goreng KFC kot. Dia nak telan. Mujur juga orang tua. Kalau anak dara dok jeling tajam macam tu, pokcik kenyitkan mata dah sebab nak bagi dia lagi sakit hati. Boleh gitu? Hahhahahhahha...
Memang niat pokcik nak libas je kalau dia bangun. Tapinya libas di lantai sahaja tanpa menyentuh fizikalnya. Dia menjeling lagi. Ekor matanya terus memerhati setiap perbuatan pokcik. Kini pokcik duduk betul-betul berhadapannya. Amboihhh nak jeling sangat. Hahahaha. Terus pokcik membacakan beberapa potong ayat suci. Dia agak gelisah tetapi tidak boleh menggerakkan badannya. Kini pokcik pergi ke arah hujung kakinya dan mulakan serangan di situ. Nampaknya tiada perubahan dan aksi daripada hamba Allah ini.
Melihat keadaan itu, pokcik bangun dan duduk di hujung kepalanya. Setelah beberapa waktu di situ dia mulai lemah dan terbatuk beberapa kali. Tanpa belas kasihan pokcik meneruskan doa dan meminta doa agar dibakarkan semua jin di dalam badannya. Tak cukup dengan itu, pokcik memohon untuk mencincang lumat segala jin yang ada. Alhamdulillah matanya sudah mulai layu dan tidak garang seperti tadi. Melihat keadaannya itu pokcik meminta anaknya menyediakan besen untuk dia muntah.
Pokcik meminta dia duduk. Anaknya terkejut kerana ibunya sudah boleh bangun tanpa memaut meja berdekatan dengannya. Kata anaknya, dia sebelum ini tidak boleh bangun sendiri dan akan memaut sesuatu untuk bangun. Badannya juga berat seperti batu ketika diangkat.. Akhirnya anaknya itu memberikan besen. Namun dia seperti takut-takut untuk muntah dan ludah di dalam besen itu. Entahlah, dia seperti menahan muntah dan takut untuk mengotorkan bekas itu. Kelihatan air matanya bergenang di kelopak mata. Setelah dipujuk oleh pokcik dan mokcik kasih Umie barulah dia mengeluarkan lendir-lendir di dalam mulutnya itu.
Setelah itu anaknya meminta pokcik bertanya kepada emaknya itu sesuatu. Katanya emaknya tidak bercakap apabila ditanya sebelum ini. Pokcik terus bertanya, mak dah makan? Alhamdulillah sudah katanya. Si anak senyum. Seterusnya pokcik meminta dia mengucapkan syahadah. Alhamdulillah dalam lemah dia dapat mengikut ucapan pokcik. Tak ada dah aku kafir, aku kafir lagi keluar dari mulutnya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. Pokcik meminta dia berehat dan baring semula. Mokcik kasih Umie meminta anaknya menyediakan tempat tidur yang beralas buat si sakit. Permintaan mokcik kasih Umie akan diikuti. Itu pengakuan si anak.
Apabila melihat si sakit yang besar pahanya itu tiada, pokcik bertanya kepada kakaknya itu. Katanya adiknya dalam sakit dan mengheret kaki, dia masih mengikut ayahnya menjual buah. Sudah lama katanya ada sahabatnya menyarankan agar mereka menemui pokcik tetapi masih tidak berpeluang. Entah macam mana tiba-tiba pokcik muncul di rumahnya pada petang tadi. Sesungguhnya itulah perancangan Allah...
In shaa Allah, jika ada rezeki, pokcik akan menemui adiknya yang bengkak pahanya itu. Menurut mokcik kasih Umie, pahanya dah hanpir sebesar pemeluk. Entah bagaimana dia mengheret kakinya itu. Mungkin dia hanya mengikut ayahnya berniaga kerana bosan hanya terlantar di rumah. Sebelum balik pokcik nampak mokcik kasih Umie bersalaman dan menghulurkan sesuatu kepada si ibu tua. Mungkin dia menghulurkan sedikit sumbangan. Si ibu tua terharu dan menangis melihat pemergian kami..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam yang memudahkan segala urusan pada hari ini. Sebelum balik pokcik berpesan agar dia menghubungi mokcik kasih Umie sekiranya ada lagi gangguan di rumah itu. Sefaham pokcik, bukan rumahnya yang bermasalah tetapi gangguan itu berpunca daripada jin yang mendampingi emaknya itu. Moga berjumpa lagi pada lain kali jika dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah. Wallahuaklam. Salam hormat dan selamat malam semua...
Tamat...
Subscribe to:
Posts (Atom)






















