KESINAMBUNGAN DARIPADA BLOGKU YANG TERDAHULU YANG BERKISAR TENTANG KUCING KESAYANGAN POKCIK. NAMUN BERMULA PADA TAHUN 2017 PULA BERKISAR TENTANG DUNIA MISTIK DENGAN MENGGUNAKAN GELARAN ' POKCIK '. SEMUA CATATAN DAN PERKONGSIAN KEBANYAKANNYA PENGALAMAN SENDIRI SERTA TIADA TOKOK TAMBAH. KESEMUA KISAH ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. SALAM HORMAT PARA SAHABAT DAN PENGUNJUNG BLOG INI.
Sunday, 15 July 2018
HARIMAU
14.7.2018
Kisah ini pernah pokcik kongsikan semasa pokcik menggunakan nama lama iaitu Gorgon Mystic di sebuah group mistik dahulu.. Masa tu pokcik rajin jugalah kongsikan tapinya macam biasalah, kalau kita kongsikan kadang kala akan timbul macam-macam telahan.. Nak kata orang yang dok cakap macam-macam tu buat posting, tak juga.. Mungkin depa ada tauliah mengondem orang saja kot.. Hahhahahahhaa. Jangan marah..
Kali ini destinasi pokcik adalah di Gunung Dato, Negeri Sembilan. Pokcik diberitahu bahawa di situ merupakan perkampungan bunian terbesar yang meliputi segitiga seperti Bermuda.. Salah satunya ialah Pulau Besar. Jadinya kunjungan kali ini semata-mata nak pastikan kesohehan cerita itu.. Pokcik membawa orang rumah pokcik kali ini. Ada sahabat dari KL, Melaka, dan Negeri Sembilan turut serta.. Kali ini kami pergi ke situ berlapan.. Orang rumah pokcik, pokcik tinggalkan di rumah sahabat di Negeri Sembilan...
Setelah berkumpul di sebuah kedai yang dijanjikan pokcik menghantar orang rumah pokcik ke rumah sahabat.. Sahabat inilah yang arrange aktiviti pada kali ini... Setelah semuanya sesudah selesai kami terus bertolak ke Gunung Dato.. Setibanya di sana, ada satu kumpulan lain sedang mengadakan kem. Entah kem apa, pokcik dan para sahabat tak bertanya laa pulak.. Tak ada kepentingan...
Kami terus mengumpulkan semua barangan yang telah dibawa di sebuah gazebo.. Antara peralatan yang dibawa ialah lilin, minyak wangi, bunga pelbagai jenis, kain kuning dan setanggi. Kami bahagikan beberapa orang di beberapa tempat.. Tak ada laa duduk ramai-ramai dalam satu-satu kawasan. Dok ramai-ramai pastu cari hantu mana hantu.. Pastu suluh sana sini.. Kami tak buat lagu tu.. Hihihihihi.. Jangan marah....
Ada yang diletakkan di atas sebuah batu besar, ada diletakkan di sebuah tempat air mengalir dan ada ditempatkan di bawah pokok besar.. Dalam banyak-banyak tempat tu, di bawah pokok besar memang ngeri sikit.. Hihihihi.. Dahulu, seorang sahabat dari Melaka pernah ditempatkan di bawah pokok besar di Hutan Lipur Panti.. Badannya disapu dengan minyak epal jin.. Memang sekejap je turun rambut panjang dari atas pokok tu... Kemudiannya lembaga tu mula menjilat epal jin yang disapunya dengan berselera sekali... Hihihihihi..
Sahabat yang ditempatkan di atas sebuah batu yang besar, mula menghamparkan kain kuning. Kemudiannya dia meratakan bunga yang terkumpul. Kalau tak salah pokcik, tujuh jenis bunga... Setelah itu, dibukanya minyak wangi.. Kalau tak salah, minyak attar.. Setelah semuanya tersedia maka dia mula membakar setanggi di empat penjuru kawasan yang dia duduk itu.. Kesemua yang dilakukan itu bagi menarik lembaga agar datang kepada mereka. Depa nak panggil bunian katanya tapinya entahlah apa yang akan muncul.. Kan.. Hihihihihi.....
Setelah itu pokcik dan dua orang sahabat lagi menghantar seorang lagi sahabat ke bawah sebatang pokok besar.. Kalau suluh ke atas, akar pokok yang terjuntai dah macam rambut pontianak dah.. Hahahhahahha... Dia pun melakukan perkara yang sama seperti sahabat tadi... Setelah selesai, barulah kami menghantar seorang lagi sahabat ke sebuah anak air berhampiran dengan gazebo tempat kami mula berkumpul tadi.. Pokcik dan tiga orang sahabat lagi, bahagian meronda.. Kami akan meronda selang sejam atau dua jam.. Bukan apa, bimbang juga sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti kerasukan, lari jauh ke dalam hutan dan sebagainya....
Setelah semuanya berjalan dengan lancar, tinggallah kami berempat di gazebo.. Boring pulak rasanya... Menurut sahabat pokcik, dia telah kautim dengan penghulu bunian di situ. Wallahuaklam.. Tipu dia maka tipulah pokcik.. Tiba-tiba pokcik dapat idea... Pokcik tanya kepada depa, nak tak tengok orang bunian kalau diizinkan... Depa bertiga setuju.. Pokcik pun buatlah mulut kumat-kamit kononnya membacakan sesuatu.. Hihihihihi, tiba-tiba terlihat cahaya lampu suluh..
Tudia aih.. Lampu suluh siapa pulak.. Takkan orang dari kem datang maiii.. Rasa macam tak logik pulak... Pokcik perhatikan bersama-sama tiga orang sahabat yang lain di gazebo itu.. Di Kiri kanan lembaga itu kelihatan sepasang mata yang bersinar seperti mata harimau. Mungkin ada dua ekor harimau yang mengekori lembaga itu.. Dalam kegelapan dan sesekali cahaya lampu suluh yang dibawa oleh lembaga itu, kelihatan pakaiannya berwarna hijau.. Susuknya lebih tinggi sedikit daripada kita.. Dengan kata lain macam badan Tok Arab gitu.. Hihihihihi... Pokcik tunjukkan dengan jari ke arah lembaga itu.. Sahabat yang lain turut menganggukkan kepala.. Bukan halusinasi pokcik laa kan.. Hahahhahhahaha..
Susuk itu membelok sebaik sahaja nak sampai ke arah sahabat pokcik yang berada berhampiran dengan anak air.. Lama-kelamaan hilanglah daripada penglihatan kami. Entah kemana susuk itu pergi.. Sahabat pokcik berkata, itulah penghulu bunian yang dia jumpa dan kautim.. Dia memintanya menjaga keseluruhan kawasan empat penjuru yang dipagar.. Wallahuaklam.. Tipu dia maka tipulah pokcik.. Setelah itu timbul pula idea untuk mengenakan sahabat pokcik yang berada berhampiran dengan anak air itu.. Pokcik tengok dia pun dah lelap.. Entah terawangan, entah apa agaknya yaa..
Pokcik pun terus mengambil setanggi. Disebabkan makhluk tadi hilang berhampiran dengan sahabat yang tidur tadi maka pokcik mengambil beberapa batang setanggi untuk dipacakkan disekeliling sahabat pokcik tadi.. Pokcik pun turun dari atas bukit dan meluru ke arah sahabat pokcik itu.. Dia sedang tidur dengan nyenyaknya.. Pokcik terus membakar setanggi di empat penjuru sahabat itu.. Setelah itu, pokcik naik semula ke atas. Kami mengintai dari jauh apa yang akan berlaku.. Tidak lama Kemudian kami melihat bara nyalaan api setanggi menjadi marak.. Seperti ada sesuatu yang menghirup asap setanggi dengan rakus sekali.. Setanggi seperti menyala dan apinya seolah-olah naik menari-nari ke atas udara..
Kami perhatikan sahaja namun tak nampak lembaga yang sedang menghirup asap setanggi itu.. Tak lama kemudian habislah setanggi dibakar.. Pokcik tak puas hati sebab tak dapat melihat lembaga itu.. Kali ini pokcik mengambil keputusan untuk berada di tempat sahabat pokcik yang sedang tidur itu.. Pokcik membawa beberapa batang setanggi bersama. Memang pokcik nekad nak berdepan dengan lembaga itu.. Suasana menjadi hening.. Mungkin ketika itu, waktu sudahpun menjangkau pukul tiga pagi... Pokcik terus mencacakkan sebanyak mungkin setanggi di sekeliling pokcik... Sahabat pokcik masih tidur dan tidak tahu apa yang berlaku..
Tiba-tiba sahabat pokcik mengomel dalam bahasa yang tidak berbutir.. Entah kena rasuk atau kena sampuk masa tu.. Matanya masih terpejam.. Pokcik tak mahu layan sangat. Kecualilah dia bingkas bangun dan duduk. Masa tu barulah gamaknya fikirkan apa yang seharusnya pokcik lakukan... Dalam keadaan hening tu, mulutnya tak berhenti mengomel sahaja.. Hahahhaha.. Dia sebenarnya tak tahu pun apa yang dia cakapkan tu.. Tiba-tiba pokcik melihat sepasang mata yang merah menyala datang dari arah air mengalir... Lembaga itu tidak kelihatan. Hanya matanya sahaja yang merah menyala...
Pokcik tak dapat meneka dengan tepat bentuk lembaga itu.. Kalau binatang, sudah tentu paras ketinggiannya seperti seekor harimau. Kalau lembaga lain atau jin lain, sudah tentu kedatangannya secara merangkak, meniarap atau mengesot.. Pokcik perhatikan sahaja. Mata itu terus mundar-mandir tidak jauh dari pokcik. Dia tidak mahu datang dekat.. Pokcik tahu bahawa kedatangannya adalah kerana nak sedut asap setanggi tu tapinya pokcik ada di situ.. Dia mundar-mandir sahaja tak mahu rapat..
Dalam keadaan hening tu tiba-tiba, kawan pokcik bingkas duduk. Adehhhh potong stim betul... Katanya dia terasa seperti hampir ditindih.. Ketika tidur tu rupa-rupanya dia terawangan.. Dia melihat bangunan kaca yang indah.. Tiada hutan yang kelihatan.. Rupa-rupanya dia tidur di tengah-tengah bandar.. Datanglah orang mereka macam menegur laa perbuatannya tidur di tengah bandar... Dia bercakap dalam keadaan tak sedar itu kemungkinan besar ketika dia sedang bercakap dengan orang di sebelah sana.. Wallahuaklam..
Setelah itu sahabat pokcik sambung tidur. Dia nak sambung terawangan lagi gamaknya. Mata tadi entah hilang ke mana. Pokcik pun bergerak ke arah sahabat-sahabat yang lain. Pokcik nak tengok keadaan mereka. Manalah tahu, ada yang kerasukan.. Hihihihi.. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku.. Kental juga sahabat-sahabat pokcik.. Setelah melihat semuanya terkawal, pokcik kembali ke gazebo.. Tunggu di situ agak lama dan apabila pokcik tengok masing-masing mata dah layu maka pokcik pun ajak laa depa balik. Gamaknya dah hampir pukul empat setengah pagi...
Depa kata, selepas pukul 4.30 pagi pintu atau gerbang ghoib ditutup.. Memang malam tu pokcik tak tidur pun.. Huhuhuhuhu... Mula-mula pokcik dan dua orang sahabat lain seingat pokcik laa, piii kejutkan sahabat yang lena tu. Tengok dia dok mamai dan duduk maka pokcik pun pergilah ke arah sahabat-sahabat yang lain. Setelah semuanya berkumpul, masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing pada malam itu..
Yang berada di atas batu, katanya dia didatangi oleh seseorang. Pokcik lupa dah jin mana yang datang tu, nanti kalau pokcik mereka cerita dah jadi BOHONG dan nak menyedapkan cerita. Katanya dia diberi bebola api. Wallahuaklam. BOHONG dia maka BOHONG laa pokcik. Gamaknya sejenis jurus laa kan.. Sebabnya dia dan seorang sahabat pokcik ni dok main gerak rasa pulak selepas itu di gazebo... Seorang lagi sahabat di bawah pokok itu, dia dapat penat sahaja dengan ditemani gigitan nyamuk.. Hahahhahhahhaa...
Tapinya dia diusik oleh lembaga yang menghuni di pokok besar itu beberapa kali. Sahabat pokcik yang terawangan itu turut menceritakan pengalamannya. Alhamdulillah pelbagai pengalaman yang tak dapat dijual beli diperoleh oleh para sahabat. Pengalaman ini ditempuh sendiri dan bukannya mendengar cerita yang belum tentu kesohehan dan kebenaran ceritanya. Setelah itu kami pun bergerak pulang. Sempat lagi kami singgah di kedai mamak sambil pekena roti canai.. Sempat jugalah kami bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Entah hilang ke mana gambar itu. Kalau tak salah, pokcik pernah hantar gambar itu dalam group sebelum ini sebelum akaun fb pokcik kena hacked..
Sebelum masing-masing tiba ke destinasi yang dituju, kami singgah ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh. Gamaknya terkejut pak imam melihat kami. Dengan sorang-sorang memakai jeans atau seluar sukan. Hahahhaha.. Itulah secebis kisah, pengalaman pokcik dahulu bersama-sama dengan para sahabat dari KL, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. In shaa Allah, kalau ada masa pokcik kongsikan lagi... In shaa Allah..
Wallahuaklam.. Salam hormat...
Santaiiii.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.