Friday, 6 July 2018

DISAPA MAKHLUK BERBULU











16.4.2018

Dua hari lepas pokcik pergi memancing di Balok bersama sahabat pokcik.. Kami balik dalam lingkungan pukul 1.40 pagi...

Sahabat pokcik ini dahulunya peronda di LPT dan berhenti kerja selepas membuka sebuah kedai...  Nak dijadikan cerita, masa dia kerja dahulu, banyak berlaku kemalangan akibat daripada kemasukan lembu di atas lebuh raya..

Lembu akan tidur di atas jalan yang panas dan ada ketikanya kereta bertembung dengan lembu-lembu ini.. Dia dan beberapa orang sahabat yang lain ditugaskan untuk mengambil tindakan terhadap lembu yang berkeliaran di atas lebuh raya itu....

Berbalik pada cerita pokcik..

Dalam perjalanan pulang pada pagi itu, kami sampai ke suatu bukit di bahagian tepi lebuh raya itu..  Kata sahabat pokcik, di situlah dia dan dua orang rakannya yang lain mengintai lembu-lembu itu.. Dia dan rakannya akan berpecah dan masing-masing meniarap untuk menembak lembu yang berkeliaran....

Pada suatu malam, ketika sedang meniarap dia disergah dari belakang...

Woiii buat gapo tu, sergah satu suara dari belakangnya..

Sahabat pokcik tak melayan... Dia tahu itu bukan suara kawannya..

Apabila dia tak mengendahkan sergahan itu, suara itu bertambah kuat kerana marah tidak dipedulikan..

Hooiii buat gapo tu? Kata suara itu sambil tangannya menampar belakang sahabat pokcik..

Perit rasa tamparan yang kuat itu...

Jangan kacau laa, kata sahabat pokcik.

Boleh aku meniarap sama, kata suara itu..

Sahabat pokcik buat tak tahu.. Tiba-tiba sebuah kereta berwarna putih lalu di situ... Kereta itu memasang lampu tinggi.. Ketika itu sahabat pokcik dapat lihat dengan jelas makhluk itu..

Tangannya berbulu lebat.. Dia kini berada seperti di bawah perut lembaga itu. Lembaga itu berdiri di belakangnya dan sahabat pokcik meniarap di bawah....

Sahabat pokcik tidak dapat berbuat apa-apa.. Nak lari macam mana, kata sahabat pokcik sambil ketawa... Hahhahahhahha...

Akhirnya terdengar tembakan.. Sahabatnya yang lain melepaskan satu tembakan.. Tembak apa tak tahu laa kan.. Hihihi.. Lembaga itu masih tidak lari.. Tiba-tiba sahabatnya melepaskan sedas lagi tembakan.. Ketika itu barulah lembaga itu menghilangkan diri..

Sahabat pokcik mengambil peluang itu untuk lari ke arah keretanya dan tidur di situ sementata menunggu dua orang lagi sahabatnya...

Itulah secebis pengalaman sahabat pokcik. Biasanya peronda atau polis yang bertugas di lebuh raya akan berjumpa dengan kejadian aneh dan misteri.. Ada ke polis lebuh raya dalam ni?

Kalau ada bolehlah kongsikan pengalaman.. Sahabat lain yang nak kongsi juga dialu-alukan.. Silakan semua.. Salam hormat


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.