Monday, 5 March 2018

TANGISAN BUDAK



Alhamdulillah bertemu lagi buat sekian kalinya. Banyak kisah yang pokcik tak sempat posting sebab terlalu sibuk. Kisah tersebut in shaa Allah akan pokcik kongsikan apabila ada kelapangan nanti. Kali ini pokcik dihubungi oleh mak saudara orang rumah pokcik di Johor. Kebiasaannya mereka akan usahakan berhadapan dahulu. Mungkin sebab dah terdesak maka dia pun menghubungi pokcik..

Menurut mak Lin, dia mengasuh beberapa orang budak. Budak-budak yang diasuhnya tiada masalah sebelum ini. Tiba-tiba, ada seorang budak yang tidak mahu masuk ke dalam rumahnya. Kejadian itu berlarutan selama lebih kurang seminggu. Pelik juga kan. Nak kata bergaduh dengan rakan-rakan tak ada pula. Nak kata takut dengan pengasuh pun, dia tak ada masalah dengan pengasuh...

Mak Lin memberitahu pokcik, ibu bapa budak ini terpaksa bercuti untuk menjaga anak mereka itu. Kasihan pula pokcik mendengarkannya. Menurut Mak Lin, mata budak itu akan melilau melihat syiling rumahnya terutama di penjuru rumah itu. Kebiasaannya, memang ada gangguan sekiranya si anak kecil melihat dan menangis seumpama itu...

Bagaimana dia boleh nampak? Kenapa kanak-kanak lain tidak dapat melihat apa yang dia nampak? Sudah semestinya dia melihat dari sudut pandang mata jin yang ada dalam dirinya... Maksudnya dalam rumah itu ada gangguan dan  dalam diri budak itu pun ada juga gangguan. Mula- mula sekali pokcik usahakan budak itu. Alhamdulillah dia sudah berhenti menangis. Akan tetapi dia berasa fobia untuk masuk ke dalam rumah. Jadinya pokcik usahakan juga membuang gangguan dalam rumah Mak LIn..

Tak cukup dengan itu, si bapa kepada anak kecil itu juga meminta pokcik usahakan rumahnya pula. Hahahahahahhaha. Melarat dah gayanya. Tapinya pokcik usahakan juga kerana ehsan sesama manusia. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Anak itu kini selesa dan boleh menyertai anak-anak lain bermain dan tinggal di situ. Biasalah budak-budak. Mereka lebih mudah melihat makhluk ini. Kita sebagtai ibu bapa, sekiranya nampak kelainan pada si anak kecil maka usahalah untuk mencari jalan penyelesaian. Sekian kisah pada kali ini. Moga berjumpa lagi. Salam hormat semua...