Saturday, 24 March 2018

MENGAKU DIRI HAIWAN











Kali ini pokcik nak kongsikan perihal kes empat hari lepas. Ketika itu pokcik sedang minum dan berbual santai dengan pemilik kedai makan itu. Sedang bersembang tiba-tiba salah seorang pekerja barunya pengsan. Pekerja barunya itu dahulunya bekerja di Johor dan tinggal dengan kakak dan abang angkatnya.

Salah satu kepelikan abang angkatnya ialah boleh berkomunikasi dengan binatang. Yang tu ok lagi.  Sebabnya pokcik pun boleh panggil ayam datang. Kruuu kkruu sambil tabur beras. Soheh ayam datang. Hihihihi... Yang tak boleh diterima akal ialah abang angkatnya itu mengaku dia binatang dan ingin menjadi manusia. Hahaha.. Macam-macam.

Berbalik kepada kisah ini. Apabila dia pengsan maka pokcik, tuan kedai dan salah seorang pekerjanya terus mengangkatnya masuk ke dalam bilik.  Takkan nak biarkan dia terbaring atas lantai macam tu saja. Muda pulak tu dan agak cantik. Umur baru 25. Kiranya pangkat cucu laa dengan pokcik. Hihihihi...

Kami letakkan dia di atas tilam. Bibirnya kelihatan pucat. Kini tinggal kami berempat di dalam bilik iaitu pokcik, tuan kedai dan isterinya serta pekerjanya yang pengsan itu. Darah rendah ni, kata tuan kedai. Dia bercadang membawa pekerjanya itu ke klinik. Namun pokcik dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena pada diri hamba Allah itu..

Tak lama kemudian dia pun sedar dan nak bangun untuk bekerja semula. Tuan kedai memintanya berehat dulu. Apa yang pokcik rasakan itu pokcik nyatakan kepada tuan kedai. Tuan kedai terus bertanya kepada hamba Allah itu adakah dia selalu pengsan ketika bekerja di Johor. Ya, kata hamba Allah itu. Kemudian isteri tuan kedai bersuara. Pak Ustaz nak tengok apa yang ada pada awak. Adehhh sejak bila pokcik jadi ustaz tak tahu laa. Hahahaahahha.

Dia membenarkan. Pokcik dapat mengesan kehadiran saka. Adusss jadi kerja pulak kali ini. Dia akhirnya mengaku. Ayahnya telah meletakkan sesuatu di belakangnya dengan menggunakan minyak wangi.. Katanya dia akan menjadi kebal dan tidak terkesan walaupun dipukul. Tudiaaa.. Hahahahahhaha. Katanya dia juga ada kebolehan untuk merasa batu cincin yang berkhadam atau pun tidak.

Kemudian isteri tuan kedai bersuara. Pak Ustaz nak buang jin jahat pada awak. Jin baik pak ustaz akan biarkan. Huhuhuhu. Pokcik pun tak faham pemikiran depa. Ada jin baik jin jahat pulak dok berdamping dengan manusia. Kali ini cepat-cepat pokcik potong cakapnya. Jin yang berdamping dengan manusia tak ada jin baik. Mana ada, pokcik akan rembat semua kalau Allah izin. Dia setuju. Tambahan pula jin tu dah mula hisap darahnya. Habis lebam badannya.

Badan kebal dengan serangan fizikal tetapi ada upahnya. Setelah mengheningkan diri sebentar pokcik terus ikhtiar pagarkannya. Dia mula memejamkan mata. Matanya tertutup rapat seperti sedang tidur. Setelah membacakan beberapa potong ayat, dia mula dapat rasakan badannya terangkat dan terapung di udara. Makin lama makin jauh dia rasa dirinya dibawa. Suara pokcik semakin lama semakin jauh dia dengari. Mungkin apa yang dia rasai itu sebenarnya apa yang dialami oleh saka itu..

Tidak lama kemudian barulah dia membuka matanya. Pokcik meminta dia duduk membelakangi pokcik. Kali ini pokcik ingin usahakan membuang sisa amalan yang disapu dengan minyak wangi oleh ayahnya itu. Kali ini pokcik makrifatkan membuka pakaian dirinya itu, membakar dan mencabutnya seizin Allah. Percubaan kali pertama naik sampai ke belakang tengkuk sahaja. Tak lepas kata  si sakit. Naik sekerat dan lekat di belakang tengkuk, tambahnya lagi...

Percubaan kali kedua juga gagal. Melekat seketul di dalam kepalanya. Dia memegang kepalanya yang mula sakit. Alhamdulillah tak merasuk. Hihihi.. Kali ketiga pokcik iktiarkan. Alhamdulillah, ketulan itu naik dan berjaya dicabut keluar seizin Allah. Alhamdulillah. Ringan katanya. Sehingga posting ini ditulis alhamdulillah dia tidak lagi pengsan. Tiada lagi darahnya dihisap. Kemahirannya merasa keberadaan khadam dalam batu cincin juga turut hilang.

Sekian perkongsian pada kali ini. Moga beroleh manfaat. Nak pendinding agar anak jaga diri, berikan pengetahuan agama yang secukupnya dan bukannya letakkan jin untuk menjaga anak. Sesungguhnya kepada Allah sajalah kita memohon perlindungan dan pertolongan. Moga berjumpa lagi. Salam hormat. Wallahuaklam..

Tamat....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.