Saturday, 17 March 2018

URAT MELETUP










Kisah malam tadi.

Semalam kebetulan saudara dari Johor datang ke Kuantan. Jadinya pokcik ke Tanah Putih Baru untuk meraikan mereka. Nak dijadikan cerita, anak kepada salah seorang jiran di situ dah lama mesej orang rumah pokcik untuk ikhtibar kakinya yang sakit.

Banyak sakit seperti masalah fizikal sekarang ini. Jadinya, alang-alang pokcik nak ke sana, maka orang rumah pokcik memberitahu hamba Allah itu agar datang ke rumah emaknya itu. Sesampainya pokcik di sana, orang rumah pokcik masuk ke rumah ibunya manakala pokcik terus ke rumah ibu kepada si sakit itu. Kebetulan pula, kami sampai serentak....

Pokcik berehat sebentar di luar rumah ibunya itu sambil berbual dengan suami si sakit. Kami pekena rokok dulu sementara nak masuk ke rumah. Katanya selain daripada sakit kaki orang rumahnya, makanan di rumahnya selalu basi. Pagi masak, tengah hari lauk dah basi. Harini, seperiuk sayur dibuang, tambahnya lagi.

Sebagai ikhtiar awal, dia selalu juga bacakan ayat untuk dibuat pagar rumahnya. Ayat-ayat itu diambil dari internet, katanya lagi. Selalunya dia akan ambil ayat- ayat yang dikongsikan oleh Ustaz Sharhan. Pokcik diam sajalah. Tak nak komen apa-apa sebabnya niat pokcik hanya untuk ikhtiarkan orang rumahnya.

Setelah itu kami masuk ke rumah. Orang rumahnya tenang sahaja. Sakit kaki, katanya memulakan bicara. Dia sakit kaki setelah balik dari rumah emaknya pada malam pokcik usahakan emaknya dahulu. Ketika itu emaknya tidak sedarkan diri setelah berasa usus perutnya disentap ketika masuk ke bilik air. Hihihihihi. Pandai jin ni. Dia mengambil kesempatan atas keadaan. Rumahnya memang ada jin sebab dia selalu nampak kelibat di dalam rumahnya. Jadinya jin mengambil kesempatan seolah-olah jin di rumah emaknya yang buat. Jin di rumahnya baik. Hahhahahha. Boleh gitu?

Pokcik pun tak makan lagi ketika sampai ke situ. Jadinya pokcik terus meminta dia datang dan melunjurkan kakinya. Terus pokcik doa pada Allah untuk pagarkarnya. Ketika ini si sakit dah merasa gerakan di bawah kulitnya seperti sesuatu yang gelisah nak berlari tak tentu arah.. Pokcik check dan dapati ada tanda gangguan di dahi dan paha kanannya. Walaupun paha dan lutut kanannya yang sakit namun gerakan itu berada di paha kiri. Melompat ke situ pulak gamaknya..

Pokcik seperti biasa terus berdoa dan melancarkan serangan. Ketika ini ada bisikan di telinga si sakit. Tidur, tidur, katanya. Ini diberitahu oleh si sakit selepas selesai ikhtiar. Lebih kurang 20 minit pokcik berhenti. Berpeluh habis hamba Allah ini. Panas, katanya perlahan. Pokcik diam sahaja sambil tersenyum. Dia menggerakkan kakinya. Alhamdulillah dah boleh lipat dan bersila, katanya.. Tak sakit dah, tambahnya lagi..

Setelah itu pokcik minum air teh o yang disediakan. Kelihatan si sakit menggerak-gerakkan kakinya dengan selesa. Ketika dia mengangkatkan lututnya, dia rasakan sakit di bawah pelipat lututnya. Pokcik kata biarkan sekejap. Pokcik nak habiskan air teh o itu. Selang tiga minit pokcik meminta dia datang dan melunjurkan kakinya sambil mendirikan lutut sedikit. Tanpa melengahkan masa, pokcik terus berdoa dan tarik jin yang bersembunyi di situ seizin Allah..

Keletup urat meletup. Padahal pokcik langsung tidak menyentuhnya. Serentak dengan itu dia menjatuhkan lututnya sambil menangis. Sakit, katanya. Pokcik meminta dia menggerakkan kakinya dan merasa di bawah pelipatnya. Alhamdulillah dah tak ada. Tak sakit dah, katanya lagi. Alhamdulillah. Setelah itu dia terus bercerita kepada ibunya apa yang dia rasakan sepanjang sesi rawatan berlaku.

Setelah itu si suami mengambil air kosong di dalam  keretanya. Katanya,I alang-alang pokcik datang, dia nak minta pokcik doakan air itu untuk dia spray di rumahnya. Tanpa berlengah lagi, pokcik doakan juga bagi memenuhi hajatnya itu. Selesai sahaja, pokcik meminta diri untuk pulang. Maklumlah nak layan saudara dari Johor pula. Setelah bersembang sebentar dengan suaminya di luar rumah, pokcik terus balik. Sekian.. Wallahuaklam...


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.