KESINAMBUNGAN DARIPADA BLOGKU YANG TERDAHULU YANG BERKISAR TENTANG KUCING KESAYANGAN POKCIK. NAMUN BERMULA PADA TAHUN 2017 PULA BERKISAR TENTANG DUNIA MISTIK DENGAN MENGGUNAKAN GELARAN ' POKCIK '. SEMUA CATATAN DAN PERKONGSIAN KEBANYAKANNYA PENGALAMAN SENDIRI SERTA TIADA TOKOK TAMBAH. KESEMUA KISAH ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. SALAM HORMAT PARA SAHABAT DAN PENGUNJUNG BLOG INI.
Friday, 6 July 2018
EKOR ULAR
5.7.2018
Tadi
pokcik ada sesi bersama DMFK pagi tadi bersama-sama dengan pemandu forklift professional semalaysia.Lama jugak laa, dari pukul 8.30 sampai lebih kurang pukul 2.30 petang.. Pokcik takkan nak kongsikan bab dia bagi motivasi kat semua pemandu supaya jangan tidur sangat dalam stor.. Kan.. Kita kan group mistik.. Hihihihihi...
Antara yang dikongsikan bersama ialah tentang paranormal.. Menurut beliau, antara punca berlaku kes paranormal/sihir:
1. Angkara bomoh atau ahli sihir
2. Gangguan jin liar
3. Kita seru
- Amalan
4. Sihir makhluk
- Termasuklah binatang yg dianiaya
5. Saka
Apabila berlaku kes paranormal ini sudah tentu kita akan mencari perawat dan sebagainya.. Ada yang alhamdulillah sembuh seizinNya. Ada juga dah berjumpa dengan pelbagai perawat namun keadaannya macam itu juga. Bukan sahaja keadaan sakit tidak berubah malahan ada juga yang bertambah sakit..
Kita kenalah berusaha kerana:
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam shahihnya, dari shahabat Abu Hurairah bahwasanya Nabi bersabda,
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شَفَاءً
“Tidaklah Allah turunkan penyakit kecuali Allah turunkan pula ubatnya”
Dari riwayat Imam Muslim dari Jabir bin Abdillah dia berkata bahwa Nabi bersabda,
لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ، فَإِذَا أَصَابَ الدَّوَاءُ الدَّاءَ، بَرَأَ بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Setiap penyakit pasti memiliki obat. Bila sebuah ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (HR. Muslim)
Beliau berkata selalunya ubat kepada sakit atau penyakit kita itu ada berhampiran dengan diri kita atau puncanya..
Sebagai contoh, bagi menghilangkan pedas lada. Penawarnya ialah tangkai lada itu sendiri.. Tangkai itu ditumbuk bersama lada itu..
Ubat bagi patukan ular.. Cari ular berkenan dan bunuh. Kemudiannya potong sedikit ekor ular itu lalu ditelan. In shaa Allah.. Begitu juga dengan kolesterol.. Katanya antara punca atau makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi ialah udang.. Kajian menunjukkan ubat yang berkesan ialah kulit udang itu sendiri.. Kini kulit udang diproses menjadi ubat melawan kolesterol...
Memurutnya lagi, suatu hari Ustaz Hassan Basri dikunjungi oleh beberapa orang bagi meminta nasihatnya..
Antara yang datang ialah pemuda yang mempunyai masalah rumahtangga.. Dia meminta nasihat ustaz..
Jawapannya :
Balik rumah buat solat taubat dan istighfar sebanyak 100 kali sebelum tidur serta memaafkan orang lain...
Apabila datang lagi yang mempunyai masalah tentang kebun dan ternakan.. Jawapannya tetap sama.. Begitulah nasihat yang sama diberikan oleh ustaz terhadap beberapa orang lain yang datang berjumpa beliau...
Jadinya, kita berbalik kepada perkongsian pokcik di atas. Semua masalah sama ada fizikal atau mistik ada ubatnya. Ubat itu selalunya berkaitan dengan punca masalah.. Akan tetapi, sekiranya semua usaha dah dijalankan dan dibuat namun masih belum temui penyelesaiannya maka kita kembali kepadaNya dan memuhasabah diri..
Mulakan dengan solat taubat dan istighfar 100 kali sebelum tidur serta memaafkan semua orang.. Jadikan amalan tiap-tiap malam.. In shaa Allah, Allah akan memberikan rahmat dan ehsanNya..
Akhir sekali, sekiranya kita rasa ada orang membuat khianat, benci, iri hati, memandang serong dan sebagainya dan kita tahu orang yang berkenaan maka berdoalah selama 40 hari atau sedekahlah AlFatihah selama 40 hari kepadanya, in shaa Allah, benci dia kepada kita akan jadi biasa, sekiranya biasa sahaja, dia akan menjadi sayang dan sekiranya sayang, kasihnya akan bertaup dan bersemi kepada kita.. In shaa Allah..
Sekian perkongsian pada kali ini. Moga memperoleh manfaat. Wallahuaklam.
Salam hormat..
Santaiiiiiiiiii....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.