Thursday, 5 July 2018

SAKIT










2.7.2018

Santai malam....

Kali ini kita cerita perihal teknik dan keberkesanan.. Teknik mempengaruhi keberkesanan seizinNya. Memang laa semuanya seizin Allah, tetapi Allah suruh letakkan sesuatu pada tempatnya... Macam pokcik cakap sebelum-sebelum ini, kalau dah sakit kepala, kita makan julab, apa berlaku.. Dah tentu kesannya berbeza daripada keadaan sakit kita.. Sama juga kalau kita luka pada bahagian kaki, kita sapukan ubat luka pada dahi lalu membalut dahi kita... Adakah kesannya sama dengan kita basuh luka,  menyapu ubat pada bahagian kaki tadi dan membalutnya?

Satgi ada pulak yang dok kata ILMU ALLAH LUAS biarpun lutut kurang gris dicucuk gris di belakang tengkuk. Apabila kita bicara hal ini secara telus, jujur dan terbuka, ada pulak kata kita nak pertikaikan cara orang. Kononnya cara kita sahaja yang betul dan bagus. Kan. Bukan cerita bagus tak bagus sebabnya kita semua faham bahawa sembuh tak sembuh itu hak Allah dan kita hanya ikhtiar.. NAMUN, macam pokcik cakap di atas, nak ikhtiar biarlah kena dengan gaya...

Apa pun, rasanya orang tidak akan mempertikaikan kaedah dan cara kita selagi tidak MENYUSAHKAN,  tidak MENYAKITKAN, tidak MENYALAHI SYARIAT, tidak MEMBEBANKAN, tidak KAYANGAN dan tidak BANYAK TEORI DARIPADA PRAKTIKAL. Bukan apa, pokcik rasa pesakit boleh terima walaupun mereka tidak sembuh tetapi janganlah ada apa yang pokcik tulis di atas ini...

Oleh sebab pokcik cerita bab teknik dan keberkesanan maka pokcik hanya akan tumpukan bab itu sahaja.. Kalau sekadar cerita kosong maka tak kenalah kan.. Orang kata TEORI sahaja.. Padahal hakikat sebenar, TEORI kadang kala terpaksa diletakkan di tepi kerana PELAKSANAAN biasanya bergantung kepada SITUASI SEBENAR SEMASA KEJADIAN..

Pokcik pernah ke Terengganu. Pokcik tak ingat apa tujuan.. Mungkin nak makan SATA atau keropok lekor di sana agaknya sambil beralih angin. Sesampai di suatu tempat, pokcik pun nampaklah papan tanda... PUSAT PERUBATAN ISLAM **************.Ok cantik sangatlah. Pokcik pun mengajak adik ipar pokcik ke situ. Sesampainya kami, dah tentulah mengikut giliran dahulu.. Setelah tiba giliran, kami pun dipersilakan masuk.. Ada laa cerita perawat tentang pesakit yang datang dari Brunei, Singapore dan seluruh Malaysia ke situ..

OK laa tu kan.. Bab cerita tu pokcik tak kisah sangat selagi CAKAP SERUPA BIKIN. Mula-mula adik ipar pokcik ceritakan perihal dia ada rasa diekori. Selepas habis cerita, kakinya dipegang oleh PERAWAT ISLAM BERJUBAH tu. Darurat AGAKNYA BAGI DIA. Tambahan pula adik ipar perempuan pokcik ni putih melepak. Dia pun terus picit tapak kaki. Apabila kena titiknya sakit le... Dia pun cakap setan tu sakit. Selepas itu pokcik pun kata, saya rasa ada saka laa.. Dia kata baiklah.. Tapak kaki pokcik pun dipulas. Mula-mula slow. Pokcik buat tak tahu. Lama-lama makin kuat sehinggakan keluar urat dahinya menekan.. Haaa barulah rasa sikit.. Macam biasalah.. Dah rasa sakit tu setannya laa yang sakit...

Setelah itu kami diberikan dua botol air telaga. Dapatlah duit salam kokot. Pokcik pun terfikir-fikir. Saka dipicit kaki, dampingan dipicit kaki, sakit pinggang dipicit kaki, mata bermasalah kononnya gangguan, dipicit kaki, ada masalah dalam rahim akibat gangguan, dipicit kaki. Pendek kata kalau pesakit datang dengan dua puluh jenis sakit yang berbeza pun.. Caranya picit kaki hingga si sakit cakap.. Aduhhhh.. Haa setan atau jin laa tu yang sakit... Jadinya pokcik balik semula tentang tajuk... TEKNIK DAN KEBERKESANAN. Bukannya nak perikaikan CARA. Macam pokcik cakap tadi, kalau orang tak SAKIT  rasanya perkara ini tidak akan timbul. Orang faham bab kesembuhan tetapi tak boleh terima bab KESAKITAN tetapi keadaan macam tu juga...

Kali ini pokcik pergi ke Alor Akar. Katanya perubatan menggunakan serai. Menarik tu. Kebetulan ada pesakit dikatakan kena dengan pontianak... Diletakkan serai sekali dengan akar yang keras lalu dikepitkan di celah dua jari kaki.  Pesakit menjerit maka jin itu sakit. Pesakit pontianak dikepit, sakit gila dikepit, saka dikepit, sakit pinggang mungkin ada hantu di situ, dikepit, sakit bahu mungkin ada hantu bertenggek dikepit. Pendek kata semuanya dikepit sebab kebetulan, sebelum pokcik ada lebih kurang 5 atau enam orang agaknya.. Semuanya dikepit hingga pesakit jerit. Pokcik tengok tak ada seorang pun tak jerit sebab sakit. Agaknya letak Ustaz Don di situ pun menjerit melolong sebab kaki dikepit.. Bukan nak perikaikan kalau TAK SAKIT dan sembuh seizinNya.

Pesakit di Kampung Padang cerita di pergi ke Pekan Pahang.. Kali ini kakinya di kepit dengan diletakkan kayu atau ranting di celah jari kaki. Sama juga. Semua sakit dibuat dengan cara yang sama.. Sahabat boleh faham sendiri bagaimana rasanya agaknya. Cubalah suruh adik, abang, kakak, atau ayah kita buat di kaki kita.. Rasanya macam mana agaknya. Jangan menjerit.. Kalau menjerit ada hantu pada sahabat... Sama jugaklah. Semua sakit kaedahnya kepit sampai menjerit... Begitu jugaklah kaedah letakkan duri landak di celah jari kaki yang pokcik pernah tengok. Kepit dan lalukan di celah jari tu.. Kalau menjerit maksudnya adalah jin jembalang bagai pada sahabat..

Satgi ada pulak kata pokcik dok pertikaikan cara orang. Itu cara depa.. Sejujurnya, pendapat pokcik, kalau kaedah itu MENYAKITKAN atau mengakibatkan kecederaan fizikal pada pesakit maka mereka langsung TIDAK LAYAK digelar perawat.. Kalau rasa dok lakukan kaedah tunggu orang jerit dan kata ada hantu, elok berhentilah merawat.. Bolehlah tukar profession jadi AHLI GUSTI atau ceburkan diri dalam sukan tinju atau tomoi... Macam pokcik cakap beberapa kali di atas, orang mungkin faham bab kesembuhan tetapi kalau dengan cara MENYAKITKAN tetapi sakit masih macam tu, maka masa itulah baru timbul cerita...

Betul ke agaknya?
Hihihihihi... Entahlah kan. Buka fikiran dan fikir secara terbuka dan matang... Barulah berikan jawapan...

Jangan marah.. Rasanya perawat kini OK dan sempoiii.. Kan... Hihihihihi..

Wallahuaklam.. Salam hormat...
Santaiiiiiiiii.....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.