Tuesday, 26 May 2020

IBU JARI DALAM GENGGAMAN


Assalamualaikum

Sahabat yang dihormati;

Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas dan meneruskan kehidupan sebagai hamba-Nya. Kali ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah. Tapi sebelum itu pokcik ingin menjelaskan sesuatu. Mungkin ada sahabat baru yang masih keliru. Siapakah Encik Omar dan siapakah pokcik? Encik Omar dan pokcik ialah orang yang sama. Tapinya Encik Omar suka menggelarkan diri sendiri sebagai POKCIK. Maklumlah dah tua. Kalau muda, mungkin panggilan POKCIK akan digantikan dengan PEMUDA PUJAAN MALAYA. Hahahahahaha. Gurau-gurau, jangan marah.

Berbalik pada kisah pada kali ini. Pada suatu hari, selepas sahaja solat Subuh, pokcik lepak sekejap untuk rehatkan diri di katil sambil melihat cicak di siling rumah.. Dalam mamai-mamai Tiba-tiba dengar suara ada orang datang ke rumah emak pokcik.. Macam kenal sahaja suara tu.. Memang tepat, isteri sahabat pokcik yang datang... Apakah tujuan beliau? Timbul pula tanda tanya akan tujuan beliau datang pada waktu sebegitu.

Selepas memberi salam dia terus menyatakan hasratnya. Katanya ada hamba Allah ingin meminta pokcik ikhtiarkan beliau. Apabila ditanya, ternyata rupa-rupanya hamba Allah yang pokcik usahakan kes senjatanya BERFUNGSI sehari dalam sebulan dan anak lelakinya yang sawan tempoh hari. Anaknya yang sawan babi itu alhamdulillah sudah pulih seperti biasa dan kini sudah bekerja di Alam Flora.. Pokcik tanya, jadi pulak ke? Manalah tahu, kan... Tak, kata isteri sahabat pokcik. Dia nak minta usahakan isterinya dan anak perempuannya, tambahnya lagi... Ooooooo...

Mulanya pokcik liat jugalah. Maklumlah. Ketika itu pokcik sudah bersiap untuk balik ke Kuantan.. Huhuhuhu.. Tapi disebabkan isteri sahabat pokcik beriya-iya sangat, kasihan pula. Kan. Pokcik bertanyatentang  sakit anak perempuan hamba Allah yang pokcik pernah usahakan dulu.. Gatal seluruh badan, kata isteri sahabat pokcik... Kalau gatal pergi suntik la, kata pokcik.. Tak, gatal badan tapi tak nampak gatalnya pada tubuh, katanya pulak.. Adehhh gitu pulak... Liat sungguh, kata isteri sahabat pokcik sambil ketawa… Hahahahahaha.

Ye laa, kata pokcik kepadanya.. Pokcik pun ikut dia ke rumah hamba Allah tu.. Sesampainya di sana, tuan rumah sudah sedia menunggu.. Anaknya yang sawan tempoh hari ada bersama.. Dah OK ke, tanya pokcik ringkas padanya. Alhamdulillah dah. Dah yakin nak bergaul dengan orang. Dah boleh bawa motor ke sana sini. Sebelum ni tak berani, terangnya. Alhamdulillah kata pokcik ringkas.. Alhamdulillah juga sawannya sudah tidak datang seizin-Nya. Apabila pokcik teringat kisahnya, pokcik kasihan sangat. Si ayah terpaksa memecahkan kolah bilik air kerana dibimbangi dia akan terjatuh dan lemas. Dia juga malu untuk makan bersama ahli keluarga yang lain kerana bimbang sawannya akan datang. Pokcik melihat pula kea rah si ayahnya yang pokcik usahakan dulu.  Ayahnya pun kelihatan gembira.. Pokcik tengok mesra lain macam dah dengan isterinya. Pergi buang sampah pun dah sama-sama. Alhamdulillah.. Senjata dah terbang ke bulan laa tu.. Hihihihihi...

Isterinya dan anak perempuannya datang. Dah mandi ke? tanya pokcik kepada anak perempuannya. Belum, katanya. Haaa elok sangat, kata pokcik. Kebetulan di rumahnya ada pokok bidara.. Tolong ambil daun bidara secekak dua, kata pokcik kepada anak lelakinya. Dia akur. Setelah daun diambil pokcik doakan daun itu. Nah, pergi mandi.. Bilas dengan air rendaman daun ni, sambung pokcik.. Dia bangun dan terus bersiap untuk mandi dan terus ke bilik air… Biarlah dia mandi sendiri. Ada perawat yang tolong memandikan pesakit dengar katanya. Tambah-tambah pesakit perempuan muda. Kalau dah menoupouse perawat jenis macam tu akan suruh mandi di rumah sendiri. Hahahaha. Ini kisah benar. Akan tetapi, masih ada lagi orang kita yang masih KURANG CERDIK seolah-olah boleh diperlakukan apa sahaja untuk sembuh.

Sementara anak perempuannya selesai mandi, pokcik panggil si isterinya. Mari sini, kata pokcik. Dia akur.. Macam ni, laa.. Saya usahakan sahaja. Selebihnya urusan Allah. Saya tak boleh dan tak berani nak janjikan apa-apa,kata pokcik. Dia angguk. Selepas pagarkannya pokcik tanya, sakit pinggang dengan belakang tengkuk ke.. Aahh, katanya sambil tangannya bergerak ke belakang dan menuju ke arah pinggang. Belakang tengkuk pun sakit. Tapinya pinggang rasa macam pijar kena lada, katanya.

Tanpa banyak bicara pokcik check sikit lagi. Alamak, nampak macam simptom SAKA. Tapi pokcik tak beritahunya.. Kalau ada apa-apa saya ikhtiar buang ye. Tak nak dah kan, apa-apa yang tak elok,tanya pokcik. Tak nak dah, katanya ringkas.. Ketika usahakannya dia kelihatan gelisah. Kakinya bergerak. Kelihatan ibu jarinya dimasukkan ke dalam.. Mmmm memang simptom SAKA. Saka yang tak nak pergi gayanya tu.. Biarkan.. Hihihihihi... Ada juga kes SAKA, si pewarisnya itu akan berkumat-kamit membacakan sesuatu ketika pokcik sedang doakan mereka. Pokcik tulis doa, kalau tulis JAMPI nanti orang kata bela jin. Kalau tulis RUQYAH baru nampak Islamik, padahal maksud RUQYAH ialah JAMPI. Oleh itu, pokcik suka gunakan perkataan DOA.

Pokcik teruskan membaca doa dan ayat-ayat suci al-Quran tanpa bercakap lagi selepas itu. Tak lama kemudian dia mula tenang. Jarinya mula dibuka seperti biasa.. Kenapa jari tu? pokcik buat-buat tanya.. Sakit, katanya lagi.. Mari nak tengok, kata pokcik sambil senyum. Dia membuka tapak tangannya. Terus pokcik usahakan tarik keluar. Sakit lagi tak, tanya pokcik. Tak ada dah, katanya ringkas. Ringan dah badan,katanya lagi. Alhamdulillah selesai satu bab... Menurut pengalaman pokcik, orang yang ada masalah SAKA suka memasukkan ibu jari ke dalam ketika menggengam tangan. Ishhhh susah nak terangkan aih. Haaaa seperti sesetengah orang perempuan menggengam penumbuk. Ibu jari dimasukkan dalam genggaman. Jadinya perhatilah kepada ahli keluarga kita yang sering melakukan perbuatan itu tanpa mereka sedari.

Tak lama kemudian anak perempuannya selesai mandi.. Dia kemudiannya bersiap dan datang ke arah kami tidak lama kemudian. Macam mana rasa lepas mandi, tanya pokcik.. Segar badan. Gatal pun tak ada dah, katanya ringkas. Alhamdulillah selesai satu bab. Mari sini, kata pokcik. Dia pun datang.. Dia duduk berhampiran pokcik. Takkan anak dara duduk atas riba pokcik pulak. Tu baru pelik... Kan.. Apabila datang ke arah pokcik, dia dah rasa lain macam. Berdebar, katanya. Tangannya mula menggeletar.. Tenang, kata pokcik... Dia senyum tak senyum....

Tanpa melengahkan masa, pokcik terus ikhtiar pagarkannya. Dia mula tak tentu arah. Sekejap tangannya ke depan sekejap ke tepi sekejap ke belakang. Boleh saya duduk macam ni? Kaki tak boleh nak luruskan tiba-tiba, katanya. Boleh, kata pokcik ringkas.. Selesakan diri. Banyakkan ingat kepada Allah, sambung pokcik... Dia diam... Ketika itu dia mula tenang sedikit... Pokcik terus doakan.. Ketika itu entah ke mana dah dia pergi.. Fikirannya sudah tidak berada di dalam rumah itu.. Itu diakui sendiri olehnya selepas itu....

Setelah habis satu bahagian pokcik bertanya, debar lagi ke? Tak dah. Tangan pun dah tak menggeletar. Tenang, pokcik kata. Sekarang ni rasakan di mana tempat sakit... Dia diam seketika.. Kepala rasa sakit sangat, katanya... Tanpa berbicara, pokcik terus usahakan kepalanya itu.. Sakit lagi, tanya pokcik.. Alhamdulillah dah hilang, katanya ringkas.. Sekarang tenang semula, cuba rasa lagi,kata pokcik... Setelah lama diam, dia pun mengatakan alhamdulillah. Tiada lagi sakit di mana-mana, Fikirannya tenang sangat. Kosong kepalanya, katanya. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Sebenarnya dia dah sakit lebih daripada 5 tahun. Dia tak berani ke mana-mana kalau menunggang motosikal kerana sudah banyak kali terjatuh. Biasalah jatuh sebab bawak laju, kata pokcik. Tangan tak stabil kot, sambung pokcik. Tak, kena kat kawasan taman saja.. Memang saya tak bawa laju. Memang terasa ada orang yang menolak saya dari belakang walaupun bawa motor seorang diri.. Hihihihihi. Macam-macam jenis.. Ada pulak jenis jin tolak motosikal nak bagi orang jatuh. Alhamdulillah jin tu tak sampai masuk ke salur darahnya. Kalau tak, lagilah parah.. Kan.. Macam-macam. Ini bukan Bisikan Syaitan tetapi perangai jin seperti syaitan.. Hahhahahha..

Sekian buat kali ini.. Moga berjumpa lagi. Wallahua’lam. Salam hormat..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.