Assalamualaikum
Sahabat yang dihormati;
Alhamdulillah. Bersyukur kita kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan pencarian sebagai bekalan di akhirat kelak.
Mungkin ada juga yang bertanya tentang amalan rawatan jarak jauh adakah dibenarkan. Encik Omar hanya akan memberi jawapan dengan menyertakan Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)
Selain itu, ada hadis yang berkaitan perihal doa di belakang seseorang hamba Allah. Daripada Abu Darda’, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara Muslimnya dengan doa yang baik dan berkatalah malaikat itu, aamiin! engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).
Biarpun begitu, pokcik hanya akan usahakan secara jarak jauh sekiranya orang berkenaan sudah pun puas berusaha secara berhadapan. Tidak ada jalan singkat dan mudah tanpa berusaha. Lagi satu, berhati-hati juga dengan sesetengah hamba Allah yang membuat rawatan secara jarak jauh dikhuatiri dia menggunakan perantaraan jin. Wallahua’lam.
Berbalik pada kisah pada petang ini. Pada pukul 12.42 tengah hari semalam, pokcik mendapat panggilan telefon daripada sahabat pokcik dari Muadzam yang pokcik gelarkan namanya Edy. Lama juga kami berbual iaitu dalam lingkungan tujuh minit lebih.
Maklumlah masa PKP ini pokcik berada di Kuantan jadinya sudah agak lama kami tidak bersua muka. Edy merupakan sahabat pokcik yang selalu mengajak pokcik kalau ingin ke hutan.
Dalam perbualan itu Edy sempat juga bertanya sama ada pokcik ikhtiar juga seseorang dalam bulan puasa. Hihihihi.. Apa salahnya bulan puasa. Bukankah bulan ini juga kita disarankan bersedekah bagi menambah bekalan di sana. Lainlah kalau pokcik menggunakan jin ke puaka ke syaitan ke khadam ke, barulah mungkin agak terbatas dalam bulan puasa ini. Kalau setakat doa, elok jugalah. Sambil-sambil itu boleh juga pokcik mengaji al Quran.
Sebaik sahaja pokcik berkata demikian, Edy menyerahkan telefonnya kepada adiknya. Adiknya itu dikatakan ada masalah pertumbuhan. Asalnya pokcik meminta dia usahakan secara rawatan moden kerana ini merupakan sakit fizikal. Namun, apabila diberitahu bahawa setelah beberapa kali menjalani pembedahan namun ketumbuhan terus berlaku maka pokcik pun bersetuju untuk ikhtiarkan adik kepada sahabat pokcik tadi.
Adiknya itu pokcik namakan sebagai Ina. Pokcik berjanji kepada Ina untuk ikhtiarkannya pada sebelah petang iaitu selepas waktu Asar. Dia bersetuju.
Namun, pada pukul 5.19 petang dia telah mesej kepada pokcik. Katanya dia masih berada di klinik. Tak apalah. Kita hanya merancang tetapi yang menentukannya hanyalah Allah. Pokcik sekali lagi berjanji untuk usahakannya pada sebelah malam iaitu setelah pokcik selesai menunaikan solat sunat tarawih. Dia pun bersetuju.
Seperti di janjikan, pada pukul 9.22 malam sekali lagi pokcik menghubunginya. Alhamdulillah kali ini Allah mengizinkan usaha yang ingin dibuat. Asalnya pokcik hanya imbas dan mendapati bahagian kiri perutnya ada masalah. Alhamdulillah Allap permudahkan urusan kami. Hilang sakit pada bahagian itu seizin-Nya. Elok sahaja pokcik cucuh api rokok, dia memberitahu bahawa dia ada masalah dengan periodnya …
Adusssss.. Baru nak cucuh tu mana boleh stop. Hahahahahahaha. Apa pun pokcik berjanji untuk usahakannya juga selepas lima minit. Alhamdulillah dengan izin-Nya selesai juga USAHA pokcik untuk menghentikan periodnya itu. Pokcik tidak meletakkan harapan dan Cuma memberitahunya bahawa sekiranya ALLAH IZIN, periodnya akan tinggal sedikit pada sebelah pagi esok dan sekiranya ALLAH IZIN periodnya akan berhenti pada sebelah petang. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan urusannya keran niat hamba Allah itu ingin berpuasa dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Sekian kisah pada kali ini. Moga berjumpa lagi..
Salam hormat..
Salam hormat..
Pokcik sertakan perbualan sepenuhnya di bawah ini…
YESTERDAY
[5:19 PM, 1/5/2020]
Ina : Assalammualaikum encik..maaf2..sy msh di klinik putramedik nie..ingatkan sempat smpai umh sebelum asar..orang ramai kat klnik nie. Kalau mlm nie boleh ke encik. Saya adik ady
Omar : Waalaikumussalam. Mlm ni lepas taraweh kalau free saya mesej
Ina : Assalammualaikum encik..maaf2..sy msh di klinik putramedik nie..ingatkan sempat smpai umh sebelum asar..orang ramai kat klnik nie. Kalau mlm nie boleh ke encik. Saya adik ady
Omar : Waalaikumussalam. Mlm ni lepas taraweh kalau free saya mesej
Ina : Baik..trm ksh
[9:22 PM, 5/1/2020]
Omar: Assalamualaikum
Ina : Waalailumussalam
Ina : Waalaikumusalam
Omar: Dah sedia ke nak ikhtiar
Omar: Dah sedia ke nak ikhtiar
Ina : Ya sudah
Omar : Baiklah.. Tutup aurat.. baring jgn bergerak,jgn bercakap, zikir sahaja dlm hati..
Ina : Ok
Omar: Ok... Teruskan berzikir.. Habis nanti saya pm semula
Ina : Ok
[9:47 PM, 1/5/2020]
Omar : Mcm mana rasa. Bangun ambil air masak segelas. Baca fatehah tiga kali dan minum. Ada rasa apa2 kat perut tak?
Ina : Alhamdullillah..ikhlasnya sebelum berubat perut sebelah kiri sakit menyucuk2.skrg x sakit dah
Ina : Alhamdullillah..ikhlasnya sebelum berubat perut sebelah kiri sakit menyucuk2.skrg x sakit dah
Omar : Alhamdulillah. Ada masalah sikit kat situ.. xpe. Rehatlah
Ina : Masalah apa encik ? Sebelah kiri memang selalu sakit. Ovari sebelah kiri pon sdh di buang..tp masih sakit
Ina : Masalah apa encik ? Sebelah kiri memang selalu sakit. Ovari sebelah kiri pon sdh di buang..tp masih sakit
Omar : Biasanya kalau mcm ni ada benda menumpang kat situ. In shaa Allah dah tu. Dah minum ke air? Kalau dah rehatlah. Jgn ingat apa dah.. Assalamualaikum
Ina : Ada kaitan dgn period x encik?? Maaf bnyk tanya..sebab nie dh 15 hari period😓
Omar: Kenapa xcakap tadi.. Saya boleh ikhtiarkan berhenti period.. Lima minit lagi saya pm...
Ina : Maaf😓
Omar: Baik2
Omar: Ok.. Duduk dulu mengadap kiblat.. Doa sungguh2 kpd Allah minta hentikan period.
Jap gi baring mcm tadi.. Dah sudah beritahu. Baik. Jangan cakap. Zikir dlm hati
Jap gi baring mcm tadi.. Dah sudah beritahu. Baik. Jangan cakap. Zikir dlm hati
[10:10 PM, 1/5/2020]
Omar : Ok dah.. In shaa Allah kalau Allah izin esok tinggal sikit2.. Ptg esok,in shaa Allah berhenti sekiranya dizinkan Allah
Ina : Alhamdulillah...isnya allah. Trm ksh bnyak encik
Omar : Sama2
Omar : Ok dah.. In shaa Allah kalau Allah izin esok tinggal sikit2.. Ptg esok,in shaa Allah berhenti sekiranya dizinkan Allah
Ina : Alhamdulillah...isnya allah. Trm ksh bnyak encik
Omar : Sama2
TODAY
[1:57 PM, 2/5/2020]
Omar : Assalamualaikum.. Mcm mana dgn period harini
Ina : Waalaikumusalam..coklat2 je pg td..nnt ptg sy update..
Omar : Assalamualaikum.. Mcm mana dgn period harini
Ina : Waalaikumusalam..coklat2 je pg td..nnt ptg sy update..
Omar: In shaa Allah nak habis la tu mcm saya ckp semalam.. Mudah2an
Ina : Insya allah...terima ksh encik
Ina : Insya allah...terima ksh encik
Omar: Sama2
[5:23 PM, 2/5/2020]
Omar: Macam mana ptg ni.. Moga period dah berhenti sepenuhnya seizin Allah
Ina : Encik...ptg nie sy pakai pad..sy nk tgok biar jelas masih ada darah lg atau x..klau td coklat2..buat ms nie bersih. Harap sgt period berhenti spenuhnya..sy nk puasa😭
Omar: Alhamdulillah kalau dah bersih. In shaa Allah berhenti dah tu. Bersyukurlah Allah permudahkan niat yg baik
Ina : Hanya Allah s.w.t yg dapat membalas jasa baik encik..trm ksh encik tolong sy
Omar: Allah yg tolong sebab niat untuk membuat kebaikan
Ina : Encik...ptg nie sy pakai pad..sy nk tgok biar jelas masih ada darah lg atau x..klau td coklat2..buat ms nie bersih. Harap sgt period berhenti spenuhnya..sy nk puasa😭
Omar: Alhamdulillah kalau dah bersih. In shaa Allah berhenti dah tu. Bersyukurlah Allah permudahkan niat yg baik
Ina : Hanya Allah s.w.t yg dapat membalas jasa baik encik..trm ksh encik tolong sy
Omar: Allah yg tolong sebab niat untuk membuat kebaikan
[8:57 AM, 3/5/2020]
Ina : Asalammualaikum encik. Alhamdulillah Alhamdulillah
Alhamdulillah...sy dh puasa hari nie..dh bersih kering sepenuhnya..trm ksh encik
[12:50 PM, 3/5/2020]
Omar : Waalaikumussalam. Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.