Friday, 1 May 2020

ANGIN MENEMBUSI BADAN


Assalamualaikum
Sahabat yang dihormati;
Kebetulan ada sedikit masa ini, Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah tentang permainan jin. Tapinya sebelum itu pokcik sekali lagi ingin mengucapkan selamat berpuasa buat sahabat yang beragama Islam sebagaimana Allah berfirman dalam surah [al-Baqarah 2 : 183]

قال اللَّه تعالى:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣)

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)

Baiklah, berbalik kepada kisah pada kali ini. Suatu malam tadi lebih kurang pukul 8.00 malam pokcik pergi makan di sebuah kedai makan yang biasa pokcik kunjungi. Sebaik sahaja sampai, tuan kedai terus datang dan seperti biasa bersalaman dengan pokcik. Kemudian, barulah pekerjanya datang untuk bertanyakan menu apa yang ingin pokcik makan pada malam ini.




Setelah pekerjanya pergi, tuan kedai masih berada di meja pokcik. Pokcik tidak hairan kerana selalunya pun dia akan datang dan duduk menemani pokcik makan sambil bersembang santai..

Kali ini dia tidak seperti biasa. Kebetulan pula pokcik buka FB group pokcik dahulu. Topiknya adalah tentang ikan puyu tempoh hari. Dia membaca dengan penuh minat komen-komen daripada para sahabat dan antara komen yang dia baca agak lama ialah komen daripada sahabat kita, Hulubalang Mahlayil. Kita pun ada ikan puyu dalam akuarium tu, katanya sambil menunjukkan ikan puyu yang terdapat dalam akuariumnya. Pokcik menganggukkan kepala sahaja.

Tiba-tiba dia diam. Katanya dia sakit dada.Sudah tiga empat hari dia sakit dada katanya. Pokcik menasihati dia supaya berhati-hati dengan pemberian orang. Apa tidaknya, keris, pokok, batu, kayu dan sebagainya yang diberikan oleh orang lain semua dia ambil tanpa usul periksa.

Dia mengakuinya dan berkata dia tak mahu mengecilkan hati orang yang memberinya itu.. Betullah katanya itu..
Namun begitu, pokcik nasihatkannya agar lebih berhati-hati. Maklumlah kita tak tahu apa dalam pemikiran orang lain. Berbaik sangka itu perlu tetapi dalam masa yang sama kita haruslah sentiasa berhati-hati. Dia diam.

Pokcik pun sambung lagi, sekiranya dia ingin melepaskan sakanya atau belaannya maka dia akan menjadi tuan barunya. Dia menggangguk tanda setuju. Kini dia menyambung lagi... Katanya dia tak kisah sangat sekiranya sakit sebab dia masih mampu bertahan.

Dia sekarangrisaukan orang rumahnya kerana sudah lima hari sakit pada bahagian dada seperti dia. Oleh sebab dia pun baik orangnya maka pokcik memberitahunya bahawa pokcik akan usahakan orang rumahnya itu selepas pokcik selesai makan. Dia bersetuju...

Sambil pokcik makan dia bercerita. Isterinya itu telah menelefon seseorang di Indonesia. Pokcik boleh agak dah, mesti pak kiyai yang dia maksudnya itu.Menurut perawat di sana, isterinya itu hanya terkena gangguan luar.

Pokcik diam sambil makan makanan yang terhidang. Oleh sebab dia pun boleh 'RASA', katanya kedainya itu mungkin ada gangguan yang ingin masuk. Pokcik diam lagi sambil mengunyah hidangan.

Sebenarnya pokcik tak kisah sangat apa pun yang mengganggu. Tak kira laa gangguan luar, sihir atau saka, pokcik usahakan sahaja. Elok tak elok belakang kira. Hahahahahahhaha. Boleh gitu? Boleh je sebenarnya sebab bukan kita pun yang menyembuhkan.

Kalau pegang bab tu, in shaa Allah kita tak bimbang sangat bab kegagalan dan air muka selagi kita tidak menipu orang...
Selesai sahaja makan, pokcik meminta dia memberitahu isterinya.

Kebetulan isterinya berada di dalam bilik bersama dengan kakak iparnya dan anaknya. Isterinya dah bersedia katanya. POkcik pun terus menuju ke biliknya. Si suami tak mahu ikut masuk ke dalam bilik kerana dia ingin membawa anak buahnya bermain di TC. Datang dari Kelantan, tentulah nak berjalan-jalan melihat apa yang ada di Kuantan, tambahnya lagi.

Oleh sebab ada orang lain di dalam biliknya maka pokcik bersetuju. Pokcik terus menuju ke biliknya. Sebelum masuk pokcik memberikan salam dahulu. Manalah tahu dia sedang menyalin pakaian, haaaa tak pasal-pasal pulak kan. Itu satu hal. Kena pulak dia tengah meneran nak kentut, cuba bayangkan muka dia ketika itu. Kasihankan? Malulah dia sebab pokcik tengok muka dia yang berkerut-kerut nak kentut tu.. Baik pokcik bagi salam dahulu. Dah tentu selamat.. Hihihihihi...

Sebaik sahaja memberikan salam pokcik tunggu sebentar. Setelah itu barulah pokcik menolak pintu dan masuk ke dalam bilik. Kelihatan, isteri tuan kedai ada bersama birasnya dan anaknya itu. Ok laa tidak berlaku fitnah kerana ada orang dewasa yang lain bersama kami.

Pokcik duduk dan bertanya apa masalahnya. Katanya dia sakit dada. Seperti ada orang yang mencengkam bahagian dalam dadanya. Gitu pulak. Katanya lagi dia memang ada penyakit gastrik. Apa pun dia minta pokcik tengokkan juga manalah tahu ada unsur lain yang mengganggunya.

Tambahnyas lagi sudah lima hari dia sakit dada. Yang hairannya sakit dadanya itu ada waktu-waktunya terutamanya selepas asar atau maghrib. Macam tu pulak ye. Hairan juga. Katanya lagi, tiap kali sakit itu datang, seperti angin menerpa dadanya dan tembus ke bahagian belakang badannya itu. Macam badannya berlubang laa pulak.

Teringat pul cerita Sundel Bolong...
Tanpa berlengah lagi pokcik meminta dia berlunjur kaki. Alamak, bontot dia mengadap pada pokcik pula. Pokcik suruh dia memusingkan badannya. Bimbang juga pokcik, gas beracun ni kalau nak keluar tak ada amaran. Setelah semuanya bersedia pokcik meminta dia tenangkan diri. Dia kelihatan tenang. Pokcik tanya dahulu, adakah sekarang ni dadanya sedang sakit. Dia mengiyakan. Ketika itu dadanya sedang sakit. Pokcik diam sebentar.
Pokcik meminta izin untuk imbas dia. Bukan apa, senang nak silambam gangguan itu kalau boleh tahu mereka bertapak dimana. Dia membenarkan. Sebaik sahaja dia benarkan pokcik bukan imbas dia tetapi terus pagarnya dengan seizin Allah.. Hihihihihihi. Sesekali menipu jin apa salahnya. Tak sempat dia nak sorokkkan diri laa ye? Hahahahahhahaha. Setelah pagar pokcik bertanya lagi, sekarang ini rasanya bagaimana. Lega katanya. Hilang sakit dada. Amboiiii tak buat apa-apa dah lega katanya. Nampak di situ ada satu permainan. Jin itu menyorokkan diri. Nak menyorok ke mana agaknya? Hihihihihi...
Setelah itu barulah pokcik imbas.

Lega ya.. Hahahahahhahaha. Adoiii laa kalau nak tipu tu agak-agak laa noo. Nak sorok pulak. Pokcik dapat rasakan ada sesuatu pada kaki kanannya, dan dadanya. Dia kata tidak rasa apa-apa. Buat dah... Hahahahahahahhahaha. Tak ada pulak. Pokcik pun depakan tangan. Terasa sangat kuat gangguan pada bahagian dadanya. Pandai pulak duduk di situ noo. Takkan pokcik nak kena cekup hantu kat situ dengan alasan darurat. Hihihi..

Serius, memang jari pokcik terasa agak kebas apabila mula tumpukan pada bahagian dadanya itu. Makin fokus semakin kuat getaran yang pokcik rasakan. Patutlah para perawat wanita elok usahakan pesakit wanita. Bimbang terjumpa dengan kes seumpama inilah. Apa pun pokcik teruskan usaha menarik perlahan-lahan jin yang ada pada bahagian itu. Terasa ada angin yang berlalu naik ke atas kepala dan menghilang, kata hamba Allah ini. Setelah itu pokcik usahakan pada bahagian kakinya pula..

Tadi gangguan pada kakinya berada di sebelah kanan. Pandai pula dia melompat ke bahagian kiri kakinya itu. Menurut hamba Allah ini, kini terasa ada pergerakan naik dan turun dari bahagian pangkal paha kanan ke bahagian hujung kaki. Gelisah gamaknya jin tu. Bimbang juga dia yaa.

Ingatkan  dia berani sangat melanggar perintah Allah dan mengganggu manusia. Kali ini pokcik mohon pada Allah untuk memancung terus makhluk itu. Sejurus berdoa terus pokcik pancung tanpa belas kasihan. Seterusnya pokcik ikhtiar tarik keluar pula. Kalau Allah izin, takkan laa pulak kita nak tinggalkan bangkainya itu di dalam tubuh si sakit.

Alhamdulillahk kata si sakit. Tiiada lagi pergerakan makhluk itu.Alhamdulillah. Pokcik meminta dia menarik nafas. Lega katanya. Alhamdulillah. Pokcik masih tidak berpuas hati selagi tidak memeriksa sekali lagi..

Walaupun dia berkata sudah lega sekali lagi pokcik imbas. Bahagian dadanya, tiada gangguan. bahagian kakinya, alhamdulillah tiada juga unsur kehadiran jin. Sebaik sahaja pokcik imbas pada bahagian belakang tengkuk, ternyata masih ada lagi jin lain yang berada di situ. Pokcik terus ke belakangnya dan terus mohon pada Allah untuk memancung jin itu. Alhamdulillah sekali lagi hamba Allah ini dapat merasakan angin yang lembut keluar dari bahagian lehernya dan hilang sebaik sahaja melintas kepalanya. Alhamdulillah selesai dengan izin Allah. Kami berbual sebentar. Pokcik memberitahunya bahawa sudah menjadi lumrah peniaga menerima ancaman seperti ini.
Pokcik harap dia bersabar dan sentiasa mengingati Allah. Dia diam sebentar. Akhirnya dia bersuara, tak bolehkan berniaga secara sihat? Hihihihi. Jawapannya ada pada diri kita sebab Allah sediakan dua tempat sahaja iaitu SYURGA atau NERAKA. Pilihan di tangan kita. Wallahua'lam. Salam hormat.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.