Friday, 29 May 2020

KERIS



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sahabat yang dihormati;

Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana kita masih lagi diberikan waktu untuk bernafas. Kali ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah yang berkaitan dengan MISTIK atau FIZIKAL. Kadang kala perkara mistik dan fizikal susah untuk dipastikan. Kita ingat sakit fizikal tetapi rupa-rupanya berkaitan dengan mistik. Begitu juga sebaliknya. Lagi satu pokcik akan berbicara tentang bahan perawatan. Apabila menggunakan daun bidara, garam, minyak wangi selalu dikaitkan dengan perubatan Islam. Apabila menggunakan keris, biasa kita dimomokkan dengan penggunaan jin. Walaupun memang ada perawat menggunakan khadam keris. Wallahua’lam.

Kali ini pokcik akan petik satu hadis...

عَنْ أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: “إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ”

Daripada Amirul Mu’minin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu, katanya: “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia ingin memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang dia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.’”
(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)


Maksudnya apa sahaja amalan atau perbuatan sudah semestinya bermula dengan niat. Kalau kata, berlaku pergantungan kepada bahan seperti daun bidara, garam, minyak wangi, keris dan sebagainya dengan kata lain kita menganggap semua bahan yang digunakan itu yang menyembuhkan maka sesungguhnya kita bersyirik kepada Allah. Kesemua bahan yang digunakan hanyalah ASBAB sahaja selagi kita tidak mesyirikan-Nya. Niat dan pergantungan kepada Allah, in shaa Allah maka sifat KEAKUAN DIRI yang mengatakan kitalah yang hebat dan menyembuhkan pesakit akan terhakis. Namun jangan lupa juga bahwawa MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Gunalah apa sahaja cara selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam yang sebenarnya. Lapisan antara haq dan bathil adalah senipis kulit bawang dan kita mudah tergelincir tanpa sedar dalam PERBUATAN mahu pun KATA-KATA.

Kisah pada kali ini berkaitan dengan MISTIK dan FIZIKAL sebagaimana yang pokcik berritahu tadi. Suatu hari pokcik mendapat panggilan telefon daripada seorang hamba Allah. Katanya orang rumahnya tiba-tiba tak boleh berjalan setelah balik dari tempat kerja. Setahu pokcik tempat kerjanya tu memang keras. Bukan sebab banyak batu bata. Angker laa orang kata. Banyak hantu laa senang cerita. Hihihi. Pokcik pergi ke rumahnya. Kali ni pokcik membawa sebilah keris. Tudia satgi kata pokcik main khadam pula Kakakkakkaka.

Pokcik tak kisah pun. Ikut suka laa nak cakap apa pun sebab pokcik tak boleh nak tutup mulut orang. Hihihi. Lagi satu, hanya kita yang tahu diri sendiri. In shaa Allah. Semuanya dalam pengetahuan Allah bukannya manusia. Sesampai di sana, orang rumahnya duduk dalam bilik. Pokcik minta suaminya memimpin dia keluar bilik. Dia pun keluar. Bukan sahaja kakinya yang sakit dan bengkak akan tetapi pada kelopak matanya sudah ada ketumbuhan seakan-akan penyakit puru. Tudia aih.

Sebaik sahaja dia berada di hadapan pokcik, pokcik minta dia menghulurkan kakinya. Tanpa berlengah lagi pokcik hulurkan hujung keris sambil membacakan ruqyah. Bukan apa. Ini mengelakkan diri pokcik memegang kakinya itu dengan alas an DARURAT. Lagi satu, dia seorang USTAZAH. Tentulah dia segan kalau kita sendiri bukan-bukan.  Tudia dia terus tarik kakinya. Hihihi. Awat pulak. Kebas, katanya. Hilang habis kaki sebelah. Lepas kebas terus tak rasa sebelah kakinya menurutnya lagi. Pokcik simpan keris dan buat seperti biasa. Setelah ruqyah pokcik ambik dan mohon kepada Allah dan ikhtiar menarik habis gangguan.

Setelah selesai pokcik gunakan keris semula. Alhamdulillah kali ni dia dah tak tarik kakinya. Jadi senanglah pokcik doakan agar segala sakit fizikalnya ditarik ke dalam keris itu. Sebenarnya bukan saja keris boleh nak usahakan buang apa sahaja. Pernah satu hari rakan perawat menelefon pokcik masa pokcik nak keluar makan. Haih nak simpan mana benda tu. Jadi pokcik usahakan dan tarik gangguan tu dan letakkan di bawah selipar. Huhuhu.

Apa pun Alhamdulillah selesai. Tapi pokcik tak dak laa zalim sangat. Tak pernah lagi pokcik letak jin kat bawah selipar jamban. Hina rasanya dan taubat dah dia tak zalimi orang lagi gamaknya. Baiklah, alhamdulillah selesailah kerja malam tu. Esoknya apabila pokcik telefon hamba Allah itu lagi. Dia memberitahu bahawa puru tu dah luruh pagi tu. Alhamdulillah. Semasa pokcik menelefon mereka, depa sedang beli belah di Pasar Raya Giant. Bukan main lagi. Huhu.

Sebut bab keris ni teringat pulak sahabat yang datang ke rumah pokcik pada suatu hari. Ada sedikit masalah gangguan tapi selebihnya masalah angin. Hihi. Pokcik sebenarnya agak kurang selesa apabila ikhtiar masalah angin dalam badan. Biasanya tukang urut KHAS BAB ANGIN dan arif bab itu sahaja yang sesuai ikhtiar bab angin ini. Kali ini sahabat ini datang ke rumah pokcik dari Putrajaya. Nak dijadikan cerita selepas pokcik ruqyah dia pokcik pun cuba gunakan keris untuk ditarik anginnya ke situ.

Hihihi tak lama perutnya mula meragam. Kentut laa tu. Kakakakaakka. Tapi kentut di luar rumah pokcik laa. Sat-sat keluar rumah. Sat pi dapur. Pokcik faham laa. Perempuan takkan nak prooottt selamba je depan pokcik. Kalau orang lelaki tak tahulah agaknya. Silap-silap selamba sahaja kentut di hadapan pokcik. Kakakkakakkakkaka. Sesekali suka juga tarik penyakit atau gangguan masuk ke keris atau bahan lain.

Tak kira laa botol atau sebagainya. Kalau jadi alhamdulillah. Kalau tak jadi, jadi jugak. Tapi jadi SYOK sendiri. Hihihi. Gurau-gurau naa sambil pokcik rehatkan badan. Sekian sahaja perkongsian buat kali ini. Maaf andai ada tersalah bahasa dan kurang enak tutur kata. Sesungguhnya pokcik hanya insan biasa yang tak lari daripada kesilapan dan kekhilafan. Maaf sekali lagi. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.