Saturday 30 May 2020

DIBODOHKAN ISTERI


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ

Sahabat yang dihormati;

Islam adalah agama sempurna. Di antara bukti kesempurnaannya adalah Islam memerintahkan kepada umatnya yang telah mampu menikah untuk menikah. Pernikahan akan berjalan dengan baik, jika pasangan suami isteri memahami kewajipannya yang menjadi hak pasangannya, kemudian melaksanakan kewajiban  itu dengan baik.  Suami berkewajiban menafkahi isteri dan anak-anaknya dengan baik dan menjaga mereka dari siksa api neraka.

Si isteri pula wajib mentaati suaminya dalam perkara yang ma’ruf sesuai dengan kemampuannya. Jika isetri melakukan kewajipannya kepada suami dengan sebaik-baiknya, setelah mentaati Allâh , maka ia akan meraih syurga-Nya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Jika seorang wanita melaksanakan shalat lima waktu, melaksanakan puasa pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.”

[HR Ibnu Hibban, no. 4163. Hadits ini dinyatakan sebagai hadits Hasan oleh syaikh Al-Albani dan dihukumi sebagai hadits shahih oleh syaikh Syu’aib al-Arnauth]


Kali ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah berkaitan dengan hadis di atas. Tapi sebelum itu pokcik nak ceritakan tentang golongan KAYANGAN yang terdiri daripada segelintir perawat dan pesakit. Bukan sahaja perawat kayangan, pesakit kayangan pun ramai. Pesakit berbicara seolah-olah perawat pun ada. Pokcik jumpa ramai juga pesakit kayangan ni. Angin bertiup di dahan pokok pun dikatakan jin tengah berebut kawasan. Air menitik di singki pun dikatakan jin tengah minum air.. Parah sangat diorang ni..

Sampaikan demam dan sakit kepala pun ada juga pm pokcik. Katanya berkaitan dengan mistik. Tak campur lagi dengan kereta tahun  70-an yang sering rosak diminta pokcik bacakan yaasin untuk disimbah ke kereta. Gamaknya sangkaan dia jin kerkah wayar kabel kereta.. Ini kisah benar dan bukan rekaan pokcik untuk menyedapkan cerita. Nilaikan sendiri wahai sahabat yang Budiman.

Elok geng pesakit kayangan ini pokcik serahkan kepada perawat kayangan. Baru ngam elok. Sakit kepala, perawat kata ada lapan ekor jin dok bergendang dalam kepala. Dia dah lancarkan peluru berpandu scud dan panah berapi hikmat ke kepala pesakit. Ngam laa tu. Pesakit tu pun jumpa kita, aku kata dah. Aku sakit kepala sebab ada jin kepala botak bergendang ada keramaian dalam kepala aku. Hang tak caya.

Mujur aku jumpa, perawat tu. Baik punya. Siap lancarkan peluru penangkis scud lagi. Elok sangatlah tu.. Ngam ngam soi... Kita tanya pulak, kepala hang ok dah kaa? Dia kata, sakit lagi ni tak hilang lagi. Kata perawat tu, itu kesan serangan peluru berpandu dan bom atom yang dilepaskan. Haaa elok sangat laa tu. Dua2 tak boleh nak fikir dengan rasional.. Kata bodoh kasar sangat. Kata tak dak otak, dia marah kita balik. Kurang cerdik boleh kot no.. Huhu

Baiklah, berbalik kepada cerita pokcik pada kali ini. Suatu hari pokcik pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah. Katanya dia ini berjumpa dengan pokcik pada petang itu. Jadinya dalam pukul 5.30 tadi dia hubungi pokcik lagi untuk berjumpa di sebuah kedai makan.. Lebih kurang pukul 5.45 petang, pokcik sampai ke situ. Hamba Allah itu ditemani oleh sahabat pokcik Ustaz Samsul. Mereka tenang minum di situ. Tiba-tiba hamba Allah ini berkata dia berasa berdebar sebaik sahaja pokcik sampai. Nyaris dia nak balik dah tadi kerana berasa amat gelisah dan berdebar namun berjaya ditenangkan oleh sahabat pokcik itu. Sesekali dia menunduk sesekali dia pusingkan mukanya ke arah lain. Dia kelihatan tidak tenang..

Alang-alang sampai di kedai, pokcik order dulu jus nanas dan keropok goreng. Kita minum dulu, kata pokcik. Hahhahahha boleh gitu? Kalut nak piii mana. Kan.. Muka hamba Allah itu pokcik lihat tiada seri. Lebih tepat, keadaannya seperti ayam berak kapur. Kasihan pokcik melihat keadaannya. Ustaz Samsul bagitahu, sudah lama dia syorkan agar hamba Allah itu berubat namun dia berasa dirinya tidak sakit..

Lebih kurang pukul 6.10 petang, barulah pokcik ajak dia ke rumah Ustaz Samsul. Dia bersetuju. Pokcik hanya meminta dia membeli sebotol air mineral. Selepas itu kami bertolak ke rumah ustaz. Rupa-rupanya Ustaz Samsul dan beberapa orang sahabat telah pergi membaca yaasin dan doa selamat di rumah hamba Allah ini beberapa malam yang lalu. Kata ustaz, kehadiran dia di situ telah ditunggu oleh makhluk yang mengganggu. Ketika sedang membacakan yaasin itulah dia terpandang dan bertentangan mata dengan makluk hitam itu.

Menurut Ustaz Samsul, dia bacakan juga beberapa ayat dan diulang-ulang hingga makhluk itu hilang daripada pandangan. Alhamdulillah katanya.  Berbalik kepada cerita pokcik pula. Setelah sampai ke rumah ustaz, pokcik membacakan beberapa potong ayat pada air itu. Akhirnya pokcik meminta dia minum dan sapu sedikit pada dadanya. Tujuannya adalah untuk menguatkan semangatnya yang telah hilang...

Setelah itu barulah pokcik meminta dia duduk berlunjur di hadapan pokcik. Dia kelihatan tenang. Pokcik tanya kepadanya adakah dia masih berdebar. Tidak, katanya tegas. Alhamdulillah. Pokcik doa agar dipagarkan hamba Allah ini. Setelah dibacakan beberapa potong ayat, pokcik mula doakan untuk memotong, membakar dan seterusnya keluarkan gangguan yang ada padanya.

Ketika itu air matanya mula bergenang. Pokcik teruskan hingga selesai tanpa mempedulikannya. Alhamdulillah setelah selesai, kami dijamu dengan air. Pokcik tanya bagaimana rasanya. Katanya dia kini berasa amat tenang seolah-olah baru tersedar daripada mimpi. Alhamdulillah. Ketika minum, tiba-tiba dia menangis.. Pokcik membiarkan dia bermain dengan perasaannya itu. Air mata jantan mula berguguran. Lelaki yang macho itu mula menangis tanpa berselindung lagi...

Ustaz Samsul pergi ke arahnya lalu menepuk bahunya. Pokcik macam biasalah. Terus minum air seperti tiada apa yang berlaku. Hihihihihi. Kemungkinan hamba Allah ini keluar dari rumah lalu duduk di bangku luar. Katanya nak hisap rokok. Pokcik dan Ustaz Samsul senyum sahaja. Biarlah dia menangis semahunya di luar itu. Kami terus minum dan makan karipap yang disediakan oleh ustazah. Isteri ustaz Samsul. Selesai minum, pokcik keluar menemui hamba Allah itu..

Katanya dia berasa amat kesal. Kini baru dia nampak semua yang berlaku. Dia berdosa kerana bercakap kasar dengan ibunya. Dia seolah-olah dipukau dan tidak tahu apa yang berlaku. Dia boleh memarahi ibunya sekiranya si ibu menasihatinya apabila melihat kelainan pada si isteri. Dia juga baru teringat akan anaknya yang mengikut si isteri pergi ke Johor. Pada malam kejadian, dia tidak berasa apa-apa apabila si isteri dan anaknya keluar dari rumah. Siap boleh mengeteh lagi pada malam itu, tambahnya lagi.. Dia seperti orang bodoh...

Pernah pokcik kongsikan lama dulu perihal si isteri yang membacakan sesuatu di kepala ibu mertuanya ketika tidur. Bukan itu sahaja, si isteri juga membacakan sesuatu di telinganya ketika si suami juga tidur. Dia terjaga ketika si isteri membacakan ayat buat kali ketiga. Dia sedar pada kali pertama dan kedua namun seperti tidak boleh berbuat apa-apa.. Begitu juga air yang diminumnya. Kelihatan si isteri membawanya ke sana sini dan dia melihat si isteri meniup namun dia hanya sedar air yang diminumnya itu ditiup sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta untuk pergi ke tempat kerja.

Dia nak bertanya tetapi setiap kali dia ingin bertanya apa yang dilakukan si isteri, mulutnya terkunci. Begitu juga ketika si isterinya baru balik dari Johor setelah keluar selama tiga hari. Katanya dia ingin melihat tiket bas yang dinaiki itu sebaik sahaja isterinya menelefon agar mengambilnya di bandar. Sesampai di sana sekali lagi mulutnya terkunci. Perasaan marah yang membuak-buak terus hilang. Si isteri diambilnya bukan di stesen bas. Pelik kan? Si ayah memarahinya tetapi dia tetap membela orang rumahnya itu.

Galeri gambar di telefon isterinya juga ada password. Pelik tu. Hinggalah dia unistall dan install semula galeri. Barulah dia dapat melihat gambar lelaki yang sama dan si isteri selfie di depan cermin dan sebagainya. Hati nak marah tetapi tidak boleh. Si isteri tidak mahu mengaku sampai ke sudah. Katanya gambar itu merupakan gambar whatsapps group. Pelik juga menyimpan gambar lelaki yang sama sahaja. Dah tentu ada sesuatu yang tak kena.

Sehinggalah isterinya keluar dari rumah, membawa pakaiannya dan si anak kesayangannya dia tidak marah dan berasa apa-apa. Kini barulah dia sedar dan nampak semua yang tidak kena. Dia mula rindu akan anaknya. Dia berasa berdosa dengan kedua-dua ibu bapa. Dia berasa bersalah dengan kawan-kawan kerana dia bercakap kasar dengan mereka apabila ditanya keadaan dirinya.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Ingatlah wahai kaum hawa. Tidak akan masuk syurga si isteri yang membodohkan suaminya sehinggalah si suami mengampunkannya. In shaa Allah, jika ada kesempatan dan dijemput, pokcik akan ke rumahnya pula selepas ini untuk melihat apa yang menunggu di situ dan menghabiskan tugasan yang pokcik mulakan seizin Allah. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Ingatlah si isteri, syurgamu di telapak kaki suami. Wallahua’lam. Salam hormat.

Friday 29 May 2020

KERIS



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sahabat yang dihormati;

Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana kita masih lagi diberikan waktu untuk bernafas. Kali ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah yang berkaitan dengan MISTIK atau FIZIKAL. Kadang kala perkara mistik dan fizikal susah untuk dipastikan. Kita ingat sakit fizikal tetapi rupa-rupanya berkaitan dengan mistik. Begitu juga sebaliknya. Lagi satu pokcik akan berbicara tentang bahan perawatan. Apabila menggunakan daun bidara, garam, minyak wangi selalu dikaitkan dengan perubatan Islam. Apabila menggunakan keris, biasa kita dimomokkan dengan penggunaan jin. Walaupun memang ada perawat menggunakan khadam keris. Wallahua’lam.

Kali ini pokcik akan petik satu hadis...

عَنْ أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: “إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ”

Daripada Amirul Mu’minin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu, katanya: “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia ingin memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang dia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.’”
(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)


Maksudnya apa sahaja amalan atau perbuatan sudah semestinya bermula dengan niat. Kalau kata, berlaku pergantungan kepada bahan seperti daun bidara, garam, minyak wangi, keris dan sebagainya dengan kata lain kita menganggap semua bahan yang digunakan itu yang menyembuhkan maka sesungguhnya kita bersyirik kepada Allah. Kesemua bahan yang digunakan hanyalah ASBAB sahaja selagi kita tidak mesyirikan-Nya. Niat dan pergantungan kepada Allah, in shaa Allah maka sifat KEAKUAN DIRI yang mengatakan kitalah yang hebat dan menyembuhkan pesakit akan terhakis. Namun jangan lupa juga bahwawa MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Gunalah apa sahaja cara selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam yang sebenarnya. Lapisan antara haq dan bathil adalah senipis kulit bawang dan kita mudah tergelincir tanpa sedar dalam PERBUATAN mahu pun KATA-KATA.

Kisah pada kali ini berkaitan dengan MISTIK dan FIZIKAL sebagaimana yang pokcik berritahu tadi. Suatu hari pokcik mendapat panggilan telefon daripada seorang hamba Allah. Katanya orang rumahnya tiba-tiba tak boleh berjalan setelah balik dari tempat kerja. Setahu pokcik tempat kerjanya tu memang keras. Bukan sebab banyak batu bata. Angker laa orang kata. Banyak hantu laa senang cerita. Hihihi. Pokcik pergi ke rumahnya. Kali ni pokcik membawa sebilah keris. Tudia satgi kata pokcik main khadam pula Kakakkakkaka.

Pokcik tak kisah pun. Ikut suka laa nak cakap apa pun sebab pokcik tak boleh nak tutup mulut orang. Hihihi. Lagi satu, hanya kita yang tahu diri sendiri. In shaa Allah. Semuanya dalam pengetahuan Allah bukannya manusia. Sesampai di sana, orang rumahnya duduk dalam bilik. Pokcik minta suaminya memimpin dia keluar bilik. Dia pun keluar. Bukan sahaja kakinya yang sakit dan bengkak akan tetapi pada kelopak matanya sudah ada ketumbuhan seakan-akan penyakit puru. Tudia aih.

Sebaik sahaja dia berada di hadapan pokcik, pokcik minta dia menghulurkan kakinya. Tanpa berlengah lagi pokcik hulurkan hujung keris sambil membacakan ruqyah. Bukan apa. Ini mengelakkan diri pokcik memegang kakinya itu dengan alas an DARURAT. Lagi satu, dia seorang USTAZAH. Tentulah dia segan kalau kita sendiri bukan-bukan.  Tudia dia terus tarik kakinya. Hihihi. Awat pulak. Kebas, katanya. Hilang habis kaki sebelah. Lepas kebas terus tak rasa sebelah kakinya menurutnya lagi. Pokcik simpan keris dan buat seperti biasa. Setelah ruqyah pokcik ambik dan mohon kepada Allah dan ikhtiar menarik habis gangguan.

Setelah selesai pokcik gunakan keris semula. Alhamdulillah kali ni dia dah tak tarik kakinya. Jadi senanglah pokcik doakan agar segala sakit fizikalnya ditarik ke dalam keris itu. Sebenarnya bukan saja keris boleh nak usahakan buang apa sahaja. Pernah satu hari rakan perawat menelefon pokcik masa pokcik nak keluar makan. Haih nak simpan mana benda tu. Jadi pokcik usahakan dan tarik gangguan tu dan letakkan di bawah selipar. Huhuhu.

Apa pun Alhamdulillah selesai. Tapi pokcik tak dak laa zalim sangat. Tak pernah lagi pokcik letak jin kat bawah selipar jamban. Hina rasanya dan taubat dah dia tak zalimi orang lagi gamaknya. Baiklah, alhamdulillah selesailah kerja malam tu. Esoknya apabila pokcik telefon hamba Allah itu lagi. Dia memberitahu bahawa puru tu dah luruh pagi tu. Alhamdulillah. Semasa pokcik menelefon mereka, depa sedang beli belah di Pasar Raya Giant. Bukan main lagi. Huhu.

Sebut bab keris ni teringat pulak sahabat yang datang ke rumah pokcik pada suatu hari. Ada sedikit masalah gangguan tapi selebihnya masalah angin. Hihi. Pokcik sebenarnya agak kurang selesa apabila ikhtiar masalah angin dalam badan. Biasanya tukang urut KHAS BAB ANGIN dan arif bab itu sahaja yang sesuai ikhtiar bab angin ini. Kali ini sahabat ini datang ke rumah pokcik dari Putrajaya. Nak dijadikan cerita selepas pokcik ruqyah dia pokcik pun cuba gunakan keris untuk ditarik anginnya ke situ.

Hihihi tak lama perutnya mula meragam. Kentut laa tu. Kakakakaakka. Tapi kentut di luar rumah pokcik laa. Sat-sat keluar rumah. Sat pi dapur. Pokcik faham laa. Perempuan takkan nak prooottt selamba je depan pokcik. Kalau orang lelaki tak tahulah agaknya. Silap-silap selamba sahaja kentut di hadapan pokcik. Kakakkakakkakkaka. Sesekali suka juga tarik penyakit atau gangguan masuk ke keris atau bahan lain.

Tak kira laa botol atau sebagainya. Kalau jadi alhamdulillah. Kalau tak jadi, jadi jugak. Tapi jadi SYOK sendiri. Hihihi. Gurau-gurau naa sambil pokcik rehatkan badan. Sekian sahaja perkongsian buat kali ini. Maaf andai ada tersalah bahasa dan kurang enak tutur kata. Sesungguhnya pokcik hanya insan biasa yang tak lari daripada kesilapan dan kekhilafan. Maaf sekali lagi. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.


Tuesday 26 May 2020

IBU JARI DALAM GENGGAMAN


Assalamualaikum

Sahabat yang dihormati;

Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas dan meneruskan kehidupan sebagai hamba-Nya. Kali ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah. Tapi sebelum itu pokcik ingin menjelaskan sesuatu. Mungkin ada sahabat baru yang masih keliru. Siapakah Encik Omar dan siapakah pokcik? Encik Omar dan pokcik ialah orang yang sama. Tapinya Encik Omar suka menggelarkan diri sendiri sebagai POKCIK. Maklumlah dah tua. Kalau muda, mungkin panggilan POKCIK akan digantikan dengan PEMUDA PUJAAN MALAYA. Hahahahahaha. Gurau-gurau, jangan marah.

Berbalik pada kisah pada kali ini. Pada suatu hari, selepas sahaja solat Subuh, pokcik lepak sekejap untuk rehatkan diri di katil sambil melihat cicak di siling rumah.. Dalam mamai-mamai Tiba-tiba dengar suara ada orang datang ke rumah emak pokcik.. Macam kenal sahaja suara tu.. Memang tepat, isteri sahabat pokcik yang datang... Apakah tujuan beliau? Timbul pula tanda tanya akan tujuan beliau datang pada waktu sebegitu.

Selepas memberi salam dia terus menyatakan hasratnya. Katanya ada hamba Allah ingin meminta pokcik ikhtiarkan beliau. Apabila ditanya, ternyata rupa-rupanya hamba Allah yang pokcik usahakan kes senjatanya BERFUNGSI sehari dalam sebulan dan anak lelakinya yang sawan tempoh hari. Anaknya yang sawan babi itu alhamdulillah sudah pulih seperti biasa dan kini sudah bekerja di Alam Flora.. Pokcik tanya, jadi pulak ke? Manalah tahu, kan... Tak, kata isteri sahabat pokcik. Dia nak minta usahakan isterinya dan anak perempuannya, tambahnya lagi... Ooooooo...

Mulanya pokcik liat jugalah. Maklumlah. Ketika itu pokcik sudah bersiap untuk balik ke Kuantan.. Huhuhuhu.. Tapi disebabkan isteri sahabat pokcik beriya-iya sangat, kasihan pula. Kan. Pokcik bertanyatentang  sakit anak perempuan hamba Allah yang pokcik pernah usahakan dulu.. Gatal seluruh badan, kata isteri sahabat pokcik... Kalau gatal pergi suntik la, kata pokcik.. Tak, gatal badan tapi tak nampak gatalnya pada tubuh, katanya pulak.. Adehhh gitu pulak... Liat sungguh, kata isteri sahabat pokcik sambil ketawa… Hahahahahaha.

Ye laa, kata pokcik kepadanya.. Pokcik pun ikut dia ke rumah hamba Allah tu.. Sesampainya di sana, tuan rumah sudah sedia menunggu.. Anaknya yang sawan tempoh hari ada bersama.. Dah OK ke, tanya pokcik ringkas padanya. Alhamdulillah dah. Dah yakin nak bergaul dengan orang. Dah boleh bawa motor ke sana sini. Sebelum ni tak berani, terangnya. Alhamdulillah kata pokcik ringkas.. Alhamdulillah juga sawannya sudah tidak datang seizin-Nya. Apabila pokcik teringat kisahnya, pokcik kasihan sangat. Si ayah terpaksa memecahkan kolah bilik air kerana dibimbangi dia akan terjatuh dan lemas. Dia juga malu untuk makan bersama ahli keluarga yang lain kerana bimbang sawannya akan datang. Pokcik melihat pula kea rah si ayahnya yang pokcik usahakan dulu.  Ayahnya pun kelihatan gembira.. Pokcik tengok mesra lain macam dah dengan isterinya. Pergi buang sampah pun dah sama-sama. Alhamdulillah.. Senjata dah terbang ke bulan laa tu.. Hihihihihi...

Isterinya dan anak perempuannya datang. Dah mandi ke? tanya pokcik kepada anak perempuannya. Belum, katanya. Haaa elok sangat, kata pokcik. Kebetulan di rumahnya ada pokok bidara.. Tolong ambil daun bidara secekak dua, kata pokcik kepada anak lelakinya. Dia akur. Setelah daun diambil pokcik doakan daun itu. Nah, pergi mandi.. Bilas dengan air rendaman daun ni, sambung pokcik.. Dia bangun dan terus bersiap untuk mandi dan terus ke bilik air… Biarlah dia mandi sendiri. Ada perawat yang tolong memandikan pesakit dengar katanya. Tambah-tambah pesakit perempuan muda. Kalau dah menoupouse perawat jenis macam tu akan suruh mandi di rumah sendiri. Hahahaha. Ini kisah benar. Akan tetapi, masih ada lagi orang kita yang masih KURANG CERDIK seolah-olah boleh diperlakukan apa sahaja untuk sembuh.

Sementara anak perempuannya selesai mandi, pokcik panggil si isterinya. Mari sini, kata pokcik. Dia akur.. Macam ni, laa.. Saya usahakan sahaja. Selebihnya urusan Allah. Saya tak boleh dan tak berani nak janjikan apa-apa,kata pokcik. Dia angguk. Selepas pagarkannya pokcik tanya, sakit pinggang dengan belakang tengkuk ke.. Aahh, katanya sambil tangannya bergerak ke belakang dan menuju ke arah pinggang. Belakang tengkuk pun sakit. Tapinya pinggang rasa macam pijar kena lada, katanya.

Tanpa banyak bicara pokcik check sikit lagi. Alamak, nampak macam simptom SAKA. Tapi pokcik tak beritahunya.. Kalau ada apa-apa saya ikhtiar buang ye. Tak nak dah kan, apa-apa yang tak elok,tanya pokcik. Tak nak dah, katanya ringkas.. Ketika usahakannya dia kelihatan gelisah. Kakinya bergerak. Kelihatan ibu jarinya dimasukkan ke dalam.. Mmmm memang simptom SAKA. Saka yang tak nak pergi gayanya tu.. Biarkan.. Hihihihihi... Ada juga kes SAKA, si pewarisnya itu akan berkumat-kamit membacakan sesuatu ketika pokcik sedang doakan mereka. Pokcik tulis doa, kalau tulis JAMPI nanti orang kata bela jin. Kalau tulis RUQYAH baru nampak Islamik, padahal maksud RUQYAH ialah JAMPI. Oleh itu, pokcik suka gunakan perkataan DOA.

Pokcik teruskan membaca doa dan ayat-ayat suci al-Quran tanpa bercakap lagi selepas itu. Tak lama kemudian dia mula tenang. Jarinya mula dibuka seperti biasa.. Kenapa jari tu? pokcik buat-buat tanya.. Sakit, katanya lagi.. Mari nak tengok, kata pokcik sambil senyum. Dia membuka tapak tangannya. Terus pokcik usahakan tarik keluar. Sakit lagi tak, tanya pokcik. Tak ada dah, katanya ringkas. Ringan dah badan,katanya lagi. Alhamdulillah selesai satu bab... Menurut pengalaman pokcik, orang yang ada masalah SAKA suka memasukkan ibu jari ke dalam ketika menggengam tangan. Ishhhh susah nak terangkan aih. Haaaa seperti sesetengah orang perempuan menggengam penumbuk. Ibu jari dimasukkan dalam genggaman. Jadinya perhatilah kepada ahli keluarga kita yang sering melakukan perbuatan itu tanpa mereka sedari.

Tak lama kemudian anak perempuannya selesai mandi.. Dia kemudiannya bersiap dan datang ke arah kami tidak lama kemudian. Macam mana rasa lepas mandi, tanya pokcik.. Segar badan. Gatal pun tak ada dah, katanya ringkas. Alhamdulillah selesai satu bab. Mari sini, kata pokcik. Dia pun datang.. Dia duduk berhampiran pokcik. Takkan anak dara duduk atas riba pokcik pulak. Tu baru pelik... Kan.. Apabila datang ke arah pokcik, dia dah rasa lain macam. Berdebar, katanya. Tangannya mula menggeletar.. Tenang, kata pokcik... Dia senyum tak senyum....

Tanpa melengahkan masa, pokcik terus ikhtiar pagarkannya. Dia mula tak tentu arah. Sekejap tangannya ke depan sekejap ke tepi sekejap ke belakang. Boleh saya duduk macam ni? Kaki tak boleh nak luruskan tiba-tiba, katanya. Boleh, kata pokcik ringkas.. Selesakan diri. Banyakkan ingat kepada Allah, sambung pokcik... Dia diam... Ketika itu dia mula tenang sedikit... Pokcik terus doakan.. Ketika itu entah ke mana dah dia pergi.. Fikirannya sudah tidak berada di dalam rumah itu.. Itu diakui sendiri olehnya selepas itu....

Setelah habis satu bahagian pokcik bertanya, debar lagi ke? Tak dah. Tangan pun dah tak menggeletar. Tenang, pokcik kata. Sekarang ni rasakan di mana tempat sakit... Dia diam seketika.. Kepala rasa sakit sangat, katanya... Tanpa berbicara, pokcik terus usahakan kepalanya itu.. Sakit lagi, tanya pokcik.. Alhamdulillah dah hilang, katanya ringkas.. Sekarang tenang semula, cuba rasa lagi,kata pokcik... Setelah lama diam, dia pun mengatakan alhamdulillah. Tiada lagi sakit di mana-mana, Fikirannya tenang sangat. Kosong kepalanya, katanya. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Sebenarnya dia dah sakit lebih daripada 5 tahun. Dia tak berani ke mana-mana kalau menunggang motosikal kerana sudah banyak kali terjatuh. Biasalah jatuh sebab bawak laju, kata pokcik. Tangan tak stabil kot, sambung pokcik. Tak, kena kat kawasan taman saja.. Memang saya tak bawa laju. Memang terasa ada orang yang menolak saya dari belakang walaupun bawa motor seorang diri.. Hihihihihi. Macam-macam jenis.. Ada pulak jenis jin tolak motosikal nak bagi orang jatuh. Alhamdulillah jin tu tak sampai masuk ke salur darahnya. Kalau tak, lagilah parah.. Kan.. Macam-macam. Ini bukan Bisikan Syaitan tetapi perangai jin seperti syaitan.. Hahhahahha..

Sekian buat kali ini.. Moga berjumpa lagi. Wallahua’lam. Salam hormat..

Monday 18 May 2020

MENGISLAMKAN JIN

Assalamualaikum

Sahabat yang dihormati;

PENUTUP KISAH PELANGI SENJA

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam yang memanjangkan usia kita buat sedetik lagi. Sebenarnya apabila disebut bulan puasa, apa yang terlintas dalam fikiran kita sudah tentu tidak akan berlaku gangguan jin. Kita jangan lupa bahawa jin juga diciptakan oleh Allah agar beribadah kepada-Nya. Jadinya jin akan tetap mengganggu terutama jin yang terikat dengan perjanjian.

Bagi ahli group Encik Omar sudah tentu tertunggu-tunggu akan kesudahan kisah yang diceritakan oleh sahabat group tentang kisah mistik yang dialami oleh dirinya, kakaknya, serta ahli keluarga dan neneknya sebanyak 18 episod. Pokcik dengan secara sukarela akan membuat penutup bagi kisah beliau dan menceritakan serba sedikit tentang pengalaman pokcik mengenali beliau. Bagi ahli group pokcik, mereka sudah membaca coretan beliau tetapi ini coretan pokcik pula tentang bibit-bibit perkenalan kami sehinggalah ke saat ini.

Pokcik namakan hamba Allah ini sebagai Zila ( Bukan Nama Sebenar ). Sebagaimana yang semua maklum, pokcik membuka group mistik dalam FB, Telegram dan Whatsaaps dahulu. Zila mula mengenali pokcik melalui group yang pokcik tubuhkan. Pada mulanya beliau hanya senyap dan jarang untuk berkomunikasi namun setelah semakin mengenali ahli dalam group maka beliau sudah mula bersuara. Kemungkinan besar, beliau mula bersuara kerana ketegasan pokcik yang akan mengeluarkan sesiapa sahaja yang menimbulkan ketegangan dalam group.

Ramai pesakit dan perawat mistik yang pokcik masukkan dalam group berkenaan. Lama-kelamaan perasaan segan sedikit sebanyak hilang kerana setiap ahli sudah mula rapat dan hubungan kekeluargaan mula muncul. Ramai pesakit yang berada dalam group berkenaan. Zila salah seorang daripadanya. Sampai sekarang pokcik ingat kesukaran si Zila untuk meletakkan gambar sebenar pada gambar profil tetapi akhirnya Berjaya juga. Dalam group itu, pokcik mewajibkan setiap ahli agar meletakkan gambar sebenar. Pokcik tak mahu ada dalam kalangan ahli yang berniat tidak baik dan sebagainya. Perawat yang dihubungi oleh mana-mana pesakit juga akan diketahui oleh pokcik selaku Admin group. Ini bagi mengelakkan sebarang penipuan.

Zila mula berbicara dan menyampuk ketika perbualan santai dalam group terutamanya berkaitan dengan posting pokcik. Suatu hari, pokcik melihat sesuatu kelainan dalam dirinya. Pokcik telah mesej kepada seorang perawat dan menyatakan maksud pokcik untuk PROVOKE gangguan yang berada dalam diri Zila agar keluar dan memunculkan diri. Alhamdulillah, gangguan itu muncul dan mula mengganas. Patutlah selama ini Zila sering bercerita tentang puteri dan kearah mengagungkan jin berkenaan yang dikatakan menjaga keturunan.

Setelah sedar daripada kerasukan, si Zila sudah mula boleh terima apa isi kandungan yang terdapat dalam setiap perkongsian pokcik dalam group itu. Setelah sedar ada sesuatu yang tidak kena dalam dirinya maka Zila mula mencari perawat. Usaha-usaha Zila diceritakan secara terperinci dalam 18 episod yang ditulis oleh beliau sendiri. Pada suatu hari pokcik bercadang untuk pergi ke Pusat Perubatan Bayu Annur di Bangi Selangor. Pokcik pergi ke sana dengan seorang sahabat pokcik iaitu Ustaz Samsul. Alhamdulillah perjalanan kami ke sana tiada sebarang rintangan dan dipermudahkan oleh Allah. Ramai juga sahabat dan perawat yang datang pada hari itu. Tiba-tiba Zila menelefon tuan rumah ( Cikgu Zul ) dan memberitahu beliau bahawa dia ( Zila ) tidak berjumpa tangga untuk naik ke pusat perubatan itu.

Cikgu Zul turun ke bawah dan menunggu Zila. Alhamdulillah, kata si Zila dia hanya nampak tangga itu sebaik sahaja Cikgu Zul turun menjemputnya. Entah pandangannya ditutup atau memang dia tak nampak tangga itu. Wallahua’lam. Setelah itu mereka berdua menaiki tangga menuju ke pusat perubatan. Mula-mula Cikgu Zul yang masuk dahulu dan akhirnya barulah diikuti oleh Zila. Sebaik sahaja ternampak pokcik, dia mula mengilai. Hilaiannya memang seperti Pontianak. Pada malam itu ramai juga usahakannya kerana kebetulan anak buah Cikgu Zul pun berada di situ.

Bermacam-macam cerita yang keluar dari mulut Zila. Semua cerita itu disampaikan dengan lancer sekali seolah-olah skripnya telah pun ditulis terlebih dahulu. Sungguh licik permainan jin. Setelah lebih kurang tiga jam berbual-bual dengan jin berkenaan, pokcik mengambil keputusan untuk bermohon kepada Allah dan membakar jin itu. Satu rakaman video telah dibuat oleh seorang sahabat iaitu Encik Amin. Dalam video itu jelas ternampak asap keluar melalui kepala Zila. JIn yang dikeluarkan itu pokcik niatkan dikurung di suatu tempat. Alhamdulillah selepas itu tiada lagi kejadian aneh yang berlaku kepada beliau pada ketika itu.

Tidak lama selepas itu, iaitu pada hari pertama Eidulfitri si Zila mesej kepada pokcik. Dalam mesej itu dia menyatakan bahawa dia berasa kurang senang setelah pergi ke salah sebuah rumah rakan/saudaranya. Ketika sedang berbual melalui messenger itu, tiba-tiba beliau merasuk dan memaki hamun pokcik. Tahulah pokcik bahawa si Zila telah dikuasai oleh jin ketika itu. Sebelum sempat pokcik usahakan Zila, jin itu lari terlebih dahulu. Lama juga pokcik tak mendengar cerita tentang jin yang lari itu sehinggalah pada suatu hari si Zila memberitahu arwahnya datang mimpinya.

Dalam mimpi itu Zila melihat neneknya dalam keadaan yang sangat menyeramkan. Badan neneknya itu kelihatan sangat kurus dan dia turut memakan ayam yang penuh dengan ulat. Keesokannya si Zila bermimpi lagi. Katanya dalam mimpinya itu si nenek pulang ke rumahnya di kampung lalu memakan binatang yang sudah mati dan berulat di bawah rumahnya. Neneknya itu memberikan bayi kepada Zila lalu tanpa sedar dia telah menyusukan bayi tersebut.

Pokcik mencadangkan agar si Zila mengadakan kenduri tahlil buat arwah neneknya apabila kisah mimpinya diceritakan kepada pokcik. Pokcik juga sering menasihati Zila agar mendekatkan diri kepada Allah agar gangguan dan sebagainya tidak lagi mengganggunya. Zila tidak lagi bermimpi akan arwah neneknya itu namun timbul pula kisah baru. Kali ini Zila sering bermimpi akan emak saudaranya pula. Dia mula bermimpi akan emak saudaranya terutama apabila dia bercerita tentang emak saudaranya tidak kiralah di mana sahaja. Setahu pokcik emak saudaranya itu merupakan seorang perawat.
Ketika gangguan daripada emak saudaranya berlaku, pokcik sudah lama tidak membuka akaun FB pokcik. Jadinya pokcik tidak tahu sangat tentang gangguan yang berlaku kepada Zila. Entah macam mana saka yang pokcik kurung telah terlepas ketika itu. Mungkin ia berlaku kerana kelemahan dan kecuaian pokcik. Mungkin jin itu berdoa kepada Allah agar ia dilepaskan. Wallahua’lam. Tiada sesuatu pun mustahil dengan kehendak Allah. Baik atau buruk doa kita, semuanya dalam pertimbangan dan atas kehendaknya. Namun kita harus ingat bahawa, hanya ada dua sahaja tempat yang harus dituju sama ada SYURGA atau NERAKA.

Gangguan demi gangguan dialami oleh Zila terutama sekali setelah beliau mula bekerja namun beliau hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah. Apa pun, semua yang terjadi semuanya atas jalan yang ditetapkan oleh Allah. Suatu hari pokcik membuka kembali akaun ini dan kesempatan ini digunakan oleh Zila untuk menghubungi pokcik. Lihatlah perbualan pokcik dengan Zila pada hari ini dan semoga sahabat semua lebih memahami.  Bab gangguan daripada mak saudaranya itu abaikan kerana jin tak boleh mengapa-apakan manusia tanpa seizin Allah. Mudah-mudahan dia insaf dan kembali ke jalan Allah.

PERBUALAN POKCIK DENGAN ZILA SERTA PENDAMPING YANG MENGUASAI DIRINYA ADALAH SEPERTI DI BAWAH

Zila : Assalamulaikum pokcik Sy sebenarnya dh lama menanti pokcil muncul kembali Dan sy berhajat untuk berubat dngn pokcik sekali lagi... Begini al kisahnya Sebelum ni sy pernh bagitahu pokcik perihal sy kerap kali ber mimpi pasal mak saudra sy . Yg tu x pelik sangt pokcik Yg jd aneh dn ganjilnya bila sy dh mula bekerja, sy rasa mcn di ganggu kat tempat sy bekerja...

Contoh sy tngk oder masuk air coco cola Lps tu sy tngk resit pn sama Tp hakikat nya customer oder air milo Jd sy selalu salah buat air dn sebagainya. Begitu jgk lh kalau sy yg ambik kauter order...sy tngk duit dlm laici xde. Sy cakp kat meneja Bila meneja buka ade je duit... Situasi sy bnyk yg ganjil bila sy di tmpat kerja.. Kalau kat rmh xde apa yg pelik pn yg jd kat sy... Ok sy ringkas kn cerita Masa pkp bermula Sy ada suarakn hajat nk berubat dngn ustaz kat tmpat sy tinggal sekarng ni Masa tu pokcik dh of fb sy sy tak tahu nk minta tolong dngn siapa lagi..sbb sy rasa jin mak saudara menganggu sy.

Lps tu sy cakap kat kak siti sbb sy selalu bersembang dngn dia,selalu cita kat dia pasal mimpi mak saudra tu.. Jd kak siti nk bantu sy nk tolong cakp kat ustaz. Tiba2 sy kerasukan dn marah pada kak siti sbb sy xnk berubat dngn ustaz tu... Bila sy kene rasuk tu kak siti dh ketakutan dn dia call ustaz tu datang... Bila ustaz datang sy kenal kn diri sebagai putri cempaka sari Pengjaga dri keturunan yg telah lama jaga sy Tp ustaz tu x buat apa pn sbb dia x berjaya pulih kn sy..dia dh bc surah2 al quran Dh buat air tawar Sy tetap mcn tu jgk dok menyembng je. Sy cakp kat ustaz tu lama kan kau x nampak aku Sbb aku kene kurung kat pokcik Selepas tu Dia tinggal mcn tu je dn terus berlalu pergi..

Cuma dia bekalkn air tawar agar sy minum Sbb katanya melibat kn saka yg sekian lama nya Jd kalau nk berubat kene panggil semua ahli keluarga yg terlibat.... Dn dia cakap dia x mampu nk merawat sy sorang2 Dia perlu bergabung dngn 2 3orng perawat lagi. Sy x tahu bila ia kembali semula sbb xde apa2 tanda pada sy Ada jgk sy mimpi baby Tp jarang2 lh sbb selalu sy mimpi mak saudra ... SeLps tu sehari sebelum pokcik muncul kembali Sy mcn x senang duduk Sy berdebar Rasa nk merasuk Betul2 rasa mcn nk merasuk Nk mkn dn berckp pn x boleh,kalau sy brckp rsa mcn nk kene rasuk je Sy diam baring jer. Gelisah 1hari Sambil2 sy doa jngn lah jd apa2 kat sy sbb xde perawat dh yg sy kenal Ustaz tu pn dh balik kmpung Sy dok trfikir sorang2 sy pernh rasa perasaan ni bila nk jumpa pokcik dahulu

Kali ni sy rasa sekali lagi... 1hari sy berlawan dngn perasaan Akhirnya keesokan harinya pokcik muncul kembali dan tag nama sy Huh berdebar jantung sy..gelisah x sedap hati sngt2 Aura pokcik buat sy gelisah dn x senang duduk... Sy sekali lagi berlawan dngn perasaan diri.... Lama2 tu ok... Sy kn dh ada kawan dngn kak siti guard kat tmpat sy tinggal ni Jd selalu lh sy datang bersembang dngn dia. Hinggalh bos kak siti datang bertandang jgk sbb pkp kn dia boring jd datang nk berborak ramai2 lah kat sana... Tp kali pertama sy nampk P.0 dia seakan nk menjauhkn dri sy Sy nmpk dia mcn gelisah, Dn x pernh nk pndang ke arah sy. Nk bersembng jauh sekali, pndang sy x nak...sekejap dia ckp k pergi situ sini Mcm ayam berak kapur dh...5 6x jumpa x pernh 1kali dia pndang ke arah sy.... Sy ni ok je tngk dia.

Hinggalah pada suatu hari dia berborak dngn kak siti pasal dia selalu jgk boleh nmpk hantu,katanya orng lain kata tu tempat keras dia ok je x rasa takut..dia berborak x sampai 5minit,sy jdi batuk dngn kuat dan akhirnya Sy merasuk lagi.. Tp merasuk santai2 je sbb nk bersembang dngn bos kak siti buat kali ke2 sempena pkp ni Sy kene rasuk Sy perkenal kn dri penjaga dri keturunan bernama putri cempaka sari kepada P.0. Sy pn cakap kat P.O yg dia pn ada penjaga keturunan bernama putri sakdong...sy cakp kat dia,p.o selalu x boleh pndang sy kn sbb bila p.o pndng je sy,p.o akan kepanasan ..

 Dia jawab ya sbb tu dia melarikn dri dri sy sbb dia x boleh duduk dekat sy panas ..dia jadi kepanasan bila sy ada Maka terjdi lah sesi sembang menyembng sbb p.O pn x pernh tahu yg dia ada penjaga juga yg bernama putri sakdong Lps tu yg lain nya turut bertanya sy soal masaalah diri dn sebagainya.. Lps semuanya dh berpuas hati dn x mahu menyembng lagi ,sy minda undr diri untuk pergi...dn memberi salam Sy pn sedar..P.O terus berlalu pergi Sampai sekarang dia masih x dpt nk pandang sy... Jd baru lah sy sedar yg sy benar2 ada gangguan .

Oh lupa nk cakap masa sesi perbualan tu sy mention jgk nama pokcik Yg putri cempaka sari takut akan kehadiran pokcik kembali..... Tp pelik jgk senang2 pula dia nk dedah kn indititi dirinya Sy keliru jgk Sebenarnya Tp tu lah pokcik mainan jin mcn2 kan Dia kata dia hadir sbb sy sering di ganggu oleh jin mak saudra sy Yg pelik2 terjdi kat tempat kerja pn katanya angkara jin mak saudra Tp mls nk layan sb b x sahih pn . Sebenarnya Dari awal2 pokcik muncul sy nk pm pokcik persenal Tp entah lah jd tertangguh selalu Sy benar2 nk berubat dngn pokcik sekarang ni Dngn seikhlas hati nurani sy nk buang Dn pokcik lah satu2nya orng yg sy kenal untuk berubat... Jd boleh tak pokcik bantu sy .. Sy benar2 x mahu ada kaitan dngn makluk gaib...
Omar : Waalaikumussalam.... Ni bukan puteri tu. Mungkin ada gangguan di tempat kerja atau mak saudara tu

Zila : Sy kerja kat mcd alamanda Baru 4 5bulan
Omar : Oooo

Zila : Boleh ke pokcik bantu sy
Omar : In shaa Allah.. Kena sejak kerja situ,kan

Zila : Sejak masuk kerja Jd bnyk yg salah Bila kat tmpat kerja sy letih penat dn mata mengntuk..menguwap je bepuluh kali... Pokcik mu kenal dok aku ni sapo,, Aku lamo doh nati mu hadir. Mu xsoh tolong nate ila ni. Nati ila celako gi cito hal aku ko mu. Nate ila aku bunuh mu. Ila jahat. Ila bodo. Nate ila mu cito habis ko pokcik. Pokcik mu jngn masuk capur doh uruse aku. Nate ila bodo. Bkpo gi cito hal aku ko dle group. Kisoh aku tu bodo. Aku x suko ore tahu hal aku. Capur urusan aku
Omar : Dah laa.. Pergi je laa.. Jgn ganggu dia.

Zila : Mu bo pokcik capur hal aku
Omar : Tak ada siapa nak kat kamu.

Zila : Aku mari sebb dio kno ganggu ko jin mok daro dio. Aku hadir sbb dio kno ganggu. Ko jin mok daro dio. Aku penjaga dio. Aku hadir saat dio dle kesusohe
Omar : Lepas ni biarlah Allah jaga dia.

Zila : Mu xdok masa tu pokcik Mu tutup akuan fb Sian ko ila kno ganggu. Sian ko ila pokcik
3tahun mipi mok daro dio sajo. Aku hadir. Aku hadir nk bantu dio
Omar : Aku Laknat kamu dengan laknat Allah kalau kamu tak keluar sekarang.. Allahu akbar

Zila : Mu xsoh laknat aku lah. Aku pn nk beruboh jgk
Omar : Aku Laknat kamu dengan laknat Allah kalau kamu tak keluar sekarang.. Allahu akbar

Zila : Aku nok masuk islam pokcik. Aku nok masuk islam. Sian ko ila Ila hari2 berdoa untuk aku
Omar : Kalau nak masuk Islam,baik kamu mengucap dua kalimah syahadah

Zila : Dio nok aku masuk islam
Omar : Alhamdulillah kalau kamu nak masuk islam

Zila : Hari2 tiap2 mlm ila berdoa ko aku. Aku sedih. Dio ikrar pemutus saka. Aku dngr dngn sayu hati
Omar : Mengucap dua kalimah syahadah sekarang

Zila : Aku tahu dio x mahu doh ko aku. Aku tahu dio x kan terima aku kembali. Bantu lah aku pokcik
Omar : Hanya Allah sebaik-baik penjaga

Zila : Aku rela masuk islam
Omar : Baiklah kalau gitu. Ikut pokcik

Zila : Baik lah pokcik Dngn nama alllah aku bersumpah
Omar : Ikut kata pokcik sekarang

Zila : Aku ingin masuk islam. Demi ila dn allah. Ajar lah aku pokcik. Aku x pndai nk ucap. Aku bodoh
Omar : Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah

Zila : Adakah allah akn menerima aku Aku nk pergi kat mana pokck Aku x boleh di kayagan Kern keluarga aku kafir
Omar : Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Kamu boleh pergi ke Mekah
Utk beribadah. Allah akan menerima taubatmu

Zila : Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkn allah Dn aku bersaksi bahawa tiada tuhan yg layak di sembah melain kan allah. Aku nk pergi mana pokcik
Omar : Alhamdulillah

Zila : Aku xde kawan. Aku xde tempat tinggal. Aku jin kafir
Omar : Sekarang kamu dah Islam.. Jadi kamu kena keluar dari Ila

Zila : Aku putri kayagan Tp tiada agama
Omar : Demi Allah pergilah kamu ke Mekah. Ada masjid jin di sana. Ramai golongan jin Islam di sana

Zila : Baik lah pokcik aku akn keluar Tp boleh ke aku datang kembali Bila ila dlm kesusahan Aku janji Aku tolong tmpa harap di balas
Omar : Allah Maha Pengampun dan Penyayang

Zila : Biar lah aku berbakti Dn mencari kebaikan. Aku x tahu jalan pergi ke mekah
Omar : Tak boleh... POKCIK akan usahakan Ila. Allah akan bantu dia..

Zila : Pokcik aku betul2 sayang pada ila. Demi allah
Omar : Baiklah pokcik akan doakan dan beri jalan kamu ke sana

Zila : Aku akn jaga dia Tmpa harap di balas
Omar : Keluarlah dari ibu jari kiri Ila
Sekarang kamu dah Islam
Berdosa besar kalau kamu mengganggu sesama Islam

Zila : Aku tahu pokcik baik Aku dh tngk memori masa pokcik Hanya allah yg tahu Kau adalah hamba allah yg mulia Sbb itu aku takut pada mu
Omar : Bersedialah...

Zila : Aku sedia untuk pergi. Walaupn hati aku berat. Aku sedih
Omar : Wahai hamba Allah. Moga syurga tempatmu

Zila : Aku sayang dia. Aku ingin jaga dia. Boleh ke pokcik beri aku masa
Omar : Aku aku hantar kamu ke Mekah sekarang..

Zila : Aku x sanggup berpisah dngn ila. Bg aku masa 1hari
Omar : Hanya Allah sebaik-baik pelindung

Zila : Aku ingin menunjuk kn diri ku yg sebenarnya
Omar : Bersedialah wahai Hamba Allah

Zila : Boleh ke pokcik Aku ingin wktu sehari
Omar : Tak boleh...

Zila : Xpe lah pokcik Aku reda. Kalau itu yg pokcik mahukn dari aku
Omar : Dengan kalimah syahadah. Keluarlah kamu wahai Hamba Allah yang mulia

Zila : Adakah jin lain akn menbantu ku
Omar : Ya

Zila : Aku tersekat pokcik. Bantu lah aku. Masih x dpt aku cari jalan keluar. Bantu lah aku wahai hamba allah yg mulia
Omar : Keluarlah dari ibu jari kiri. Pokcik dah bukakan jalan
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Zila : Assalamualaikum pokcik Terima kasih Aku dh nmpak jalan keluar yg bercahaya. Terima kasih bantu aku
Omar : Waalaikumussalam.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah

Zila : Aku harap Aku dapat jalani islam
Omar : In shaa Allah, wahai Hamba Allah yang mulia
Pergilah
Assalamualaikum

Zila : Banyak yg aku pelajari dari tulisan kamu Assalamulaikum Selamt tinggal Hmba allah yg baik
Waalaikumussalam Izikan aku pergi sekarang ye
Omar : Waalaikumussalam.. Selamat jalan wahai Hamba Allah yang mulia
Silakan

Zila : Pokcik ok Sy dh sedar. Menangis2 dh sy
Omar : Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah
Dia dah pergi dgn memeluk Islam
Bersyukurlah

Zila : Alhamdulillah Nasib baik dia dngr kata pokcik T.kasih bnyk2 pokcik sbb bantu sy
Omar : Alhamdulillah segala puji bagi Allah

Zila : Tu lah syukur sngt2 Lebih elok begitu
Omar : Ya...

Zila : Mudahan dia dpt cari dn belajr agama islam
Omar : Dia ke Mekah. Alhamdulillah
Syukurlah kepada Allah

Zila : Syukur sngt2.. Harap dia selesa kat sana
Omar : Aamiin

Sekian perkongsian pada kali ini. Salam hormat semua. Wallahua'lam

Saturday 16 May 2020

SAHABAT BSS




Assalamualaikum

Sahabat yang dihormati;

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah masih diberikan ruang dan masa bagi menambah bekalan di sana. Kali ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah di mana pengorbanan dan kasih sayang seorang anak terhadap ibunya dan masuk ke beberapa perguruan demi mencari jalan penyelesaian bagi masalah sakit yang dihidapi si ibu. Anak mana yang tak ingin menggembirakan dan menyenangkan hati ibu. Kan…

Alkisah, suatu hari pokcik menerima mesej daripada seorang hamba Allah. Hamba Allah ini merupakan bekas ahli group pokcik dahulu yang terpaksa dikeluarkan daripada group berkenaan atas beberapa sebab. Namun, beliau akur dan pokcik memasukkan beliau kembali ke dalam group tersebut. Awal perbualan tentulah berkisar tentang group namun akhirnya barulah diceritakan perihal si isteri dan emaknya.

Sefaham pokcik, sahabat ini dari perguruan BSS. Apabila sahabat meminta pokcik usahakan si ibu maka pokcik pun bersetuju. Tambahan pula beliau merupakan seorang perawat. Jadinya pokcik ingin memberi peluang kepadanya untuk berbakti kepada si ibu. Pokcik memintanya turut usahakan si ibu ketika hari kejadian. Beliau bersetuju dan bersedia menunggu arahan selanjutnya daripada pokcik. Pada awalnya timbul kekeliruan sedikit di mana si ibu hanya ingin pokcik buang jin yang jahat namun setelah diterangkan dengan baik maka kekeliruan itu telah Berjaya diselesaikan.

Sebenarnya, hamba Allah ini juga meminta pokcik usahakan si isterinya namun terlalu banyak halangan dan sampai ke sudah pokcik tidak usahakan isterinya itu…. Ikutilah perbualan kami yang pokcik sertakan bersama dengan posting pada kali ini…

PERBUALAN KAMI ADALAH SEPERTI DI BAWAH
14/02/2017, 14:23
Amin : Assalam pokcik..nak tanye apa nama group perubatan dalam fb ni..sy x jumpe pula..sy udah x da dalam group..huhu
Omar : Nanti pokcik check.
Amin : Ok pokcik..terima kasih.. Sy ada dlm group dah..time kasih pokcik..

04/01/2018, 19:49
Amin : Assalam pakcik..sy nak tanya kalau saka boleh x menyebabkan susah dapat zuriat?
Omar : Waalaikumussalam... Tak juga sebab zuriat terus daripada Allah. Sebab termasuk dlm bab rezeki. Bab jodoh, ajal, rezeki ni telah ditetapkan oleh Allah sejak di luth mahfuz lagi. Wallahua'lam

Amin : Ok terima kasih pakcik..penjelasan nya..begini 2,3 hari ni sy mnta tlg kawan sy cek kan isteri sy kot ada saka..slpas di cek..memang ada saka..huhu. 2 org dah cek.. Kebetulan pkcik update bab saka
Omar : Ooo ok... Pokcik faham

Amin : Istri sy x tahu lg..dia pon x tunjukkan ciri2 ada saka.. Ni pon insyaAllah nk bwk berubat
Tapi sy xnak bgtahu lg. Xpe ke kalau sy xbagi tahu?
Omar : Elok xbagitau. Lagi satu, sahabat suami. Xperlu minta izin isteri

Amin : Ok pkcik..terima kasih..insyaAllah sy nk iktiar scpt mngkin..doa kan sy dpermudahkan pkck..
Omar : Sama2.. Moga Allah permudahkan.. Aamiin

Amin : Aminn

29/01/2018, 10:39

Amin : Assalam pokcik..sy nak minta bantuan pakcik boleh?firts mak sy kedua isteri sy..sy dah jenuh bawak mak sy berubat..dan sy pon ada juga tolong2 ubatkan..yang jd masalah nya berulang2 pakcik..dah masuk 4 tahun..sy mcm2 perguruan join..untk ubtkan mk sy..salah satu BSS..
Omar : Waalaikumussalam. Mak sahabat masalah apa ya

Amin : Pertama detact sihir..4 tahun lepas..smpai effect jd ketumbuhan di perutnya..4 tahun ni asyik berulang2 gangguan nya.. Ni pon dah effect lutut kiri kanan sakit..
Omar : Kalau dah jadi sakit fizikal tu menunjukkan masalah tu dah lama

Amin : Kadang2 perut nya kembung..macam ada tapak di perutnya..
Omar : Bab tu kena usahakan cara moden. Cuma puncanya iaitu sihir atau jin yg mengganggu tu kena hapuskan agar tidak melarat jadi penyakit lain pulak
Sekarang ni sahabat dan mak duduk sekali ke

Amin : Itula..sy dah abeh iktiar ..baru2 ni sy bawak p berubat..buang dah jin nya..ni ada balik..
Ye sy duk sekali dgn mak.. Sy mohon bantuan pakcik..
Omar : Kalau duduk sekali lebih mudah. Nanti free saya usahakan. Disebabkan sahabat ahli bss jadi ketika saya usahakan tu sahabat boleh jurus. Ikhtiarkan emak sahabat dulu baru org umah sahabat

Amin : Alhamdulillah terima kasih bang..ok boleh sy boleh jurus.. Terima kasih bang..alhamdulillah..
Omar : In shaa Allah.. Kebetulan saya Free nanti saya bagitau. Seeloknya malam laa sebab saya xkerja mlm

Amin : Ok bang..mlm sy ada di rumah..insyaAllah..terima kasih bang..alhamdulillah..
Omar : Cuma kalau cara saya, saya ikhtiarkan saja. Sembuh tak sembuh kita serah kpd Allah. Maharnya tiada, cuma elok tak elok sedekahkan ke tabung masjid atau surau. Niat kerana Allah..

Amin : Ya bang, sy faham..alhamdulillah..terima kasih bang..


31/01/2018, 19:51

Amin : Assalam bang..jadi ke ikhtiar mk sy mlm ni.. Klu jd sy nak bgtahu mak
Omar : Waalaikumussalam. In shaa Allah lepas isyak Sebab nak solat gerhana dulu

Amin : Ok bang..terima kasih bang..alhamdulillah.
Omar : In shaa Allah sama2 doakan
Amin : Ya bang


Omar : Assalamualaikum
Amin : Wsalam bang

Omar : Mak Ada situ?
Amin : Jap ya bang. Tengah sembahyang bang
Omar : Xpe. Dah sudah nanti bagitau
Amin : Ok bang..nnti sy bgitahu. Dah bang.. Satu lg mak sy ada simpan barang2 lama2..mcm batu apa tu

Omar : Ok tanya mak, dia nak tak apa semua jin yg dampingi dia
Amin : Ok jap. Kata nya jin jahat x nak..jin baik bio je katanya..naya betui

Omar : Kalau mcm tu saya xboleh buat. Xpe sahabat pujuk baik2 nanti kalau dah sedia lain kali sahabat bagitau ye
Amin : Dia kata yg merosakkan x nak bang

Omar : Hati dia xsepenuhnya. Nanti kerja jadi sia2. Xpe biar mak fikir dlm2 dulu. Sampai masa mak sahabat akan suruh buang juga.. Xpe sahabat.. in shaa Allah kalau ada kesempatan lain kali.
Amin : Mak kata dia tahu jin baik ke jahat bang. Dia kta xnak smua nya bang
Dia silap paham td. Mak kata dia x tahu..silap ayat atas td

Omar : Kata kat mak, jin baik xkan mendampingi manusia. Hanya jin fasiq yg mengganggu urusan kita. Sebab itu Allah dah tekankan dlm surah jin tu.
Amin : Mak suruh buang bang..dia xbrapa tahu bang

Omar : Kalau kata mak sahabat nak buang semua, boleh ikhtiarkan. Selebihnya kita serah kpd Allah
Amin : Ok bang mak setuju buang. Dia salah faham td. Xbrapa tahu

Omar : Baiklah..
Amin : Sy nak buat apa jurus ke

Omar : Minta mak ambik tasbih ke atau zikir. Tunggu dulu. Cakap kat mak, kalau Allah izin mak sahabat akan panas. Akan letih. Sahabat sediakan air masak segelas
Amin : Ok bang.. Air segelas

Omar : Dah selesai nanti minta mak baca fatihah kat air tu tiga kali dan minum
Amin : Letak kat depan ya
Omar : Xperlu lagi.. letak mana2 dulu. Dah selesai nanti baru bagi minum. Dengan bacaan fatihah tiga kali
Amin : Ok bang..note

Omar : Saya akan bagitau kalau dah selesai
Amin : Ok bang

Omar : Sekarang cuba minta mak duduk selesa. Berlunjur ngadap kiblat dari depan
Pakai tutup aurat
Amin : Kaki ke kiblat ya. Jap bang

Omar : Ya
Amin : Dah bang

Omar : Sekarang saya nak pagarkan mak dulu
Amin : Ok bang

Omar : Nanti tanya mak apa dia rasa sebab saya nak check sekali
Amin : Ok bang..

Omar : Minta mak zikir dlm hati. Mak rasa apa sekarang ni
Amin : Xda rasa pape lgi bang

Omar : Ok bagus.. Sebab benda tu dok dlm mak. Kat kepala dan perut. Sekarang ni sahabat boleh jurus dan saya akan mula. Saya akan bagitau bila dah selesai

Amin : Allahu..ok bang note.. Sy jurus skrg
Omar : Ok Alhamdulillah. Mak kata mcm mana

Amin : Alhamdulillah.. Mak kata perut sakit belah kiri..
Omar : Kuat tak.. Dada mak pun ada juga. Kepala pun sama. Perut lagi

Amin : Mak kata rase perit
Omar : Yaa saya buka tadi. Dah tutup

Amin : Alhamdulillah
Omar : Ambik btl dlm perut mak sahabat. In shaa Allah. Bagi mak air minum tadi

Amin : Mak ckp ritu ada org pegang perut nya..dia salam pastu tepuk perut mak
4 tahun dah
Omar : Mmmmm.. Nampak seketul hitam dlm perut tu. Besar

Amin : Pastu kene ketumbuhan
Omar : Dah bagi mak minum ke

Amin : Dah mk dah minum bang
Omar : Kalau mcm ni biasanya mak sahabat akan penat sgt. Alhamdulillah

Amin : Sakit tempat abg tarik tu
Omar : Bagi mak rehat dulu. Kejap lagi in shaa Allah

Amin : Ni pon dah sedawa ja..hehe. Terima kasih banyak2 bang
Omar : Biasanya pun saya ikhtiarkan tarik keluar paksa. Xpe. In shaa Allah tu

Amin : Hitam tu apa bang?
Omar : Wallahuaklam. Mcm ketumbuhan pun ada

Amin : Sy nampak guna mata hati ritu..tapi x leh nak tarik
Omar : Ooo ye ke. Alhamdulillah dah tarik keluar

Amin : Tapi jarang nampak..cume allah bgi kejP je tengok ritu
Omar : Hitam ye

Amin : Sama mcm abang ckp hitam bulat belah kiri perut
Omar : Yaa. In shaa Allah, kosong dah tu

Amin :  Alhamdulillah bang..terima kasih byk2..
Omar : Mak mcm mana tu. Sama2

Amin : Jenuh sy bwk iktiar dah..
Omar : Bukan kuasa kita. Kena pegang situ

Amin : Mak skit bahagian perut belah kiri..
Omar : Kesannya tu. Kena rehat dah. Mcm org baru lepas operate

Amin : Ni tengah baring bang..
Omar : Letih ye

Amin : Ye bang dah terbaring rasa perutnya
Omar : In shaa Allah.. Esok mak sahabat akan jadi seperti org baru. Mudah nak beribadah
In shaa Allah

Amin : Alhamdulillah..allahu akbar..
Omar : Seeloknya bagi mandi limau esok nak pulihkan tenaga semula. Assalamualaikum

Amin : Syukur..sonok rasanya..
Omar : Bukan kerja kita. Semua hakNya

Amin : Ok sy cari limau esok.. Ya bang..syukur sgt
Omar : Assalamualaikum

Amin : Wsalam.. Terima kasih bang..allah je balas bang.moga di permudahkan urusan abg
Omar : Sama2. Aamiin

01/02/2018, 07:22

Omar : Assalamualaikum. Mak mcm mana pagi ni
Amin : Wsalam. Belum bgn lg bang..

Omar : Letih sangat tu
Amin : Ya kot..slalu bangun dah

Omar : Xpe. Biar mak berehat. Alhamdulillah laa tu
Amin : Nnti mak bangun sy bgitahu ya

Omar : Ok. Nanti jgn lupa Mandi limau. Segarkan balik tubuh
Amin : Ok bang.

Amin : Bang mak ckp badan nya ringan..kemudian sy tgk segor dah..alhamdulillah..
Omar : Alhamdulillah. Apa pun nanti mandi limau utk segarkan badan

Amin : Alhamdulillah..ok bang kebetulan ada limau dirmh..jp mk mndi. Bang boleh ke cek sy dan isteri pulak..ada beberapa sahabat ckp isteri ada saka..tpi dah bawak berubat..kata nya gangguan biasa ja.. Klu kelapangan sy anta gambar kami berdua
Omar : In shaa Allah

Amin : Terima kasih bang..nnti sy anta gmbar..nk gerak koje dlu..

01/02/2018, 09:33

Amin : Assalamualaikum bang ni gmbar kami..

02/02/2018, 08:51
Omar : Waalaikumussalam. In shaa Allah kalau xde apa2 mlm ni saya mesej
Amin : Ok bang terima kasih

02/02/2018, 10:56

Omar : Assalamualaikum
Amin : Wsalam bang

Omar : Boleh saya tau lebih kurang bab isteri sahabat tu. Apa simptom. Bila berubat jadi mcm mana
Saya nampak bahagian kepala bermasalah. Mungkin mengganggu emosi. Bahagian perut juga ada masalah
Amin : Isteri sy x penah kena rasuk atau mimpi apa2..tp kami p berubat untk iktiar zuriat.. Pastu mnta tlg kwn cek katanya ada saka..

Omar : Oooo
Amin : Kemudian dalam awl tahun ni sy bwk berubat dekat2 sni..ckp x da saka..cuma gangguan biasa.. Tu yang sy pening skit. Perut dia ada masa2 ny sakit smpai nak jln pon skit

Omar : Xnampak bab saka tu
Amin : Dia keja tadika ngajo budak

Omar : Nampak gangguan pada bahagian kepala dan perutnya. Bab saka memang saya xnampak
Amin : Saka x da ya..alhamdulillah..

Omar : Memang langsung xde tanda kehadiran saka
Amin : Alhamdulillah..gngguan tu dri mana ya bang?ke sebab kami duduk dgn mak sy..kena tempias?

Omar : Wallahuaklam. Apa pun kena ikhtiar juga sebab akan mengganggu emosi. Saya akan  usahakan keluarkan gangguan pada dua bahagian tu
Amin :  Terima kasih bang..malam ni boleh ke? Bang ada cite skit

Omar : Kalau free saya mesej dulu. Ok teruskan
Amin : Bukan nak mengaibkan mak mertua sy..tp ada perawt ckp mak nya mcm bagi penunduk dlm mknan..wallahualam. Sy pon kene dlu..baru2 kawen

Omar : Allahu akbar.
Amin : Xtahu le betui ke x

Omar : Kalau mcm tu sebelum ikhtiar sediakan air masak segelas saya isikan dulu pastu bagi org umah minum
Amin : Baik bang..tp sy xpasti la betui ke x mak nya gitu.

Omar : Xpe laa sahabat. Saya xnak yg xberkaitan. Usaha org umah saja
Amin : Ok bang..jnji dia sihat..mana tau kot2 lepas ni dpt anak..kami udah 4 tahun x da rezeki anak

Omar : Rezeki bukan hak kita. Tapi Allah suruh ikhtiar
Amin : Ya bang.. Sy dah p klinik cek isteri xda masalah..

Omar : Kalau jadi mlm ni saya mesej
Amin : Ok bang.. Teeima kasih ya..

Omar : In shaa Allah

02/02/2018, 20:13

Omar : Assalamualaikum
Amin : Wsalam bang

Omar : Ok cuba htr air masak segelas
Amin : Bang boleh ke lewat skit..sy ngan isteri keluar kejap..p klinik..jatuh moto plak td..

Omar : Xpe. Nanti apa2 saya mesej
Amin : Ok bang..maaf ya..kami jatuh td..balik mncing..
Omar : Ok

02/02/2018, 21:38

Amin : Assalam bang..sy nak mnta tangguh berubat boleh.. Isteri sy lututnya luka.. Kami bru balik klinik. Maaf sgt2.. Tp x teruk..cuma kami luka2 kecik je.
Omar : Waalaikumussalam. Xpaa

Amin : Maaf bang
Omar : Xpaa. Nanti saya free saya habaq naa
Amin : Ok bang..dugaan harini.. Trima kasih..

05/02/2018, 22:39

Amin : Assalamualaikum bang..

06/02/2018, 00:34
Omar : Waalaikumussalam
Amin :  Isteri sy ada bgtahu sy..perut nya kadang2 mcm ada benda gerak2..dan sy tgk emosi nya cpt tersentuh.. Boleh ke bang rwt isteri sy..

Omar : Nanti kalau Free saya bagitau ye sahabat
Amin : Kdng2 masalah sikit je..dia nangis..dan cpt tersentuh.. Ok bang..terima kasih..alhamdulillah.
Omar : In shaa Allah.

24/02/2018, 19:16

Amin : Assalam bang..free ke?nak tanya kalau isteri sy sakit2 bawah perut nak jalan pun sakit..ada kene mengena dgn gangguan ke bang? Ritu ada cek klinik scan..rahim apa x da masalah..
Omar : Waalaikumussalam. Nak cakap pun xkena. Saya di luar ni. Ada majlis

Amin : Ohh..maaf bang..xpa2..sy buatkn air dlu..
 
05/03/2018, 21:53

Amin : Assalam bang..nak minta tlg skit boleh?..sy cube tarik bhgian kpla dan perut istri sy..boleh ke abg cek..clear x?maaf gnggu bng..
Omar : Waalaikumussalam. Org umah rasa ok dah kaa. Kalau ok abaikan saja laa sahabat

Amin : Wallahualam..tgk ok bang..ritu je perut sakit..skrg alhamdulillah xda pape.. Ok bang..
Omar : Alhamdulillah

Amin : Rasenya ok ok..cume hri bdn xshat demam..tu sakit kpala. Dan selesema..
Omar : Jangan was2 nanti org umah jadi was2 juga

Amin : Musim skrg ni banh
Omar : Nanti sakit fizikal pun dikaitkan ngan mistik

Amin : Ok bang..terima kasih nasihat..alhamdulillah..skrg x skit..cume nak demam je..ritu ya skit perut nak jln pon x boleh..
Omar : Alhamdulillah

Amin : Alhamdulillah..trima kasih bang
Omar : Sama2

22/03/2018, 19:23

Amin : Assalam abg..sy nak ucapkan terima kasih merawat mak sy..alhamdulillah,setakat dia x da ckp letih2 badan atau sakit perut lagi..syukur alhamdulillah..terima kasih bang..semoga Allah membalas jasa abg..

22/03/2018, 22:20

Omar : Waalaikumussalam. Alhamdulillah

20/07/2018, 12:49

Amin : Assalamualaikum pokcik..sy nk mnta bantuan skit boleh? Smlm sy ada buat tawasul sikit..mohon pada allah berdoa ubatkan masalah isteri sy period kene sengugut dan period just 2 hari je.. Kemudian smlm isteri sy mimpi ada benda hitam kecik mcm toyol..katanya mnganggu kami..supaya x dpt ank..wallahualam.. Boleh ke pokcik sy.. Dan mimpi sekali benda hitam besar rambut pnjang..marah kami buat rumah.. Rmh tu opah bg tanah pd kmi
Omar : Waalaikumussalam.. Kalau mcm tu sahabat proses Kat perut org rumah saja. Tapinya kalau mimpi ni kena tapis2 juga

Amin : Tula..sy pun x nk caya sgt mimpi2 ni..kebetulan smlm je bru mimpi.. Ok maknanya sy terus rawat perut isteri sy ya..ok pokcik..sy cube usaha kan malam ni..
Omar : Ya.. Kalau dia mkn benih Maksudnya ada di situ, selalunya. In shaa Allah

Amin : Ok insyaAllah..pokcik tolong doakan utk sy ya..sy cuba..
Omar : In shaa Allah. Moga Allah permudahkan

Amin : Aminn..trima kasih pokcik..
Omar : Sama2

Saturday 9 May 2020

KAWAN GHOIB


Assalamualaikum

Sahabat yang dikasihi;

Apa khabar semua? Harap semua sihat no. Alhamdulillah sempat lagi pokcik taip buat sekian kalinya. Ada kaa dok rindu perkongsian pokcik? Kakakkakakkakkaka. Jangan marah satgi darah naik kepala. Hihihi. Baiklah, kali ni pokcik nak bercerita bab kawan ghoib.

Kita kena percaya bab alam ghoib dan bab SYAITAN yang cuba menyesatkan anak-anak Adam sebagaimana termaktub dalam alQuran...
ALLAH SWT berfirman: "Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, ia melucutkan pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan aurat mereka berdua. Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu di mana kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman." (Surah al-A'raf: 27).

Berbalik pada kisah pada kali ini.. Kita selalu melihat budak kecil bermain dengan kawan yang tidak terlihat pada pandangan mata. Mereka kelihatan bergelak ketawa dan bermain dengan riang. Ada laa kawan fantasinya. Biasanya budak macam ni tidak mempunyai kawan rapat. Kawan fantasinya laa yang dia cipta untuk menggembirakan hati mereka. Orang tua pun apa kurangnya. Kawan maii dalam mimpi katanya. Dok ajaq macam-macam, jangan kata budak saja. Hihihihi.

Kali ni pokcik nak ceritakan dua kisah bab kawan ni. Bab fantasi tu sekian hal dah. Ada yang sungguh-sungguh dok berkawan dengan jin. Seorang budak ni katanya berkawan dengan bunian. Katanya tak payah dok buat lagu mana memang tak jalan. Kena tunggu ayahnya datang atau balik ke rumah barulah boleh. Jenuh nak tunggu kalau gitu.

Suatu hari pokcik tengok dia kerasukan. Tudia aih. Orang kiri kanan yang maiii kata tak payah nak ruqyah bagai memang tak jalan. Sebabnya banyak dah dipanggil perawat katanya. Memang last sekali kena tunggu ayahnya balik baru ok. Elok pokcik maiii matanya merenung pokcik. Jegil macam nak telan pokcik ooo. Dia tak kira perut besaq pokcik. Satgi sekali pokcik telan dia terus masuk dalam perut ngam-ngam saja muat. Kakakkakakaka.

Elok dia jegil terus pokcik karate. Pengsan. Kakakakkakakakakka. Bukan main nak telan pokcik kononnya. Hihihihi. Menurut emaknya, anak dia tu suka bermain di padang sekolah dan taman permaianan berhampiran dengan rumahnya. Katanya kalau lambat balik saja, iaitu selepas azan maghrib, maka dia akan kerasukan pada sebelah malamnya.

Kalau tak kerasukan, dia akan bermain dengan makhluk yang datang ke rumahnya tu. Macam-macam laa. Kata emaknya, sampaikan depa pun jadi takut sebab anaknya tu dok menegur makhluk tersebut. Seingat pokcik dia kata makhluk tu berbulu dan besar. Takkan bunian kot rupa macam tu. Alhamdulillah selepas daripada haritu tak dengar lagi laa pelik-pelik perihal budak tu.

Kisah kedua pun hampir sama. Kali ni budak empat tahun kot. Elok mak dia call pokcik kata budak memang lagu tu. Ada laa tu dia create kawan fantasinya. Mak dia kata anaknya lain macam. Kalau ditegur, dia menjeling tajam macam nak makan maknya. Haih tu bukan dia dah laa. Takkan sampai nak makan mak. Besar sangat perut dia tu agaknya. Hihihi.

Piii laa jugak dah dipanggil. Tak piii serba salah. Maklumlah satgi kata pilih kes laa, pilih bulu laa dan macam-macam pilih. Pokcik ni setakat hemboiihh mohong-mohong saja. Takkan nak pilih anak dara baru nak usahakan. Umuq pun 69 dah kot tahun ni. Lupa dah aih. Tua katakan sampai umuq sendiri pun tak ingat dah. Hihihi.

Sampai di rumah tu, elok saja dia nampak pokcik terus dia masuk bawah meja. Kakakakkakakkakakkaka. Tua sangat kot sampai budak pun takut. Mak dan atoknya panggil keluaq pun dia buat tak tahu saja. Siap pegang kaki kerusi dan kaki meja. Hahaha. Tak paa laa pokcik kata, pokcik try karate mohong-mohong dari jauh. Dia memang tak mau keluaq pun. Jenuh nak tunggu.
Alhamdulillah elok karate dia keluaq dan terus pii kat mak dia.

Seingat pokcik dia terus tidur. Macam-macam sekarang ni. Nampak lagu mohong-mohong saja budak-budak ni tapi kalau dah sampai kita panggil pun buat tak tahu pastu siap jegil biji mata maka beringatlah. Bimbang bukan kawan fantasi tapi anak jin yang dok main dengan depa. Panjang dah kot no. Penat dah jari orang tua ni menaip.

In shaa Allah, ada kesempatan, dikurniakan kesihatan yang baik dan kelapangan waktu kita akan berjumpa lagi. Sibuk sungguh laa ni pokcik. Kekangan tugas dan boleh kata ada saja kes pelik-pelik tiap-tiap hari. Maaflah pada yang pm pokcik dan pokcik kata tak sempat nak ikhtiarkan. Pokcik lebih suka sahabat ikhtiar berdepan kerana kalau ada masalah boleh rujuk terus kepada perawat berkenaan. Moga berjumpa lagi. Maaf andai ada salah dan silap. Wallahua'lam..

Thursday 7 May 2020

HANTUK KEPALA PADA KERUSI

Assalamualaikum


Sahabat yang dikasihi;

Apa khabar semua. Macam mana dengan puasa setakat hari ini.? Moga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan amalan kita diterima oleh-Nya. Berbalik kepada kisah pada kali ini. Encik Omar akan kongsikan kisah tentang kerasukan pada bulan puasa. Banyak posting dalam beberapa group asyik bertanya, adakah kerasukan berlaku pada bulan puasa. Pokcik buat tak Nampak sahaja posting sedemikian. Ada yang betul-betul nak bertanya tetapi tidak kurang yang ingin menguji sahaja.

Kes ini berlaku dua hari lepas sebenarnya. Sepertimana yang pokcik beritahu sedikit sahaja baru-baru ini, iaitu pada pukul 12.26 minit pagi, pokcik telah menerima panggilan telefon daripada seorang sahabat pokcik. Pokcik namakan sebagai Rina. Menurut Rina, anaknya meminta tolong mencari sesiapa yang boleh ikhtiarkan isteri kawannya yang sedang merasuk.

Rina terus teringat akan pokcik dan tanpa teragak-agak terus menghubungi pokcik. Rina juga telah menghantar video kerasukan yang berlaku kepada hamba Allah itu. Maaf pokcik tidak dapat sertakan dalam posting ini kerana hamba Allah itu tidak memakai tudung. Macam menari pun ada si sakit itu. Kasihan juga kepadanya. Nak cari di mana agaknya perawat pada waktu begini? Tambah-tambah lagi pada musim PKP ini bolehkah perawat hadir ke rumah pesakit dalam waktu itu?

Menurut Rina lagi, dia sudah banyak kali juga berubat tetapi asyik berulang sahaja. Biasalah… Masih belum berjodoh atau pun berjodoh dahulu dengan bomoh atau perawat temberang.. Hahahahaha. Jangan marah sebab pokcik banyak sangat kisah bomoh temberang yang diceritakan oleh pesakit kepada pokcik. Hihihihihihih.. Baik kita lanjutkan cerita….


Ada peristiwa lucu sebenarnya ketika mesej pokcik bersama dengan Rina. Hahahahaha. Rina pada mulanya menghantar video dan gambar si sakit kepada pokcik untuk dilihat. Ketika video itu dihantar, Rina bertanya kepada pokcik, tak bahayakah sekiranya gambar dan video itu ada dalam handphonenya.. Pokcik yang suka menyakat memang kata bahaya. Hihi. Jadinya Rina terus memadam kedua-duanya padahal pokcik minta dia padamkan bahagian dia sahaja. Adooiiii.. Kena hantar semula video berkenaan dan pokcik terpaksa tunggu lagi…

Akhirnya pokcik dapat semula video berkenaan. Pokcik terus berdoa dan berusaha. Nak tunggu buat apa lagi. Kasihan juga dengan si suami dan adik-berdik dan mungkin jiran-jiran mereka di sana. Alhamdulillah dia terus tumbang seizin Allah. Keadaan itu hanya kekal selama dua minit. Kali ini dia mula duduk dan menghantukkan kepalanya pada kerusi. Waaaaaa makin ganas….

Pokcik mula terfikir bahawa ia berkaitan sihir. Namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kali ini dia bertindak semakin ganas. Entah apa kekecohan berlaku di sana pokcik tidak tanya tetapi dikatakan bahawa seramai enam orang diperlukan untuk memegangnya. Macam menangkap kuda liar gayanya tu. Agaknyalah….. Alhamdulillah juga pokcik tak berada di situ dan doakan dari jauh sahaja. Kalau tidak, dengan pokcik sekali gamaknya dilambungnya… Maklumlah orang tua..


Apabila keadaan tak terkawal pokcik terus niat menghantar semula gangguan itu kepada tuannya. Si pesakit yang tadinya begitu agresif terus tumbang. Ketika ini pokcik memberitahu sahabat-sahabat dalam group FB pokcik bahawa pokcik akan tunggu sekiranya sihir atau jin dihantar lagi. Nampaknya penantian pokcik tidak lama. Lebih kurang sepuluh minit dia bangun semula. Kali ini pokcik memberi amaran akan membunuhnya sekiranya diizinkan Allah. Dia tak takut katanya.. Hahahahaha…. Sebenarnya itu psikologi jin sahaja. Orang kita kata SEMBANG BIKIN BIMBANG. Hihihi……Dah dia tersetuju, maka pokcik terus niatkan untuk membunuh jin berkenaan.

Kalau sahabat-sahabat dengar video ini, ketika inilah pokcik sedang berusaha membunuh jin berkenaan sebab dia kata tak takut mati.. Ketika ini dia mula menjerit kesakitan dan akhirnya sedar. Pokcik meminta dia minum air tetapi dia tak mahu. Jadinya pokcik hanya meminta si suami membasuh mukanya sahaja.


Ketika ini pokcik sedar satu perkara setelah pokcik scan dan dapati sudah tiada jin padanya. Adakah rumahtangga mereka bermasalah? Pokcik akhirnya tahu bahawa musim PKP ini dia terpaksa berada di rumah mertuanya. Sebelum ini, dia tinggal di rumah sendiri ketika suaminya pergi ke laut. Mungkin ada faktor tekanan selain daripada faktor jin yang mengganggunya. Bab jin satu perkara dan bab tekanan perasaan satu lagi perkara yang lain. Namun apabila ia bergabung maka meletuslah sesuatu perkara yang tidak diingini.

Teringat cerita sahabat kita si Pelangi Senja yang meminta pokcik tengokkan tunang sahabatnya. Ramai perawat dipanggil untuk datang. Tok sami Siam juga turut hadir untuk berubat tunang sahabatnya itu yang dikatakan dirasuk oleh Puteri apatah. Entah banyak mana duit dilaburkan kepada Sami Siam itu pada malam tersebut. Kesemua adik-beradik dan saudara mara membuat kutipan katanya. Si sami itu nak mandikan dia juga pada waktu yang dijanjikan nanti. Hahahahaha…


Nak dijadikan cerita pada malam itu pokcik scan dan pokcik nampak ia lebih kepada stress dan ingin menarik perhatian tunangnya. Pokcik meminta Pelangi Senja memberitahu sahabatnya itu bahawa tunangnya hanya ingin perhatiannya. Pokcik juga meminta dia mengugut untuk memutuskan tali pertunangan kerana tak sanggup lagi nak berdepan dengan jin itu.. Agak-agak apa jawapan si sakit? Katanya tiba-tiba puteri itu kata nak pergi dan tak akan menggangunya lagi.. Hahahaha.. Si lelaki terus mendesak dan memberitahu dia tak mahu mendengar jaminan jin dan dia tak percaya.. Akhirnya barulah si sakit mengaku dia menipu dan memohon maaf kerana terpaksa berlakon untuk mendapatkan perhatian tunangnya… Boleh gitu?

Entah sudah berapa ramai perawat yang datang berubat dan ditipu oleh si sakit… Nak salahkan siapa? Perawat atau pesakit berkenaan. Jawapannya sahabat-sahabat simpan sendiri mengikut pendirian masing-masing. Berbalik kepada kisah kali ini, kalau pokcik tak boleh detect bahawa gangguan itu sudah tiada seizin Allah, kemungkinan kejadian seperti di atas akan berlaku… Baiklah, sekian sahaja perkongsian pada kali ini.. Mungkin ada yang beranggapan doakan dari jauh ini kerja mudah tetapi kita kena ingat, sekiranya tiada jalan lain untuk keluarga si sakit berikhtiar maka kita kena pegang TANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA.


Pesakit pun kenalah lebih jujur. Kalau ada masalah, bincang elok-elok. Jangan sampai jin mengambil kesempatan dan jangan sampai MANUSIA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB turut mengambil kesempatan atas kelemahan kita. Kalau dah bersuami JUJURLAH kepada suami dalam setiap perkara. Jika suami redha tidak mustahil kita boleh masuk ke mana-mana sahaja PINTU SYURGA ALLAH. In shaa Allah. AAmiin.. Moga berjumpa lagi. Salam hormat semua..


PERBUALAN SEBENAR POKCIK DAN RINA ( BUKAN NAMA SEBENAR ) ADA DI BAWAH..


[12:41 AM, 5/5/2020]

Rina:  Video tu yg br mlm ni
Omar : Ok xpe

Rina:  Mokcik delete
Omar : Ok. Jgn delete dua2. Adoiii

Rina: Hahahaha
Omar : Delete utk mokcik je la

Rina: Ok. Jap
Omar : Htr balik video tu

Rina: Yg ank hntr xdelete lg
Omar : Ok3. Ok

Rina: Pokcik klu ada apa2 pkmbngn pokcik bthu ea
Omar : Ok cuba suruh anak tanya.  In shaa Allah

Rina:  baring doh
Omar :Biar dia berehat

Rina: Ok..knp pokcik
Omar : Hantu le apa lagi. Mokcik nok ke. Nok anto ke mokcik pulop

Rina: Eeee. Pokcik ni. Nk tido dhlh. Takot
Omar : Ok. Assalamualaikum
Rina: Wslm

[1:07 AM, 5/5/2020]

Rina: Pokcik dia bgn smla hantuk kepala kat kerusi
Omar : Hai dia hantar balik. Mmmm kemungkinan  mainan sihir. Ok jap

Rina: Tulh. Ok
Omar : Ingatkan hantu biasa je. Ok jap

Rina: Allahuakhbar. Pg2 buta ni xpe ke. Mokcik takot
Omar : Xpe.. Ni sihir. Kemungkinan org tu hantar semula...

Rina:  Ok pokcik
Omar : Ok cuba tanya
Omar : Kalau dah sedar bagi air masak

Rina:  Td mengamuk...skrg dh lemah
Omar : Alhamdulillah

Rina:  Ok ok...tksh pokcik...td waktu mengamuk 6.org pgg dia...mmg kuat dia. Lps tu dia lemah. Ok..pokcik tksh
Omar : Sama2

Rina:  Slmt bersahur...hanya Allah dpt.mmbls budi baik pokcik..
Omar : Aamiin
Rina:  Aaminn

[1:43 AM, 5/5/2020]

 Rina:  Dia baring kejap je pokcik. Lps tu bangkit smla. Esk2lh plk
Omar : Xpe.. Kebetulannya pokcik free.. Jahat sgt ni. Mintak Namanya. Binti ibu

Rina:  Ok. Nora binti lijah
Omar : Ok


[2:09 AM, 5/5/2020]

Omar : Ok.cuba tanya mcm mana sekarang
Rina:  Jap. Ktnya sakit. Sblm ni x bckp

Omar : Sekejap pokcik Tarik
Rina:  Ok


Omar : Tanya sekarang
Rina: Tarik apa bu. dia ckp ni. menjerit skali. aku nok. takleh balik dia cakap

Omar : Hihi...Suruh dia mengucap.. cakap dia kalau tak, pokcik akan ikhtiarkan bunuh dia. Tanya dia nak keluar ikut mana
Rina:  Ok. tak duduk diam. baring tapi nk bangun sokmo lepas dia ckp takleh balik takdi

Omar : Tanya dia nak keluar ikut mana, pokcik tolong
Rina:  Ok pokcik..dia x jwb lg

Omar : Pengsan dah ke
Rina:  Dia x bthu nk klua ikut mn tp dia jwb xtakut

Omar : Ok. Ok sekarang ambil air masak baca fatehah tiga kali. Minum dan basuh muka
Rina:  Ok. Xnk minum...nk mkn nasi...sdgkn mkn nasi dh byk

Omar : Basuh muka dia
Rina:  Dah

Omar : Cuba suruh dia mengucap. Nampak xde apa dah tu
Rina:  Ok jap. Pokcik ngeleng kepala..xnk ngucap

Omar : Dia je tu...
Rina:  Ok..

Omar : Ada masalah dgn suami dia ke
Rina:  Xthu

Omar : Nampak xde apa dah. Tekanan saja
Rina:  Tp suami dia bthu dr sblm kawin dia mcm tu. Lps kawin makin teruk. Ok

Omar : Kalau sebelum kahwin xkan dia nak. Ada masalah rumahtangga juga ni. Pokcik nampak dia stress saja kini

Rina:  O ye ke. Ok...
Omar : Mungkin kurang kasih syg. Dia buat apa sekarang ni

Rina: Suami dia ke
Omar : Suami dia kerja ke

Rina: Kerja..nelayan laut dalam
Omar : Ooo

Rina: Sekali tinggal lama...
Omar : Sekarang si sakit buat apa. Tu ckp mcm nak perhatian pun ada. Sebab pokcik xnampak dah bab gangguan

Rina: Pkp ni xkejelh pokcik
Omar : Maksudnya sekarang si sakit berehat ke apa. Dia baring ke. Kalau xmakan layankan aja

Rina: Jap nk tnye
Omar : Habis dah bab gangguan. In shaa Allah

Rina: Alhamdulillah
Omar : Cuba tanya dia buat apa sekarang

Rina: Si sakit ckp nk tido
Omar : Eloklah. Xde dah bab tu

Rina: Ok..tdo
Omar : Sekarang ni tugas suami dia pulak. Maksudnya kena jaga laa bab hubungan dll

Rina: Isteri dia ke.  Ok....tksh pokcik
Omar : Sama2

Omar : Assalamualaikum
Rina: Wslm


[10:19 PM, 5/6/2020]

Omar :  Assalamualaikum mokcik.. Apa cerita budak tu. Suaminya dok ambik perhatian lebih dah kot no
Rina: Wslm...ank bthu dh x meragam...

Omar : Alhamdulillah. Kena bagi lebih perhatian
Rina: Betullh kata pokcik..dia stress dn nkkn perhatian. Pokcik xtido lg.ke...mokcik td tertido awal..

Omar : Ya. Last tu xde apa dah dia buat2 lagi. Xtido lagi. Pokcik check xdak dah.. Hihi
Rina: Betullh pokcik..sbb bila suami buat apa disarankn dia ok je tu.

Omar : Ya.. Eloklah tu... Budak lagi
Rina:  Yelh bdk sbb umo awal 20an..

Omar : Ya..
Rina : Klu mokcik buat gitu pening la aji🤭🤭🤭

Omar : Hahahaha. Jgn buat gitu. Kalau pokcik check xde apa, pokcik ckp meroyan
Rina:  Hihihi...xyah check pokcik😀😀😀

Omar :Assalamualaikum

Rina: Ok..wslm