Thursday, 10 October 2019

GATA


Tengah rileks tiba-tiba pokcik dengaq orang bagi salam.. Dalam pukul tujuh setengah malam agaknya...

Elok pokcik menjawab salam, seorang sahabat terpacul di depan pintu pagar... Apa tujuan agaknya...

Pokcik pergi dapatkan dia.. Takkan nak biar dia jadi jaga pulak di situ, kan?

Sahabat: Kawan nak ajak awok gi umoh kawan kejap
Pokcik: Kenapa pulak?

Sahabat: Nak mintok tolong ni. Orang umoh kawan dah dua minggu gatal seluruh badan. Badan naik GATA
Pokcik: Ooooo..

Sahabat: Nok mintok tolong sangat-sangat. Kesian orang umoh kawan..
Pokcik: Kejap lagi kawan datang..

Sesampainya pokcik di rumahnya, pokcik bagi salam. Aihhh lambat pulak menjawabnya.. Buat apa agaknya lama-lama? Hihi

Lebih kurang lima minit, kawan pokcik keluar sambil memakai tuala. Adehhhh..

Sahabat: Maaf tadi kawan dalam bilik air. Orang umoh kawan tengah solat....
Pokcik: Ok.

 Sahabat pokcik menjemput pokcik masuk ke rumahnya. Tak lama kemudian orang rumahnya keluar dengan memakai telekung. Betullah tu, dia solat...

Sebaik dia duduk terus pokcik bertanya apa masalahnya sebabnya pokcik nak ke Tanah Putih pula selepas itu. Ada kes di sana..

Menurutnya dia terkena dalam dua minggu lepas. Katanya lagi dia terkena setelah mengambil tanah di suatu tempat pada waktu Maghrib.. Sebaik sahaja sampai di rumah dia terus terasa gatal dan badannya naik GATA.. Setelah ke klinik untuk suntikan dan sebagainya gata semakin hilang tetapi badannya terasa gatal apabila menjelang waktu Asar...

Kadang kala dia terjaga pada waktu tengah malam kerana terlalu gatal. Dia menggaru sepuas hatinya tetapi langsung tiada kesan seperti kesan digaru pada bahagian kulit. Seolah-olah gatal itu datang dari dalam kulit bukannya pada permukaan kulitnya..

Pelik juga pokcik.. Lebih pelik lagi apabila dia memberitahu dia akan meremang bulu tengkuk apabila terjaga dari tidur. Nak ke bilik air pun takut,  katanya lagi..

Setelah berpuas hati, pokcik pun scan laa tipu-tipu. Haihh... Seperti ada sesuatu sedang terpacak berdiri di belakang tengkuknya... Sebaik pokcik scan, automatik dia meremang bulu tengkuk...

Tanpa banyak bicara pokcik karate laa mohong-mohong. Ringan, katanya selepas itu...

Alhamdulillah selesai seizin Allah.. Tadi pokcik pergi nak berjumpa suaminya tetapi suaminya itu keluar berdakwah.. Entah berapa hari tak tahulah tu...

Pada kesempatan itu tadi pokcik sempatlah bertanya khabar dia. Alhamdulillah dah katanya. Alhamdulillah Allah izinkan. Kalau tak, takkan si suaminya nak keluar, kan. Sebabnya orang rumahnya nak ke bilik air pun takut sebelum ini..

Apa pun bersyukurlah. Allah izinkan usaha kami pada kali ini. Lain kali tak tahu lagi sebab semua itu dengan izinNya sahaja.. Wallahuaklam...


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.