Assalamualaikum..
MINTA DISCAN
Kali ini pokcik akan kongsikan kisah semalam.. Lebih kurang pukul dua petang pokcik telah dimaklumkan tentang kedatangan sepasang suami isteri dan seorang kawannya....
Lebih kurang pukul tiga petang mereka bertiga telah tiba... Ketiga-tiga orang itu keluar dari kereta Alphard berwarna hitam..
Kami berbual sebentar bagi meredakan suasana dan membolehkan mereka tenang... Namun pokcik diasak oleh si isteri agar dia discan....
Si isteri: Saya sakit apa? Boleh tak scan
Pokcik: Sabar. Kejap lagi kita usahakan ye...
Tak lama kemudian dia bersuara lagi.. Sekali lagi pokcik berikan jawapan yang sama. Entah berapa kali tak tahu pokcik ditanya dengan soalan yang sama juga..
Saya ni sakit apa sebenarnya ye? tanya dia lagi tiba-tiba...
Pokcik senyum sahaja sambil menenangkannya. Mereka membawa limau purut satu plastik dan air mineral satu botol besar.. Haaa elok sangatlah... Pokcik mengambil bekas barangan tersebut lalu memberitahu mereka pokcik akan mendoakan bahan tersebut.
Selepas itu pokcik terus mendoakan bahan tersebut. Ketika pokcik membacakan doa, pokcik langsung tidak melihat reaksi mereka bertiga. Setelah lebih kurang 15 minit maka selesailah urusan tersebut. Pokcik meminta sahabat untuk mengambil tiga biji cawan. Takkan nak togak macam itu saja. kan....
Tiba-tiba salah seorang pesakit berkata, kenapa saya berdebar ni? Habis belakang saya terasa berat, katanya lagi..
Pokcik menerangkan bahawa itu mungkin kesan apabila pokcik membacakan doa pada bahan itu tadi. Setelah itu pokcik meminta mereka minum air yang telah didoakan. Semakin kencang degupan jantung hamba Allah itu... Seorang lagi perempuan bersama suaminya mula sendawa seperti ingin muntah....
Biarkan. Biarkan dia keluar. Jangan ditahan muntah tu, kata pokcik.. Pokcik kemudiannya mengambil bekas agar dia dapat muntah di situ..
Sekarang tibalah masa untuk pokcik ikhtiarkan mereka...
Pokcik mempersilakan perempuan pertama untuk duduk di kerusi berhampiran dengan pokcik. Pokcik memintanya agar bertenang. Dia masih lagi memberitahu bahawa dadanya semakin berdebar. Dia seperti gelisah namun keadaan masih lagi terkawal.
Setelah itu pokcik ikhtiar memagar hamba Allah itu. Ketika itu dia sudah berasa seperti ada gerakan pada bahagian dalam betis lalu bergerak menuju ke bahagian dan akhirnya menghilang. Kepalanya juga mula berasa berat dan dia mula meremang. Belakangnya serta tangan kirinya mulai sakit. Keadaan itu sudah biasa dialami oleh hamba Allah yang pokcik usahakan kerana kebiasaannya jin yang menghuni mula menampakkan diri dan berusaha untuk keluar dari situ...
Lama juga pokcik usahakannya. Lebih kurang 20 minit agaknya kerana dia sakit pada beberapa bahagian. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sekali lagi Allah permudahkan urusan kami. Setelah itu barulah tiba giliran si perempuan yang datang bersama suaminya itu. Dengan langkah longlai dia datang ke arah pokcik. Sudah tiada senyuman dan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Dia diam sahaja...
Sebaik sahaja dia duduk, pokcik terus ikhtiar memagarnya...
Rasa macam mana, tanya pokcik...
Pertanyaan pokcik dijawab dengan tangisan yang amat memilukan.
Pokcik: Tak payah nak sedih. Lain kali nak pergi jangan tunggu sampai di sini. Dah sampai sini, memang pokcik tak bagi lari. Nak lari, patutnya lari awal-awal sebelum sampai..
Si perempuan hanya mendiamkan diri seolah-olah berada di dunia lain.. Oleh sebab dia kelihatan tidak stabil, pokcik memanggil suaminya datang dekat dan duduk di sebelahnya.. Manalah tahu dia merasuk dan jatuh dari kerusi, sempatlah suaminya menangkapnya.
Apabila si suami dah duduk di sebelahnya, pokcik mula menjauh dan duduk di sebelah kanan perempuan. Si suami di sebelah kiri manakala pokcik kini berada ajak jauh di sebelah kanannya..
Setelah itu pokcik mula membacakan beberapa potong ayat-ayat suci alQuran. Dia mula berasa gelisah.. Nafasnya mula laju dan dia kelihatan tercungap-cungap seperti ikan terkapar di darat tanpa air...
Pokcik teruskan lagi membaca beberapa potong ayat-ayat suci alQuran.. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Dia mula menutupkan telinganya seperti tak mahu mendengarnya. Dia mula muntah. Pokcik memberi isyarat supaya diambil bakul sampah dan diletakkan di hadapannya... Dia muntah dan kemudiannya kelihatan seperti tidak boleh bernafas.. Pokcik memberi isyarat kepada kawan perempuannya agar memberi minum air yang telah pokcik doakan terlebih awal sebelum memulakan rawatan.. Pokcik terus ikhtiar untuk menarik keluar dan membersihkan salur pernafasannya.. Alhamdulillah dia mula bernafas dengan baik..
Selepas itu dia kelihatan ingin jatuh. Kepalanya mula bersandar pada belakang kerusi. Setelah dia diam sementara dan tidak lagi menangis pokcik cuba mengesan lagi punca masalahnya. Kali ini pokcik tumpukan pada bahagian kanan lututnya. Setelah membacakan beberapa ayat suci alQuran, pokcik letakkan limau purut yang dibawa oleh mereka pada lutut kanannya itu. Dia mula agresif kembali...
Kepalanya yang kelihatan longlai dan lemah kini ditegakkan kembali. Dia mula manglihkan kakinya ke kiri dan ke kanan bagi mengelakkan limau purut itu...
Akhirnya dia mula menangis kembali. Kali ini tangisannya seperti orang yang amat sedih ketika ingin berpisah...
Saka, kata pokcik kepada si suami dan kawan si isterinya itu...
Pokcik: Akhirnya kau menunjukkan diri juga.. Selama ini kaulah yang mengganggu hidupnya.. Aku akan minta izin daripada Allah dan berdoa kepadaNya untuk memisahkan kau dan memusnahkan engkau...
Setelah itu pokcik berdoa kepada Allah bagi menyatakan maksud yang pokcik inginkan. Si suami dan si perempuan yang seorang lagi mengaminkan doa pokcik..
Akhirnya dengan lafaz basmallah pokcik niatkan membunuh dan memusnahkan jin itu dengan izinNya.
Serentak dan itu dia berhenti menangis dan terus pengsan. Alhamdulillah si suami sempat memegangnya sebelum dia jatuh dari kerusi.
Si suami dengan susah payah memapahnya ke sofa dan menyandarkannya di situ. Setelah agak lama, dia mula sedarkan diri dan beristighfar dengan perlahan dan berterusan namun keadaannya amat lemah...
Lebih kurang pukul 4.35 petang pokcik meminta si suami membawa pulang si isterinya dan diberikan rehat yang secukupnya.. Bukan apa, pokcik pun nak balik juga. Maklumlah mereka datang ke tempat kerja pokcik pada hari itu. Tak tahan sangat gamaknya.
Pokcik: Nanti berikan dia rehat yang secukupnya dan dia akan letih dan sebagainya..
Si suami hanya menganggukkan kepalanya.. Si suami terus memapahnya. Si suami yang berbadan besar itu tidak berdaya juga memapahnya. Akhirnya si suami meminta tolong.. Pokcik meminta seorang staf perempuan untuk menolongnya. Takkan pokcik pula nak memapah perempuan itu..
Apabila sampai di tangga, si suami kelihatan gelisah.
Si suami: Bahaya ni. Nanti jatuh. Kakinya lembik sangat.
Pokcik: Kalau macam tu, izinkan saya mengangkat kaki isteri tuan.
Si suami: Saya izinkan...
Akhirnya kami terus mengangkat si sakit ke keretanya. Dia disandarkan pada kerusi di bahagian penumpang.
Sebelum mereka balik, pokcik menasihati si suami agar memberikan perhatian dan memberikan rehat secukupnya kepada si isteri. Akhirnya mereka pulang.
Pokcik pula mula bersiap-siap untuk pulang. Ada rahsia sebenarnya di sebalik kisah ini namun pokcik tidak boleh kongsikan. Apa pun, tiada manusia yang sempurna dan tidak dapat lari daripada dosa. Sebagai manusia biasa, hanya Allah tempat kita meminta ampun dan semoga dosa kita diampunkan kerana Allah, Tuhan Yang Maha Mengasihi dan Maha Penyayang..
Moga berjumpa lagi.. Salam hormat..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.