Assalamualaikum.
Apa khabar semua sahabat? Moga semuanya sihat hendaknya dan dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan selamat...
Tajuk posting pokcik kali ini kelakar seram. Hahahahaha. Kisah kali ini pokcik kongsikan perihal pengalaman pokcik pada malam tadi. Kali ni pokcik dikunjungi oleh tiga orang dua orang adik beradik perempuan dan seorang adik ipar lelakinya bersama dua orang anak salah seorang daripada mereka.. Berapa orang tu cuba kira?
Kalau dapat jawapan lima orang, betullah tu. Si lelaki itu merupakan bekas pesakit yang pernah pokcik usahakan kes pihak hospital menebuk perutnya tetapi masih tidak dapat mengesan punca.. Pernah pokcik kongsikan di page pokcik ini dahulu..
Kali ini dia datang bersama dua orang kakak iparnya. Maksudnya kakak isterinya yang pernah pokcik usahakan dahulu dalam kisah besarnya mata hitamnya..
Si kakaknya ini dikatakan seorang tukang masak di sebuah kedai.. Apa yang menjadi kepelikan ialah ketika giliran kakaknya memasak, tidak ramai pelanggan tetapi apabila orang lain memasak, kedai itu dikunjungi dan dimasuki oleh ramai orang...
Nak kata orang tahu siapa yang memasak di belakang atau bahagian dapur, tak logik pula.. Nak dijadikan cerita, seorang amahnya pandai scan katanya. Dia menasihatinya agar pergi berubat kerana ada gangguan sudah bersarang di tulang kipasnya..
Amahnya itu dikatakan boleh scan tetapi tidak boleh merawat. Wallahuaklam.. Ada juga yang menegurnya ada dua rupa. Sekejap rupa dia sekejap rupa lain.. Entahlah....
Ditempatnya ada juga perawat. Namanya P** ***. Beliau sudah beberapa kali menawarkan diri untuk membantunya tetapi dia masih belum tergerak hati untuk berubat.
Oleh sebab dia menjangkakan sakit itu hanya perkara biasa kerana beliau letih bekerja maka dia pergi berurut.. Tiga bulan lebih dia pergi berurut namun masih tiada perubahan. Makin sakit pula katanya..
Nak dijadikan cerita, dua hari lepas jiran pokcik mengadakan kenduri pertunangan anak perempuannya. Dia merupakan kawan kepada jiran pokcik itu. Adik iparnya mengajak dia berjumpa pokcik.
Siapa pokcik? tanyanya kepada adik iparnya itu..
Biarpun begitu, dia bersetuju. Pelik juga adik iparnya kerana sudah lama dia mengajak berubat namun semuanya ditolak. Kali ini mudah sahaja menerima pelawaan adik iparnya itu...
Hasrat itu disampaikan kepada pokcik namun pokcik tidak bersetuju kerana sudah tentu akan menimbulkan kehairanan kepada orang yang sedang makan kenduri. Kenduri rumah lain perginya ke rumah lain.. Bukankah pelik tu?
Jadinya malam tadi pokcik meminta mereka datang.. Sebaik sahaja masuk ke rumah, pokcik terus bertanyakan masalah.. Apa yang pokcik tulis di atas itulah yang diceritakan oleh si sakit...
Pokcik: Sekarang ini sakit lagi ke?
Pesakit: Sakit di tulang kipas, atas lengan dan belakang tengkuk berat...
Pokcik: Baiklah. Pokcik akan ikhtiarkan... Bertenang sekarang. Zikirlah di dalam hati...
Setelah dipagar, sakitnya makin menjadi-jadi. Memang pokcik dah agak ia akan berlaku...
Dengan lafaz basmallah pokcik memulakan usaha. Satu persatu pokcik kutip bermula dari bahagian tulang kipas, belakang tengkuk, lengan dan akhirnya pada bahagian atas tangannya. Alhamdulillah Allah permudahkan... Kesemua sakit hilang serta-merta seizin Allah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah..
Pesakit: Hilang dah sakit.. Tadi sakit sangat.
Katanya sambil menggerakkan leher, memicit bahunya serta tangannya.. Dia kemudiannya mengangkat tinggi tangannya..
Pesakit: Alhamdulillah dah boleh angkat tangan. Tadi nak angkat separuh pun sakit..
Pokcik membiarkan dia selesakan diri dengan keadaan barunya itu... Pokcik nak nasihatkan dia macam-macam nanti dikatakan apa pula. Kalau boleh pokcik nak kata, dah sihat tu beringat sahajalah sebab hidup mati kita, kesihatan kita semuanya milik Allah dan bila-bila masa sahaja akan ditegur olehNya sekiranya kita makin jauh daripadaNya..
Setelah selesai dua orang kakak ipar sahabat pokcik itu balik bersama anak-anak mereka. Tinggallah pokcik ditemani sahabat pokcik itu..
Sahabat: Kawan nak cerita sikit ni.
Pokcik: Cerita apa pulak..
Sahabat: Kawan nak cerita bab member yang kawan kenal.. Dia disantau.
Pokcik: Allahu akbar
Sahabat: Ada member tanya saya, tak pergi ke tengok Ali (bukan nama sebenar). Saya hairanlah... Kenapa pula dengan si Ali..
Pokcik: Pastu?
Sahabat: Saya baru enam hari tak jumpa dia. Apabila saya pergi tengok, badannya dah jadi kurus kering. Bibirnya pecah, badannya gatal-gatal..
Pokcik: Allahu akbar
Sahabat: Katanya, lepas Asar gatalnya makin menjadi-jadi. Ketika azan berkumandang dia terasa ada benda bergerak-gerak di bawah permukaan kulitnya... Menurutnya disantau kerana salah ambil order dan makanan yang diterima pelanggan itu tak sedap...
Bab itu pokcik tak boleh bagi komen lebih-lebih. Entah itu anggapan si Ali atau itu merupakan kata perawat, wallahuaklam...
Seeloknya rawat sahaja dan biarlah ikhtiar sampai sembuh tanpa melibatkan SESIAPA bimbang TERJADINYA PERPECAHAN dan FITNAH.
Apa pun, moga dia berjumpa dengan perawat yang serasi dan sembuh seizinNya..
Moga berjumpa lagi.. Salam hormat....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.