Tuesday, 9 July 2019

PSORIASIS



8 JUN

Pokcik dihubungi oleh sahabat pokcik.
Sahabat : Assalamualaikum & slmt hr raya 4. Nk minta tlg scan penyakit ank bekas baby sitter sy. Lelaki 20an..doktor kata mengidap psoriasis yg pelik. 3 thn lps abang sulung meninggal krna penyakit yg sama stlh kritikal bbrapa thn. Pernah ikhtiar dgn perawat tradisional. Ktanya santau angin. Ibunya pun pernah kena mcm ni... Tp sempat berubat. Klu pokcik blh tengok2anmereka ber3

Pokcik : Waalaikumussalam. Maaf baru boleh buka whatsapps.. Biasalah last minute nak ke Genting. Dia duduk di mana puan?
Sahabat :Beserah

Pokcik : Kalau dekat, jumpa direct je
Sahabat : Aah... Bila pokcik free.... Blh k rumah dia

Pokcik : Minggu ni di Genting lagi
Sahabat : Ok... Selesaikn urusan dulu👌🏻

Pokcik : Lepas2 ni kalau free boleh kot.. Kalau xjumpa pun boleh usahakan dari jauh dulu tengok mcm mana
Sahabat : 👌🏻

6 JULAI
Sahabat : Assalamualaikum wbt. Nk minta tlg pokcik nanti ikhtiarkn bekas babysitter sy nim...Anaknya kini  mengidap sakit kulit kronik... Doktor diagnos sbg s psiorasis yg pelik. Bg ubat sapu shj.  2 thn lps abg sulongnya meninggal stlh menderita 3 thn.
H**** bin K**** (bapa)
N********** bte K******** (ibu)
M******* A****** bin N********* (pesakit)
Nanti tlg scan kan ye
Terima kasih
Sahabat : Katanya santau... Ditujukn kpd si bapa. Wallahuaklam

Pokcik : Waalaikumussalam... Kalau santau kena keluarkan.. Kalau ikhtiar dari jauh bimbang xkeluar habis

Sahabat : Dia nk minta pokcik g umah dia. Sy blh bwakan
Pokcik : In shaa Allah esok kalau free saya boleh usahakan... Esok kita deal semula

Sahabat : Ya.. Nnti sy tya...
Pokcik : Ok

Sahabat : Kul 5 ptg esok... Boleh ker..
Pokcik : Ptg sangat tu.. Esok kita deal semula.. Kalau jadi kita pergi je
Sahabat : 👌🏻

SEMALAM

Sahabat : Pokcik ... X jd yer ptg nim.. Kita set smula..
Pokcik : Ok

Sahabat : Klu mlm x blh ker
Pokcik : Klu mlm tadi OK je.. Mlm ni letih sikit. Esok kerja.. Kalau kebetulan ada cuti cantik juga tu.. Sakit tu berat sebab daripada gangguan dah jadi sakit fizikal.. Mungkin sebab dah terlalu lama dlm badan dia

Sahabat : Mlm  esok ker...boleh
Pokcik : Kalau mlm esok kita setting semula. Kalau xde apa2 kita pergi

Sahabat : Ok... Sy bgtau kakak tu. Mlm.... Biasanya kul brapa?. Lps mghrib @ isyak
Pokcik : Kalau jadi kita pergi lepas maghrib esok

Sahabat: Bereh. Insha Allah jd.... Org tu mengharap sgt2
Pokcik : In shaa Allah..
Sahabat : 👍

Assalamualaikum...

Pengalaman semalam...
Setelah sebulan lebih sahabat pokcik menghubungi pokcik perihal anak pengasuhnya, semalam baru pokcik berpeluang untuk pergi ke rumah hamba Allah itu yang terletak di Beserah Kuantan.

Kali ini pokcik telah menelefon sahabat pokcik iaitu Ustaz Samsul untuk menemani pokcik ke sana. Lebih kurang pukul 7.45 malam pokcik ke rumah Ustaz Samsul untuk mengambil beliau. Beliau sudah bersedia untuk pergi bersama pokcik namun terpaksa masuk semula ke rumah apabila mendengar anak isterinya menjerit kerana tiba-tiba ada lipan di dalam rumahnya.. Pelik tapi benar. Mungkin kebetulan sahaja. Pokcik tak mahu fikir yang bukan-bukan.

Sebelum bertolak pokcik mesej sahabat pokcik. Katanya beliau sedang menunggu suaminya selesai menunaikan solat. Oleh sebab sahabat pokcik berada di Indera Sempoerna maka pokcik terpaksa melengahkan masa sedikit untuk bertolak. Maklumlah, pokcik bukannya kenal hamba Allah yang pokcik nak pergi ini. Akhirnya kami bertolak pergi. Namun pokcik hanya memandu dengan perlahan sementara menunggu sahabat pokcik bertolak.

Setelah hampir dengan rumah si sakit, pokcik mengajak Ustaz Samsul minum terlebih dahulu di sebuah kedai di situ. Tak lama kemudian sahabat pokcik menghubungi pokcik untuk menyatakan tempat atau lokasinya ketika itu. Nampaknya beliau sudah hampir dengan kedudukan kami. Pokcik menghabiskan minuman dan Ustaz Samsul membayar harga minuman kami. Maklumlah pokcik pergi dengan orang senang, dia malu agaknya kalau pokcik yang belanja.

Setelah itu kami bergerak ke rumah pesakit yang terletak lebih kurang 800 meter dari situ. Sahabat pokcik dan suaminya menunggu kami di luar rumah si sakit. Setelah itu tuan rumah pun keluar. Setelah bersalaman, kami pun masuk ke dalam rumah. Ada barangan yang pokcik tak boleh bawa, jadinya pokcik sudah memesan kepada sahabat pokcik agar meminta tuan rumah menyediakan tiga biji kelapa.
Sebelum bermula pokcik bertanya serba sedikit tentang penyakit si sakit. Katanya dia terkena penyakit itu sejak berumur 18 tahun. Gamaknya umurnya kini sudah mencecah 27 atau 28 tahun pada perkiraan pokcik. Lama juga dia mengidap penyakit itu. Psoriasis merupakan penyakit kulit yang amat serius menyebabkan kulit mengelupas dan boleh kata sakit kulitnya itu sudah merebak ke seluruh badan..

Dahulunya dia menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di Sarawak namun keluarganya usahakan agar dia bertukar ke Semenanjung. Alhamdulillah dia berjaya meneruskan pengajiannya sehingga habis di Semenanjung. Menurut ibunya, anak sulungnya dahulu mengalami sakit yang hampir sama dengan si adiknya ini. Setelah menanggung kesakitan beberapa tahun, akhirnya anak sulungnya meninggal dunia pada usia 26 atau 27 tahun. Pelbagai usaha dilakukan.
Ayahnya memberitahu bahawa dia melihat ada bayang seorang lelaki di hujung kaki anak sulungnya yang terlantar itu. Apabila meninggal dunia, segala penyakit kulit yang dialami tiba-tiba hilang. Mungkin ia hanyalah topeng atau sihir yang meliputi seluruh badannya sahaja. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Dia bimbang anaknya ini akan mengikut jejak anak sulungnya itu..

Puas dah berubat. Mana sahaja orang cakap, kami akan pergi, kata si ibu. Itulah pengorbanan ibu bapa yang tidak ternilai harganya buat anak-anak mereka. Perawat cakap macam mana, tanya pokcik. Menurut si ibu, anaknya dikatakan terkena santau angin. Namun pokcik pula beranggapan sebaliknya. Dia kena santau makanan. Kulitnya kesan daripada santau yang tak keluar dan berada di dalam badan. Kebiasaanya kukunya akan hitam atau rosak, kata pokcik. Tiba-tiba si sakit mendekati pokcik. Dia menunjukkan kedua-dua ibu jari kanannya. Memang betul telahan pokcik. Kukunya pada kedua-dua ibu jarinya sudah menjadi pendek.
Biasanya ia berkaitan dengan perempuan. Jahat perempuan, kata pokcik sambil gelak. Mereka turut gelak mengiringi gurauan pokcik. Macam inilah, pergi potong kelapa itu, kata pokcik. Setelah itu pokcik mengajarkan mereka beberapa potong ayat. Kelapa dibawa ke dapur. Si sakit sendiri yang membacakan ayat dan doa ketika di dapur. Eloklah tu. Hanya dia yang merasa kesannya dan eloklah dia sendiri yang memohon kesembuhan daripada Allah.. Setelah itu pokcik meminta dia minum air itu..

Pokcik terus memagarnya. Rasa macam mana, tanya pokcik. Tak ada rasa apa, kata si sakit. Pokcik terus bertanya kepada Ustaz Samsul, ustaz ada rasa apa-apa ke? Ustaz Samsul hanya menggelengkan kepalanya. Memang tidak ada gangguan kepada si sakit. Namun, sakit kulitnya berpunca daripada bendasing yang terdapat di dalam badannya. Sisa santau perlu dikeluarkan bagi mengatasi masalah itu. Sebab itulah, bagi kes santau, perawat tidak boleh selesaikan jin sahaja tetapi perlu usahakan keluarkan bahan santau dari badan pesakit.

Pokcik doakan seperti biasa dan niatkan agar dimusnahkan dan ditawarkan segala santau di dalam badan pesakit... Setelah selesai, elok sahaja pokcik nak menjamah minuman, si sakit berlari ke bilik air. Dia muntah dengan banyaknya. Dia masuk dan keluar ke bilik air beberapa kali.. Akhirnya dia keletihan dan bersandar di bangku. Ketika itu dia seperti tidak boleh bernafas dengan baik... Mungkin ada lagi saki baki muntah yang tidak keluar... Sekejap lagi saya usahakan keluarkan dan berinya muntah, kata pokcik sambil mengambil cawan minuman... Alhamdulillah pokcik tak balik lagi.


Setelah minum pokcik memintanya duduk. Pokcik tarik dari bahagian perut ke atas. Pokcik memintanya bernafas seperti biasa. Alhamdulillah dia boleh bernafas dengan baik. Bangun pergi muntah, kata pokcik. Dia berlari bangun dan terus muntah seizinNya.. Pokcik biarkan dia dalam bilik air dan meminta diri untuk pulang. Maklumlah dah pukul 10.15 malam agaknya. Tuan rumah masuk ke bilik dan mengambil wang. Ketika nak bersalaman pokcik lihat ada kepingan duit dalam tangannya. Pokcik segera menarik tangan pokcik...

Jangan beri duit, kata Ustaz Samsul tegas. Tuan rumah menyimpan duitnya semula seraya memeluk pokcik. Selepas bersalaman kami melihat kecingnya di dalam sangkar besar di luar rumah. Sahabat pokcik sempat lagi memberikan ketupat kepada pokcik. Pokcik menolak. Ini saya buat sendiri, bukannya tuan rumah. Beri kepada kak Long, terangnya kepada pokcik. Pokcik mengambilnya dan terus bertolak balik. Lebih kurang pukul 10.45 malam pokcik tiba di rumah...

Itulah serba sedikit kisah malam tadi.. Terima kasih buat semua sahabat yang tidak henti-henti mendoakan pokcik dan pesakit yang pokcik usahakan... Bukan mudah menjadi perawat sebab perlu lihat keseluruhan aspek dan gejala-gejala yang ada pada pesakit. Kalau kita pukul secara harung sahaja, semua kita pukul rata sahaja, maka kesan maksima tak akan dikecapi oleh pesakit. Memang betul kesembuhan milik Allah tetapi biar betul dengan caranya. Pokcik tak apalah sebab pokcik bukan perawat. Hanya sekadar ikhtiar dan menolong sahaja mohong-mohong... Moga berjumpa lagi. Salam hormat semua..




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.