Sunday, 20 October 2019

TOMAN MELOMPAT TINGKAP


Assalamualaikum...


Kali ini pokcik ingin kongsikan perihal pelbagai jenis rawatan yang mana sahabat pokcik pernah jumpa.. Oleh sebab sahabat pokcik ini selalu mengikut ayahnya atau abangnya pergi berubat maka pelbagai karenah perawat dia temui.... Perkongsian pokcik kali ini bukannya untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi sekadar ingin membuka minda para sahabat dan pembaca yang pokcik hormati...

KISAH 1
TIUP SUIZ LAMPU

Suatu malam, sahabat pokcik telah pergi berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bergelar ustaz. Ketika sedang berubat tiba-tiba lampu terpadam..

Ustaz: Tudia aih. Kuat sungguh gangguan sampai lampu pun terpadam..

(Dalam kegelapan, ustaz pun bangun menuju ke suiz lampu lalu meniup suiz lampu rumah ya)

Ustaz: (Fuuhhhhh fuhhhhhhh Fuuuuhhh suiz ditiup). Sekejap lagi menyala laa lampu. Saya tiup dah.. (Kata ustaz dengan yakin).

Sahabat: Tudia aih. Kuat noo gangguan.
                 (Sahabat pokcik bangun menuju ke pintu)
                 Tiup apa ustaz ooiiii... Bukan rumah ini saja
                 blackout. Satu kampung tak dak lampu...

Ustaz terus terdiam seribu kata..... Taktik tak menjadi...

Tadi......

Sahabat: Tu laa.. Sampai laa saya tak percaya dah. Nak
                 tipu kita hidup-hidup...

Pokcik hanya ketawa mendengar kisah yang dikongsikan kepada pokcik tadi...

KISAH 2
TELEFON SIAPA

Kali ini kawan kepada sahabat pokcik kehilangan laptop.. Katanya dua buah laptop hilang tanpa dikesan... Macam biasalah, sahabat pokcik ini akan menjadi tempat luahan rasa dan diminta untuk mencari bomoh bagi menyelesaikan masalah itu.. Menurut sahabat pokcik, kali ini dia bertiga telah pergi berjumpa dengan seorang bomoh... Menurutnya bomoh ini mendapat POWER dan menjadi bomoh setelah dijumpai pengsan dalam ladang kelapa sawit.... Kali ini pokcik akan wujudkan empat watak.. Nama watak berkenaan hanyalah rekaan sahaja walaupun ini KISAH BENAR....

Sahabat: Haaa sampai dah kita
Ali: Haa jomlah kita masuk ke rumah..
Ahmad: Jom

Mereka pun masuk ke dalam rumah bomoh tersebut...

Bomoh: Apa masalah datang ke sini?
Sahabat: Kawan saya ni kehilangan laptop....
Bomoh: Ooooo. Tak ada masalah.. Sekejap ye....

Tak lama kemudian bomoh itu mengangkat tangannya lalu dirapatkan ke telinga. Gayanya seperti sedang memegang telefon dan menghubungi seseorang....

Bomoh: Hello, ini ada orang hilang barang, maaa... Dia nak cari itu barang maaaaa.. Yaaaa yaaaa yaaa.. (Dia seolah-olah sedang berkomunikasi dengan jin Cina kerana tiap-tiap hujung ayat ada, maaaaa)

Bomoh:Sekejap ye.. Saya dah pun menghubungi kawan saya... Tak hilang ke mana laptop tu..
Ali: Tanya dia.. Orang dekat kaa orang jauh yang ambil laptop tu...
Bomoh: Sekejap ye.....

Dia pun merapatkan kembali tangan ke telinga lalu bercakap lagi seolah-olah sedang menelefon dan bercakap dengan seorang..

Bomoh: Hello.. Ini orang mau tanya, maaa. Laptop tu ada di mana, maaa? Yaaaa yaaa yaaa.. Terima kasih maaaa...

Setelah itu bomoh berkenaan pun meletakkan telefon ghoibnya...

Bomoh: Laptop tu tak jauh.. Orang dekat dengan  rumah yang ambil..
Ahmad: Kalau dekat dan berdepan rumah dia, rumah saya sajalah. Tok kata kat saya kaa?.. Mana ada saya ambil...
Ali: Sabar. Aku tak tuduh hang ambil. Jom kita balik...

Sampai sekarang laptop berkenaan tak dijumpai. Yang dijumpai oleh mereka, BOMOH dan JIN CINANYA. Hahahaahahhhahha....

KISAH 3
IKAN TOMAN MELOMPAT TINGKAP

Kisah kali merupakan rentetan pengalaman sahabat pokcik membawa arwah ayahnya ketika itu yang mengalami strok. Destinasinya pada kali ini ialah di Jengka....

Apabila mendengar tentang perawat itu yang boleh usahakan ayahnya maka sahabat pokcik, ibu Dan ayahnya ke Jengka untuk ikhtiar merawat sakit si ayah..

Sesampainya mereka di sana kelihatan ramai pesakit yang berbaring di katil. Kelihatan tiga orang pembantu perawat sedang memicit pesakit.

Ish panjangnya rambut pembantu perawat. Nampak macam tak terurus dengan pakaian dan sebagainya, kata sahabat pokcik di dalam hati...

Si pembantu memicit pesaki-pesakit di situ..

Sahabat: Ishhh picit lagu tu kaa.. Aku pun buleh..
Emak sahabat: Hang ni.. Semua orang tak kena..

Sahabat pokcik diam dan terus pergi berjumpa dengan pembantu perawat...

Sahabat: Assalamualaikum
Pembantu: Waalaikumussalam

Sahabat: Perawat kaa?
Pembantu : Bukan..

Sahabat: Perawat mana?
Pembantu: Dia tidur lagi. Pukul 10 pagi baru dia masuk.

Tudiaaa no macam hospital kerajaan. Ada masa merawat dan sebagainya. Tak kisahlah hal itu. Itu cara mereka...

Setelah itu sahabat pokcik terus pergi ke kaunter. Siap ada kaunter pendaftaran dan sebagainya. Dia diberitahu oleh petugas bahawa kos rawatan di situ adalah sebanyak RM700 bagi tujuh hari. Sekiranya tiada perubahan masa tiga hari boleh ditambah dengan kos RM500..

Sahabat: Jom balik mak. Mohong semua ni. Nak nega.

Akhirnya sahabat pokcik pun mengangkat ayahnya yang strok keluar dari situ..

Entah dari mana maklumat, sahabat pokcik dapat tahu tentang perawat berkenaan. Kononnya suatu hari perawat itu pergi memancing dan dapat seekor ikan toman. Ikan toman itu diletakkan di dalam singki sementara menunggu ikan itu mati.. Tunggu punya tunggu, sampai ke tengah hari esok, ikan itu masih lagi segar bugar. Ketika orang rumahnya nak menyiang, ikan toman itu melompat keluar melalui tingkap. Sejak itu dia bertukar profession dan menjadi perawat... Waaaa mudah betul......

Dia dapat ilmu dari ikan toman tu laa, kata sahabat kepada pokcik.... Pokcik hanya tersenyum mendengar katanya itu....

KISAH 5
BADAN KURUS PERUT BUNCIT

Kali ini pokcik kongsikan perihal sahabat pokcik sendiri dan bukannya ayah atau abangnya seperti kisah sebelum ini. Kali ini kejadian berlaku di Beserah Kuantan. Entah ketika itu umur berapa sahabat pokcik itu. Biar pun sudah lama berlaku tetapi ia masih segar dalam ingatan sahabat pokcik itu...

Sahabat: Saya nak cerita Satu kisah lagi.
Pokcik: Kisah apa pulak kali ni?

Sahabat: Dulu orang berebut nak kurus.
Pokcik: Pastu?

Sahabat: Saya dok pikiaq laa nak buat lagu mana. Last
                 sekali dapat tau cara..
Pokcik: Buat macam mana?

Sahabat: Saya pekena ganja.
Pokcik: Tudia aih...
Sahabat: Dulu laa masa budak-budak. Laa dak dah..

Pokcik: Kurus kaa?
Sahabat: Kurus laa.. Pekena ganja tapi nasi tak makan.

Pokcik: Jadi macam mana sampai pi berubat?
Sahabat: Badan kurus tapi perut buncit. Tegang ooo..
                 Mak saya susah hati tengok saya lagu tu. Dia
                 ajak pi berubat. Saya ikut saja laa...

Pokcik: Pastu?
Sahabat: Kami pi Beserah. Tudia, masuk ke dalam rumah
                 semuanya kuning. Dinding, pakaian dan
                 sebagainya.

Pokcik: Dia berdamping laa tu. Guna bunian kot?
Sahabat: Tak tau laa.. Dia pegang tangan saya. Dia
                 geleng kepala.. Dia buat muka risau.. Pastu
                 mak saya tanyalah dia..

Emak sahabat: Kenapa dengan anak saya..
Perawat: Ish Ish Ish.. Bahaya dah keadaan dia.. Jantung
                dia dah rosak sebelah... Tapi tak apa. Saya
                boleh ikhtiarkan. Dalam masa 24 jam dia akan
                OK.

Sahabat: Jom laa mak kita balik. Mohong semua tu.

Mereka pun balik. Sahabat pokcik tak berani memberitahu ibunya keadaannya begitu kerana mengambil ganja dan tidak makan nasi. Kalau beritahu gamaknya batang kayu naik atas belakang.. Dalam macam itu pun, mereka terpaksa membayar RM100. Untung bisnes... Menurut sahabat pokcik, tak lama kemudian keluarlah berita perihal perawat itu ditangkap dan dimuatkan dalam surat khabar..

Pokcik stop dulu kot kisah ni sebabnya kalau nak sambung lagi memang xhabis2... Banyak mengarut di luar sana.. Pesan pokcik berhati-hati sahajalah. Tanya dulu sebelum berubat... Salam hormat.

-POKCIK SEMAN

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.