Kali ini pokcik ingin kongsikan dua kisah. Kisah pertama berlaku pada hari Sabtu baru-baru ini...
Minggu lepas pokcik diberitahu oleh seorang sahabat perihal anaknya yang pokcik usahakan dahulu... Kisah anaknya tak sedar dirasuk sehingga boleh berjalan sendiri naik ke bukit sejak sembilan tahun yang lalu sudah selesai seizinNya. Apabila dihubungi oleh sahabat pokcik itu, dalam fikiran pokcik sudah tentulah ia berulang kembali. Namun, kali ini berbeza pula kisahnya......
Menurut sahabat pokcik itu, berlaku kejadian histeria di sekolah anaknya. Kejadian histeria ada kemungkinan berlaku kerana stres terutamanya apabila menjelang waktu peperiksaan. Tambah-tambah lagi, anaknya akan menduduki SPM pada tahun ini.. Ayah mana yang risau akan anaknya tambah-tambah lagi ada kisah silam yang hitam perihal kejadian mistik ini....
Menurut sahabat pokcik, anaknya memegang kawannya yang sedang histeria. Mungkin sahabat baiknya.. Amboiiii berani sangat tu.. Kan.... Cikgunya yang menyedari kejadian itu terus memintanya pergi dari situ.....
Sejak itu, kepalanya sakit dan dia dapat rasakan seperti ada susuk makhluk ghaib yang mengekorinya....
Akhirnya sahabat pokcik telah membawa anaknya itu datang berjumpa dengan pokcik.. Mereka tiba lebih kurang pukul 8.15 malam. Kali ini mereka datang bertiga iaitu sahabat pokcik, isteri dan anaknya itu...
Sebaik melangkah masuk ke rumah, pokcik dapat melihat wajah anaknya yang masam mencuka. Menahan sakit agaknya...
Setelah scan, pokcik hanya dapat merasakan bahawa ia hanyalah tempias histeria dan tidak lebih dari itu. Si anak mungkin berasa takut dan sering terbayang kejadian yang menimpa sahabatnya...
Apabila terlalu memikirkan kejadian itu, fikirannya bercelaru dan sering merasakan ada yang mengikutinya. Ia lebih kepada mainan perasaan dan dunia yang dicipta sendiri olehnya.... Oleh sebab terlalu memikirkan hal itu, kesihatannya terganggu dan kepalanya mula sakit...
Kali ini pokcik hanya ikhtiarkan untuk memulihkan semangatnya dan sakit kepalanya itu. Setelah berdoa pokcik terus ikhtiar untuk menarik sakit kepalanya itu. Alhamdulillah hilang sakit kepalanya serta-merta dengan izin Allah.. Setelah itu pokcik doakan air yang dibawa oleh mereka.. Pokcik meminta agar air itu diletakkan sedikit pada bahagian dadanya dan selebihnya diminum.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tiada lagi masalah yang timbul seizinNya selepas itu....
Habis kisah tempias saka dan pokcik ingin kongsikan pula perihal dampingan....
Seorang sahabat pokcik telah meminta pokcik ikhtiarkan ayah sahabatnya yang sedang terlantar di hospital Kuantan.. Oleh sebab pokcik kini berada di Muadzam Shah maka pokcik akan cuba ikhtiarkan dari jauh..
Menurut sahabat pokcik, ayah sahabatnya itu dahulunya merupakan tokoh guru. Kira bukan biasa-biasa jugalah... Apa pun status beliau, kita tetap hambaNya..
Ayah sahabatnya itu sudah lama dalam keadaan tidak mengingati orang yang berada di sekelilingnya.. Dia juga sering mengigau dan matanya memandang ke atas sahaja seolah-olah melihat sesuatu.
Beberapa orang ustaz dan perawat telah dipanggil namun keadaannya masih sama dan tidak berubah.. Oleh sebab mereka sudah ikhtiar secara berdepan maka pokcik tidak keberatan untuk ikhtiarkannya dari jarak jauh....
Pokcik meminta sahabat pokcik itu mendapatkan gambar ayah sahabatnya yang terlantar itu... Alhamdulillah kurang daripada dua puluh minit pokcik dah mendapat gambar hamba Allah itu...
Allahuakbar. Pokcik berasa amat kasihan apabila melihat keadaannya yang kurus kering seperti tinggal tulang dan kulit sahaja. Dia juga berkeadaan yang sangat lemah....
Pokcik berjanji akan usahakannya pada malam itu juga... Lebih kurang pukul sebelas malam pokcik mesej sahabat pokcik itu dan memaklumkan kepadanya bahawa pokcik akan usahakan ayah sahabatnya itu... Dia mendoakan agar Allah mempermudah urusan pokcik...
Setelah itu barulah pokcik membacakan doa dan memohon kepada Allah agar memermudahkan urusan pokcik.. Lebih kurang dua puluh minit pokcik selesai usahakannya...
Entah apa yang berlaku ketika pokcik usahakannya itu tidaklah pokcik tahu kerana pokcik hanya mengharapkan doa pokcik diterima oleh Allah dan pesakit sembuh seizinNya...
Sebenarnya sebelum pokcik usahakannya, pokcik dapat rasakan bahawa di belakang hamba Allah itu ada susuk yang sedang berdiri... Apabila pokcik memberitahu perkara itu kepada sahabat pokcik, dia telah menghubungi sahabatnya itu dan menceritakan perkara itu kepadanya... Dia mengakui keadaan itu sebab sudah diberitahu oleh beberapa orang perawat yang merawat ayahnya itu....
Namun, tiada upaya dan kudrat makhluk. Makhluk itu tiada apa-apa kuasa.. Semuanya milik dan hak Allah...
Alhamdulillah setelah pokcik usahakannya pokcik berjumpa dengan sahabat pokcik pada 2 Oktober 2019.
Alhamdulillah.. Ayah kawan saya sudah mengenali orang sekelilingnya. Dia juga dah boleh solat seperti sediakala, kata sahabat pokcik...
Alhamdulillah segala puji bagi Allah.. Tiada daya upaya kita. Mohonlah kepada Allah tanpa mensyirikkanNya. Allah Maha Mendengar dan Mengabulkan doa. Moga berjumpa lagi pada lain kali. Salam hormat..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.