RENJATAN ELEKTRIK
Kali ini pokcik nak kongsikan kisah tiga hari lepas. Ketika sedang berehat melepaskan lelah, pokcik berbual-bual dengan dua orang sahabat pokcik. Topik perbualan berkisar tentang kerja dan seumpamanya.. Kami bersembang santai.
Entah macam mana tiba-tiba di hujung jari-jari kanan pokcik seperti terasa ada arus elektrik yang mengalir. Pokcik perbetulkan duduk. Manalah tahu, ia ada kaitan dengan ketidakselesaan semasa pokcik duduk. Walaupun sudah beberapa kali berubah posisi, arus elektrik itu masih pokcik rasakan... Haih, ada nak ajak bergurau ni, kata pokcik di dalam hati..
Pokcik dapat rasakan energy itu berada berdekatan dengan pokcik. Pokcik pun bangun dan scan salah seorang sahabat pokcik secara diam tanpa disedari olehnya. Saka, getus hati pokcik.. Pokcik berasa serba salah. Nak tak cakap, pokcik dah scan. Nak cakap, bimbang sahabat pokcik tak percaya pula...
Akhirnya pokcik bersuara, awak tahu tak awak ni ada saka.
Dia kelihatan tidak terkejut. Mukanya biasa sahaja seolah-olah memang sudah mengetahui keadaan dirinya.. Sebenarnya saya dah pergi beberapa kali ke D**** S**** tetapi mereka kata saya tiada gangguan. Tapi saya tahu keadaan diri saya. Ada yang tak kena dengan diri saya, katanya dalam nada yang perlahan dan sedikit kerisauan.
Macam ni la. Macam mana kaau saya usahakan awak, tanya pokcik ringkas. Dia kelihatan gembira. Mungkin sebab itulah pokcik datang ke sini, katanya lagi..
Pokcik kemudiannya meraba poket. Alamak, ada sesuatu yang tak cukup... Pokcik meminta salah seorang sahabat pokcik untuk mendapatkannya.. Dia pulang ke rumah sebentar untuk meminta barangan tersebut. Sementara menunggu sahabat pokcik sampai, pokcik sempat lagi mengajak salah seorang sahabat untuk menggulung daun rokok... Kami terus mencari sudut yang sesuai..
Sesampai di sudut berkenaan daun rokok dibalut..
Sahabat: Tudia no. Ada pulak saka.
Pokcik: Biasalah
Sahabat: Dia tak sedaq kaa?
Pokcik: Ada yang sedaq ada yang tak sedar.
Sahabat: Saya banyak kali dah dok ikut orang pi berubat..
Pokcik: Cubalah kongsikan
Sahabat: Arwah abang saya dulu pun sakit pelik. Merata jugalah saya pergi. Macam-macam yang saya jumpa.
Pokcik: Pelik macam mana tu?
Sahabat: Abang saya sakit. Kami panggillah seorang perawat. Dia datang ke rumah.. Baca basmallah kuatlah. Pastu mulutnya terkumat-kamit baca mantera apatah. Pastu dia pengsan..
Pokcik: Tudia aih..
Sahabat: Kemudian dia bangun. Mulutnya mula bersuara.. Dia cakap Siam.. Kup kap kup kap. (Kata kawan pokcik lagi). Saya bagi RM50 pastu hambat balik.. Apa dia..
Lepas itu kawan pokcik ketawa dengan kuat.. Pokcik turut ketawa... Rokok daun baru habis sebatang. Nampak gayanya kisah perlu diteruskan. Hihi....
Sahabat: Ada juga perawat yang jadi harimau.. (Hahhahahhahahha.. Dia ketawa besar)
Pokcik: Macam mana tu?
Sahabat: Entahlah. Dia baca apa tak tau. Pastu berubah seperti harimau. Merangkak sana sini. Aum aum aum bunyinya. (Sambil menunjukkan cara perawat berkenaan. Bibirnya dijuihkan sedikit)
Pokcik ketawa melihat perlakuan kawan pokcik itu. Tiba-tiba dia bersuara lagi....
Sahabat: Masa dia mengaum tu kami tak tahu dia nak apa.. Bibir perawat yang bertukar jadi seperti harimau itu terus menunjukkan ke arah dapur.. Dia terus mengaum.. Tak lama kemudian, dia melompat melalui tingkap rumah.
Pokcik: Tudia aih.. Lepas tu dia buat apa...
Sahabat: Kami kejar dia. Perawat itu terus ke dapur sambil mengaum. Rupa-rupanya dia nak minum minyak kelapa. Awat tak habaq awai. Cuba cakap nak minyak kelapa, awaiii lagi kami bagi.. Dok aum aum buat apa.. (Katanya sambil ketawa). Dalam dok jadi orang pun payah nak ikhtiarkan orang, ni jadi harimau.. Lagi tak jadi apa...
Seperti biasa, kawan pokcik pun memberikan RM50 dan memintanya balik.
Pokcik: Macam-macam no.
Sahabat: Ada banyak lagi kalau nak cerita. Kisah arwah saya berubat pun ada.
Pokcik: Macam mana tu.
Sahabat: Arwah ayah saya dulu kena stroke. Kami panggil perawat datang ke rumah.
Pokcik: Lepas tu?
Sahabat: Elok dia mai, dia kapit jari kaki ayah saya dengan kayu. Lepas dia dia jentik kayu tu. Melolonglah ayah saya sakit.. Mau kaa tak sakit buat lagu tu..
Pokcik hanya dapat ketawa sahaja dengan perangai sesetengah perawat yang bagi pokcik tak masuk akal cara mereka itu.. Mungkin lain kali pokcik akan kongsikan lagi kisah daripada sahabat pokcik ini sebab pokcik nak berbalik kepada kisah pada kali ini..
Setelah puas menyedut asap rokok daun, pokcik mengajak sahabat pokcik ke pejabat. Pokcik dah minta kebenaran bos untuk menggunakan bilik kosong di pejabat.
Sebaik sahaja tiba di pejabat, barang yang pokcik minta sudah ada.. Pokcik mengajak sahabat pokcik untuk menemani. Maklumlah kali ini pokcik akan usahakan seorang hamba Allah perempuan. Ketika pokcik melihat wajahnya, kelihatan wajahnya pucat lesi seperti tiada darah. Namun begitu pokcik tidak memberitahu perkara itu kepadanya..
Setelah masuk ke bilik, kami bertiga bersedia untuk fasa seterusnya..
Pokcik: Satgi kalau pokcik jadi harimau ke cakap Siam ke buat tak tahu saja ye..
Sahabat: Tak mau aih. Saya lari keluaq dulu...
Setelah itu kami bergelak ketawa untuk meredakan ketegangan...
Setelah meminta izin untuk usahakannya barulah pokcik mula membacakan doa. Alhamdulillah tak ada perkara pelik sangat yang berlaku.
Hamba Allah: Berat rasa di belakang tengkuk ni... (Katanya sambil jari menunjukkan ke bahagian terse but)
Pokcik: In shaa Allah.. Pokcik akan ikhtiar buang.. (Kata pokcik ringkas)
Akhirnya semuanya berjalan dengan lancar seizinNya. Hilanglah sakit pada bahagian berkenaan seizinNya...
Setelah semuanya selesai barulah hamba Allah ini bercerita. Katanya dia pernah rasa seperti ada buluh halus dalam kulitnya. Buluh itu bergerak dalam permukaan kulit dan akhirnya hilang begitu sahaja.. Kisah itu berlaku ketika dia masih berada di Tingkatan lima. Sekarang dah tua. Huhuhu. Lama mana dah agaknya.
Pernah juga pada suatu hari dia memegang ayahnya yang sakit. Ketika memegang ayahnya, dia terasa tangannya mula dipenuhi bulu. King kong agaknya, kan.. Hihihi...
Apa pun alhamdulillah Allah sekali lagi permudahkan urusan pokcik. Semuanya seizinNya. Sakit datang seizinNya dan pergi dengan seizinNya. Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa dan meminta kepadaNya. Moga berjumpa lagi dengan kisah yang lain.. Salam hormat semua..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.