Assalamualaikum...
Kali ini sahabat pokcik menceritakan pengalamannya membawa abang, emak saudaranya serta ibunya sendiri ke sebuah tempat di Kuantan.
Abangnya masalah kemurungan, emak saudaranya sakit lutut keturunan manakala ibunya pendarahan pada bahagian wanita...
Sahabat pokcik sampai pukul 7 pagi. Sesampainya di sana, sudah ada 10 orang sedang menunggu giliran. Bagus tempat itu, ada pendaftaran dan sebagainya. Macam hospital gayanya...
Sementara menunggu sahabat pokcik berbual-bual dengan salah seorang pesakit yang menunggu giliran.
Sahabat: Lama dah ke menunggu?
Pesakit: Lama dah. Sini kena datang awal. Kalau tak, lama kena tunggu. Ramai orang..
Sahabat: Oooo. Lama dah ke berubat di sini?
Pesakit: Ni kali ketujuh saya datang.
Sahabat: Elok ke?
Pesakit: Sekejap elok sekejap tak elok. Tu yang datang lagi...
Perbualan mereka selepas itu pokcik tak ketahui... Dipendekkan cerita tibalah giliran sahabat pokcik tadi...
Perawat terus melihat keadaan abang sahabat pokcik. Abangnya dibaringkan.. Perawat terus memutarkan tangannya terutama pada bahagian perut. Ligat perawat putar tangan seperti puting beliung digayakan. Setelah itu ditarik penyakit..
Kemudian, abangnya ditelangkupkan.. Sekali lagi perawat melakukan perkara yang sama... Tangannya ligat berputar seperti kipas helicopter...
Biarlah.. Itu caranya.. Kan...
Habislah kesemua anak beranak sahabat pokcik dirawat...
Perawat: Esok lusa eloklah tu..
Sahabat: Oooo...
Perawat: Jangan takut. Saya boleh rawat semua penyakit. Semua yang datang sini, esok alhamdulillah.
Sahabat: Ooooo...
Perawat: Pesakit saya datang dari merata tempat. Dari Singapore pun ada...
Sahabat: Baguslah
Tak lama kemudian perawat pun mengeluarkan 30 botol air mineral kecil. Sebotol dijual dengan harga RM20. Ada dua warna air iaitu kuning dan merah jambu..
Air berwarna kuning khas untuk darah tinggi manakala merah jambu untuk kencing manis..
Perawat: Siapa yang minum air saya ni. Lega. Bukan nak kata apalah....
Tak sampai 10 minit agaknya pesakit yang datang di situ berebut membelinya.. Laris betul jualan....
Akhirnya tibalah masa untuk pulang....
Sahabat: Berapa nak kena bagi ni?
Perawat: Ikut suka hatilah.. Nak bagi RM200 pun boleh RM300 pun boleh..
Akhirnya setiap orang memberikan RM200. Rupa-rupanya kalau pesakit biasa sahaja, bayaran ialah RM200 manakala yang terpaksa dipapah, bayarannya RM300...
Sempatlah emak saudaranya itu pergi empat kali di situ.. Dari jalan bertongkat sehinggalah terpaksa duduk di atas kerusi roda... Emaknya juga dibawa tiga kali ke situ kalau tak salah pokcik.
Period ibunya masih juga berterusan sehinggalah mereka membawanya ke KMC dan mendapat tahu ibunya itu mengalami masalah barah rahim...
Dengan pembedahan kecil dengan kos 3.5K yang dikutip oleh anak-anak, alhamdulillah sakit ibunya.. Mungkin masih pada peringkat awal agaknya.. Wallahuaklam...
Kesimpulannya, nak berikhtiar itu boleh. Tengok juga perawat dan bayarannya. Kalau seikhlas hati, alhamdulillah.. Janganlah ikut suka hangpa laa nak bayaq RM200 ke RM300 ke.. Itu bukannya ikhlas hati... Lagi satu, kalau perawat itu sembang kencang sangat sampaikan cerita gajah pun terbang, baik carilah perawat lain... Kesembuhan memang milik Allah tetap biarlah betul dengan cara dan kaedahnya. Takkanlah sakit perut, diletakkan minyak angin pada lutut, kan.. Fikir-fikirkanlah...
Salam hormat...
-POKCIK SEMAN
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.