Assalamualaikum.
Kisah kali ini, sahabat pokcik pokcik sakit tangan. Dia pergi berjumpa dengan seorang lelaki untuk berurut...
Sesampainya di rumah perawat berkenaan dia pun menyatakan hasratnya..
Sahabat: Cuba urut sat. Sakit sungguh tangan saya ni. Nak angkat pun tak boleh..
Perawat: Boleh. Nanti wak tengokkan.
Tanpa melengahkan masa perawat berkenaan mengambil minyak urut lalu menyapu pada bahagian lengan sahabat pokcik..
Sahabat: Aduhh.. Sakit, wak..
Perawat: Tahanlah sikit..
Lama juga diurut namun tangan sahabat pokcik masih sakit..
Tiba-tiba perawat bersuara...
Perawat: Aduh. Berat benar ini. Degil betul. Nanti wak kerjain.
Setelah mengurut sekian lama dia pun berhenti mengurut..
Perawat: Cuba angkat tangan.
Sahabat pokcik mengangkat tangannya perlahan-lahan.
Sahabat: Haa.. Boleh dah angkat sikit, wak..
Perawat: Nampak tadi?
Sahabat: Nampak apa, wak?
Perawat: Dia lari. Udah wak bilang. Wak nampak dia lari 4x100m tadi. Takut dia dengan wak..
Sahabat: Ish noo wak.. Mujoq pintu tu bukak. Kalau tak pecah pintu dia belah lari 100 meter tadi..
Perawat: Itulah. Takut betul dia dengan wak...
Akhirnya mereka bersalaman. Sahabat pokcik memberikan RM20 kepadanya..
Sesampainya di rumah, tangan sahabat pokcik semakin sakit sehingga langsung tidak boleh mengangkat tangan dengan tinggi... Dia kemudian menelefon kakaknya menceritakan halnya...
Sahabat: Hello kak. Sakit sungguh tangan saya ni.. Tadi pi berurut tapi tak jadi apa...
Kakak: Gout kot. Cuba ingat hang makan apa..
Sahabat pokcik teringat dia makan sayur tauge.. Terus dia meminta saudaranya membelikan ubat gout..
Alhamdulillah lima minit kemudian dia sudah boleh mengangkat tangannya dengan bebas...
Sahabat: Mmmmm. Pi duit saya RM20. Hantu lari nyaris nak blah pintu ooo..
Pokcik hanya ketawa apabila dia menceritakan kisah itu.. 100 meter ye.. Hihihi..
Habis kisah itu.. Pokcik nak sambung kisah seterusnya kerana ada sedikit penambahan yang pokcik tak kongsikan sebelum ini..
KISAH 2
PECAH TELUR TANGAN MELAMBAI
Kali ini sahabat pokcik kehilangan duit sebanyak RM70. Usaha mencari duit dilakukan tetapi masih tidak berjumpa. Sahabat pokcik ini macam pokcik juga bukanlah orang kaya. Jadinya RM70 pun dianggap sebagai jumlah yang besar. Emak sahabat pokcik mengajaknya pergi berjumpa dengan perawat Dan ikhtiar untuk mendapatkan wang yang hilang atau Sekurang-kurangnya ingin mengetahui sama ada ia angkara mistik seperti toyol atau sebagainya...
Kali ini sahabat pokcik pergi bersama dengan emaknya. Mereka diminta untuk membawa telur pula pada kali ini..
Sahabat: Kacau sungguh aih duit hilang.
Bomoh: Tak pa. Nanti kita tengok no... Bawak teloq tak?
Lain macam soalan tok bomo pun. Takkan nak tinggal telur di rumah.. Huhuhu...
Sahabat: Bawaklah.
Bomoh: Bak mai sini...
Sahabat pokcik pun menyerahkan telur yang dibawa kepada bomoh berkenaan. Bomoh berkenaan terus memecahkan telur yang dibawa oleh sahabat pokcik setelah dia membacakan sesuatu...
Bomoh: Haaaaa nampak dah.. Nampak tak tu?
Katanya seraya menunjukkan kesan hitam yang terdapat dalam telur berkenaan...
Sahabat: Nampak apa? Tak nampak apa pun.
Bomoh: Yang hitam tu laa... Tu nampak tak tangan dia dok lambai-lambai
Duit apa yang dok lambai-lambai pulak dah... Dia laa tu tengah dok mengagau duit atas almari.. Hahahaha
Sahabat: Tak apalah... Dok di mana duit tu.
Bomoh: Ishhh bukan hilang di mana pun. Ada tu. Dia tak dan bawak pi mana. Dia camakkan di celah-celah pokcik teh depan rumah hang.
Sahabat: Ooooo. Tak apalah no.. Mak jom kita balik.
Setelah bersalaman dan menghulurkan RM10 kepada bomoh berkenaan sahabat pokcik dan emaknya pulang...
Keesokannya dia tebas habis pokok teh di depan rumah.. Cerah. Habis pokok dicantas tetapi duit tidak dijumpai juga..
Kisah ini diceritakan kembali kepada pokcik.
Sahabat: Issshhh dia mohong sungguh
Pokcik: Kenapa pulak?
Sahabat: Duit tu hilang dari dalam poker seluar. Tak
ada kena mengena dengan almari. Pokcik
tengok tak cerita Do Re Mi. Macam tu laa dia buat (sambil mengajuk dialog Re Dan bomoh)
Pokcik hanya ketawa mendengarkan... Macam-macam no..
Salam hormat..
-POKCIK SEMAN
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.