KESINAMBUNGAN DARIPADA BLOGKU YANG TERDAHULU YANG BERKISAR TENTANG KUCING KESAYANGAN POKCIK. NAMUN BERMULA PADA TAHUN 2017 PULA BERKISAR TENTANG DUNIA MISTIK DENGAN MENGGUNAKAN GELARAN ' POKCIK '. SEMUA CATATAN DAN PERKONGSIAN KEBANYAKANNYA PENGALAMAN SENDIRI SERTA TIADA TOKOK TAMBAH. KESEMUA KISAH ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. SALAM HORMAT PARA SAHABAT DAN PENGUNJUNG BLOG INI.
Saturday, 25 November 2017
PAGAR RUMAH
Pokcik tertarik dengan soalan sahabat, Izam Idris semalam. Bagaimana nak bagi kukuh dan tidak runtuh pagar yang dibina?
Sebenarnya ada seorang hamba Allah pernah melihat sahabat yang pagarkan rumahnya. Dia pagar menggunakan beras kunyit.
Alhamdulillah katanya, hantu yang berada dalam kawasan rumah yang ingin lari keluar terbakar dengan izin Allah..
Namun begitu, kelihatan juga katanya ada jin dari luar yang cuba meruntuhkan pagar atau tembok yang dibina ibarat seekor kerbau yang melanggar kandang supaya pecah...
Jadinya berbalik kepada soalan tadi...
Tiada apa pagar pun kekal selamanya. Tambahan pula sekiranya ahli dalam rumah itu tidak menghalau kerbau yang datang.
Nak halau macam mana? Jagalah solat. Bacalah Quran. Kalau tak tahu baca pun, perdengarkan ayat-ayat suci al Quran...
Kalau isi dalam rumah asyik berdangdut saja, macam mana nak halang?
Lebih parah lagi kalau kita pula membuka kandang supaya kerbau masuk.
Bagaimana?
Kita sendiri yang mengundang jin dengan amalan kita dan tidak memberi salam ketika masuk ke dalam rumah...
Pokcik juga tertarik dengan soalan kedua sinis sahabat, Izam Idris.. Kalau isi dalam rumah juga kerbau? Hihihihihi.. Fikir-fikirkan laa. Wallahua'lam. Salam hormat...