Monday 20 November 2017

KISAH DI HTAA

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah selesai satu urusan di Hospital Tengku Ampuan Afzan petang tadi..

Lebih kurang pukul empat petang tadi pokcik telah menerima satu panggilan telefon daripada pemanggil yang dikenali iaitu Rosnizam bin Ismail ( bukan nama sebenar)..

Rosnizam: Assalamualaikum pokcik
Pokcik: Waalaikumussalam

Rosnizam: Sebenarnya saya ada hajat ni. Saya nak bawa pokcik berjumpa dengan ayah angkat orang rumah saya.
Pokcik: Dia di mana?

Rosnizam: Sebenarnya dia di HTAA. Sakit. Ada perkara yang saya nak ceritakan. Boleh tak saya ambil pokcik petang ni?
Pokcik: Boleh. Datanglah selepas Asar. Kalau boleh dalam pukul 5.30 petang..
Rosnizam: Baiklah..

Sementara menunggu sahabat, pokcik solat Asar dulu. Selepas itu biasalah, pekena rokok dulu sambil dok minum air tamar cocoa. Bersandar saja pekena air panas. Sambil tu tarik rokok sepam dua sambil dok bayangkan anak dara urut belakang..

Pokcik: Urut kuat sikit. Belakang abang sakit ni. Urat bersimpul kot.
Mila: Baik bang. Mila picit ye..

Broootttttt..
Pokcik: Tudia angin. Nak buat macam mana..
Mila: Eleh abang ni. Nakal. Hihihi..
( Katanya sambil memukul manja )

Adehhhh adehhh adehhh.. Laa api puntung rokok kena kat jari. Hilang stim berangan. Hihihihi..

Lebih kurang pukul 5.35 kelihatan.susuk tua yang pokcik kenali berjalan terbongkok-bongkok. Haih kalau jalan lima belas tapak tapak berhenti tiga minit tak dak orang lain laa tu. Mesti pokcik Seman. Hihihihi.

Pokcik: Abg Sam. Baru balik kaa.
Seman: Dak aih. Baru nak pii..

Pokcik: Laa, nampak nak balik rumah tu..
Seman: Tau pun. Tanya buat apa..
(Baru nak manja tak jadi aih. Garang sungguh orang tua tu. Makin tua makin menjadi-jadi garangnya.

Seman: Hang tu nak piii mana pulak?
Pokcik: Ada laa. Satgi orang maii ambik..

Rosnizam pun tiba bersama orang rumahnya Nabiha Fade ( bukan nama sebenar ). Macam biasalah pokcik Seman kalau nampak kereta besar datang terus nak ikut. Dalam kepala otaknya mesti nak keluar makan.

Seman: Abang Sam ikut boleh kaa?
(katanya tanpa malu-malu dan dia menawarkan diri sendiri)
Ronizam: Boleh abang Sam..

Dalam hati pokcik berkata,kena pulak dah orang tua ni.. Hihihihi. Sapa suruh gelojoh..

Kami berempat bertolak ke HTAA. Dalam perjalanan Rosnizam memulakan bicara..

Rosnizam: Sebenarnya saya ada membeli pokok buluh perindu.
Pokcik: Pastu?

Rosnizam: Semasa nak membeli tu, makcik penjual pokok tu memegang tanah pokok tu. Dia tanya pada saya, pakcik adik sedang sakit kuat ni. Saya jadi terkejut..
Pokcik: Pastu?

Rosnizam: Sakitnya bercampur kata makcik tu lagi.. Sebab tu saya ajak pokcik la HTAA.

Tiba-tiba pokcik Seman mencelah.
Seman: Laa. Aku ingat hangpa nak keluar pi makan.

Hahahhahhahhaha. Kami semua gelak. Pokcik Seman sahaja yang buat muka serius.. Hihihihi.

Akhirnya kami tiba di HTAA. Bukan main susah nak cari tempat meletakkan kereta. Jenuh berpusing tapi tak ada tempat kosong. Rosnizam meminta orang rumahnya dan kami naik dahulu ke tingkat 8. Kami bersetuju.

Kami bertiga menuju ke lif. Tak lama kemudian, kami berjaya masuk dan terus menuju ke tingkat 8. Sesampainya di sana, kami menunggu Rosnizam untuk pergi bersama-sama. Akhirnya Rosnizam tiba dan kami menuju terus ke katil ayah angkat orang rumahnya itu. Kebetulan pula katilnya berhampiran dengan sliding door jadi suka pokcik dan pokcik Seman kerana boleh lepak di koridor luar.

Setibanya di katil ayah angkatnya pokcik melihat hamba Allah itu memejam matanya. Dia bercakap dengan Rosnizam dan isterinya sambil memejam mata. Kelihatan kedua-dua belah kakinya telah dipotong. Dia hanya terbaring sahaja dan doktor telah memberi keizinan kepada keluarganya untuk membawanya pulang..

Rosnizam membuat isyarat kepada pokcik dan pokcik membuat isyarat kepada pokcik Seman. Hihihi.. Mmmmmm. Dehemnya sambil pergi ke kerusi di sebelah katil hamba Allah itu. Anak.si sakit dan isterinya melihat perlakuan pokcik Seman. Sambil itu orang rumah si sakit berbual-bual dengan Nabiha isteri Rosnizam.

Pokcik Seman kelihatan tenang. Dia tidak membaca apa-apa pada pandangan mereka tetapi pokcik dapat rasakan dia membacanya di dalam hati. Kemudian pokcik Seman bangun dan memberitahu bahawa si sakit ada gangguan kepada isterinya Normi dan anaknya Ameer Hook ( bukan nama sebenar).

Seman: Saya dah pagarkan dia. Boleh tengok apa perubahan padanya sekarang. Cuba lihat denyutan pada tengah jarinya.
Normi: Yaa. Jelas kelihatan denyutan seperti nadi. Tadi tiada.. Adakah di situ tempat gangguannya?

Seman: Yaa. Apa pun jangan terkejut sekiranya denyutan itu bergerak ke bahagian lain pula. In shaa Allah, benda tu tak akan ke mana-mana lagi.
Normi: Bila nak buat?

Seman: In shaa Allah sebaik sahaja keluar dari hospital, saya akan ke rumah.
Normi: Baiklah. Sakit tak kalau ikhtiarkan suami saya tu?

Seman: Tak. Saya tak pernah menyentuh pesakit. Cuba tanya Nabiha.. Kerapa kali dah saya usahakan dia..

Nabiha mengangguk dan memberitahu bahawa pokcik Seman tak pernah menyentuhnya sepanjang dia berubat.

Pokcik Seman kemudiannya pergi ke koridor. Normi dan Nabiha Fade mengekornya dari belakang. Tiba-tiba Normi bersuara...

Normi: Boleh tak tengokkan saya.
Seman: Boleh. In shaa Allah.. Tolong ambil kerusi dan duduk.

Pokcik tengok pokcik Seman menggerakkan tangannya seperti bunga silat. Dia kemudiannya bersuara...

Seman: Saya dah ikhtiar pagarkan puan. Sekarang saya akan cuba tengok apa masalah puan.

Pokcik Seman kemudiannya membaca sesuatu dan dia memejamkan matanya.

Seman: Baiklah. Puan ada gangguan. Puan serabut, sakit kepala dan ada.sesikit masalah pada bahagian perut.
Normi: Tak ada pun..

Normi memandang pokcik Seman seolah-olah menidakkan apa yang diberitahu oleh pokcik Seman. Pokcik perasan, semasa kedatangan kami pun dia memandang dah lain macam. Maklumlah pokcik Seman dan pokcik tak berpakaian seperti yang dia harapkan. Tambahan pula, Rosnizam memberitahu kami bahawa Normi hanya akan berubat dengan ustaz. Kebanyakannya berpenampilan menarik tidak seperti pokcik Seman.

Seman: Cuba puan bertenang. Tarik nafas perlahan-lahan dan istighfar di dalam hati..

Normi mengikut. Kali ini rupanya mula berubah. Dia mengadu belakang kepalanya sakit teramat sangat dan terasa amat berat di belakangnya. Pokcik Seman tetap tenang...

Seman: Baiklah. Sebagaimana saya bagitahu tadi. Asalnya dia berada di dada. Apabila saya berhadapan dengannya, dia lari ke belakang kepala. In shaa Allah saya akan ambil.
Tolong pusingkan kerusi. Puan mengadap ke depan..

Normi mengikut sahaja apa yang diminta oleh pokcik Seman tanpa membantah. Lebih kurang dua minit pokcik Seman membacakan sesuatu. Setelah itu jarinya ditunjukkan ke belakang kepala Normi seperti menarik sesuatu keluar.

Seman: Dah. Alhamdulillah. Apa rasa sekarang?
Normi: Alhamdulillah ringan dah. Tak berat. ( Katanya sambil menggerakkan bahu)

Seman: Ok ye puan.

Normi mengangguk seperti malu untuk bertentang mata dengan pokcik Seman. Pada pendapat pokcik, mungkin asalnya dia ingin menguji pokcik Seman. Dia tidak menyangka bahawa dia juga terkena biasan sihir. Wallahua'lam. Tak lama kemudian kami pun meminta izin untuk pulang. Bayangan Normi terus tidak kelihatan sehingga kami bergerak pulang. Apa sebenarnya berlaku? Dia menangis, muntah, malu, menyesal, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Wallahua'lam. Salam hormat.