Monday 20 November 2017

CICAK MENEGUR SESUATU

Image result for assalamualaikum image


Alhamdulillah dipertemukan lagi. Harini macam biasalah pokcik ke Laundry Hub nak basuh pakaian. Tiba-tiba pokcik disapa oleh seorang sahabat lama.. Terkejut juga pokcik maklumlah sudah lama tidak berjumpa dengan sahabat pokcik ni Sanusi Hashim (bukan nama sebenar).

Pokcik terkejut jugalah kerana melihat badannya yang kurus. Maklumlah dia yang pokcik kenal berbadan agak tegap. Maklumlah pegawai polis berpangkat ASP juga. Dia datang bersama isterinya Suraini Ahmad (bukan nama sebenar) dan anaknya Vivian Yim ( bukan nama sebenar).

Berbuallah kami sambil menunggu pakaian siap dibasuh. Dia bertugas di Temerloh dan jarang-jarang balik ke Kuantan. Pada kesempatan ini dia ajak pokcik datang berbual di rumahnya. Pokcik ke rumahnya ditemani pokcik Seman. Maklumlah orang tua tu kalau ajak mengeteh laju saja dia. Tak ajak berasa hati. Payah juga nak jaga hati orang tua ni.

Sesampainya kami, kami diajak oleh Sanusi ke gazebo di tepi rumahnya. Senyum meleret pokcik Seman sebab dia tahu orang nak ajak minum petang. Hihihihi. Minumlah kami bersama Suraini, si isteri dan anaknya si Vivian. Petang ni kami makan ubi keladi goreng. Pokcik Seman tanpa dipelawa ambik dulu ubi keladi tu dan mamah dengan lahapnya.

Ketika sedang makan tiba-tiba si Sanusi bersuara. Kata anak buahnya dia seperti sakit terkena buatan orang. Anak buahnya mencadangkan agar dia berubat. Telan air liur pokcik Seman mendengarnya. Kena pulak dah kali ini. Agaknya dia bercakap dalam hati.. Kakakkakakkaaka. Padan muka. Siapa suruh ikut.. (Kata pokcik dalam hati). Kalau cakap macam tu kat dia makan kaki gamaknya pokcik. Hihihihi...

Sanusi melanjutkan bicaranya. Alang-alang pokcik Seman ada di situ, dia nak pokcik Seman tengoklah apa yang patut. Selain kencing manis, dia rasa dia terkena buatan orang. Berhenti makan pokcik Seman. Eloklah, orang tua tak boleh makan banyak sangat nanti nak buang air besar di rumah orang.. Hihihihihi.

Tanpa bercakap banyak, pokcik Seman meminta Sanusi duduk di hadapannya. Mulut pokcik Seman kumat-kamit bacakan sesuatu. Sesekali dia mendengus, sesekali dia menggelengkan kepalanya,sesekali dia menggaru kepalanya yang tak gatal tu. Pokcik kenal sangat lakonan hebat pokcik Seman. Dia nak bagi nampak real. Kononnya parah laa sakit si Sanusi tu.. Kakakkakakaka.

Ikuti perbualan mereka di bawah:
Seman: Cuba duduk berlunjur
Sanusi: Baiklah. ( Dia pun berlunjur )

Seman : Awak terkena sihir ni.

Suasana menjadi hening. Pokcik Seman mula beristighfar. Tiba-tiba kucing yang sedang makan di situ berhenti makan lalu matanya bulat memandang pokcik Seman. Lama dia memerhati pokcik Seman tanpa mengerdipkan mata.. Pokcik Seman terus pejamkan mata dan meneruskan proses tanpa memperdulikan kucing itu..

Kemudian tangannya di tunjukkan ke arah Sanusi yang membelakangkannya. Serentak dengan itu kucing itu melihat pula si Sanusi. Mata kucing itu mula merenung ke arah Sanusi tanpa berkedip. Lama dia memerhati Sanusi. Pokcik dapat rasakan pokcik Seman memagar si Sanusi. Ketika itu jin sihir itu terperangkap bersamanya..

Tiba-tiba pokcik Seman bersuara.
Seman: Apa rasa sekarang?
Sanusi: Rasa denyutan kuat di atas saya.

Seman: Di situlah jin itu bertapak biasanya. (terang pokcik Seman)
Sanusi: Sama rasanya seperti tengah hari tadi. Berdenyut di situ.

Seman: Baiklah

Pokcik Seman terus membacakan beberapa potong Ayat Suci AlQuran. Sanusi berasa gelisah dan mula bersila. Pockik Seman meneruskan bacaan tanpa mempedulikan reaksi Sanusi. Ketika ini, cicak mula berbunyi tidak berhenti-henti. Makin lama makin galak bunyinya seperti sedang menegur sesuatu.

Pokcik Seman akhirnya mengasah tangannya dan berdoa kepada Allah agar dibakar kesemua jin, sisa sihir dan sebagainya yang tidak elok di dalam badan Sanusi. Dia akhirnya seperti menarik sesuatu keluar dari badan Sanusi. Dia kemudiannya meminta Sanusi mengadapnya pula. Kali ni dia tujukan pada bahagian dada dan perut Sanusi. Mungkin pokcik Seman memakrifatkan mengeluarkan sesuatu dari badan Sanusi.

Seman: Alhamdulillah selesai. Kebiasaannya kalau cicak berbunyi macam tu, pocong..
Sanusi: Alhamdulillah. Apalah salah saya. Saya ni tak ada musuh. Entahlah..

Seman: Biasalah manusia. Kita tak dapat memuaskan hati semua orang. Apa rasa tadi?
Sanusi: Belakang saya panas sangat. Sampai sekarang rasa berbahang tapi tidak sepanas tadi.

Muka Sanusi kelihatan berpeluh.

Seman: In shaa Allah. Saya berdoa kepada Allah agar dibakar hangus semuanya. In shaa Allah. Sekejap lagi awak akan berasa letih..

Sanusi: Siapa yang buat saya ni?
Seman: Biarlah. Yang penting sihat dengan izin Allah.
Sanusi: Baiklah..

Lebih kurang pukul 7.10 petang tadi pokcik dan pokcik Seman bergerak balik. Maklumlah kami berjiran jadi tak perlulah pokcik hantar jauh-jauh kan.. Hihihihi.. Ketika nak balik tu kelihatan Sanusi dah berjalan terhoyong-hayang nak masuk ke rumahnya. Letih katanya. Sempat lagi dia bersuara ketika kami ingin bertolak pulang..

Itulah kisah petang ini. Moga Sanusi terus sembuh dengan izin Allah. Pengajarannya, tidak semestinya kita berbuat salah dengan orang baru kita disihir. Ada juga lakukan sihir sebagai hobi ataupun ingin test keberkesanan ilmunya. Kedua, seeloknya jangan diberitahu siapa pelaku yang sihirkan hamba Allah tu kerana bimbang berlaku kerosakan yang lebih besar. Wallahua'lam. Salam hormat..