Saturday, 2 December 2017

HIDU KEMENYAN HITAM



Kali ini pokcik akan kongsikan perihal hamba Allah yang datang pada suatu petang berkaitan dengan suaminya yang telah meninggal dunia balik ke rumah.. Moga kisah ini menjadi teladan buat kita semua..

Lebih kurang pukul 5.00 petang sebuah kereta myvi berwarna putih berhenti di depan rumah pokcik. Kelihatan seorang hamba Allah yang berumur dalam lingkungan akhir 30an turun dari kereta itu. Turut bersamanya ialah lima orang anaknya yang masih kecil..

Dia memberikan salam. Kebetulan pula pokcik sedang bersembang dengan pokcik Seman. Elok sangat laa tu. Dia kelihatan amat kurus. Tak tahulah asalnya memang kurus atau dia kurus kerana gangguan itu.. Kami berborak santai dahulu sebelum apa-apa proses dilakukan. Takkan laa orang baru duduk terus nak usahakan. Macam tak suka tetamu datang rumah pulak dan nak halau dia balik cepat. Betul tak?

Pokcik pun memulakan bicara.. Cuba kongsikan apa masalahnya, kata pokcik. Dia pun memberitahu ada seorang lelaki suka padanya dahulu. Haih, lain macam pulak ye. Ingatkan terus nak cerita tentang arwah suaminya yang dikatakan pulang itu.. Hihihihi. Tak apa laa, kami layankan sahaja sebab itu dia datang kan? Kalau tak ada masalah takkan datang semata-mata nak mengeteh.. Hihihi.

Mungkin kisah yang dia ceritakan ini selepas kematian suaminya.. Sefaham pokcik, lelaki ini seorang perawat. Lelaki itu mengugutnya. Katanya sekiranya dia tidak dapat perempuan itu jangan harap ada orang lain yang akan memilikinya. Waaa ganas tu ugutannya.. Lelaki ini sekiranya dalam keadaan biasa, dia akan bercakap dengan si sakit ini saya, awak sahaja. Berbeza apabila dia whatsapps pada suatu hari.

Dia memperkenalkan dirinya sebagai Nyai. Nyai ni nenek gamaknya. Katanya dia hanya nak menolong. Menurut Nyai, hamba Allah ini ada perjanjian dengan saka arwah suaminya. Jadinya Nyai akan membantu. Tudia aih, menurun pulak dah.. Hahhahahhahha. Katanya dia akan datang ke rumah perempuan itu pada malam tersebut. Memang benar, pada malam itu perempuan itu tidak dapat tidur dengan nyenyak. Dia berasa sangat gelisah seperti diperhatikan oleh sesosok lembaga yang tidak kelihatan pada mata kasar.

Keesokan harinya lelaki itu mesej kembali. Katanya tak ada orang lain yang inginkan dia sebab dia dah tahu perempuan itu luar dan dalam. Dia jadi takut lalu berjumpa dengan seorang perawat di Senawang. Perawat umur dalam lingkungan 50an itu memberi jaminan dia akan usahakan dan sekiranya lelaki itu mesej lagi, tolong beritahu padanya. Memang benar, lelaki itu mesej lagi sekali dan dia cepat-cepat beritahu kepada perawat di Senawang itu. Alhamdulillah katanya, sejak itu lelaki tersebut tidak lagi mesej padanya. Entah apa yang dibuat oleh perawat di Senawang itu kepada lelaki itu memang dia tidak tahu.

Bagi pokcik perawat di Senawang itu tiada masalah. Namun begitu dia mencari perawat lain kerana perawat di Senawang itu berkata anaknya masih ada saka. Dia tidak boleh usahakan kerana anak itu masih kecil. Dia bimbang apa-apa akan berlaku sekiranya dia usahakan juga anak kecil itu. Menurut si sakit, dia ada ayah angkat. Semasa arwah suaminya masih hidup, dia akan dibawa ke Raub untuk ikhtiar dengan ayah angkatnya sekiranya dia ada masalah mistik. Namun begitu setelah kematian suaminya, dia terputus hubungan dengan ayah angkatnya itu dan kini berusaha di Senawang pula.

Menurut hamba Allah ini arwah suaminya ada memberikan dia taring harimau untuk dipakai. Menurut arwah, tujuannya adalah untuk keselamatan dirinya. Pokcik istighfar panjang. Pokcik Seman seperti biasalah memejamkan matanya seolah-olah menghayati cerita hamba Allah ini. Padahal kalau pokcik suruh ulang, confirm dia tak tahu. Hahahhahhahaha. Ada juga amalan yang diberikan oleh arwah namun dia seolah-olah teragak-agak untuk menceritakannya. Biarlah ia menjadi rahsia mereka..

Pada suatu hari dia ke perhentian bas. Kemungkinan dia ingin menaiki bas ke Kuantan. Ketika itu anaknya sedang tidur dan bas pun tiba. Itu sefaham pokcik.. Ketika dia ingin mengangkat anaknya, tiba-tiba dia ditegah oleh seorang hamba Allah. Katanya dia tidak boleh mengejutkan anak yang sedang tidur seperti itu. Hamba Allah itu pun mencengkam tangannya rapat ke lantai. Kedua-dua belah tangannya diletak ke lantai seperti seekor harimau dan jarinya menekan lama di lantai itu. Dia membacakan mantera. Setelah itu barulah dia membenarkan si sakit ini mengangkat anaknya..

Menurut hamba Allah yang baru dikenali itu, ada sesuatu dengan anaknya. Dia akan membawa mereka ke seorang ustaz yang dikenalinya di Gombak. Setelah tiba waktu yang dijanjikan, mereka bertiga ke rumah seorang hamba Allah yang dikenali sebagai ustaz. Menurut hamba Allah ini lagi dia tiba-tiba berasa amat mengantuk apabila masuk ke dalam kereta itu. Dia terus tertidur dan hanya sedar apabila sampai ke rumah lelaki yang digelarkannya ustaz itu. Pada pandangan pokcik, mungkin jin yang menghalang dia untuk pergi ke Gombak..

Katanya jalan ke rumah ustaz itu tiada jalan berturap. Dia pun tak tahu sekiranya ada orang yang ingin pergi ke rumah ustaz itu kerana dia tidur dan tidak sedarkan diri pada sepanjang perjalanan itu. Pelik juga katanya, dia memang sukar untuk tidur setelah kematian suaminya tetapi dia tidur sepanjang perjalanan ke situ. Sesampainya di rumah hamba Allah yang dikenali sebagai ustaz itu dia duduk seperti biasa. Dia juga diarahkan sebelum datang itu untuk membawa limau kapas, limau kambing dan sejenis lagi dia pun tak ingat. Sefaham pokcik, dia juga membawa garam, bawang putih dan halia.

Perawat yang menggelarkan dirinya ustaz tu langsung tidak melihat dan pergi ke arah si sakit. Dia hanya tunduk mengadap barangan yang dibawa dan diletakkan ke dalam dulang. Lama dia menundukkan kepalanya seolah-olah membacakan sesuatu. Setelah selesai, dia mengeluarkan kemenyan hitam. Dia ingin perasapkan dan dia minta si sakit ini menghidunya dengan sekali nafas beserta dengan mentera. Oleh sebab si sakit ini tidak tahan dengan bau asap kemenyan maka dia hanya diminta menghidu kemenyan itu dan dilafazkan mantera yang diajar.. Dia lupa katanya mantera yang ditulis pada sekeping kertas.. Yang dia ingat ialah ayat, lindungilah diriku.. Huhuhuhu.. Siapa yang lindung dia gamaknya.. Sekali lagi pokcik beristighfar..

Dia kemudiannya membekalkan dua ketul kemenyan hitam dan dia diminta untuk menghidunya dan dijadikan amalan. Katanya sekiranya dia ingin kuat dan dilindungi dia perlu mencium kemenyan itu dengan sekali nafas sambil dibacakan mantera yang dibekalkan. Katanya kemenyan hitam itu masih ada di rumahnya. Pokcik menyuruhnya menghentikan amalan syirik itu dan menyiram kemenyan itu dengan air yaasin sebelum dicampakkan ke sungai. Pokcik juga melarang dia menyentuh kemenyan itu secara terus dengan tangannya.

Hamba Allah ini juga pelik kerana ustaz itu melarangnya minum air yaasin. Menurutnya ada seorang pesakit yang datang kepadanya mati setelah meminum air yaasin. Katanya dia juga dilarang untuk berubat dengan perawat lain. Katanya kalau berubat dengan perawat lain sakitnya akan bertambah bukannya berkurang. Setelah dibekalkan dengan kemenyan dan bahan-bahan yang dia bawa itu dia pun pulang. Sebelum pulang, anaknya diminta meminum segelas air masak yang dijampi..

Sekali lagi perkara yang sama berulang sebaik sahaja dia memasuki kereta. Matanya seolah-olah tidak boleh dibuka. Sekali lagi dia tidur dengan nyenyaknya. Dia hanya sedar apabila tiba di rumah. Sebab itulah dia tidak tahu di mana rumah perawat itu apabila pokcik bertanya dengan tepat lokasinya. Pelikkan? Suatu hari datang seorang kawannya. Kawannya itu mungkin tahu serba sedikit tentang perubatan. Katanya anaknya kini terkena dengan perawat itu. Dia ingin berjumpa dengan hamba Allah itu dan perawat yang membekalkannya kemenyan hitam itu tetapi mereka tidak ingin berjumpa dengannya.

Sehinggalah dia berpindah kerja di Kuantan dia tidak berjumpa dengan perawat yang bergelar ustaz tu. Apa yang pokcik hairan, dia tetap juga membawa kemenyan hitam itu. Mungkin sedikit sebanyak dia terpengaruh dengan ustaz itu dan gunakannya untuk perlindungan diri kononnya. Masalah saka dan suaminya pulang itu tidak selesai juga. Kini anaknya dan dia pula diganggu. Menurut si sakit ini setiap kali dia datang bulan pasti dia akan lihat pahanya lebam seperti dihisap oleh sesuatu. Sehinggalah atas saranan seorang sahabat dia menabur lada hitam di lantai setiap kali dia datang bulan...

Sungguhpun begitu amalan yang diberikan oleh ustaz itu tetap dia lakukan. Dia akan menumbuk halia dan bawang putih serta dicampurkan dengan sedikit garam. Satu sudu bahan yang ditumbuk itu akan dimasukkan ke dalam gelas dan dikacau setelah dicampurkan dengan air. Setelah itu ramuan tersebut diminum beserta dengan hampasnya sekali. Selebihnya disapu ke seluruhan anggota badan dengan dibacakan mantera. Dia melakukannya setiap hari.

Jadinya dengan membaca mantera dan ritual yang pelik tidak hairanlah banyak makhluk yang datang berdamping. Ini termasuklah makhluk yang dia seru untuk mendapatkan perlindungan diri dan keluarga kononnya. Dengan amalan sedia ada, dengan amalan yang diberikan oleh perawat yang bergelar ustaz itu, pokcik tidak hairan sekiranya dia mengalami pelbagai jenis gangguan. Ini termasuklah dia melihat arwah suaminya balik secara nyata dan bukannya bermimpi katanya serta makhluk itu cuba untuk bersama dengannya.

Asal masalahnya cuma ingin mendapatkan rawatan saka yang dikatakan ada pada anaknya. Kini banyak pula terbabit dan menjadi fitnah. Ini termasuklah arwah suaminya yang dikatakan pulang ke rumah itu. Bekas janda suaminya turut terbabit juga. Menurutnya dia juga bermimpi bekas jandanya datang dan berbual mesra dengannya. Dalam mimpi itu jandanya mengurut dan mengusap belakangnya dengan mesra. Keesokan harinya dia berasa amat sakit. Tulang belikatnya terasa amat sakit hinggakan dia tidak boleh mengangkat anaknya yang masih kecil.

Dia kemudiannya berjumpa dengan seorang lagi perawat. Kali ini perawat berkenaan memberitahunya janda suaminya pula sihirkannya. Itulah orang kita. Amalan atau ritual yang dilakukan sehingga mengundang jin tidak pula dilihat. Mereka akan melihat perkara yang jauh dan mencari punca masalah tanpa melihat diri sendiri terlebih dahulu. Pelikkan orang kita? Apabila ada sahaja masalah, mereka akan cuba mencari kesalahan orang lain.

Pokcik Seman hanya menggeleng-gelengkan kepalanya ketika mendengar kisah hamba Allah ini. Entah apa yang difikirkannya. Itu amalan atau ritual yang dia lakukan dan berkaitan dengan amalan yang diberikan oleh orang lain. Bagaimana pula dengan ritual yang dilakukannya atas amalan sendiri? Banyak rahsia disembunyikan dan tidak diceritakan. Namun urusan kita hanya ikhtiarkannya sahaja. Kemuncak dia mencari perawat semula adalah apabila seorang hamba Allah datang ke rumahnya dan memberitahunya suaminya masih ada di dalam rumah itu.

Setelah dia mendiamkan diri barulah pokcik bersuara. Pokcik meminta dia melunjurkan kaki. Hehehhehhehe. Sesekali nak tunjuk skill pada pokcik Seman. Dia mencebikkan bibir. Pokcik buat-buat tak nampak. Lagi dia boring gamaknya. Hahahhahhahahhha. Anak-anaknya bebas bermain di dalam rumah pokcik. Maklumlah, banyak kucing pokcik yang boleh diajak bermain dan bergurau.

Pokcik meminta dia mengheningkan diri. Sambil itu pokcik meminta dia beristighfar dan menenangkan diri. Dia akur apa yang pokcik suruh. Ye laa bukannya suruh berlari setempat ataupun ketuk ketampi seperti hantu Cina yang pernah pokcik kongsikan dahulu. Dah laa pesakit tu ada lelah dan sakit jantung, disuruhnya pesakit itu ketuk ketampi pulak. Pokcik pernah kongsikan pengalaman pesakit di Terengganu dahulu.

Si sakit tenangkan diri. Pokcik terus memagar dia. Selesai memagarnya pokcik meminta dia rasakan dimana dia rasa gangguan itu. Sambil itu pokcik imbas dia mohong-mohong. Nampak pada bahagian kiri badannya dan lebih tepat pada bahagian bahu kirinya. Dalam beberapa belas saat dia diam. Tak ada pun katanya. Alamak, buat malu pada pokcik Seman ni. Kakakkakakakkakkakaka. Takkan pagar tak jadi kot.. Adoiiiiii.. Masa ni laa nak buat hal.. Pokcik Seman buat-buat pandang ke arah lain. Buat-buat tak dengar laaa tu. Gelak laa pokcik Seman ooiiiii, pokcik dah standby beluti kayu 2x4 dah.. Gelak laaa kalau berani. Kakakkakakakkakkakakka.

Dia diam lagi. Pokcik memberitahunya makhluk itu menyorok di dalamnya. Lama-kelamaan dia akan menunjukkan diri juga sebab dah tidak boleh hendak lari kemana-mana. Dia diam sahaja. Entah dia percaya atau tak, pokcik pun tak tahu. Entah-entah dia fikir layankan sahaja orang tua. Nak cakap tak percaya tak sampai hati. Gamaknya itulah yang bermain dalam fikiran dia. Agaknya laaa... Hihihihi.. Manalah tahu kan.. Bairlah apa yang dia fikirkan. Tak penting pun sebenarnya...

Tiba-tiba dia mengerang kesakitan. Tudia.. Buat dah. Tadi kata tak ada apa padanya. Sakit dan berat bahu kirinya katanya pada pokcik. Adusss sakit tulang belikat saya, katanya lagi. Badannya menjadi tegang. Dia mula tidak duduk diam. Sekejap kepalanya dia telangkupkan. Sekejap kepalanya dia dongakkan ke atas dan melihat syiling rumah. Gamaknya dia nak merasuk tapi jin tu fikir banyak kali sebab pokcik memegang kemas kayu 2x4 tu. Kakakkakkakakkakkakakkakka.

Pokcik jeling pada pokcik Seman sambil mengangkat kening.. Mmmmmmmmmm, bungkam Pokcik Seman sambil memandang ke arah lain. Menyampah kat pokcik le tu, kan. Hahahhahhahhahhahaha. Kali ini pokcik lebih serius. Pokcik bacalah apa yang tahu. Nak baca canggih-canggih tak pandai, bacalah sikit-sikit apa yang tahu. Hembus laa mohong-mohong nak bagi nampak real sikit.. Erkkkkkkkkk erkkkk erkkkkkk dia sendawa. Dia sendawa tidak berhenti-henti sejak mula pokcik hembus padanya..

Pokcik tak mahu layan sangat. Ikut dia laa nak sendawa ke, nak kentut ke, nak meroyan ke atau sebagainya. Dia bangun silat, pokcik ketuk kaki tu dengan kayu 2x4. Hihihi. Tu pokcik gurau je. Satu-persatu pokcik ikhtiar tarik keluar. Dari hujung kaki hinggalah ke hujung kepala terutamanya pada bahagian bahu kiri dan tulang belikatnya. Alhamdulillah selesai tugas padanya. Selesai tugas pun dia masih sendawa. Pokcik memberinya air masak secawan untuk diminum. Alhamdulillah seketika sahaja berhentilah dia sendawa.

Angin katanya.. Hihihihi. Anginlah sangat ye. Yang peliknya, dia tidak akan sendawa dalam keadaan biasa. Dia hanya akan sendawa hanya apabila dia meletakkan sapuan ruqyah daun bidara Ustaz Ismail Kamus pada bahagian perutnya. Angin apa agaknya tu.. Hahahhahhahhahhahaha. Pokcik senyum sahaja mendengar penerangan daripadanya. Alhamdulillah selesai satu bab. Ada lagi yang perlu diuruskan..

Oleh sebab, dia katakan anaknya bersaka maka pokcik imbas seorang demi seorang anaknya itu bermula dari yang besar hinggalah yang paling kecil. Keempat-empat orang tiada masalah kecuali anak sulungnya yang mempunyai sedikit peninggalan saki-baki gangguan yang telah dihapuskan. Mungkin ada habuk jin tersebut di dalam badan anak sulungnya itu. Apabila pokcik tanya, ternyata anak sulungnya itu pernah dirawat kerana dahulu dia sering melihat makhluk halus terutama jin yang berwarna hitam keseluruhan badannya. Pokcik diam mendengar cerita anak sulungnya itu. Oleh sebab keadaan itu tidak mengganggu kesihatan dan keselamatannya maka pokcik abaikan sahaja. Masalah kecil katakan...

Pokcik akhir sekali imbas anaknya yang bongsu. Ternyata memang ada gangguan padanya. Jadi benarlah kata perawat di Senawang itu. Emaknya cepat-cepat ingin membawa anaknya yang sedang bermain itu tetapi segera pokcik larang. Biarlah dia bermain selagi tidak menangis. Pokcik meminta anaknya yang lain menjauhi adik mereka buat seketika. Pokcik makrifatkan pagar di sekelilingnya. Dengan lafaz basmallah, pokcik ikhtiar ambil satu-satu gangguan padanya. Setelah diperiksa semula,in shaa Allah tiada lagi gangguan yang kelihatan.

Ternyata, cerita tentang arwah yang pulang ke rumah adalah palsu. Semua itu hanyalah mainan jin yang sengaja inginkan kita mempercayai bahawa hantu arwah mengganas. Begitu juga fitnah yang diwujudkan dalam mimpi hamba Allah ini. Kononnya janda si arwah datang dan sihirkannya. Bomoh sendiri terpengaruh dengan cerita itu dan mengiayakannya. Buktinya, sakit tulang belakangnya itu masih berlaku dan sebelum ini jin itu menyorok dan menyembunyikan kewujudannya. Akhir sekali, fikirlah sebelum melakukan apa-apa ritual yang disuruh oleh perawat walaupun dia sendiri menggelarkan dirinya Ustaz. In shaa Allah, pokcik akan memintanya spray rumahnya itu dan memintanya agar meninggalkan amalan yang bercanggah dengan syariat Islam. Moga berjumpa lagi pada lain kali. Wallahua'lam. Salam hormat.