Thursday 23 November 2017

DIKELILINGI MONYET DALAM HUTAN

Image result for assalamualaikum image
.

Kali ini melibatkan seorang wanita dan pokcik Seman usahakan dari jauh. Maklumlah pokcik Seman tak balik Malaysia lagi. Dia di Uganda pulak gamaknya.

Lebih kurang pukul 9.20 gamaknya pokcik menghubungi suami hamba Allah ini kerana pokcik dah bagitahu Pokcik Seman akan usahakannya dua hari lepas. Namun begitu, disebabkan kami ke HTAA maka kes saka itu terpaksa ditunda hingga semalam..

Ikuti perbualan pokcik Seman dan Man Azman ( bukan nama sebenar ), suami si sakit.

Seman: Assalamualaikum
Azman: Waalaikumussalam. Siapa ni?

Seman: Abang Sam. Kawan si Sofian
Azman: Oooo. Apa khabar abg Sam?

Seman: Baik. Alhamdulillah. Biasalah sihat cara orang tua. Sakit      urat sana sini.
Azman: Biasalah tu abg Sam..

Seman: Orang rumah ada kaa tu?
Azman: Ada. Tengah makan ni. Kami di luar. Nanti sampai rumah saya hubungi abg Sam.
Seman: Baiklah..

Sementara menunggu Azman sampai di rumah abg Sam menghubungi pokcik. Kami berborak santai. Abg Sam macam biasalah asyik cerita pasal janda saja. Galak nak nikah gamaknya orang tua tak sedar diri tu. Abg Sam bagi satu petua kalau nak nikah dua. Pokcik dengar saja laa. Bukan boleh pakai sangat pun petua dia. Katanya kalau nak nikah dua jangan minta izin tapi minta maaf. Lama juga pokcik termenung baru dapat tangkap maksud dia. Hahahhahahha. Siapa tak dapat tangkap lagi maksudnya tu pelan-pelan fikir naa.. Hihihi...

Lebih kurang pukul 9.45 malam gamaknya Azman menghubungi abg Sam untuk memberitahu bahawa dia sudah sampai ke rumah.

Azman: Assalamualaikum abg Sam. Saya sampai dah..
Seman: Baiklah.. Orang rumah ok ka?

Azman: Nampak dia ok. Tenang saja.
Seman: Cuba hantar gambar orang rumah Man. Cuba hantar gambar membelakangkan dia. Biar dia berlunjur..
Azman: Baiklah. Sekejap lagi saya hantar..

Tidak lama kemudian, Azman menghantar gambar orang rumahnya.

Seman: Sekarang cuba tanya orang rumah. Dia nak atau tidak saka ni..
Azman: Dia kata dia tak nak.
Seman: Baiklah. Sebelum bermula, minta dia beristighfar banyak-banyak. Selepas itu selawat banyak-banyak. Niatkan dia nak putuskan segala hubungan dengan saka atau apa sahaja jin yang mendampinginya.

Azman: Baiklah.
Seman: Saya nak mula ni. Tolong jaga dia. Saya bimbang berlaku apa-apa.
Azman: Baiklah.

Pokcik Seman mula beristighfar dan memohon kepada Allah agar memudahkan segala urusannya. Setelah itu dia cuba menempatkan dirinya di belakang hamba Allah itu. Dia kemudiannya berdoa kepada Allah untuk memagar isteri si Azman.

Suasana menjadi hening. Pokcik Seman membacakan beberapa potong ayat suci Al Quran dan memohon kepada Allah agar dibakar jin saka dan segala jin yang berada di tubuh si sakit.
Ketika ini kelihatan kelibat lembaga hitam bergerak laju masuk ke bahagian belakang hamba Allah ini. Dua kali kelihatan gambar tersebut bergerak kata pokcik Seman kepada saya. Mungkin lembaga itu ingin bersembunyi di badan si sakit. Namun begitu, pokcik Seman tidak mahu melayan apa yang dilihatnya. Tak kiralah benar atau fantasi, Pokcik Seman hanya mahu si sakit sembuh dengan izin Allah.

Pokcik Seman terus membacakan doa agar gangguan tersebut panas dan terbakar. Pokcik Seman termengah-mengah juga kerana usaha dari jauh ini memerlukan fokus yang mendalam dan makrifat yang tajam dan tepat. Tambahan pula dengan usianya, tenaga dalaman dan luaran disatukan dan membuatkannya cepat penat dan keletihan.

Namun begitu, disebabkan rasa benci pada jin yang mengganggu anak cucu Adam itu maka pokcik Seman teruskan juga. Kali ini dia memanggil makhluk itu dan kemudiannya cuba mengurungnya dengan izin Allah. Alhamdulillah selesai juga masalah seizin Allah. Setelah selesai, pokcik Seman menghubungi semula suami hamba Allah ini.

Seman: Assalamualaikum
Azman: Waalaikumussalam abg Sam

Seman: Abg Sam tengok ada masalah pada bahagian kiri tubuhnya terutama bahagian bahu dan pinggang.
Azman: Betullah tu. Memang dia sakit pada bahagian bahu kiri.

Seman: In shaa Allah. Dia akan letih kebiasaannya. Biar dia berehat. Beri dia minum air yang banyak sebab badannya panas tu. Apa dia rasa sekarang?
Azman: Dia mengantuk dan berasa pijar ( bahang ) kat belakang bahu kirinya..

Seman: Tak apa lah. Biarkan dia berehat. Harap dia tak bermimpi dah. Kalau mimpi apa-apa bagitahu yaa..

Pagi tadi

Seman: Assalamualaikum
Azman: Waalaikumussalam

Seman: Dia ada mimpi apa tak malam tadi?
Azman: Tadi tak sempat cerita.

Seman: Cuba call dan tanya dia.
Azman: Baiklah.

Tidak lama kemudian, Azman menghubungi pokcik Seman dan memberitahu isterinya tidak bermimpi apa-apa malam semalam. Alhamdulillah, moga kita semua terlindung dan terpelihara daripada gangguan syaitan yang sentiasa menunggu peluang untuk menyesatkan kita. Sekian.. Wallahua'lam. Salam hormat..