Friday 17 November 2017

HATI PERAWAT

Image result for assalamualaikum image

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:


Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.

Bagi pokcik, bukan senang nak jadi perawat. HATI kena jaga. Kena ada kesungguhan dan keazaman dalam diri untuk ikhtiar seseorang pesakit. Kalau setakat buat kerana inginkan ganjaran duniawi semata-mata, rasanya rugi kerana sekiranya mereka boleh beribadah dengan sempurna setelah kita ikhtiarkan maka sekurang-kurangnya pahala yang dia buat ada juga mengalir kepada kita. In shaa Allah..

Kadang kala pokcik tergelak apabila mendengar komen daripada perawat. Banyak posting di FB yang kita tengok tentang musibah dan perihal mistik. Contohnya rumah diganggu jin misteri dan terbakar dengan sendiri. Beribu ringgit hingga puluhan ribu ringgit kerugian mereka. Kita tak mampu untuk usahakan sekurang-kurangnya sedekahkan Alfatihah atau mendoakan kesejahteraan mereka. Moga malaikat pun doakan kita.

Perawat di Zimbabwe berkata, biarlah mereka sendiri berusaha. Kita jangan campur. Pokcik tak nampak ehsan dalam diri perawat itu. Bukankah sedekah secara terang-terangan adalah baik. Sedekah secara sembunyi adalah lebih baik. Ini firman Allah bukan kata pokcik. Mungkin perawat di Zimbabwe tu tak nak usahanya orang tak tahu. Tiba-tiba settle, haaa rugilah sebab orang tak tahu. Hihihihi...

Begitu juga dengan rawatan jarak jauh yang dilakukan. Ia lebih kepada ehsan dan tolong-menolong sesama insan. Tak kira bangsa atau agama, setiap perbuatan kita tetap dinilai oleh Allah. Bukankah menolong secara sembunyi 70 kali kebaikan daripada menolong secara terang-terangan. Orang yang kita tolong pun tak tahu siapa kita. Mereka tidak mengenali kita walaupun kita lalu di sebelah mereka.

Kadang kala kita selalu berprasangka terhadap orang lain. Apa yang kita kongsikan kononnya orang bercakap di belakang. Kononnya kita tahu hati mereka. Bisikan syaitan secara halus telah mengaburi pandangan dan pertimbangan kita. Kita bercakap tentang keikhlasan dan hati tetapi kita sendiri tewas dalam perjuangan sendiri.

Kita kadang kala mendoakan dan berharap seseorang itu gagal. Hahahhahaha. Apabila Allah makbulkan doa kita seperti tidak puas hati. Pandang ke lain pulak apabila berita kejayaan diberi. Kalau boleh biarlah para sahabat gagal dan pesakit macam tu juga. Check diri apa yang pokcik katakan ini. Agak-agak tersentuh, marah, terasa atau sebagainya. Mungkin kalau itu yang dirasa, itulah diri kita. Bukan group ni, group lain di Uzbekistan.. Hahahhahaha. Lawakkan..

Senang nak jadi perawat? Bab hati pun tak lepas lagi. Ini termasuklah pokcik. Sebab itu sampai sekarang pokcik tidak pernah declare pokcik ialah perawat.. ( Sesi muhasabah diri)
Wallahua'lam. Salam hormat..