Friday, 21 September 2018

GULI BAHAGIAN 2










24.6.2018

Selamat petang dan salam sejahtera semua sahabat..



Dalam pukul lima lebih tadi pokcik pergi ke sebuah rumah.. Ingat tak kisah dulu? Haa rumah tu laa. Tapinya kali ini bukan kisah guli lagi dah. Kisah lain laa pulak kan..

Kali ini pokcik pergi dengan orang rumah pokcik. Sesampainya pokcik di sana, pokcik pekena dulu rokok sebatang sebelum masuk. Takkan nak hisap dalam rumah orang. Hahhahahhahha..

Pokcik disambut oleh anak lelakinya. Sebaik masuk kami berborak santai. Akhirnya si suaminya pun keluar setelah solat Asar. Ooo dah kahwin rupa-rupanya. Alhamdulillah. Si suami dan si sakit mula bercerita perihal hubungan mereka yang dingin. Adoiiiiiiiiii lemah semangat pokcik bab ni.. Tak paa laa, alang-alang dah sampai...

Katanya sebelum kahwin OK je. Apabila dah kahwin kuat melawan kata si suaminya itu. Si isteri pulak menyampuk, dia jadi benci tengok muka si suami. Encem lagi pokcik, katanya.. Haaaaa bab tu pokcik saja tambah perisa. Kakakkakkakakka. Bagi meredakan keadaan pokcik pun kata, kadang kala bukan kemahuan kita. Kita tak sedar pun ucapan yang terkeluar dari mulut kita.. Barulah nampak reda sikit depa berdua.

Memang pokcik nampak muka si isteri walaupun agak cantik tetapi agak bengis. Dulu masa kes guli tu manis je nampak. Tak tahulah sebabnya dulu dia dok sorang. Gamaknya laa. Hahahhahaha... Si suaminya pula mula bercerita bab sihir.. Katanya adiknya pun kena sihir. Perawat kata dia disantau. Sehinggalah kini adiknya hanya bertongkat. Gaya-gayanya dia nak minta pokcik usahakan tetapi pokcik buat alih cerita lain. Hihihihihi..

Tengok pokcik macam nak alih cerita lain, dia pun menambah. Katanya adiknya nampak seorang perempuan berambut panjang berjalan kearahnya dalam keadaan mengesot. Adussss. Kebiasaanya ia mainan ibu santau.. Kalau ibu santau ni bukan kes kecil-kecil anak kerana biasanya si lepaskan bagi memakan korban. Walllahuaklam.

Tak sempat dia nak sambung pokcik mencelah.  Pokcik nak cepat sebabnya belum solat Asar. Kebetulan tadi keluar nak beli barangan untuk orang rumah pokcik berbuka puasa. Tanpa melengahkan masa, pokcik meminta orang rumahnya berlunjur. Terus pokcik usaha pagar. Setelah itu macam biasa pokcik tanya. Rasa apa? Dia kata biasa sahaja. Tiada rasa apa-apa.  Nak menyorok le tu. Hahahhahhaha..

Setelah karate lebih kurang, dia mula menangis. Menangis pulak dah. Hahahhahhahaha.. Tangannya mula menggeletar macam nak mengamuk. Kalau mengamuk pokcik ikat kat meja. Hahhahahahhaa.. Sajalah kan  takkan nak buat macam tu kat bini orang. Tengok dia nak rebah,  pokcik terus buat isyarat pada suaminya memintaanya bersedia menyambut si isteri. Kalau anak dara, terpaksalah dia rebah atas paha pokcik. Takkan nak biar jatuh atas lantai kan... Haaaaa ada dah kata pokcik gataiii. Kakakkakakakakka..

Tak lama kemudian dia pun rebah dengan esakan masih ada. Potong satu kali. Hihihihihi. Alhamdulillah dia sedar. Setelah sedar pokcik nasihatkannya berhati-hatilah sentiasa. Terutama bab makan dan sebagainya. Selalu sangat pokcik dengar, sihir dilakukan oleh orang yang kita kenali dan rapat dengan kita. Dia mengangguk sahaja dan sesekali lap hingus kot. Huhuhuhuhu. Tak sedar pun masa bila dia menangis, katanya. Tak apalah. Allah permudahkan. Cuma dalam kehidupan ni, kita perlulah sentiasa bersyukur. Barulah kita rasa nikmat yang Allah beri itu cukup. Barulah tiada PHD.. kan?

Walllahuaklam.. Salam hormat..
Santaiiiiiiiii

GULI BAHAGIAN 1

29.4.2018
Assalamualaikum..

Malam tadi dalam pukul 10.00 iaitu selepas makan pokcik terbuka hati nak pergi ke sebuah rumah di Perumahan  Kampung Padang Jaya Kuantan.. Gambar itu diambil sebaik sahaja pokcik sampai di sana.. Ketika itu kami baru sahaja sampai dan tuan rumah baru buka rumahnya itu...

Dah dua tiga hari pokcik diundang untuk cuba ikhtiar rumah itu.. Tuannya kini tidak lagi tinggal di situ dan tinggal di rumah kakaknya kerana takut tinggal bersendirian.. Maklumlah perempuan.. Katanya dia sering terdengar bunyi guli di atas syiling rumahnya.. Dahulu guli itu kecil.. Kini, guli itu semakin besar dan bunyinya semakin kuat... Guli itu akan berbunyi pada pukul sepuluh pagi serta selepas azan maghrib sehinggalah tiba waktu solat Isyak...

Oleh sebab tuan rumah perempuan, pokcik mengajak orang rumah pokcik, ustaz ( sahabat pokcik),  kakak tuan rumah, serta tuan rumah untuk pergi ke rumahnya itu... Kakak tuan rumah pada awalnya tidak mahu masuk ke rumah itu kerana takut... Sebaik sahaja kami sampai di hadapan rumah, ustaz terus sendawa dengan kuat dan berulang-ulang kali...  Haih.... Awal tunggu ni, katanya...

Biarkan, pokcik kata.. Terus pokcik bergerak ke rumah itu.. Ketika itu anak saudara tuan rumah membuka pintu pagar rumah. Pokcik tak tahu pun dia akan datang sekali malam tadi... Dia melurutkan tangannya kerana bulu roma dan naik.. Mungkin tengkuknya dah mengembang gamaknya.. Anak saudaranya itu juga ada kelebihan untuk merasai kehadiran entiti... Sebaik pintu rumah dibuka, mereka semua mengundurkan diri.. Macam tak mahu masuk je... Hahahhahhahhaa... Dengan salam, assalamualaina waala ibadillhissolihin, pokcik masuk ke rumah itu....

Ada sofa di muka pintu rumah. Pokcik menjeling ke sebelah kiri.. Kuat getaran kehadiran entiti tersebut.. Tak sempat buat apa,  dia dah lari ke belakang.. Pokcik mengekori hingga ke dapur untuk mengesannya tapi tak ada... Tuan rumah dan orang lain baru sahaja masuk ke rumah dengan perlahan-lahan. Macam nak cekup sang kancil je.. Hihihi... Pokcik meminta izin untuk melihat di setiap bilik.. Tuan rumah membenarkan.. Setelah diperiksa, tiada lagi apa-apa entiti yang menunjukkan kehadiran mereka.. Adoiiiiiiiiii.. Tak sempat ikhtiar pagar rumah tu dulu sebelum masuk...

Pokcik mula terfikir-fikir untuk membuat kaedah resap.. Hahhahhahhahhaa.. Pokcik nak tarik masuk entiti masuk ke dalam sahabat pokcik tu.. Tapinya nanti nampak macam lakonan pulak.. Nanti tuan rumah kata kami sudah berpakat... Pokcik membatalkan niat tersebut... Tak ada apa dah ni, sahabat pokcik memberitahu.. Anak saudara tuan rumah pun memberitahu perkara yang sama... Kata mereka, tadi ada jin yang menunggu di sofa itu tetapi dah pergi.. Semua termenung.. Tuan rumah mula bersuara.....

Sebenarnya saya takut tinggal di rumah ini. Rumah ada tetapi saya menumpang di rumah orang lain. Hantu ni seperti tahu kalau saya nak keluar bilik dan nak minum air di dapur.. Apabila niat sahaja nak minum air, dia dah mula buat hal di ruang tamu.. Sebaik sahaja saya keluar bilik, automatik bulu roma saya menegak.. Tengkuk dah mengembang. Sebab itu saya jarang duduk di ruang tamu. Banyak masa dihabiskan dalam bilik.. Selalunya, sebaik sahaja nak melangkah ke dapur pasti akan ada bunyi di situ.. Katanya sambil menunjukkan arah bunyi tersebut iaitu bersebelahan dengan televisyen dan berdekatan dengan meja makan di ruang tamu rumahnya itu..

Kalau saya tengok televisyen, memang saya pasang kuat volume.. Sebab takkan bagi anak-anak dengar bunyi, sambungnya lagi.. Habis tu anak-anak semua dengar juga ke? Tanya sahabat pokcik... Ya, katanya.. Mereka pun dengar apa yang saya dengar... Macam tu pulak ye.. Hihihihi.. Alang-alang pokcik pergi, takkan nak pulang dengan tangan kosong.. Mesti nak juga ada ole-ole sebagai kenang-kenangan.. Hahhahahha..

Oleh sebab jin itu dah lari, maka daripada balik tangan kosong, pokcik akan ikhtiarkan tuan rumah itu... Jin di rumah itu akan pokcik uruskan malam ni pula setelah pagarkan rumah itu dari jauh terlebih dahulu.. In shaa Allah... Pokcik meminta tuan rumah duduk berlunjur berdekatan dengan pokcik.. Dia menurut sahaja permintaan pokcik.. Terus pokcik pagarkan dia sebabnya perasaan dia yang agak takut apabila pokcik kata pokcik nak datang ke rumah itu membuatkan pokcik rasa dia pun ada gangguan.... Macam nak pecah jantung debarnya, kata tuan rumah itu....

Setelah dipagar, pokcik memeriksanya.. Ternyata ada juga entiti bertenggek di belakangnya... Pokcik buat isyarat kepada sahabat pokcik yang duduk di sofa berhampiran.. Pokcik menunjukkan belakangnya.... Sahabat pokcik hanya senyum sahaja.... Memang ada entiti mengganggunya dan bertapak di kepala dan belakangnya.. Tanpa membuang masa pokcik terus ikhtiarkan tuan rumah itu.. Kelihatan dia gelisah dan berpeluh.. Kakinya kelihatan tidak selesa dan digerakkan sekejap di atas bersilang dan sekejap ke bawah... Dia kelihatan amat tidak selesa sungguhpun pokcik langsung tidak menyentuhnya...

Tanpa bersoal jawab panjang, pokcik terus berdoa agar dihapuskan segala anasir jin dan gangguan yang berada padanya.. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan... Menurutnya dia berasa belakangnya berkeping-keping semasa pokcik ikhtiarkan tu.. Berat dan tidak selesa katanya.. Kini alhamdulillah dah ringan. Kepalanya juga selalu sakit dan dia makan panadol namun keadaannya tetap begitu.. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan pada malam tadi.... Pokcik meminta dia mandi limau untuk memulihkan semangat..

Pagi tadi dia ke rumahnya semula pada pukul 10.00 pagi gamaknya... Hihihihihi.. Bunyi guli semakin kuat seperti mencabar... Hahhahahha semalam dia sempat lari seizin Allah.. In shaa Allah, malam ini pokcik akan pergi lagi ke rumah itu setelah pagarkan dari jauh.. In shaa Allah.. Alhamdulillah masalah pada tuan selesai seizin Allah.. Kini pokcik akan usahakan rumahnya pula setelah pulang dengan hampa malam tadi kerana jin itu sempat lari semalam.. Doakan usaha pokcik dipermudahkan oleh Allah pada malam ini.. Moga berjumpa lagi pada sambungan yang akan datang.... Wassalam...


Thursday, 20 September 2018

USTAZ KAYANGAN

30.5.2018
Assalamualaikum...

Bicara malam pula kali ini. Kita akan bicarakan perihal kepercayaan orang ramai terhadap perubatan alternatif pula kali ini  yang berkaitan dengan posting pokcik semalam..

Ramai tidak yakin dengan perubatan alternatif kerana unsur kayangan yang ditampilkan dan mereka mengaku sebagai salah seorang perawat.. Kita ambil contoh, posting pokcik semalam berkaitan dengan busung tetapi ada juga hamba Allah yang kononnya scan bahawa si sakit merupakan ibu tumpang kepada bayi daripada alam lain.. Maksudnya rahim si ibu dipinjamkan sementara dan apabila cukup tempohnya maka bayi ghaib itu akan diambil..

Pokcik pun tak tahu bagaimana pemikiran sesetengah hamba Allah yang membuat andaian sebegitu.. Alhamdulillah Allah permudahkan dan beri kesembuhan.. Kebiasaannya kalau kes busung ini, pokcik akan ambil berat dan pandang serius.  Pokcik pernah menceritakan pengalaman pokcik dahulu. Ada seorang hamba Allah yang mengalami masalah ini dan dia berpesan kepada sahabat pokcik agar memberitahu pokcik supaya berjumpa dengannya kerana dia ingin berikhtiar...

Namun, ketentuan Allah mengatasi segalanya. Ada sahaja kekangan sehingga kami tidak sempat berjumpa. Dia dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia lebih kurang dua hari ketika berada di hospital.. Ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri pokcik. Sebab itulah pokcik kongsikan posting hamba Allah yang terkena busung itu ke dalam group ini.. Salah satu tujuannya, salah seorang sahabat akan usahakan dan sekiranya tidak mendapat respons maka pokcik sendiri akan ikhtiarkan...

Alhamdulillah apabila pokcik mengajak Nisa Radzi usahakan bersama, beliau bersetuju. Kita tak bercerita bab kesembuhan tetapi sekadar berikhtiar sekurang-kurangnya bagi memuaskan hati pokcik. Ketentuan Allah pokcik pegang dengan erat dan kejap. Setelah berusaha barulah kita serahkan bab kesembuhan kepada yang Haq.. Tiada daya upaya kita melainkan berdoa dan memohon pertolongan kepadaNya.

Pokcik juga nak buka minda tentang pandangan sahabat kita tuan  Hembusan Tok Empat perihal hamba Allah yang bagi pokcik bermain dengan fikirannya dan menceritakan hal di luar kotak pemikiran dan boleh memesongkan pegangan kita sebagai orang Islam.. Kalau kita lihat dari sudut yang lebih luas, bagaimana pula pandangan orang ramai terhadap pemikiran seperti itu.. Bukankah sudah hilang kepercayaan mereka dan menganggap semua pengamal perubatan alternatif berpandangan seperti itu.. Bukankah sedikit sebanyak masyarakat akan memandang  serong kepada para pengamal perubatan alternatif kerana adanya golongan sebegini.. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Ini bukan setitik lagi dah, golongan ini mempunyai pengikut yang tersediri..

Kini timbul pula persoalan. Adakah mereka ini perawat? Memang ada dalam kalangan mereka perawat. Ada juga menggelarkan diri mereka ustaz. Pengalaman Ad Nor Ali, dia pernah berjumpa dengan perawat yang menggelarkan diri ustaz tetapi masih kayangan. Apa tidaknya. Dia mengaku boleh masuk ke dalam syurga dan melihat keadaan di dalamnya dan keluar kembali ke dunia.. Bagi orang yang taksub, hal sebegitu mudah untuk difahami pun mereka tidak dapat menilai dan menimbang dengan kewarasan pemikiran.. Hebat ustaz ni katanya..

Kelompok yang lain bukanlah perawat tetapi peniaga. Golongan ini mengambil kesempatan atas kecetekan pemikiran si pembeli. Mereka akan letakkan barangan yang dijual dengan pelbagai kelebihan yang ditokok tambah. Nama permata pun diubah menjadi nama yang gah. Contohnya geliga sakti putera Haikal Penguasa Gunung Tahan.. Pembeli yang taksub akan membelinya kononnya ia geliga yang diberikan oleh orang bunian.. Kalau ada pun, permata sedemikian sudah tentu tidak akan dijual kerana keistimewaan pemberian seseorang. Ini, ada pulak stok dapur kerana dapat beratus-ratus biji. Entahlah...

Golongan ini juga terdiri daripada penjual yang menjual secara mistik kononnya. Contohnya nama kita di alam sebelah. Sesiapa yang nak tahu kita raja atau sebagainya di alam sebelah, bolehlah bagi duit dan dia akan deal dengan orang di alam sebelah.. Macam-macam yang kita akan jumpa apabila terlibat dalam dunia mistik ini.. Kini, pertimbangan kita yang hanya dapat menyelamatkan diri daripada terlalu taksub akan alam mistik yang mana kalau kita hanyut maka sudah kita nak mencapai tangan ke tebing bagi menyelamatkan diri. Berhati-hatilah...

Kita kembali kepada topik pada malam ini. Apabila terlalu banyak cabang kayangan, apa pandangan orang awam terhadap golongan ini. Apa pula pandangan orang daripada agama lain apabila melihat keadaan ini.. Bukankah secara tidak langsung, akan hilang hormat mereka kepada para pengamal perubatan alternatif sungguhpun dia tidak termasuk dalam golongan yang pokcik nyatakan di atas. Pokcik pernah usahakan seorang yang berbangsa Cina. Katanya dia pergi berubat di Sungai Ular Kuantan kalau tak salah pokcik. Perawat tu beri jaminan, isterinya akan pulang ke pangkuannya dalam masa tiga hari.. Persoalan pokcik, bolehkah umat Islam mengambil tempat Allah dengan memberi jaminan atas sesuatu yang bukan haknya?

Pokcik percaya ramai daripada anggota yang menjadi ahli group ini menjadi pemerhati bagi melihat sejauh mana pegangan perawat dalam group ini. Adakah kita juga kayangan?  Hihihihihi. In shaa Allah, sahabat perawat dalam ini akan menentang kepercayaan karut-marut yang melanggar syariat Islam.. Sama-samalah kita jaga dan memantau ahli yang mula cenderung ke arah ini kerana ini group kita... Kita bercakap hanya dalam lingkungan group ini kerana kita bukannya penyelamat dunia.. Pokcik bercakap tentang hal ini juga kerana pokcik terlibat secara langsung dalam kes busung yang diusahakan bersama Nisa. Moga berjumpa lagi. Maaf andai ada tersalah bicara dan kurang enak pada halwa telinga. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna.. Wallahuaklam.. Salam hormat..

Santaiiiiiiiiii....

Monday, 17 September 2018

RAMBUT DAN NAJIS PART 3

31.7.2018
Assalamualaikum..

Entah macam mana pokcik boleh tak hantar part 3 ni. Hanya hantar part 1 dan part 2 sahaja.  Tak apalah... Kesan susun semula nanti..

Ni kes malam ni yang pokcik ikhtiarkan tadi.. In shaa Allah selesai satu bab..

Kita tunggu tengok keadaan kedainya pulak.. Kalau semuanya beres seizinNya maka selesailah seizin Allah dan memang gangguan itu mengikutnya ke mana sahaja..

Apa pun terima kasih atas doa semua sahabat..
Anda Terbaikkkkkkkk..
Santaiiiiiiii...







SAKA EMAK GANGGU ANAK?

27.7.2018
Assalamualaikum...

Santai pagi....
Ni kes malam tadi.. Kalau tak salah pokcik kes di Terengganu sebabnya pokcik tak tanya pun di mana.. Bukannya nak hantar jin. Kalau gunakan jin barulah gamaknya minta alamat bagai TAKUT jin sesat.. Kan.. Kalau setakat nak doakan.. Duduk di mana pun tak de masalah. Ke kalau nak doa kena tahu di mana? Hihihihi. Fikir-fikirlah buka minda...

Semalam kes dua beranak.. Memang letih sikit kes semalam. Dua beranak ni pokcik usahakan lebih kurang sejam... Nak usahakan rawatan secara jarak jauh ni memerlukan fokus dan makrifat yang tepat.. Kalau tengah buat, teringat janda Sofia sebelah rumah, kucing terkentut, memang lari laa fokus atau tumpuan.  Sebab itulah, kalau kes yang agak berat pokcik suka menyendiri..

Terus terang pokcik cakap, berdenyut kepala juga pokcik usahakan kes ini... Si emak masalah saka, manakala si anak yang tinggal berjiran dengannya kena tempias bisanya. Maklumlah anak beranak. Si anak ni pernah pokcik usahakan dulu.. Tapinya disebabkan si emak sakit, maka senanglah jin mengambil kesempatan atas bekas sakitnya dulu....

Setelah selesai usahakan si emak, pokcik usahakan si anak. Ingatkan pokcik nak ikhtiar tarik jin tu pada bahagian kaki sahaja. Maklumlah dikatakan bahagian kaki sahaja bisa dan sakit.. Nampaknya tidak semudah itu. Seluruh anggota badannya bisa pula selepas itu. Last sekali berlari-lari anak pulak si jin tu. Pak Long kata dia dapat duit 50 sen. Hahahhaha gurau-gurau...

Apa pun alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan ehsan dan RahmatNya. Berpeluh juga pokcik maklumlah usaha dari jauh. Kan. Namun, alhamdulillah semuanya terkawal seizin Allah. Segala puji bagi Allah, Pentadbir Sekalian Alam..

OK laa. Nak tahu letih ke tak letih.. Baca perbualan pokcik dan si anak lelakinya di bawah...

Wallahuaklam..
Santaiiiiiiiiii...













Sunday, 16 September 2018

CAKARAN JIN

15 9.2018

Assalamualaikum...

Santai malam..

Kes petang tadi macam ni laa gayanya tapi bukannya setakat di tangan. Muka, perut, kaki pun kena.

Alkisah...

Pokcik ke Perumahan Kampung Padang Jaya petang tadi dalam pukul 5 petang.. Sesampainya di sana, si sakit yang baru berusia 13 tahun ( perempuan ) sudah sedia menunggu di rumah adiknya.. Menurut keluarga ini, anaknya selalu bercalar di bahagian tangan, kaki, muka dan perut tanpa sebab. Terbaru berlaku dua hari lepas selepas anaknya selesai solat maghrib. Selepas solat anaknya tidur sekejap kerana keletihan. Dia kemudiannya bangun kerana rasa pedih. Dilihatnya sudah ada cakaran di bahagian yang pokcik katakan di atas...

Emaknya juga selalu melihat kelibat dalam rumahnya. Pernah juga si anak bermimpi diberikan sesuatu oleh seorang budak dan dia mengambilnya. Nampaknya bukan seorang yang sakit dalam rumah itu... Tambahan pula si sakit muntah darah selepas mendapat cakaran tersebut.. Kali ini pokcik terpaksa scan mohong-mohong untuk cuba memahami pattern gangguan.. Rupa-rupanya gangguan lebih kepada saka keturunan... Si emak pun mengaku bahawa neneknya mempunyai saka dan tak sempat dibuang pada akhir hayatnya..

Walaupun kesan cakaran itu dah kering sepenuhnya tetapi apabila pokcik doakan air dan memintanya minum, dia berasa pedih.. Sebenarnya pokcik rasa tak selesa apabila berkaitan dengan saka. Nak cakap serba salah. Tak cakap diorang pulak tanya. Dah tu nak tak nak kita sampaikan dalam bentuk paling berhemah supaya tidak ada sesiapa tersinggung dan apa yang disampaikan dapat diterima baik oleh keluarganya..

Dipendekkan cerita pokcik ikhtiarkan pagar budak itu.. Dia dah rasa lain macam. Dia mula berdebar-debar, gelisah dan sebagainya.. Matanya mula meliar melihat ke atas syiling. Katanya dia mula terasa pedih pada bahagian cakaran serta terasa berat pada bahagian paha. Tanpa banyak bicara, pokcik terus usahakannya. Alhamdulillah rasa pedih semuanya hilang seizinNya cuma dia berasa sakit tiba-tiba pada bahagian rusuk. Alhamdulillah setelah pokcik ikhtiarkan hilang sakitnya serta merta seizinNya. Dia kepenatan yang amat sangat dan terus merebahkan badannya tanpa segan silu.. Alhamdulillah selesai satu bab seizinNya...

Pokcik ingat keluarganya hanya nak usahakan si anak yang kena cakaran itu sahaja tetapi nampaknya panjang lagi cerita.. Pokcik Ingatkan si ayahnya tak nak ikhtiar, maklumlah masa pokcik sampai tadi, pokcik terdengar soalannya pada adik iparnya.. Siapa yang nak rawat Aina? (bukan nama sebenar). Gamaknya pokcik tak gaya macam perawat yang dia biasa jumpa agaknya. Dengan pakai jeans dan T-shirt simple sahaja dan tak berkopiah, jubah bagai. Agaknya laa tu. Sebab tu soalan tu keluar dari mulutnya.. Kebetulan pulak pokcik baru masuk ke rumah adiknya tu selepas keluar sebentar ke luar rumah..

Sebaik sahaja dia tengok anaknya alhamdulillah, tiba-tiba terpacul keluar permintaan daripada si ayahnya.. Ustaz, saya nak ustaz tengokkan saya pulak. Saya berasa tak sedap hati dah lama. Alamak, Ustaz laa pulak. Adehhhhh.. Dia sambung, sebenarnya saya ni buka perniagaan kedai potong di Gambang (bukan tempat sebenar). Ramai kata  tapak kedai saya tu keras. Sebab tu saya nak mintak ustaz tengokkan saya pulak, katanya sambil terbatuk-batuk..

Kali ini pokcik usahakan si ayah pula. Niat asalnya nak minta pokcik tengokkan sahaja. Taktik le tu. Dia tahu kalau ada takkan pokcik nak biarkan sahaja jin tu berpesta riang. Kan. Hahhahahahhaa.. Sebaik sahaja pokcik pagar dia dah mula meremang. Bahagian belakangnya terus menjadi berat. Boleh tahan jugalah. Lama dah pokcik tak pegang pesakit maklumlah kebanyakkannya perempuan. Kali ini pokcik pegang di belakangnya. Hahhahahhahha....

Dia mula bergetar dan terhuyung-hayang seperti nak tumbang. Dia kemudiannya terbatuk-batuk beberapa kali.  Nasib baik juga tak kerasukan. Hahhahahhahha. Apa pun alhamdulillah seizinNya. Panas katanya. Dia kata, alhamdulillah dah tak rasa macam mula-mula datang tadi.. Alhamdulillah Allah permudahkan.. Sejujurnya apabila pokcik pegang belakangnya pokcik sudah berasa seperti berada di suatu tempat tapinya gelap sahaja. Wallahuaklam. Hanya Allah Maha Mengetahui..

Ingatkan setakat tu sahaja. Tiba-tiba si isterinya bersuara. Alang-alang ustaz ada ni, saya pun nak minta tengokkan juga. Hahhahahahhaa sama je taktik si suaminya. Tak apa laa, pokcik layankan aja. Pokcik kata dah lewat ni, saya rembat terus ye. Kalau Allah izin alhamdulillah. Sebaik sahaja pagarkannya, dia terus berdebar. Terus rasa takut dan sebagainya. Apa pun disebabkan dah lewat, pokcik ikhtiar karate terus. Alhamdulillah hilang debarnya dan sebagainya seizinNya. Selepas itu anaknya seorang lagi pokcik usahakan. Sama juga keadaannya.

Nampak gayanya, kelibat yang dilihat di rumah mereka berlaku apabila mereka melihat dari sudut pandang jin. Dengan kata lain, satu keluarga bermasalah bukannya si anak yang kena cakaran itu sahaja. Kesimpulannya, sesiapa yang rasa dia kasyaf atau melihat kelibat dan sebagainya, cubalah check.. Hihihihihi. Setelah berbual sebentar perihal keluarganya yang dikatakan mempunyai kaitan dengan bidan, perihal orang mengandung yang disampuk dan sebagainya, pokcik minta diri untuk balik. Macam biasalah orang Melayu. Ayat akhirnya. Nak kata macam mana ni? Jawapan pokcik seperti biasa, sedekahkan ke masjid atau surau. Doakan kesejahteraan dan kesihatan pokcik suami isteri..

Sekian.
Wallahuaklam. Salam hormat

#GambarSekadarHiasan

MAYAT HIDUP KUAT MAKAN

24.8.2018

Assalamualaikum..

Kali ini pokcik akan kongsikan satu kes yang viral dalam FB suatu ketika dahulu. Kejadian berlaku di Terengganu. Sebenarnya pokcik sendiri tidak pernah mengetahui hal ini sehinggalah seorang ahli group membuat posting tentang hal ini.

Cucunya membuat posting perihal neneknya yang sakit dan sudah tinggal rangka namun masih kuat makan. Dia merayu kepada para ustaz, perawat atau bomoh untuk usahakan neneknya itu. Sehinggalah sampai satu tahap, dia berdoa agar Allah mengambil nyawa neneknya itu.

Pada mulanya pokcik pun tidak menyangka bahawa hamba Allah itu seorang wanita kerana gambarnya yang duduk di atas kerusi roda tanpa berbaju. Sudah hilang bentuk perempuannya. Secara peribadi, pada pendapat pokcik, walaupun sudah terdesak, kita haruslah menjaga aib seseorang. Tambah-tambah lagi, si sakit juga merupakan neneknya sendiri.

Sebenarnya rakyat Malaysia memang pokcik puji atas keprihatinan dan sikap tolong-menolong. Apabila sudah tular di media masa, ramailah para perawat dari merata ceruk tampil untuk memberikan khidmat. Bab bayaran, keihlasan dan seumpamanya pokcik tak akan sentuh kerana itu hak mereka. Siapa kita yang layak menilai keihlasan seseorang melainkan Allah. Hanya Allah sebaik-baik penilai dan tiada satu pun terlepas daripada-Nya.


Oleh sebab seorang ahli memasukkan kes ini ke dalam group maka pokcik meminta salah seorang sahabat usahakannya. Tambahan pula pokcik memang berasa sangat kasihan melihat keadaannya. Sahabat itu terus menghubungi cucu  hamba Allah itu untuk usahakan.. Tak salah kita membantu. Kesembuhan dan kesannya semua milik Dia.

Sahabat yang pokcik minta usahakan itu sebenarnya antara sahabat yang pokcik percaya dan boleh harap. Dia sangat low profile dan membantu tanpa banyak soal jawab. Tambahan pula dia merupakan salah seorang ahli dalam group FB pokcik. Rasa macam nak UP sahaja namanya. Boleh kot..Hihihihi.. Namanya Fazrin RipperCrust. Jangan marah noo Fazrin, nama pokcik masukkan dalam kisah kali ini.

Alhamdulillah sahabat pokcik ini usahakannya. Memang dia bersungguh-sungguh usahakan nenek si cucu itu. Kisah ini hanya Fazrin dan pokcik sahaja yang tahu kerana dia menghubungi pokcik sepanjang usaha yang dia lakukan ketika itu. Bukan Fazrin sahaja, ramai dan perawat yang berusaha secara berdepan namun masih tidak menemui jalan penyudah. Macam pokcik cakap tadi, kita Cuma insan biasa yang hanya memohon serta berdoa kepada-Nya. Selebihnya kita bertawakkal dan berserah sahaja selepas usaha dilakukan. Tiada apa yang kita perlu malukan dan sesalkan sekiranya kita melakukan perkara baik.

Usaha sahabat pokcik masih tidak berjodoh kerana apabila pokcik menghubungi cucunya itu, hamba Allah itu masih kuat makan dan keadaannya masih tidak berubah. Dia seperti kecewa kerana katanya sudah ramai para ustaz dan perawat yang datang dan usahakan namun keadaannya masih begitu juga.

Oleh sebab pokcik yang meminta tolong sahabat usahakan maka pokcik tidak boleh berlepas tangan. Pokcik sendiri rasa bertanggungjawab untuk mengusahakannya sendiri. Bukan kata kita bagus kerana memang tak bagus pun. Kita bukannya arif seperti kebanyakan perawat di luar sana. Tambahan pula pokcik bukanlah perawat. Pokcik hanya insan biasa yang menolong dengan sekelumit doa dan mengharapkan ehsan-Nya.

Pokcik akhirnya mengambil keputusan untuk usahakannya sendiri. Selepas usahakannya pokcik meminta dia beritahu keadaannya namun dia sudah balik ke KL setahu pokcik. Hamba Allah itu tinggal bersama pak ngahnya. Masalah juga nak hubungi pak ngahnya tambahan pula pokcik hanya berurusan dengan cucunya itu.

Keesokannya pokcik mendapat khabar si sakit telah menemui ilahi. Alhamdulillah berakhirlah penderitaannya di dunia ini. Bukan pokcik gembira kerana dia meninggal dunia tetapi bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat meringankan beban si sakit dan ahli keluarganya yang silih berganti menjaganya dengan tabah dan kesabaran.

Sekian sahaja kisah pada kali ini. Semoga kita yang masih hidup dapat mengambil iktibar daripada kisah pada kali ini. Moga kita semua terselamat dan dilindungi oleh Allah daripada BISIKAN SYAITAN. Moga arwah  ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. Aamiin.. Salam hormat.

-POKCIK SEMAN





MISTERI RUMAH KOSONG

24.8.2018
Assalamualaikum...

Sebagaimana posting pokcik pagi tadi, pokcik OFFER seorang sahaja untuk ikhtiarkan..

Sahabat kita Norman Malik sempat menjawab OFFER pokcik dan menjadi orang pertama.. Sebagaimana yang diberitahu, sahabat kita ni alami masalah sebaik sahaja balik dari Jengka..

Asalnya sahabat kita ni bermurah hati minta pokcik usahakan Hamba Dunia tetapi apabila melihat keperluan, pokcik usahakan dia juga.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memudahkan segala urusan kami petang tadi..

Salam hormat semua..
Santaiiiiiiii......




Friday, 14 September 2018

RAMBUT DAN NAJIS PART 2

1.8.2018
Assalamualaikum..

Tajuk : Rambut dan Najis Episod 2

Ni cerita pagi ni...
Pokcik dah hubungi sahabat ahli group kita. Semalam pokcik dah usahakannya dan pagi ni pokcik minta dia melihat keadaan kedainya pulak...

Kebetulan sahabat kita tengah ikuti seminar dan dia hanya hubungi staffnya..

Alhamdulillah Allah permudahkan..
Sekalung terima kasih atas doa semua sahabat malam tadi..


Santaiiiiiiii...




RAMBUT DAN NAJIS PART 1

31.7.2018
Assalamualaikum..

Tajuk : Rambut dan Najis Episod 1

Ni mesej ahli group kita kepada pokcik baru sebentar tadi.. In shaa Allah kalau free malam ni pokcik usahakan dia..

Kalau gangguan dok ikut dia seperti kes pokcik baru-baru ni, in shaa Allah. Moga Allah permudahkan..

Kalau lepas ni kedainya tiada lagi rambut dan seumpamanya, in shaa Allah selesailah seizinNya..

Ni pokcik ikhtiar jarak jauh sebabnya sahabat kita ni dah ikhtiar berdepan.. Kalau tiba-tiba nak usahakan jarak jauh tetapi berdepan tak nak ikhtiar tu barulah pokcik anggap malas ikhtiar dan hanya mengambil jalan mudah.. Kan...

Apa pun moga Allah permudahkan..
Kita cantas kebathilan seizinNya.. In shaa Allah. Doakan ye sahabat semua..

Salam hormat..
Santaiiiiiiii...















SIHIR ATAU MEDU EPISOD 2

28.6 2018
Assalamualaikum

Angin Medu, Sihir? 2

Seperti dijanjikan kepada sahabat kita itu, pokcik sempat juga usahakannya selepas solat Maghrib tadi. Alhamdulillah Allah permudahkan  atas niat yang baik.

Masalah sahabat kita ini bertumpu pada bahagian dalaman badan. Ini termasuklah kepala, dada dan perutnya.. Sebab itulah perawat-perawat sebelum ini mengatakan masalah angin medu, sihir dan sebagainya..

Memang tidak dinafikan bahawa jin, syaitan ini memang menanti peluang. Di mana kita sakit, di itulah tempat tumpuan mereka.. Jadinya, kalau rasa lain macam atau dirasakan ada mainan jin, sihir dan sebagainya maka teruslah ikhtiar agar ia tidak menjadi sakit fizikal kekal..

Pokcik dapat rasakan kerendahan hati sahabat kita ini dan niatnya ingin menjadi hamba Allah yang baik dan soleh.. Sebab itulah dengan niat yang baik, serta tidak lupa juga doa semua sahabat ahli group maka Allah permudahkan urusan.. In shaa Allah, pokcik doakan mudah-mudahan kita semua dalam peliharaanNya..

Moga berjumpa lagi.. Walllahuaklam..
Salam hormat semua..

Santaiiiiiiiii.