بِسْـــــــــمِ
اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sahabat yang
dikasihi;
Alhamdulillah,
kita masih lagi bernyawa atas ehsan Allah. Sebenarnya dua tiga menjak ini Encik
Omar amat sibuk dengan pelbagai perkara terutamanya yang melibatkan tugas
hakiki. Oleh sebab itu juga pokcik padamkan perkongsian sebelum ini kerana tak
sempat sangat untuk membuka FB dan bimbang tak sempat untuk membalas komen para
sahabat. Kali ini pokcik nak ceritakan pengalaman ketika orang rumah pokcik
berada di hospital. Banyak sangat pengalaman ketika berulang alik ke sana lebih
kurang sebulan setengah setelah orang rumah pokcik menjalani pembedahan akibat
slip disc.
Alkisah
ketika pokcik berada di sana, pada suatu hari bekas majikan orang rumah pokcik
datang melawatnya. Pada awal perbualan, kami berbual santai sahaja. Akhirnya,
beliau menunjukkan kakinya yang membengkak. Ramai sangat pesakit di luar sana
mengalami masalah KAKI BENGKAK terutama melibatkan DENNAH. Namun, daripada
cerita beliau, punca sakitnya bermula dari tempat kerja. Wallahua’lam. Oleh
sebab beliau merupakan bekas majikan isteri, maka pokcik layankan juga dan
ikhtiarkannya. Tambahan pula beliau bertongkat ketika datang pada hari
tersebut.
Apabila
melihat keadaannya yang agak uzur itu, pokcik usahakan juga beliau ketika itu
juga. Seram sejuk pokcik namun BUKAN disebabkan
gangguan itu tetapi jelingan orang rumah dan isyarat bahasa tubuh beliau yang
meminta pokcik usahakan bekas majikannya itu. Garang sangat orang rumah pokcik. Angkat
kening macam Ziana Zain kalau mintak pokcik ikhtiarkan. Kakakkakaka. Bab tu
pokcik bergurau sahaja. Hihihihi.. Baik,
pokcik sambung cerita. Habis saja ikhtiarkannya, dia bercerita pula perihal
rumahnya.
Katanya
rumah dia ni keras. Bukan sebab batu bata saja, hantu pun keras kepala. Katanya,
hantu di rumahnya sering menunjukkan rupa. Kalau tahap boleh menunjukkan rupa,
sahabat faham sendirilah bagaimana dengan gangguan di atas atap atau bumbung
rumahnya itu. Pokcik rasa, orang lain pun tak boleh tahan dan bersabar
sekiranya mendengar macam-macam bunyi di atas atap. Pendek kata, mereka
sekeluarga sudah terbiasa mendengar jin mengilai, bergolek, bunyi kepak seperti
burung sedang terbang dan sebagainya. Rumah itu sudah menjadi seperti zoo hantu
kerana pelbagai jenis hantu mendiaminya.
Dia mengajak
pulak pokcik pergi ke rumahnya untuk melihat keadaan rumahnya itu. Pelik juga
sebenarnya kesnya itu kerana rumahnya berada dalam kawasan taman. Katanya,
bukan setakat rumah, anak perempuan dia pun bermasalah juga nak balik ke
asramanya. Ada hantu katanya. Makin melarat pula kisahnya. Satu persatu pula
masalahnya diceritakan kepada pokcik. Nak buat macam mana, bekas bos orang
rumah pokcik. Huhuhu. Oleh sebab pokcik agak malas untuk pergi ke rumahnya, pokcik
berjanji akan cuba ikhtiarkan rumahnya itu pada malam itu juga. Antara sebab
utamanya ialah pokcik memang tidak berapa tahu lokasi rumahnya.
Pada malam
itu, memang pokcik usahakan dan berdoa agar ditarik keluar sebarang gangguan di
dalam rumahnya itu. Lebih kurang pukul dua pagi pokcik usahakannya . Kalau tak
salah, pokcik ikhtiar pada malam minggu. Biasanya pokcik tidur agak lewat pada
malam minggu. Selesai urusan malam itu, pokcik langsung tidak bertanya apa yang
berlaku pada malam itu. Bagi pokcik, selagi tidak melibatkan anggota tubuh badan,
pokcik tak perlu bertanya.
Suatu hari
pokcik pergi ke rumah salah seorang anak buahnya iaitu bekas rakan sekerja
orang rumah pokcik. Dia menceritakan bahawa bosnya itu telah pergi ke balai
polis untuk membuat laporan pada pagi itu. Dalam fikiran pokcik, ada masalah
baru yang dialami oleh hamba Allah itu. Rupa-rupanya dia memberitahu bahawa semua tingkap terbuka secara tiba-tiba pada
pagi itu. Lebih kurang pukul dua pagi. Kalau kita pun mesti terkejut apabila
mengalami keadaan seperti itu. Kalau sedang tidur sekali pun, mesti kita akan
terjaga sekiranya tingkap dibuka dengan kuat atau secara paksa.
Dalam hati
kita, sudah tentu rumah dimasuki pencuri. Alhamdulillah, sudah menjadi rezekinya
kerana Allah perkenankan doa pokcik kerana pada pagi itu pokcik berdoa dan
meminta kepada Allah serta berikhtiar agar disedut keluar kesemua hantu yang
ada di rumahnya. Banyak sangat agaknya jin yang mengganggu kerana semua tingkap
di rumahnya terbuka. Menurut hamba Allah itu kesemua tingkap dari dapur
hinggalah ke ruang tamu terbuka secara tiba-tiba. Macam cerita seram pun ada. Hahaha.
Walaupun tidak
ada apa-apa kehilangan, namun dia yang tidak menyangka pokcik usahakan pada
pagi itu (pukul 2.00 pagi), tetap juga membuat laporan polis. Seperti mana yang
pokcik beritahu pada awal posting, cerita ini pun diceritakan oleh Ustaz Kamal
(bukan nama sebenar) yang merupakan salah seorang anak buahnya. Kalau tak
sampai ke sudah pokcik tak tahu cerita ini. Khabarnya dia tidak lagi bertongkat
selepas itu. Rumahnya pun dah tenang. Alhamdulillah Allah menolong
mempermudahkan urusannya.
Ini salah
satu daripada kisah yang mana melibatkan usaha pokcik ketika di hospital.
Banyak lagi sebenarnya kisah pokcik usahakan hamba Allah yang sedang sakit dan ditahan
di wad ketika orang rumah pokcik sendiri menjalani pembedahan slip disc dan
terpaksa ditahan di wad. Sebenarnya, kisah dengan hamba Allah ini tidak
berakhir di situ sahaja kerana selepas itu pokcik diminta ikhtiarkaan asrama
anaknya yang dikatakan berhantu. Apa pun, kalau ada masa dan kelapangan,
mungkin pokcik akan kongsikan perihal anak perempuannya dan asramanya pula.
Sekian
sahaja perkongsian pada kali ini. Akhir kata sebelum pokcik mengundur diri,
pokcik ingin memohon maaf seandainya ada salah dan silap serta kata-kata yang
kurang manis yang ditulis dalam perkongsian pada kali ini. Sudah banyak kali
pokcik ulang bahawa pokcik BUKANLAH PERAWAT tetapi menolong sekadar mampu atas
sifat ehsan sebagai hamba Allah. Pokcik juga bukannya orang yang arif dalam
bidang perubatan Islam ini dan hanya memohon bulat-bulat kepada Allah tanpa
sebarang perantaraan dan mengharapkan Ehsan-Nya. Moga berjumpa lagi pada lain
masa. Wallahua'lam. Salam hormat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.