Sunday 12 July 2020

BENARKAH DISIHIR?


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dihormati;

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ 
وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Setiap penyakit yang diturunkan oleh Allah pasti diturunkan bersama dengan penawarnya kecuali MATI. Namun dalam mencari penyelesaian masalah, perlulah dilakukan ikhtiar dengan cara yang betul (mengikut syariat) dan dengan perawat yang betul (mengikut syariat) dan di tempat yang betul (mengikut syariat). Jangan sesekali kita menggadaikan iman dalam usaha mencari ikhtiar.

Kali ini Encik Omar dihubungi oleh seorang hamba Allah yang pokcik namakan sebagai Asri (bukan nama sebenar). Asri meminta pokcik ikhtiarkan bapa saudaranya. Menurut Asri bapa saudaranya itu telah pun ikhtiar di 9 buah tempat dan kali terakhir di sebuah pusat perubatan di Muar dan dikenakan kos rawatan sebanyak 10K. Dalam usaha mencari penyelesaian masalah, sesetengah pesakit yang berkemampuan tidak akan bising bab bayaran yang dikenakan. Cuma sebagai perawat, adakah kita tergamak mengenakan cas yang melampaui batas? Tepuk dada tanya iman.

Apabila melihat kepada pesakit dalam kes kali ini, pokcik membuat rumusan bahawa si sakit mempunyai masalah fizikal. Tidak keterlaluan jika pokcik boleh katakan bahawa beliau mempunyai masalah jantung berlubang. Namun, seperti biasa, sekali lagi pokcik ingin menekankan bahawa ia dari sudut pandang pokcik sahaja dan pokcik tidak pula mengatakan bahawa pokcik sahaja yang betul dan kesemua tempat yang dikunjungi oleh si sakit adalah salah.

Kebanyakan tempat sama ada perawat secara individu atau Pusat Perubatan Islam yang dikunjungi oleh beliau menyatakan bahawa beliau telah disihir. Biasalah. Setiap pernyataan yang dibuat sama ada pihak hospital atau perawat mestilah dibuat berdasarkan apa yang dipelajari. Namun begitu, ada juga SEGELINTIR perawat yang membuat kesimpulan secara AGAK-AGAK atau BERLEBIHAN bagi menarik perhatian pesakit dan secara tidak langsung memperoleh KEPERCAYAAN dan MENAIKKAN KOS RAWATAN.

Apa pun, seperti mana yang pokcik selalu tekankan sebelum ini, berlaku JUJURLAH kepada DIRI SENDIRI dan kepada PESAKIT kerana semua itu akan dihitung dan dipersoalkan serta dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Jangan bimbang kerana pokcik bukannya perawat dan tak akan berebut pesakit. Pokcik akan mengesyorkan pesakit yang menghubungi pokcik kepada para perawat yang pokcik yakini melakukan ikhtiar secara telus, jujur, beramanah serta bukan BERORIENTASIKAN KEUNTUNGAN dan PERNIAGAAN.

Moga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. AlFatihah (dibaca).

Moga berjumpa lagi. Wallahua’lam. Salam hormat.

PERBUALAN POKCIK BERSAMA ANAK SAUDARA ARWAH DISERTAKAN DI BAWAH.

ASRI : Assalamu'alaikom pokcik.. nk mntk ikhtiar kn pakcik sy blh x. Agak teruk keadaan dia skrg. Dh ikhtiar 9 tmpt masih x beransur lg. Smlm balik dri muar... tmpt rawatan tu kena kn caj 10k utk sesi rawatan. Leher bengkak mcm kena begok...ssh nk bernafas. Suara kdg2 ada. Smua tmpt yg dia pegi tu kata mmg kena sihir. Sbb dh 15x g hospital..scan smua doc x jmpa sakit. Yg paling teruknya.. tmpt rawatan yg dia pgi smlm tu x bg pakcik sy balik rumah selama 4 bln sbb ada brg sihir yg di tanam kt kwsn rumah. Jd pakcik sy tpksa tido pindah randah. Skrg tumpang tido umah mak sy 2 mlm. Esk cari umah lain plak. Pakcik sy ni imam. Ada org rebut jwtn dia
OMAR : Waalaikumussalam. Sekarang pakcik di mana

ASRI : Ada dgn sy
OMAR : Tengah hari ni kalau dia ada boleh pokcik usahakan sebab ptg dgn mlm ada program lain

ASRI : Ok sy bgtau dia. Pokcik nk buat skrg ke
OMAR : Tapinya sahabat kena laa ada dgn dia

ASRI : Ya mmg sy ada
OMAR : In shaa Allah

ASRI : Ok
OMAR : Bagitau dia dulu

ASRI : Ok. Dia tgh amik wuduk
OMAR : Baik... Kejap lagi ready

ASRI : Ok
OMAR : Kejap lagi dah ready minta pokcik baring..

ASRI : Ok
OMAR : Pokcik nak mula

ASRI : Ok
OMAR : Sekarang ambil air masak segelas. Letakkan garam sikit.

ASRI : Ok jap. Ok dh mnum
OMAR : Sakit dia mcm mana

ASRI : Leher td sakit skit..skrg rasa kurang
OMAR : Pakcik ada masalah jantung tak

ASRI : Xde
OMAR : Leher dgn dada nampak masalah

ASRI : Oh
OMAR : Lepas minum dia OK tak tu

ASRI : Sedawa sekali je
OMAR : Tengok esok pagi.. In shaa Allah

ASRI : Ok. Kt leher tu ada apa pokcik
OMAR : Mcm ada kaitan dgn jantung hingga ke leher. Sebab tu dia ada masalah pernafasan. Lepas ni kalau pergi hospital, in shaa Allah doktor boleh detect

ASRI : Oh
OMAR : Dia kena tidur bantal tinggi kan. Kalau tak susah bernafas

ASRI : Aah betul. Bengkak tu blh surut ke
OMAR : In shaa Allah. Ada kaitan dgn saluran jantung juga. Jgn dgr sangat cakap bomoh

ASRI : Ye lah
OMAR : OK ye sahabat. Assalamualaikum

ASRI : Ok pokcik.. timekasih
OMAR : Esok bagitau perkembangan

ASRI : Ok in sya Allah
OMAR : Sama2
ASRI : Wa'alaikumussalam


KEESOKANNYA


OMAR : Assalamualaikum. Mcm mana keadaan bapa saudara sahabat
ASRI : Wa'alaikumussalam pokcik... maaf lmbt reply..otw balik Paka... pg td sy tnya dia,dia ckp xde apa2 perubahan pn..cuma bernafas mudah sikit.. leher tu masih rasa sakit lg

OMAR : Nanti kena pergi hospital lebih kpd sakit fizikal
ASRI :  Ok pokcik.. nnti sy pesan kt dia


BEBERAPA HARI KEMUDIAN


ASRI :  Assalamu'alaikom pokcik... ingin saya maklumkan bapa saudara sy yg pokcik ikhtiar kn mggu lepas..sudah meninggal dunia pg td.. doa kn semoga ruh nya ditempatkan dikalangan org2 beriman.. terima kasih pokcik atas bantuan haritu
OMAR : Waalaikumussalam.. Innalillahiwainnailaihirojiun. Moga arwah ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman. Semua ada penawarnya kecuali mati, yg telah ditentukan oleh Allah. Meninggal di rumah atau hospital, sahabat?

ASRI :  Betul tu pokcik. Dia meninggal di umah adik ipar nya. Mlm td ada dia call sy tp x dpt sy angkat sbb maghrib. Tp lupa lak nk call balik. Ralat btul sy
OMAR : Ada buat autopsi tak di hospital

ASRI : Dgr2 pg ni dh xde. Sy x pasti tu
OMAR : Mcm pokcik cakap haritu, kemungkinan besar masalah jantung. Tapi Allah Maha Mengetahui. Ada kemungkinan juga kanser prostate. Sbb leher dia bengkak. Cuba sahabat risik2... Yg xde mmg tetap xde. Cuma mcm pokcik cakap haritu cakap bomoh mmg xboleh nak pakai. Lebih kpd sakit fizikal sahaja.

ASRI : Tu lah kn pokcik
OMAR : Ya.. Xpe laa sahabat.. Allah lebih mengasihi. Moga ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman. Aamiin

ASRI : Aminn in sya Allah. Terima kasih pokcik
OMAR : Sama2


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.